networkedblogs

Bersahabat..

VIDEO VIRAL MERDEKA KE-60

Sunday, September 15, 2013

16 Sept..5 Tahun @AnwarIbrahim Kempunan Jawatan PM...


Satu perkara yang aku sangat puji kat penyokong Anwar Ibrahim ialah kesetiaan mereka..biarpun pemimpin mereka banyak kali menipu..banyak kali memperbodohkan mereka..tapi mereka langsung tak melawan..malah nak tegur pun tak berani ibarat satu dosa yang besar...

Inilah kesetiaan yang ada kepada pencacai Anwar Ibrahim...tidak hairanlah mengapa mereka digelar MACAI...Prinsip mereka...Mendengar Apa Cakap Anwar Ibrahim..

Menjelang 16 September ini..negara kita menyambut hari Malaysia..namun bagi Anwar tarikh 16 September merupakan hari penuh dengan kedukaan, keperitan, kepahitan dan kemaluan...

Teringat lagi aku masa tahun 2008..bukan main yakin lagi Anwar Ibrahim mampu membentuk kerajaan...kononnya ramai pemimpin Barisan Nasional akan swing dibawah tapak kaki Anwar...taktik itu setidak-tidaknya telah membuatkan pemimpin Barisan Nasional lebih bersatu dalam satu saf barisan yang sangat kuat...

Andaian Anwar yang ramai ahli Parlimen BN akan melompat parti totallynya silap...Anwar sudah tentu pasrah...jadi untuk menyedapkan jiwa yang lara...dia memberi ucapan kononnya 16Sept kalau tak tahun ni..tahun depan..masa itu akan terus bergerak...

Anwar seharusnya bersyukur kepada Allah SWT kerana ada ramai MACAI yang akan angguk sahaja apa cakap dia walaupun mereka ditipu...jika Allah tidak membekalkan semangat MACAI ini..aku rasa ramai sudah tinggalkan perjuangan  bersama pakatan...

Banyaklah kalau hendak dihitung dengan pembohong sorang ni...bila sudah kecewa...Anwar umumkan akan bersara dari arena politik jika Pakatan Rakyat kalah PRU 13 yang lalu...namun semuanya seperti tidak menjadi..Pakatan gagal memerintah...

Tapi dia dah umum akan bersara...aku dari awal lagi dah agak itu hanya sandiwara Anwar untuk raih simpati...terkini...dia mendakwa...dia tidak kisah tidak dikenali sebagai Perdana Menteri..cukuplah sekadar pejuang rakyat...

HE : Anwar memang sudah pasrah.....apa yang dilakukan ibarat tidak menjadi..orang Cina sahaja berjaya dia pengaruhi....

No comments:

ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA