networkedblogs

Bersahabat..

VIDEO VIRAL MERDEKA KE-60

Tuesday, August 6, 2013

Ulama' Muda UMNO @UstazFathulBari Akan Bertanding Exco Pemuda UMNO.. Tahniah!

Ketika pemilihan Umno semakin hampir, rata-rata pemimpin-pemimpin Umno sudah mengumumkan penawaran masing-masing untuk mempertahan dan merebut jawatan tertinggi dalam parti, Pengerusi Jawatankuasa Kerja Sekretariat Ulama Muda, Fathul Bari Mat Jahya nampaknya tidak mahu ketinggalan.

Menulis dalam laman mikro Twitter miliknya, Fathul menyatakan kesediaanya untuk bertanding dalam Exco Pemuda Umno demi memperjuangkan Islam.

Katanya, kesediannya itu juga bertitik tolak daripada janji Presiden dan Ketua Pemuda Umno, jawatan tersebut dapat dijadikan platform bagi memperjuangkan Islam.

"Kesediaan saya untuk bertanding Exco Pemuda Umno kerana saya dijanjikan bahawa platform itu boleh dimanfaatkan untuk memperjuangkan Islam," tulisnya.

Sebelum ini, Umno-BN telah memilih Fathul Bari sebagai salah seorang calon ulama bertanding pada PRU13, 5 Mei lalu.

Memetik daripada laman blog Taipan Master,beliau berkata "Saya akan menawar diri untuk bertanding Exco Pemuda sekiranya ada sokongan dari kawan kawan" ujarnya.

Beliau dicalonkan di Dun Sanglang bagi menewaskan calon Pas, namun tidak berhasil.

Jawatan Exco Pemuda Umno kini disandang oleh Mohd Suffian Awang, Shafiqurrrahman Shamsudin, Datuk Sohaimi Shahadan, Mohd Gasing Saling, Ustaz Affendi Yusof dan Datuk Wan Amizan Wan Abd Razak.

HE : I support u Ustaz!!!UMNO Itu Islam...DAP itu Kafir....

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

1 comment:

Anonymous said...

Bertanding ustaz. Saya sokong walau pun tak layak mengundi kerana tak jadi ahli Umno. Ustaz ada harapan kerana Umno perlu kepada kepimpinan ulamak. Pemimpin yang bininya tak pernah reti nak pakai tudung kami tak mahu sebab muka bininya sekali pandang nampak macam Kepala Singa Betina jer... garanggg.

Mat Kedah

ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA