networkedblogs

Bersahabat..

BUAL BICARA #UMNO71 BERSAMA TAN SRI ANNUAR MUSA

Wednesday, August 14, 2013

Surau 'Tokong' Akan Dirobohkan Selepas Siasatan Selesai...Takbir!!!

Dan (di antara orang-orang munafik juga ialah) orang- orang yang membina masjid dengan tujuan membahayakan (keselamatan orang-orang Islam), dan (menguatkan) keingkaran (mereka sendiri), serta memecah-belahkan perpaduan orang-orang yang beriman, dan juga untuk (dijadikan tempat) intipan bagi orang yang telah memerangi Allah dan RasulNya sebelum itu. Dan (apabila tujuan mereka yang buruk itu ketara), mereka akan bersumpah dengan berkata: "Tidaklah yang kami kehendaki (dengan mendirikan masjid ini) melainkan untuk kebaikan semata-mata". Pada hal Allah menyaksikan, bahawa sesungguhnya mereka adalah berdusta. - At-Taubah ayat 107

Surau di sebuah resort di Sedili Besar, Kota Tinggi yang diguna untuk upacara keagamaan bukan Islam dijangka diroboh selepas siasatan mengenai kes itu selesai.

Penasihat Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) Datuk Nooh Gadut berkata keputusan mengenai nasib bangunan yang dipercayai dibina dengan kos lebih RM60,000 itu akan diputuskan oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor dalam tempoh sebulan.


"Surau itu tidak boleh diroboh serta-merta kerana ia merupakan barang kes dan kini berada dalam pengawasan polis dan Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (Rela)," katanya kepada pemberita ketika ditemui di pejabatnya, di sini Selasa.

Nooh berkata pihaknya akan mengambil alih siasatan mengikut prosedur yang ditetapkan dan berdasarkan Seksyen 7A Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah 1997 selepas siasatan yang dilakukan pihak polis selesai.

Beliau berkata Jawatankuasa Fatwa negeri akan bersidang minggu depan untuk membincangkan kes itu berdasarkan kenyataan serta bukti daripada semua pihak terlibat.

Nooh berkata hasil persidangan itu akan dibawa ke peringkat MAINJ dan disembah maklum kepada Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar sebagai ketua agama sebelum dimaklumkan kepada kerajaan untuk tindakan.

"Tempat yang paling suci dan mulia di bumi ini ialah masjid dan surau. Sehubungan itu, masjid dan surau tidak dibenar menjalankan aktiviti agama lain selain Islam dan jika terdapat ada aktiviti agama lain maka surau itu boleh diroboh berdasarkan surah At-Taubah ayat 107," katanya.

Sementara itu, Nooh berkata Sultan Ibrahim menitahkan Jabatan Agama Islam Johor supaya mengeluarkan Pekeliling dalam tempoh terdekat untuk menentukan arah kiblat di setiap pusat peranginan dan hotel di negeri ini.

Beliau berkata Sultan Ibrahim bertitah demikian dalam pertemuan bersama pihak berkuasa yang mengendalikan kes penyalahgunaan surau di sebuah resort di Kota Tinggi oleh penganut agama lain, di Istana Pasir Pelangi, di sini, Selasa.

"Tujuan Pekeliling ialah supaya semua pengusaha dan pemilik pusat peranginan di negeri ini mematuhi prosedur yang ditetapkan dalam penyediaan dan pembinaan rumah ibadat sekaligus menentukan arah kiblat supaya tidak wujud lagi masalah kiblat terpesong dan sebagainya," katanya.

Nooh berkata Sultan Ibrahim turut menggesa siasatan berhubung perkara itu dijalankan segera mengikut undang-undang sedia ada. - BERNAMA

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

1 comment:

Anonymous said...

Menang betul surau tersebut telah dicemari oleh penganut Buddha tetapi meroboh bangunan tersebut adalah satu tindakan yang tak masuk akal ... ketahuilah bangunan tersebut tidak bersalah pun.

Banyak kes diserata dunia yang merekodkan gereja-gereja di jadikan masjid, di turki, di mesir, di lubnan.

Bukan salah bangunan itu, kenapa nak dirobohkan ... itu perbuatan membazir dan membazir itu adalah amalan syaitan. Kalaupun tak nak dijadikan surau lagi .. apa salahnya fungsi bangunan itu diubah kepada perkara-perkara lain seperti Gim ka, bilik makan ka atau lain-lainnya.

Ini macam kes ..marahkan nyamuk kelambu di bakar... satu tindakan yang bodoh ...tak masuk dek akal

ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA