networkedblogs

Bersahabat..

BUAL BICARA #UMNO71 BERSAMA TAN SRI ANNUAR MUSA

Monday, September 30, 2013

Apa Lagi Pembangkang Mahu!!! Semua BN Buat Tak Kena...Info Inbox Page ANTI BERSIH

1 comments

Selamat Sejahtera Admin, Maaf kalau mesej saya mengganggu masa admin. Sejaka kebelakangan ini, selalu sangat saya dengar rakan-rakan saya kata masa BN dah tamat. Ada yang kata bagilah peluang kat Anuwar jadi PM, mungkin ada perubahan…. Terfikir juga dulu bukan main lagi sokong BN, sekarang nak Anuwar jadi PM. Jadi macam biasalah mulut saya tak reti diam, secara spontan saya ajukkan soalan, apa yang buat dorang ni agak tawar hati dengan BN? Jawapan yang sama HARGA MINYAK NAIK LAGI!!! 

Mungkin betul harga minyak naik, masa harga minyak naik tak ramai yang check laman web OPEC. Semua nak berdebat. Kenapa harga minyak perlu naik? Tapi tak ramai yang mendalami kerjaan BN, saya pun tak cukup pandai, sekadar pandangan peribadi je.

Saya lahir kat ladang sawit, hidup tak pernah mewah la. Makan KFC pun masa umur saya 19 tahun, guna gaji pertama. Jangan terkejut sebab saya bukan tua sangat lahir pada tahun 1984 (Hampir sebaya dengan majorityipeminat-peminat fanatik Anuwar). Kenapa saya sebut benda ni, senang je, majoriti penyokong BN ni orang yang pernah rasa susah, beras tak pernah cukup, nak makan ayam setahun sekali pun susah, dapat makan sardin pun dah kira best. Saya percaya ramai penyokong BN pernah lalui apa yang saya lalui.

Tapi berbeza dengan kebanyakkan penyokong PR (PKR dan DAP terutamanya). Maksud saya kebanyakkan ye bukan semua, kalau penyokong PR tahu dia kata saya menipu pulak. Saya ulang lagi sekali, kebanyakkannya bukan semua golongan yang berusia di bawah umur 30. Apa yang dilalui dorang ni senang je, dulu bapa dah kumpul duit, jadi tak kenal susah. Kononya nak ubah masa depan Negara. Tapi sedar sebenarnya Negara dah berubah?? Sejauh mana dorang ni sedar?? Hidup saya sendiri, saya kini bergelar jurutera, tinggal di taman, ada kereta, ada rumah sendiri n masih bayar segala bil. Tapi berbeza dengan bapa saya, dia cuma mampu sekolahkan anak2 dia je. Inilah perubahannya, dan ini berlaku di bawah pimpinan Barisan Nasional. Jadi saya tak perlukan Pakatan Rakyat jadi hero dalam hidup saya . 

Balik pada cerita harga minyak tadi, Anuwar kata 8 tahun jadi menteri kewangan harga minyak naik RM 0.10 je. Memang tak dinafikan tapi ini berlaku di bawah pimpinan Barisan Nasional juga. Ketika Anuwar jadi TPM. Walaupun Anuwar jadi menteri kewangan tapi kuasa mutlak ketika itu pada Tun Mahathir. Jadi siapa yang patut berbangga dengan statement dia? Anuwar atau Barisan Nasional??? Cuba tanya kat puak satu lagi, mesti ada alasan. Kalau tak dapat jawab dorang akan kata penyokong BN tak pernah sedar, tak faham dan susah terima kenyataan, ditipu kerajaan dan macam2 lagilah.

Jadi kesimpulannya admin, selagi kerajaan tak bagi free, puak2 ini tak akan diam. Tapi bila kerajaan salurkan duit, dialah manusia pertama yang akan kutip kemudian akan jawab ini duit rakyat. Tapi bila dia bayar cukai??? Yang bayar cukai pun takkan kata ini duit rakyat. Mungkin ayt ni tak sesuai tapi fikirkan lah duit rakyat sampai kepada rakyat jika disalurkan. Kalau tak disalurkan??? 

Jangan risau bila abang Anuwar jadi PM nanti (Kalau jadi PM la) dia akan kata, kita terpaksa kurangklan subsidi kerana kerajaan sebelum ini boros. Masa itu puak PR ni pula kata ini semua salah BN….dah jadi PM pun salah BN juga kan…..selamat berfikir….. 

Kalau nak post kat wall harap jangan keluarkan nama saya. Semoga BN terus kekal berkuasa.. Salam Satu Malaysia....

HE: Semua BN buat tak kena..depa jer yang betul!!!Sekiranya anda mahu kongsikan tulisan anda boleh inbox di page ANTI BERSIH ..sekiranya tulisan Pro BN dan tidak fitnah macam cai pakatan..aku akan kongsikan...tq

@JamawiJaafar Telah Sedarkan Diri.Syukur....@JamawiOfficial

0 comments

Maklumat yang baru diterima saudara Jamawi Jaafar yang pengsan ketika berada di Kuala Terengganu telah sedarkan diri dan kini berada di Hospital Kuala Terengganu...

Mungkin penat sangat tu..hehe...banyakkan berehat ye brooo...

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Terkini!!! Calon #PemilihanUMNO Rebah...Doakan @JamawiJaafar Cepat Sembuh!!!!

0 comments


Adalah dimaklumkan bahawa Sdr Jamawi Jaafar @jamawijaafar dilaporkan telah rebah ketika berada di Kuala Terengganu sebentar tadi dan sekarang dalam perjalanan ke hospital. Kami akan memberikan maklumat terkini dari masa ke masa. Semoga beliau berada dalam keadaan stabil dan selamat.

Admin

HE : Sama-sama kita doakan saudara Jamawi Jaafar cepat sembuh...we are all Jamawi Jaafar.... #Jamawi4NKPUM

Sunday, September 29, 2013

Keputusan CEC DAP Petanda Cina DAP Bakal Gempur Johor Habis-Habisan!!! @khalednordin ALERT!!!

1 comments


Keputusan pemilihan DAP yang baru ini telah memberi signal awal kepada Barisan Nasional yang mana cina melalui DAP bakal mengempur Johor habis-habisan..

Sebelum aku meneruskan lebih elok kita lihat dulu keputusannya seperti dibawah...

There was a surprise result in the DAP central executive committee (CEC) elections with Kluang MP Liew Chin Tong topping party adviser Lim Kit Siang in obtaining the most number of votes.The following are the results of the polls held on Sunday at the One World Hotel here:

1. Liew Chin Tong - 1,438
2. Lim Kit Siang - 1,436
3. Karpal Singh - 1,421
4. Gobind Singh - 1,409
5. Lim Guan Eng - 1,304
6. Chong Chieng Jen - 1,294
7. Anthony Loke Siew Fook - 1,263
8. Chow Kon Yeow - 1,203
9. Fong Kui Lun - 1,193
10. Teng Chang Khim - 1,164
11. Tony Pua - 1,158
12. Zairil Khir Johari - 1,132
13. Teresa Kok - 1,127
14. Chong Eng - 1,111
15. M. Kulasegaran - 1,088
16. Tan Kok Wai - 1,088
17. Teo Nie Ching - 1,081
18. Boo Cheng Hau - 961
19. Nga Kor Ming - 956
20. Ngeh Koo Ham - 809

Mungkin BN Johor perlu memberi tumpuan kepada Cina DAP di Johor...apa tidaknya orang no satu sekarang bukan lagi Kit Siang mahupun Karpal...sokongan padu oleh puak DAP kini terarah kepada negeri Johor...

No 1 yang mendapat jumlah undi sebanyak 1438 adalah Ahli Parlimen Kluang manakala no 2 disandang oleh Kit Siang juga dari Johor..Liew Chin Tong ini merupakan salah seorang strategis DAP...tidak hairanlah kalau DAP korbankan jawatan no 1 untuk meluaskn misi mereka menguasai Johor...Kit Siang pula situa yang dihormati orang Cina....

No.1 Ahli Parlimen Kluang 1438
No.2 Ahli Parlimen Gelang Patah 1436

No 17 dan 18 juga dari Johor...

No.17 Ahli Parlimen Kulai
No.18 Adun Skudai

Apakah petanda ini?kini DAP bakal menyerang habis-habisan kubu kuat UMNO...mereka melihat pembangunan pesat di Johor..maka ini merupakan kesempatan yang amat bermakna bagi mereka untuk meluaskan empire DAP...

Kedudukan berhampiran dengan Singapura juga menyumbang kearah sokong kepada DAP...apakah BN tidak nampak?Cina kita sedia maklum totally akan undi DAP...setiap hari banyak pembangunan telah berlaku..banyak rumah-rumah kedai..banyak soping komplek dlm pembinaan..

Ini telah membuka ruang kepada mereka...hati2!!!mereka akan gunakan benda yang sama yang mana 1 rumah 30 orang pengundi cina..dulu bukan main kata BN main tipu..dalam diam mereka yang penipu besar!!!

HE : Jangan dah terberak baru nak cari tandas...masyarakat cina tolak BN sokong DAP..so? Apa yang kita mampu lakukan untuk menambahkan kekuatan kepada BN?tambahkan sokongan golongan muda Melayu dan India kepada kita..buat program belambak!!jangan lupa buka pendaftaran pengundi baru!!!

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.










Gempar!!!!Md Sabu Dilantik Pengkurus Baru MU?kahkahkah!!!!

0 comments

Patutlah kalah...rupanya ketulah..bukan setakat PAS je yang malang..tak pasal2 Manchester United juga dirudung malang....kahkahkah!!!!!LUCU WEY!!!!! 

KALAU MD SABU BERGAMBAR DENGAN KERETA KEBAL PUN KERETA KEBAL ROSAK!!!!kahkahkah!!!!

Nasib malang Manchester United dalam saingan Liga Perdana Inggeris terus berpanjangan, apabila skuad bimbingan David Moyes itu dikejutkan dengan kekalahan 1-2 kepada West Brom dalam saingan di Old Trafford, semalam.

Malah, kejutan Liga Perdana tidak berakhir di situ, sebaliknya satu lagi gergasi Manchester, Manchester City turut ditimpa nasib serupa apabila tumpas 3-2 di Aston Villa.

Seminggu selepas diaibkan 4-1 oleh City, hasrat United untuk bangkit tidak kesampaian, malah mereka kini menghuni tangga ke-12 liga.

Pemain sayap, Morgan Amalfitano meletakkan West Brom di depan pada minit ke-54.

Wayne Rooney berjaya menyamakan kedudukan menerusi sepakan percuma, namun gol Saido Berahino memastikan kemenangan mengejut pasukan pelawat.

Sementara itu dalam perlawanan awal, tandukan ketua pasukan, John Terry menyelamatkan Chelsea daripada mengalami kekalahan di Tottenham apabila berjaya mengikat tuan rumah 1-1.

Spurs menunjukkan permainan yang lebih agresif dan mengatur serangan berbahaya ke kubu lawan di awal saingan. Hasilnya, mereka mendahului pada minit ke-19 menerusi pemain tengah Iceland, Gylfi Sigurdsson.

Begitupun, Chelsea mencipta beberapa percubaan baik di separuh masa kedua. Terry, berjaya membaca sepakan bebas yang diambil Juan Mata pada minit ke-65 untuk kedudukan terikat 1-1.

Fernando Torres memainkan peranan penting dalam membantu kebangkitan Chelsea di babak kedua, begitu pun bintang penyerang Sepanyol itu dibuang padang ketika permainan tinggal 10 minit untuk ditamatkan.

Torres dilayangkan kad kuning kedua kerana mengkasari pertahanan Tottenham, Jan Vertonghen ketika kedua-dua pemain melompat untuk merebut bola.

Bekas bintang Liverpool itu meninggalkan padang dalam keadaan tidak percaya bahawa dia telah dilayangkan kad merah, malah menundukkan kepala sepanjang berjalan ke bilik persalinan.

Biarpun memiliki kelebihan berdepan 10 pemain lawan pada 10 minit terakhir, namun keadaan itu gagal dimanfaatkan oleh tuan rumah yang tidak dapat menambah jaringan menuju ke hujung perlawanan.

"Pasukan kami tampil dengan sangat mantap sehinggalah pengadil melakukan kesilapan besar, iaitu melayangkan kad kepada Fernando. Kesilapannya memberi kesan kepada perlawanan," ujar pengendali Chelsea, Jose Mourinho. - AGENSI



© Utusan Melayu (M) Bhd

Friday, September 27, 2013

@JamawiJaafar Utamakan Kerja Dari Pandai Cakap Dan Berniaga..@JamawiOfficial #JJ4NKPUM

0 comments

Aku terbaca 1 keratan akhbar bertajuk NKP : Pilih Cakap Hebat Atau Kerja Kuat?apa yang dapat dilihat ialah pemilihan kali ini khususnya pertandingan Naib Ketua Pemuda agak sengit yang mana menampilkan 4 penjuru bagi merebut kekosongan yang ditinggalkan oleh Dato Razali Ibrahim...

Aku mengharapkan kepada pemuda pilihlah pemimpin yang rajin bekerja...kalau pandai cakap jer pun tak guna juga..pung pang 1 haper tak jalan...

Jika memilih orang yang berlatar belakangkan perniagaan maka kita akan dapat seorang pemimpin yang berfikiran keuntungan..maklumlah ahli perniagaanlah katakan...

Di pihak Jamawi dia sendiri mengakui hanya tenaga, tulang empat kerat sahaja yang akan ditawarkan untuk berbakti kepada UMNO..

HE : Pilihlah yang terbaik..Cari pemimpin yang rajin bekerja..macam Jamawi...aku kenal dia sebagai seorang sahabat....

RTM Tersilap Lagi..Apa Sudah Jadi Dengan RTM?!!!

0 comments
Apa sudah jadi dengan RTM?

Apa sudah jadi dengan kakitangan-kakitangan di belakang tabir stesen penyiaran di Malaysia yang banyak membuat kesilapan sejak akhir-akhir ini.

Gambar di atas adalah "screen shot" dari Berita RTM yang membuat kesilapan meletakkan Datuk Seri Ismail Sabri sebagai Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani! Kalau kakitangan RTM tidak mengenal Menteri sendiri susahlah!
Semalam juga dunia berita telah dikejutkan dengan kesilapan Astro Awani memaparkan mesej, "Muhyiddin ucap tahniah kepada keluarga Azizan".

"Tahniah" dan "takziah" memberi maksud yang berbeza sama sekali dan boleh mengundang kontroversi. Walau bagaimanapun Astro Awani telah memohon maaf secara langsung selepas itu.

Kita harap pihak pengurusan di belakang tabir sesuatu Rancangan TV dapat lebih berhati-hati selepas ini terutama yang membabitkan rancangan secara langsung "live".

Ini kerana sebarang kesilapan kecil boleh memberi impak yang besar serta menjejaskan reputasi stesen TV berkenaan.

* Ini adalah pendapat peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan Sinar Harian Online.

HE : Kalau dah acap kali silap apa sudah jadi ni?aku rasa mesti kerja pembangkang hack sistem rangkaian televisyen perdana...rasa jelah!!!

Dakwah!! Korang Tahu Siapa Penulis Kalimah Bismillah Yang Pertama? Jawapannya...

0 comments

org pertama cipta telefon ? alexander graham bell ..org pertama tulis bismillah ? ?????
anak kalau tanya mampus nak jawab..so simpan nota nih....

30 ORANG YANG PERTAMA DALAM ISLAM -----------------------------------------------
1. Orang yang pertama menulis Bismillah : Nabi Sulaiman AS.
2. Orang yang pertama minum air zamzam : Nabi Ismail AS.
3. Orang yang pertama berkhatan : Nabi Ibrahim AS.
4. Orang yang pertama diberikan pakaian pada hari qiamat : Nabi Ibrahim AS.
5. Orang yang pertama dipanggil oleh Allah pada hari qiamat : Nabi Adam AS.
6. Orang yang pertama mengerjakan saie antara Safa dan Marwah : Sayyidatina Hajar (Ibu Nabi Ismail AS).
7. Orang yang pertama dibangkitkan pada hari qiamat : Nabi Muhammad SAW.
8. Orang yang pertama menjadi khalifah Islam : Abu Bakar As Siddiq RA.
9. Orang yang pertama menggunakan tarikh hijrah : Umar bin Al-Khattab RA.
10. Orang yang pertama meletakkah jawatan khalifah dalam Islam : Al-Hasan bin Ali RA.
11. Orang yang pertama menyusukan Nabi SAW : Thuwaibah RA.
12. Orang yang pertama syahid dalam Islam dari kalangan lelaki : Al-Harith bin Abi Halah RA.
13. Orang yang pertama syahid dalam Islam dari kalangan wanita : Sumayyah binti Khabbat RA.
14. Orang yang pertama menulis hadis di dalam kitab / lembaran : Abdullah bin Amru bin Al-Ash RA.
15. Orang yang pertama memanah dalam perjuangan fisabilillah : Saad bin Abi Waqqas RA.
16. Orang yang pertama menjadi muazzin dan melaungkan adzan: Bilal bin Rabah RA.
17. Orang yang pertama bersembahyang dengan Rasulullah SAW : Ali bin Abi Tholib RA.
18. Orang yang pertama membuat minbar masjid Nabi SAW : Tamim Ad-dary RA.
19. Orang yang pertama menghunuskan pedang dalam perjuangan fisabilillah : Az-Zubair bin Al-Awwam RA.
20. Orang yang pertama menulis sirah Nabi SAW : Ibban bin Othman bin Affan RA.
21. Orang yang pertama beriman dengan Nabi SAW : Khadijah binti Khuwailid RA.
22. Orang yang pertama mengasaskan usul fiqh : Imam Syafei RH.
23. Orang yang pertama membina penjara dalam Islam: Ali bin Abi Tholib RA.
24. Orang yang pertama menjadi raja dalam Islam : Muawiyah bin Abi Sufyan RA.
25. Orang yang pertama membuat perpustakaan awam : Harun Ar-Rasyid RH.
26. Orang yang pertama mengadakan baitul mal : Umar Al-Khattab RA.
27. Orang yang pertama menghafal Al-Qur'an selepas Rasulullah SAW : Ali bn Abi Tholib RA.
28. Orang yang pertama membina menara di Masjidil Haram Mekah : Khalifah Abu Ja'far Al-Mansur RH.
29. Orang yang pertama digelar Al-Muqry : Mus'ab bin Umair RA.
30. Orang yang pertama masuk ke dalam syurga : Nabi Muhammad SAW.

✔ Rugilah x SHARE sbab ianya 1 peluang dkwah yg MUDAH. . .jOm share !!! sebarkan. . .ni pOn ilmu jgk. . .

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Thursday, September 26, 2013

Al-Fatihah..Ustaz Azizan Telah Meninggal Dunia...

0 comments

Salam pada semua pembaca,

Pukul 11.10am tadi, Ustaz Azizan bekas MB Kedah telah menghembuskan nafasnya yang terakhir. Marilah sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah kepada roh beliau.

Al-Fatihah..

@TunFaisal Dinafikan Hak Bertanding MT?!Transformasi Duka Lara! #TFOurHope !

1 comments

Dulu dicanang UMNO menyegarkan Transformasi..
UMNO lebih terbuka...
Namun itu semua retorik dan majas...
Yang dicanang ibarat air lucah yang berjurai dari mulut2 UMNO...
UMNO kini sempit...
Pemikiran dan undang2 ibarat sebuah rimba...
Tiada lagi kejujuran...
Tiada lagi kelaksanaan...
Yang ada hanya pembunuhan...
Sebuah impian...
Satu jasad telah dikuburkan...
Demokrasi UMNO kini tenat...
Kuharapkan Transformasi...
Namun...
Yang jadi tidak lebih dari sebujur besi buruk...
Yang kini langsung tiada nilai...

Kembalikan keupayaan transformasi dijanji...
Tun Faisal Our HOPE....

Juga bqca tulisan dari sahabat blogger....

Pergi jahanam dengan transformasi...

Boleh jalan sama itu keterbukaan dan demokrasi...

Ramai lahirkan kekesalan apabila Tun Faisal digugurkan sebagai calon Ahli Majlis Tertinggi UMNO atas alasan tidak menepati syarat asas. Syarat kelayakan ialah sekurang-kurangnya ahli Umno tiga tahun dan pernah memegang jawatan Ahli Jawatankuasa (AJK) Umno Bahagian sekurang-kurangnya satu penggal.

Baiklah...!

Aku terima syarat ini dengan hati terbuka...

Sebelum aku tanya soalan kepada Timbalan Presiden iaitu Muhyiddin Yassin selaku Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan - aku nak ucapkan tahniah kerana berjaya mengekalkan jawatan Timbalan Presiden walaupun Tan Sri tidak perform mana sepanjang menerajui MOE.

Baiklah...!

Soalan aku mudah sahaja Tan Sri - Jika Tun Faisal digugurkan dari bertanding Ahli Majlis Tertinggi UMNO kerana tidak mematuhi syarat kelayakan iaitu tidak pernah memegang AJK UMNO Bahagian sekurang-kurangnya sepenggal kenapa Akramsyah dibenarkan bertanding Ketua Pemuda UMNO Malaysia sedangkan dia tidak pernah memegang jawatan AJK mana-mana Bahagian?

Kepada bongok pemuja Akramsyah, jawatan Ketua Pemuda UMNO Malaysia adalah setaraf Naib Presiden. Di mana syarat asas untuk seseorang itu bertanding merebut jawatan Ketua Pemuda UMNO Malaysia ialah sekurang-kurangnya ahli Umno tiga tahun dan pernah memegang jawatan Ahli Jawatankuasa (AJK) Umno Bahagian sekurang-kurangnya satu penggal.

Kenapa Akramsyah boleh bertanding Tun Faisal tak boleh walhal dia merupakan Exco Pergerakan Pemuda yang mendapat 'endorsement' Pergerakan Pemuda UMNO?

baca SELANJUTNYA SINI

Wednesday, September 25, 2013

@Azalina Mangsa Terbaru Fitnah Pembangkang!!! #Azalina4MT #Azalina36

0 comments

Mungkin agaknya iblis dalam diri Zuraidah ini tidak boleh menerima keadaan yang Dato Seri Azalina kini telah berjuang bersama Kak Jat untuk mengekal dan meluaskan pengaruh Wanita dalam UMNO..

Dulu bukan main pemimpin-pemimpin pembangkang menyokong DS Azalina dalam usahanya menentang Kak Jat untuk jawatan Ketua Wanita...Selepas mendapat NASIHAT dari pelbagai pihak DS Azalina telah mengambila keputusan yang tepat untuk menarik diri dari terus menentang Kak Jat dan kini DS Azalina bertanding jawatan kerusi MT...

Hasil berkat dan kesetiaan Azalina kepada parti keramat UMNO..beliau pun  swing 180°..memang ramai yang terkejut..namun atas sifat sayangkan asayap Wanita dan tidak mahu parti keramat ini huru hara..maka beliau pun menarik diri...

Khabarnya Pro Kak Jat dalam Wanita dan Pro Azalina yang setia bersamanya kini akan menyokong penuh Azaliana untuk calon MT..angka 36 akan menjadi angka keramat baginya..insya'allah

Di pihak pembangkang mereka juga swing 180°...dulu bukan main bakup Azalina..kini balun..bermacam-macam fitnah telah kedengaran...

Terbaru Zuraida mendakwa penarikan dirinya untuk menentang Kak Jat kerana telah dijanjikan jawatan tinggi sebuah syarikat GLC..

Dakwaan sumbang dari mulut pembangkang ini lantas di cabar oleh Azalina yanh mendesak Zuraida menampilkan bukti surat pelantikan jawatan itu...

Aku yakin yang ini hanyalah permainan pembangkang yang ternyata kecewa apabila niat mereka untuk lihat sayap Wanita berpecah tidak kesampaian...

HE : Dulu bila Azalina nak tanding Ketua Wanita bukan main lagi pemimpin pembangkang sokong..sekarang Azalina pula dihentam..nampak sangat pembangkang nak UMNO berpecah...PUIH!!!!

Monday, September 23, 2013

1.7 Juta Followers @NajibRazak Menanti Tweetnya Dari Ibu Pejabat Twitter US

1 comments


AMERIKA SYARIKAT. Lebih 1.7 juta pengikut Twitter Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak @NajibRazak akan merasai pengalaman membaca tweet beliau yang dihantar sendiri dari Ibu pejabat Twitter di San Francisco, California, pada Isnin.

Sebagai seorang yang gemar menghantar tweet dengan 4,999 tweet and 1,745,037 pengikut setakat ini, menurut perangkaan Twitter.Com, Najib dikenali dalam kalangan pemimpin dunia antara yang paling aktif menghantar tweet.

"CEO asing kagum dengan pengetahuannya mengenai IT...beliau malah lebih tahu banyak perkara mengenai aspek teknikal berbanding sesetengah daripada kami. Beliau menarik perhatian CEO dan tokoh usahawan dengan pengetahuannya dalam cara yang mengkagumkan," kata seorang pegawai Malaysia mengulas lawatan kerja perdana menteri ke San Francisco dan New York dari 22 September hingga 29 September.

Kementerian Luar dalam kenyataan hari ini berkata, Najib dijadual melakukan lawatan kerja ke San Francisco untuk mesyuarat tahunan Majlis Penasihat Sain dan Inovasi Global (GSIAC) dari 22 September hingga 24 September dan selepas itu perdana menteri akan mengetuai delegasi Malaysia ke sesi ke-68 Perhimpunan Agung Bangsa Bersatu di New York dari 25 September hingga 29 September.

Menurut pegawai itu, perdana menteri akan bertemu dengan pegawai kanan Twitter dan melawat ibu pejabatnya sebelum berlepas ke Hotel Fairmont San Francisco di sini untuk menyaksikan pertukaran dokumen mengenai kerjasama antara syarikat Malaysia dan syarikat di Amerika Syarikat.

Beliau juga akan melawat Google di sini pada Selasa dan berjumpa dengan pegawai atasannya serta lapan warga Malaysia yang bekerja dengan Google.

Ditanya mengenai kepentingan lawatan pertama Najib ke Silicon Valley sebagai perdana menteri, pegawai itu berkata, Najib akan menimba pengalaman ekosistem di Silicon Valley yang akan membantu kerajaan dalam pelaksanaan program transformasinya.

"Kami mahu perdana menteri menimba pengalaman di Silicon Valley kerana beliau perlu tahu bagaimana untuk menggunakan data dan strategi analisis data besar untuk orang tertentu (dalam proses transformasi negara)," katanya.

Beliau berkata Najib akan mengadakan pertemuan dengan usahawan data besar, seperti Twitter dan Google, dan mengadakan perbincangan dengan mereka mengenai data besar dan trend masa depan, yang penting untuk gerakan agenda Digital Malaysia yang digalakkan kerajaan.

"Ia sebahagian daripada Program Transformasi Ekonomi (ETP) dan Program Transformasi Kerajaan (GTP) kerana ia akan membawa kepada perubahan pada masa depan, seperti dalam bidang pendidikan, apabila bahan mengajar boleh disediakan secara dalam talian untuk pelajar dari tahap prasekolah lagi hingga ke peringkat tertinggi secara percuma.

"Ia merupakan kesinambungan agenda Digital Malaysia dan sebahagian daripada program pendigitalan," kata pegawai itu.

Najib akan diiringi beberapa menteri kabinet dan pegawai kanan 

Sunday, September 22, 2013

Ulama' PAS Guna Akhbar Mingguan Msia Buat Cai Buta Perut Pembangkang Meroyan! Mana Harakah?Utusan Bagus!!!

1 comments

Sumber Email Oleh : RPM [Pena Minang]

Apa sudah jadi dengan 'kepimpinan ulama Pas' hari ini apabila Setiausaha Dewan Ulama PAS mereka terpaksa menggunakan medium UTUSAN MALAYSIA untuk menyampaikan nasihat kepada ahli-ahlinya? Adakah HARAKAH sudah dipenuhi dengan kumpulan ANWARINAS, PRO-SYIAH dan ANTI PENYATUAN sehingga menyebabkan Dr. Khairuddin at-Takiri terpaksa merempat 'menggunakan media luar Pakatan' untuk menasihati ahli-ahli Parti Islam SeMALAYSIA?

Namun lebih mendukacitakan bilamana artikel yang terpapar di ruangan Mingguan Malaysia ini disambut dengan tomahan, cercaan dan makian dari kalangan penyokong dan ahli PAS sendiri, termasuk cybertroopers pro-pembangkang seperti AmenoWorld Reloaded.

Jadi sekarang ini, ulama UMNO atau yang bebas tetapi jujur untuk menyampaikan dakwah toksahlah terasa sangat kalau anda dimaki oleh puak-puak pembangkang ni tatkala anda menasihati 'jemaah' mereka. Kerana sememangnya budaya maki hamun ini adalah makanan 'ruji' puak-puak yang mengaku memperjuangkan 'Islam'.

P/S : Jika Syiah boleh memaki hamun, mencela malah mengkafirkan para sahabat, inikan pula PAS yang dah diserap dengan GEN SYIAH.... :)

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Saturday, September 21, 2013

Harapan @JamawiJaafar Selaku Calon Naib Ketua Pemuda!! @JamawiOfficial #PemilihanUMNO

0 comments

Assalamualaikum & Salam Perjuangan

Saya memohon sokongan drp sahabat2 sekalian selaku perwakilan Pemuda pd kali ini utk mengundi saya, Jamawi Jaafar - CALON-01 Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia.

Semoga saya akan dipilih utk menjawat jawatan kedua tertinggi di dlm Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia dan terus berkhidmat kpd Pemuda UMNO serta berjuang bersama sahabat2 semua demi agama, bangsa dan negara.

Harap dpt membantu utk sebarkan kpd sahabat2 yg lain. Terima kasih.

Twitter : @JamawiJaafar @JamawiOfficial
FB : Jamawi Jaafar Official
Instagram : jamawijaafarofficial

#JJ4NKPUM
#KamiPilihJamawi
#TatapJJ
#JamawiCalon01

HE : Usah buruk-burukkan calun lawan..kita lawan secara berhemah..ciri-ciri ini yang ada pada Jamawi Jaafar..aku berharap calon ini akan mendapat tempat..sama-sama kita doakan..insy'allah...orangnya pun rajin bekerja...berbakti untuk UMNO!!!

@Azalina yakin Sokongan Wanita untuk Bertanding MT #Azalina4MT

0 comments

Desas desus mengatakan Azalina menarik diri adalah kerana telah dipujuk dinafikan sendiri oleh Kak Jat...Namun dipihak Azalina pula dia mengatakan telah mendapat nasihat oleh beberapa pihak..

Siapa pihak yang menasihat itu bukan persoalan. Namun dibenak fikiran aku..Tindakan Azalina menarik diri ini telah menunjukkan betapa besar pengorbanannya untuk memastikan Sayap Wanita tidak berpecah...

Memang pada awalnya Azalina sangat bersemangat untuk menentang Kak Jat..namun melihat daripada reaksi pergerakan Wanita ketika itu memang agak huru hara dan kacau bilau..reaksi Kak Jat ketika itu memang tidak senang...

Azalina diserang dengan bermacam2 tohmahan dengan mendakwa banyak ketua wanita bahagian menyokong Kak Jat..tapi sebenarnya tak de pun..anggaran aku peratusan  sokongan antara mereka berdua ialah 51% Kak Jat dan 49% Kak Aza....sebab itu kak jat tak senang duduk...

Tindakan menarik diri oleh Azalina ini memang satu pengorbanan yang amat besar..beliau telah mengorbankan impiannya untuk bertanding KW semata-mata mendengar nasihat banyak pihak....inilah namanya sayangkan UMNO...

HE: Azalina bertanding MT mendapat sokong wanita...sama2 kita lihat...Kak Raihan releks jer tanding...Kak Jat tak melompat pun..mungkin bukan seteru...namun...jangan difikir air yang tenang tiada Tsunami...

Thursday, September 19, 2013

Raihan Sulaiman Mangsa Fitnah Terbaru...Dituduh Agen @AnwarIbrahim...#TolakShahrizat #KetuaWanita

0 comments


Raihan Sulaiman Palestine For Ketua Wanita
Assalamualaikum.

Saya menerima dugaan yang agak menjadikan saya rasa sungguh terkilan. Saya ditanya oleh beberapa sahabat tentang isu Anwar ibrahim sepupu saya. Saya agak terdiam. Jarum jarum halus mula dicucuk kepada saya.

Begini, Saya menasihati anda agar jangan merujuk Wikipedia dalam menyebarkan sesuatu perkara. Siasat dahulu betul betul. Saya menyatakan Demi Nya bahawasanya Anwar bukan sepupu saya. Saya tidak pernah terfikir bagaimana isu ini boleh terjadi.

Menjawab persoalan Saya adalah agen Anwar dalam UMNO. Saya meminta sahabat sahabat saya semua membaca semula buku "50 Dalil Tolak Anwar ibrahim" tulisan Khalid jeffrey. Arwah bapa saya telah memberi amanat lima hari sebelum pemergiannya agar tidak mempercayai manusia bernama Anwar ibrahim dan meminggirkannya dari parti keramat ini.

Bagaimana anda boleh membuat teori bahawa saya akan membawa Anwar ke dalam UMNO? Adakah anda beranggapan saya akan mengkhianati amanat y saya sendiri dengar dan menjadi saksi? Ya Allah, sama sama doakan saya kuat untuk menolak insan ini daripada meracuni bangsa dan agamaku.

Seingat saya pengalaman terakhir berjumpa dengan DS Anwar adalah ketika saya menjadi wartawan dan ditugaskan membuat liputan di salah satu program PKR. Anda perlu melihat kewujudan tag nama dipakai saya.

Ramai pemimpin pemimpin UMNO pasti tahu betapa arwah menolak Anwar ibrahim. Usahlah bimbang semua, setelah saya berceramah di kampung kampung dan bersama belia belia tentang bahayanya pendekatan dan politik DS Anwar, tidak mungkin saya boleh membawanya masuk ke UMNO.

Harap penjelasan ini menjelaskan segala yang berlaku. Berwasatiyyah dalam menyebarkan maklumat. Saya syukur Allah memberikan peluang kepada saya menjelaskan perkara ini. Kepada yang menyebarkan, saya tidak pernah marah atau berdendam. CumA diminta agar membaiki fakta anda yer. Dibimbangi menjadi fitnah.

Tetapi halus juga permainan politik. Apabila saya dikaitkan dengan Anwar, pasti saya ditolak oleh perwakilan. Sebab kalau saya perwakilan sekalipun, Saya akan tolak calon favourite Anwar Ibrahim bukan? Hebat juga.

Saya meminta maaf andai terkasar bahasa atau menyakiti hati sesiapa. Marilah membesarkan Allah dan KekasihNya. Dia ada bersama kita semua.

Penjelasan ikhlas daripada :
RAIHAN SULEIMAN PALESTIN

HE : Sesiapa sahaja yang akan menentang Shahrizat untuk jawatan Ketua Wanita akan aku sokong...

Harapan Baru Bola Sepak Malaysia..Jurulatih Standard Dunia! -@KhairyKJ

0 comments

Ini barulah betul..nak bola sepak negara maju cari jurulatih standard dunia...tak nak ulas panjang...setuju pendapat ini..

'Nak majukan bola sepak negara kena buat pelaburan..kita tetapkan kpi...' KJ...

JAWATAN ketua jurulatih Harimau Malaya kembali hangat diperkatakan apabila bekas jurulatih Jepun, Philippe Troussier dilapor semakin hampir mengambil alih tempat Datuk K. Rajagobal. 
Difahamkan, Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) telah memujuk Troussier, 58, untuk mengemudi skuad Harimau Malaya dengan menawarkan gaji bulanan sebanyak AS$18,000 (RM59,000). 
Begitupun, Troussier dikatakan hanya akan menerima jawatan itu jika ditawarkan pendapatan tahunan sebanyak AS$1.52 juta (RM5 juta) yang menyaksikan dia bakal meraih gaji bulanan berjumlah AS$126,805 (RM416,000). 
Begitupun, Setiausaha Agung FAM, Datuk Hamidin Mohd. Amin enggan mengulas lanjut mengenai spekulasi itu sambil memberitahu: "Saya tidak tahu mengenai perkara ini dan enggan memberikan komen lanjut. 
"Senarai (permohonan jurulatih) terus bertambah (dan) sehingga kini, kami telah menerima 37 permohonan yang mana semakin ramai berminat membuatkan kita rasa gembira. 
"Namun ingin saya tegaskan, itu adalah hak jurulatih yang berminat untuk menghantar permohonan," kata Hamidin pada sidang akhbar selepas Kursus Persediaan Fizikal Jurulatih Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) di Hotel Hilton, Petaling Jaya semalam. 
Masa depan Rajagobal terus menjadi tanda tanya apabila FAM dilapor telah menerima 30 permohonan daripada pengendali tempatan mahupun luar negara yang berminat untuk mengambil alih skuad Harimau Malaya. 
Antara nama-nama yang disebut sebagai pengganti Rajagobal ialah bekas jurulatih Singapura, Radojko Avramovic; jurulatih Sarawak, Robert Alberts; pengendali Harimau Muda, Ong Kim Swee dan juga bekas jurulatih Harimau Malaya, B. Sathianathan.
Rajagobal kini masih mempunyai tugasan bersama Harimau Malaya dalam kempen kelayakan Piala Asia 2015. 
Beliau yang masih memiliki kontrak sehingga 31 Disember depan diletakkan Indeks Petunjuk Prestasi (KPI) dengan membantu Harimau Malaya layak secara automatik ke pusingan akhir Piala Asia 2015. 
Hamidin menegaskan, buat masa ini FAM belum memberi kata putus mengenai masa depan Rajagobal yang berkemungkinan akan dilanjutkan kontraknya jika beliau berjaya mencapai KPI yang ditetapkan. 
"Sebenarnya, FAM tidak pernah membuka jawatan ini (ketua jurulatih Harimau Malaya) dan mungkin ramai (jurulatih) telah mengetahui bahawa kontrak Rajagobal akan tamat pada 31 Disember depan. 
"Oleh sebab itu, mereka yang terdiri dari jurulatih tempatan mahupun luar negara telah menghantar surat permohonan tersebut tetapi FAM akan menilai terlebih dahulu dan belum membuat sebarang keputusan. 
"Ini kerana perlawanan terakhir menentang Yemen bakal menjadi penentu nasib Harimau Malaya dalam pentas Piala Asia, selepas itu baru FAM akan tampil membuat satu kenyataan sama ada mahu melanjutkan kontrak Rajagobal atau sebaliknya. 
"Semua ini adalah hak FAM sebagai majikan dan kami akan menentukan apabila tiba masanya. Buat masa ini, KPI Rajagobal adalah layak ke Piala Asia," katanya. -Kosmo

Wednesday, September 18, 2013

Wajah @AnwarIbrahim Makin Licin..Apa Rahsianya?

2 comments

Setelah lama menghilang..akhirnya anwar muncul nembuat penampilan dihadapan kamera..ternyata sosok tubuh dan gayanya kelihatan lebih ganteng..mukanya kelihatan bersih...susuk, botok atau air sembahyang dato seri?

Jom layan lirik aku yang dulu...hihi...

Aku Yang Dulu – Tegar

Aku yang dulu bukanlah yang sekarang
Dulu ditendang sekarang ku disayang
Dulu dulu dulu ku menderita
Sekarang aku bahagia

Cita cita ku menjadi orang kaya
Dulu ku susah sekarang alhamdulillah
Bersyukurlah pada yang maha kuasa
Memberi jalan untuku semua

Hidupku dulunya seorang pengamen
Pulang malam selalu bawa uang recehan
Mengejar cita cita paling mulia
Membantu keluarga dirumah

Sekolah dulu ku gak punya biaya
Terpaksa kuharus mencari nafkah
Tetapi aku tak berputus asa
Pasti yang kuasa memberi jalannya

Hidupku dulunya seorang pengamen
Pulang malam selalu bawa uang recehan
Mengejar cita cita paling mulia
Bersyukur masuk dapur rekaman

Hidupku dulunya seorang pengamen
Pulang malam selalu bawa uang recehan
Mengejar cita cita paling mulia
Bersyukur masuk dapur rekaman

Sekolah dulu aku gak punya biaya
Terpaksa kuharus mencari nafkah
Paling bisa bantu dengan penuh cinta
Cinta yang penuh warna

Aku yang dulu bukanlah yang sekarang
Dulu ditendang sekarang ku disayang
Dulu dulu dulu ku menderita
Sekarang aku bahagia

Cita cita ku menjadi orang kaya
Dulu ku susah sekarang alhamdulillah
Bersyukurlah pada yang maha kuasa
Memberi jalan untuku semua

Download Mp3 : Disini


HE: Anwar kena jawab!susuk,botok atau air sembahyang?

Tuesday, September 17, 2013

@JamawiJaafar Tentang Keras Abu Mayat Chin Peng Masuk Malaysia!!

0 comments

Selepas kita dengan pemimpin-pemimpin kerajaan menentang kemasukan abu mayat Chin Peng ke Malaysia..kini Calon Naib Ketua Pemuda dari Sabah, Jamawi Jaafar pula bersuara..

Siapa mahukan Pendatang Asing Tanpa Izin masuk Malaysia...yang DAP dok beria sangat nak bawa abu Cin Peng kenapa..dia bukan orang Malaysia...

Mereka yang buta sejarah jer anggap Chin Peng ni pejuang...dulu masa pendudukan Jepun..Chin Peng memang pandai berlakun..masa tu dia kerjasama dengan British yang ketika itu bersama MPAJA...

British yang supply senjata MPAJA yang disertai Chin Peng.sebenarnya Chin Peng ni dah lama komunis..cuma diorg ni menyamar jer jadi MPAJA....bila Jepun dah berambus..

Barulah Chin Peng buktikan yang dia ni komunis dan nak diiktiraf sebagai pertubuhan Komunis yang sah....British tak bagi kerana komunis ni memang kejam...

Agaknya kalau British tau yang MPAJA ni komunis..komfem dari awal lagi British dah tentang..tapi kelicikan Chin Peng susah orang nak tau pergerakan komunis...

Kemudian British arah Chin Peng dan kroninya letak senjata dan berdamai semasa rundingan Baling yang mana ketika itu Parti Komunis nak mintak diiktiraf sebagai pertubuhan yang sah serta boleh bertanding dalam Pilihan Raya....

Comfemlah British tolak..nama pun komunis..dahlah menyamar jadi MPAJA..ni nak tipu lagi...

Sepatutnya Komunis harus bersyukur..kerajaan Malaysia bagi tanah segala bagai masa perjanjian damai 1989..tapi depa ni tamak..macam DAP..askar yang berjuang habis-habisan pun tak dapat tanah dan tak dibela sebegitu rupa.....

HE : Duduk je diam2 kat Thailand tu!!!

10 Kereta Mewah Bekas Setpol Kak Jat Dirampas Menjelang #PemilihanUMNO..Apa Tandanya?

0 comments

Datuk Suhaimi Ibrahim, bekas Setiausaha Politik kepada Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil dibebaskan dengan ikat jamin mahkamah pagi ini selepas ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) malam tadi, lapor MalaysiaGazette.

Beliau ditahan bagi membantu siasatan berhubung penyelewengan program 1Azam yang dikhaskan membantu golongan berpendapatan rendah.

Suhaimi dengan tangan bergari dibawa keluar dari bangunan SPRM kira-kira 8.15 pagi ke Kompleks Mahkamah Putrajaya.

Sementara itu, sebanyak sepuluh kenderaan mewah milik Suhaimi turut dirampas SPRM.

Antara kenderaan yang dirampas ialah Toyota Alphard, Vellfire, Camry dan Volkswagen Golf GTI.

Kereta-kereta tersebut diletakkan di Kompleks D Bangunan SPRM.

HE : Pelik?dibebaskan?kereta dirampas?y?y?bekas Setpol Kak Jat? hihi...

@JamawiJaafar Ada Potensi Menang Naib Ketua Pemuda! #JJ4NKP ! #PemilihanUMNO

0 comments
Pemilihan Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia (NKP) kali ini berjaya mencuri tumpuan banyak pihak apabila nama calon-calon dibariskan nampaknya bukan calang-calang orang termasuklah Ketua Pemuda Perak, Khairul Azwan Harun (atau, Azwan Bro) dan Pengerusi Unit Pidato Pemuda UMNO, Lokman Nor Adam telah dikhabarkan bakal bertanding merebut jawatan nombor dua sayap sayap UMNO itu.

Menurut saya, dua nama ini cukup hebat dari pelbagai sudut termasuk mempunyai kekuatan pengaruh pada peringkat pusat, memegang potfolio kukuh dalam sayap parti, malah masing-masing juga petah berbicara. Maka seandainya dibandingkan dengan calon-calon NKP lain, saya sendiri merasakan pertembungan merebut jawatan NKP kali ini akan lebih terfokus kepada pertembungan antara Lokman dan Azwan.

Namun pada masa sama, kewujudan Ketua Pemuda UMNO bahagian Tenom, Jawami Jaafar yang juga bertanding jawatan NKP tidak sewajarnya dipandang enteng dan diambil mudah oleh mana-mana pihak. Malah saya dimaklumkan bahawa Jamawi mempunyai sokongan kuat akar umbi UMNO Sabah biarpun kurang popular kalangan ahli UMNO di Semenanjung.

Ditambah pula dengan track-record cemerlang sepanjang memegang jawatan politik, baik di peringkat bahagian, negeri mahupun di peringkat pusat, maka kehadiran Jamawi dalam pemilihan NKP kali ini sememangnya pencabar sengit kepada Azwan dan Lokman.

Malah jika dibandingkan antara ketiga-tiga calon ini, ternyata pemimpin muda dari Negeri Di Bawah Bayu ini tidak kurang hebatnya apabila mempunyai pencapaian memberangsangkan sepanjang memegang potfolio Kebudayaan dan Kesenian Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia.

Kemampuan beliau menerajui potfolio terbabit membuahkan hasil apabila beliau berjaya mendekatkan golongan seni kepada parti melalui pendekatan dan pelaksanaan pelbagai program sehinggakan golongan tersebut berani menyatakan sokongan terhadap UMNO secara terbuka semasa Pilihanraya Umum 13 (PRU 13) lalu.

Malah penyertaan beberapa nama besar industri hiburan seperti Amy Search, Zed Zaidi, Jamal Abdillah, Mus May dan lain-lain lagi, boleh dianggap sebagai sebahagian resume pencapaian besar anak muda Sabah ini bagi menyanggah suara-suara sumbang mempertingkaikan kelayakan beliau untuk bertanding jawatan nombor dua dalam Pergerakan Pemuda UMNO.

Dan sewajarnya kita kembali bertanya, apakah lagi yang harus Ketua Pemuda UMNO Tenom itu lakukan bagi meyakin dan membuktikan kepada akar umbi bahawa beliau sememangnya layak memegang jawatan tersebut?

Namun walaupun begitu, saya masih berpandangan bahawa penilaian terhadap Jamawi wajar dilakukan dalam ruang lingkup lebih luas dan kita wajar menyedari bahawa beliau bukan calon popular kerana "kurang mesra" dengan media massa berbanding calon-calon NKP lain.

Saya sendiri terpaksa mengikuti profail Instagram (jamawijaafarofficial), Twitter(@JamawiOfficial) dan Facebook Jamawi Jaafar untuk mendapatkan maklumat dan mengetahui perkembangan lanjut pemimpin muda Sabah ini.

Hasil pencarian kata kekunci "Jamawi Jaafar" melalui enjin Google (sila klik disini) juga mendapati bahawa beliau kurang berpengaruh di ruang maya apabila Google hanya menemui sekitar 12,000 hasil carian berkaitan beliau, jauh ketinggalan berbanding calon-calon NKP lain, Azwan Harun (241,000 hasil carian) dan Lokman Adam (1,480,000 hasil carian).


Hal ini membuktikan bahawa Jamawi sememangnya bukan calon popular berbanding lawannya. Justeru beliau perlu lebih giat mempromosikan diri melalui media massa dan alam siber bagi memastikan setiap perwakilan Pemuda dan ahli UMNO mengenali beliau.

Seandainya beliau berdegil dan tetap mengekalkan pendekatan ortodoks untuk sekadar berkempen melalui perjumpaan dengan wakil pemuda pada peringkat bahagian semata-mata, tanpa mempedulikan sebarang promosi melalui media massa dan media sosial, saya berkeyakinan kuat bahawa Jamawi bakal ditinggalkan bukan sahaja melalui jumlah undian semasa pemilihan nanti, malah  turut ditinggalkan dari aspek karier politik berbanding Azwan dan Lokman.

Justeru beliau harus segera mengerakkan kempennya juga melalui peranan media jika beliau mahu dianggap sebagai ahli politik yang mampu berdiri di atas kapasiti dirinya sendiri.

Bayang-bayang majikannya, Dato' Seri Shafie Apdal semata-mata tidak cukup bagi memberikan sebarang kelebihan kepada beliau terus dipandang relevan dan dihormati akar umbi, sementelaah pula beliau perlu mempersiapkan diri untuk menjadi seorang politikus independent, diyakini dan disegani sekiranya beliau mahu melangkah lebih jauh dalam kancah politik.

Pengaruh Shafie Apdal belum mampu memastikan kejayaan Jamawi dalam Pemilihan Agung UMNO, Oktober nanti.

Ketika ini Jamawi harus berani melakukan perubahan untuk menghapuskan stigma "anak emas Shafie Apdal" jika mahu memastikan sokongan teguh akar umbi terhadap beliau berterusan. Dan sudah tiba masanya untuk Pengerusi Kebudayaan dan Kesenian Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia ini, berusaha mencipta reputasi sendiri bagi meletakkan dirinya sebaris dengan pemimpin-pemimpin muda UMNO lain.

Kini Jamawi hanya mempunyai sedikit masa untuk memperbaiki kelemahan-kelemahan yang wujud seandainya mahu terus bersaing dalam merebut jawatan Naib Ketua Pemuda UMNO. Sekiranya beliau tidak mahu dianggap sebagai calon payung terjun dalam pertembungan ini, sewajarnya beliau segera keluar dari kepompong keselesaan dan membuktikan bahawa beliau bukan 'ayam serama-cantik carik bulunya, mahal pula harga, dijaga sebaik-baik oleh tuan empunya, namun kurang berisi tubuhnya, hanya bijak menunjuk lagak mendada, kalah pula sabung dengan ayam-ayam laga.

Apa-apa pun, saya ucapkan selamat maju jaya kepada Jamawi dan semoga berjaya memenangi jawatan NKP.

Jamawi perlu buktikan bahawa beliau bukan 'ayam serama'


HE : Jika ditanya aku siapakah calun layak menjawat jawatan Naib Ketua Pemuda..sudah pasti aku akan sokong anak muda dari Sabah ini..BN Youth Music dan mendekatkan hubungan ikon artis dalam BN bukan tugas yang mudah...tapi beliau berjaya...keep it up bro!!!!!

Gangster FB Taik Minyak Tailong Man Diburu @PDRMsia..Gatal Sangat Nak Cari Poliskan!!!

0 comments


Polis negeri mahu pemilik akaun Facebook yang menggunakan nama 'Tailong Man' supaya tampil bagi membantu siasatan berhubung kes ugutan terhadap pasukan itu di dalam sosial berkenaan pada Jumaat lalu.

Status ugutan di laman sosial tersebut dipercayai dikemas kini pemiliknya untuk membalas dendam setelah polis menembak mati dua ahli kongsi gelap Geng 36 di Cheng, sehari sebelum itu.

Ketua Polis negeri, Datuk Chuah Ghee Lye berkata, siasatan lanjut bagi mengesan pemilik akaun laman sosial itu sedang dijalankan pihaknya.

Menurutnya, siasatan menyeluruh turut dilakukan sama ada pemilik laman sosial itu mempunyai kaitan dengan kumpulan kongsi gelap berkenaan.

"Polis mahu 'Tailong Man' tampil membantu siasatan selain meminta orang ramai yang ada maklumat mengenainya agar menyalurkannya kepada polis," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Dalam kejadian itu, pemilik akaun berkenaan mengemas kini statusnya dengan kenyataan 'KETUA POLIS MELAKA-360/// MAU HANTAM SAMA LU PUNYA ANJING-ANJING. LU JAGA SAMA LU PUNYA ANJING-ANJING KASI MAKAN CUKUP-CUKUP. WA PANCUNG SEEKOR-SEEKOR LU PUNYA ANJING! LU SUDAH KASI SIVA SAMA RAJA TIDUR, LU INGAT LU SUDAH BAGUS? JAGA LU ORG!'

- UTUSAN ONLINE

HE : Dasar ganster taik minyak..tak perlu kau cari polis...Polis dah cari kau!!!!kahkahkah!!!sebelum ni aku ada juga menulis tentang ganster taik minyak ni disini..tahniah Polis!!!!

Monday, September 16, 2013

@HishammuddinH2O Sependapat Dengan @Zahid_Hamidi Tidak Benarkan Mayat Chin Peng Di Bawa Malaysia.. #TolakKomunis!!!

0 comments

Kematian Chin Peng tidak akan dianggap sbg satu kehilangan berikutan pengkhianatan dan keganasan yg pernah dilakukan oleh beliau pd zaman lampau.

Malah Chin Peng yang pernah mengetuai parti komunis di negara ini bertanggugjawab penuh ke atas kematian beribu-ribu askar, anggota keselamatan dan rakyat kita dalam mempertahankan kedaulatan negara pd ketika itu.

Sy amat bersetuju dgn DS Zahid utk tidak membenarkan mayat atau abunya di tanam di bumi bertuah Msia.

Malah ketika mendiang tenat sblm ini pun saya yg ketika itu Menteri Dalam Negeri tidak membenarkan sama sekali beliau dibawa pulang ke Msia.

Sejarah telah mbuktikan betapa perbuatan beliau ketika itu telah menimbulkan pelbagai keresahan dan kacau bilau kpd negara serta rakyat kita. 

Hishammuddin Hussein


HE : Kerajaan jangan berlembut sangat..kerajaan milik BN jangan nak ikutkan sangat kehendak pembangkang...cukuplah kerajaan berlembut selama ini..ISA dimansuhkan...majoriti orang Melayu akan kecewa jika mayat Komunis ni dibawa balik!!!

Info Rentetan Peristiwa #HariMalaysia.. - @NajibRazak

0 comments

Tahun ini adalah tahun yang amat bersejarah buat semua rakyat Malaysia. Pada tanggal 16 September, negara kita menyambut ulang tahun rasmi penubuhannya yang ke-50.

Pengisytiharan rasmi penubuhan Malaysia telah dibuat oleh Perdana Menteri Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj pada tarikh bersejarah ini, dalam tahun 1963, di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur.

Pengisytiharan yang disaksikan oleh oleh Yang di-Pertuan Agong, Raja-Raja Melayu, Gabenor-Gabenor Pulau Pinang, Melaka, Sarawak dan Sabah serta 30,000 orang rakyat telah memberi sinar harapan kepada semua.

Pada ketika itu, rakyat berbilang kaum dan agama, mengimpikan kemerdekaan, kebebasan dan kemakmuran dalam sebuah negara yang berdaulat.

Satu kompromi telah dicapai bagi melindungi kepentingan Sabah dan Sarawak bersama Persekutuan Tanah Melayu dalam penubuhan Malaysia. Hak autonomi dan kedudukan kedua-dua buah negeri ini turut dinyatakan dalam Perkara 20, Suruhanjaya Cobbold.

Ingin saya tegaskan bahawa Sabah dan Sarawak tidak pernah dipinggirkan oleh Kerajaan Persekutuan dalam pentadbiran negara. Sebagai Perdana Menteri, saya sentiasa berusaha bagi memastikan pembangunan yang sama rata untuk semua negeri di Malaysia.

Sejak tahun 2010, kerajaan memperuntukkan RM2 bilion untuk melaksanakan sejumlah 79 projek pembangunan infrastruktur asas luar bandar di Sabah dan Sarawak. Pada tahun 2012 sahaja, sejumlah RM62.3 juta dari jumlah ini telah diperuntukkan kepada Koridor Tenaga Diperbaharui Sarawak (SCORE) bagi membiayai beberapa projek, termasuk merekabentuk jalan masuk dan jalan dalam ke Hab Halal Tanjung Manis, bekalan air di Samalaju dan kajian kebolehlaksanaan untuk Taman Sains di Mukah. RM207 juta juga telah diperuntukkan dalam Koridor Pembangunan Sabah bagi melaksana beberapa projek infrastruktur dan pertanian.

Usaha berterusan bagi membangunkan ekonomi Sabah dan Sarawak sentiasa menjadi keutamaan kerajaan Malaysia. Kehidupan masyarakat di kedua-dua buah negeri ini telah banyak berubah berbanding 50 tahun yang lalu, selaras dengan pembangunan global.

Walaupun dalam usia yang muda, Malaysia telah berjaya membina sebuah negara yang disegani, sama ada dari aspek politik, ekonomi dan pembangunan sosial. Pengorbanan dan usaha gigih semua pihak dalam membentuk negara, mempertahankan keamanan dan kemakmuran selama ini akan sentiasa dihargai.

Kepada semua rakyat Malaysia, marilah kita bersama-sama berganding bahu dalam membina kemakmuran ekonomi, mempertahankan kedaulatan dan memelihara keharmonian dalam Negara.

Terima kasih.

Najib Razak

@KhalidIsmath Ni Dah Gila Ke Apa? Chin Peng Diangkat Sebagai Orang Islam...#KalimahAllah Dimain Lagi!!!

6 comments

Seperti yang dilaporkan oleh media Bankok Post...Chin Peng bekas Pemimpin Komunis Malaya telah mati di hospital Bangkok 6.20 pagi tadi.



Dah mati pun...Khalid Ismath pula nak jadi hero..Aku rasa budak khalid ni ada masalah mental lah agaknya...apa kejadahnya dia kata mendiang Chin Peng komunis meninggal menyebut kalimah Allah...

Mustahil sangat..kalau tak percaya kita tunggu cara pengebumiaannya..adakah dia di uruskan dengan cara islam atau tidak...

HE : Nak tagih populariti dalam twitter agak2lah!!!jangan benda bodoh ko buat...sesat betul budak ni!!!Chin Peng didoakan sebaris orang beriman...gila ke!!!Kebumi cara Islam ke?

Panas!!!! Gangster Ugut @PDRMsia..Kelakar Bila Gangster Taik Minyak Main Facebook!!!

4 comments



Apa punya gangsterlah ini cara lepas geram guna akaun FB..lucu gila...belum ada ganster meroyam dalam FB...haha...cakap bergegar...boleh runtuh KLCC...taik minyak punya ganster...

FB gangster taik minyak ugut Polis SINI...

HE : Kelakar juga bila ganster meroyan dalam FB...kah3!!!

Sunday, September 15, 2013

16 Sept..5 Tahun @AnwarIbrahim Kempunan Jawatan PM...

0 comments

Satu perkara yang aku sangat puji kat penyokong Anwar Ibrahim ialah kesetiaan mereka..biarpun pemimpin mereka banyak kali menipu..banyak kali memperbodohkan mereka..tapi mereka langsung tak melawan..malah nak tegur pun tak berani ibarat satu dosa yang besar...

Inilah kesetiaan yang ada kepada pencacai Anwar Ibrahim...tidak hairanlah mengapa mereka digelar MACAI...Prinsip mereka...Mendengar Apa Cakap Anwar Ibrahim..

Menjelang 16 September ini..negara kita menyambut hari Malaysia..namun bagi Anwar tarikh 16 September merupakan hari penuh dengan kedukaan, keperitan, kepahitan dan kemaluan...

Teringat lagi aku masa tahun 2008..bukan main yakin lagi Anwar Ibrahim mampu membentuk kerajaan...kononnya ramai pemimpin Barisan Nasional akan swing dibawah tapak kaki Anwar...taktik itu setidak-tidaknya telah membuatkan pemimpin Barisan Nasional lebih bersatu dalam satu saf barisan yang sangat kuat...

Andaian Anwar yang ramai ahli Parlimen BN akan melompat parti totallynya silap...Anwar sudah tentu pasrah...jadi untuk menyedapkan jiwa yang lara...dia memberi ucapan kononnya 16Sept kalau tak tahun ni..tahun depan..masa itu akan terus bergerak...

Anwar seharusnya bersyukur kepada Allah SWT kerana ada ramai MACAI yang akan angguk sahaja apa cakap dia walaupun mereka ditipu...jika Allah tidak membekalkan semangat MACAI ini..aku rasa ramai sudah tinggalkan perjuangan  bersama pakatan...

Banyaklah kalau hendak dihitung dengan pembohong sorang ni...bila sudah kecewa...Anwar umumkan akan bersara dari arena politik jika Pakatan Rakyat kalah PRU 13 yang lalu...namun semuanya seperti tidak menjadi..Pakatan gagal memerintah...

Tapi dia dah umum akan bersara...aku dari awal lagi dah agak itu hanya sandiwara Anwar untuk raih simpati...terkini...dia mendakwa...dia tidak kisah tidak dikenali sebagai Perdana Menteri..cukuplah sekadar pejuang rakyat...

HE : Anwar memang sudah pasrah.....apa yang dilakukan ibarat tidak menjadi..orang Cina sahaja berjaya dia pengaruhi....

AJAIB!!@KhalidIsmath Fitnah Anak Nik Aziz Naik Besi Terbang?

0 comments

Tudia..gaya riak seorang anak siulamark Nik Aziz bergaya mewah di dalam besi terbang...

Tolong jangan fitnah si anak Nik Aziz ni..nanti dia spin kata bukan heli..bukan juga kapal terbang mewah...cuma besi buruk yang boleh terbang...

Lebih lucunya..orang yang mempertikaikan ialah si Khalid syiah...agaknya mungkin sudah terlalu berang dengan PAS...Nik Abduh yang tidak berdosa jadi mangsa...kahkahkah!!



Masih Ada Tahfiz Amal Perlukan Bantuan...Kerajaan Negeri Jangan Leka!!!,

0 comments

Apakah ini satu taktik baru yang dilakukan oleh pihak Pusat Tahfiz Amal untuk mencari dana tambahan bagi membangunkan prasarana sekolah mereka?

Bukan niat aku untuk memngeji usaha mereka mencari dana tambahan...cumanya khuatir peminta derma ini yang rata-rata pelajar sekolah telah diekploitasi...terkadang aku terfikir..mengapa bila adanya pelajar mintak derma modus operandi mereka ialah Tahfiz Amal...dan mesti di Kedah..dulu sindiket ini menggunakan kanak-kanak bawah umur perempuan..tapi kali ini mereka menggunakan pelajar lelaki...

Dalam 1 hari tu aku ada minum dikedai makan yang sama 2 kali..1 sebelah petang dan 1 lagi sebelah malam...

Pada petang tu aku bagilah sedikit wang kepadanya...pelajar tu pun terkial-kial mengeluarkan resit...aku pun balas...tak perlu resit..cuma pak cik nak ambil gambar kad ni jer....

Itu sebelah petang..sebelah malamnya pula dalam lingkungan jam 11 malam..pelajar yang sama menyapa aku....

Jadi aku bertanya...petang tadi engko mintak..malam pun engkau nak mintak juga dik?kenapa bersungguh-sungguh ni dik..meh duk..pak cik belanja makan...budak itu pun mengelak dengan mengatakan sudah kenyang...minum nak tak?pelajar tu pun jawab..terima kasih pak cik...saya sudah minum...

Lalu pelajar tu pun beredar....pergi dari satu meja ke meja untuk meminta derma...

Apalah sangat kalau nak disedekahkan RM 1.00 kan..itu adalah jawapan rutin kita...tapi pernahkah kita terfikir yang sumbangan itu sampai atau tidak...jika sampai benarkah wang itu disalurkan kejalan yang benar....

Beberapa persoalan yang menjadi tanda tanya kepada aku...apakah kerajaan negeri Kedah dibawah pimpinan Barisan Nasional tidak mengetahui perkara ini..jika tahu..apa usaha yang dilakukan kerajaan negeri untuk membangunkan sekolah aliran tahfiz?

Pada malam itu mungkin hendak dijadikan cerita aku terserempak dengan pelajar yang sama..kali ini di bank...aku perhatikan kelibat mereka...seorang pelajar diluar pintu dan seorang lagi di dalam ruang mesin  ATM untuk memasukkan hasil kutipan...

HE : Agak-agak kalau aku buat helaian seperti gambar di atas dan laminatekan boleh tak???upahlah budak-budak untuk jalankan kerja ni..belikan baju Melayu..pakaikan songkok...boleh kaut untung..mudah sangat zaman sekarang ni..guna agama untuk dapat duit...isk3!

Saturday, September 14, 2013

Apa Sudah Jadi!!Cai PAS Seret Motor!!Tp @PDRMsia Juga Terbaik!!!!

0 comments

Biar gambar bicara sendiri...umat PAS seret motor buat jalan sesak...tapi anggota polis trafik plak..tolak kereta untuk kurangkan kesesakan...

Dari segi niat pun dah jahat...nak tunjuk perasaan minyak naik harga...kenapa tak tolak bas pakatan rakyat Khalid Brahim?

Friday, September 13, 2013

Borang Pencalonan #PemilihanUMNO Diedar Esok

0 comments

Pemilihan UMNO 2013 membuka tirai dengan borang pendaftaran pencalonan mula diedarkan kepada ahli-ahli parti bermula jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang bermula esok, 14 September (Sabtu).
pemilihan-umno-kotak-undi-mengundi-pemuda-cawangan-bahagian-pusat
Menurut Setiausaha Jawatankuasa Pemilihan UMNO, Datuk Tajudin Harif, borang pendaftaran calon telah dikeluarkan untuk tiap-tiap bahagian dan mana-mana individu yang ingin bertanding dalam pemilihan terbabit boleh mengambilnya.
“Kepada mana-mana ahli UMNO yang merasakan layak, menepati kriteria kepimpinan dan ingin bertanding dalam pemilihan UMNO kali ini maka bolehlah dapatkan borang pencalonan bermula esok,” katanya kepada UMNO-Online.
Dilaporkan, Ibu Pejabat UMNO telah mengeluarkan pekeliling kepada semua UMNO Bahagian berkaitan makluman pengambilan borang pendaftaran calon yang dikeluarkan bermula 14 September dan tarikh pendaftaran calon adalah pada 21 September 2013 (Sabtu).
Dimaklumkan, kepada mana-mana calon yang ingin bertanding bagi jawatan di peringkat Jawatan Kuasa Bahagian dan pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri Bahagian maka borang pendaftaran calon boleh diambil di Pejabat UMNO Bahagian masing-masing sementara bagi mana-mana individu yang ingin bertanding peringkat majlis tertinggi dan Exco Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO Malaysia maka borang pendaftaran calon boleh diambil di Ibu Pejabat UMNO.
Perhimpunan Agung Khas UMNO pada Oktober 2009 telah meluluskan pindaan perlembagaan iaitu 146,500 perwakilan bakal menentukan kepemimpinan UMNO dengan menghapuskan sistem kuota, persidangan mesyuarat perwakilan secara serentak dan juga menambah bilangan ahli jawatankuasa lantikan Wanita.
Selain itu UMNO juga meluluskan untuk menjadikan yuran keahlian sebagai yuran seumur hidup, memberi kuasa kepada Pemuda, Wanita dan Puteri untuk meluluskan keahlian baru UMNO dan mengiktiraf sumbangan setiausaha bahagian. - MediaUMNO

ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA