networkedblogs

Bersahabat..

MALAYSIA AMAN TANPA DAP!!!

Monday, September 30, 2013

Apa Lagi Pembangkang Mahu!!! Semua BN Buat Tak Kena...Info Inbox Page ANTI BERSIH


Selamat Sejahtera Admin, Maaf kalau mesej saya mengganggu masa admin. Sejaka kebelakangan ini, selalu sangat saya dengar rakan-rakan saya kata masa BN dah tamat. Ada yang kata bagilah peluang kat Anuwar jadi PM, mungkin ada perubahan…. Terfikir juga dulu bukan main lagi sokong BN, sekarang nak Anuwar jadi PM. Jadi macam biasalah mulut saya tak reti diam, secara spontan saya ajukkan soalan, apa yang buat dorang ni agak tawar hati dengan BN? Jawapan yang sama HARGA MINYAK NAIK LAGI!!! 

Mungkin betul harga minyak naik, masa harga minyak naik tak ramai yang check laman web OPEC. Semua nak berdebat. Kenapa harga minyak perlu naik? Tapi tak ramai yang mendalami kerjaan BN, saya pun tak cukup pandai, sekadar pandangan peribadi je.

Saya lahir kat ladang sawit, hidup tak pernah mewah la. Makan KFC pun masa umur saya 19 tahun, guna gaji pertama. Jangan terkejut sebab saya bukan tua sangat lahir pada tahun 1984 (Hampir sebaya dengan majorityipeminat-peminat fanatik Anuwar). Kenapa saya sebut benda ni, senang je, majoriti penyokong BN ni orang yang pernah rasa susah, beras tak pernah cukup, nak makan ayam setahun sekali pun susah, dapat makan sardin pun dah kira best. Saya percaya ramai penyokong BN pernah lalui apa yang saya lalui.

Tapi berbeza dengan kebanyakkan penyokong PR (PKR dan DAP terutamanya). Maksud saya kebanyakkan ye bukan semua, kalau penyokong PR tahu dia kata saya menipu pulak. Saya ulang lagi sekali, kebanyakkannya bukan semua golongan yang berusia di bawah umur 30. Apa yang dilalui dorang ni senang je, dulu bapa dah kumpul duit, jadi tak kenal susah. Kononya nak ubah masa depan Negara. Tapi sedar sebenarnya Negara dah berubah?? Sejauh mana dorang ni sedar?? Hidup saya sendiri, saya kini bergelar jurutera, tinggal di taman, ada kereta, ada rumah sendiri n masih bayar segala bil. Tapi berbeza dengan bapa saya, dia cuma mampu sekolahkan anak2 dia je. Inilah perubahannya, dan ini berlaku di bawah pimpinan Barisan Nasional. Jadi saya tak perlukan Pakatan Rakyat jadi hero dalam hidup saya . 

Balik pada cerita harga minyak tadi, Anuwar kata 8 tahun jadi menteri kewangan harga minyak naik RM 0.10 je. Memang tak dinafikan tapi ini berlaku di bawah pimpinan Barisan Nasional juga. Ketika Anuwar jadi TPM. Walaupun Anuwar jadi menteri kewangan tapi kuasa mutlak ketika itu pada Tun Mahathir. Jadi siapa yang patut berbangga dengan statement dia? Anuwar atau Barisan Nasional??? Cuba tanya kat puak satu lagi, mesti ada alasan. Kalau tak dapat jawab dorang akan kata penyokong BN tak pernah sedar, tak faham dan susah terima kenyataan, ditipu kerajaan dan macam2 lagilah.

Jadi kesimpulannya admin, selagi kerajaan tak bagi free, puak2 ini tak akan diam. Tapi bila kerajaan salurkan duit, dialah manusia pertama yang akan kutip kemudian akan jawab ini duit rakyat. Tapi bila dia bayar cukai??? Yang bayar cukai pun takkan kata ini duit rakyat. Mungkin ayt ni tak sesuai tapi fikirkan lah duit rakyat sampai kepada rakyat jika disalurkan. Kalau tak disalurkan??? 

Jangan risau bila abang Anuwar jadi PM nanti (Kalau jadi PM la) dia akan kata, kita terpaksa kurangklan subsidi kerana kerajaan sebelum ini boros. Masa itu puak PR ni pula kata ini semua salah BN….dah jadi PM pun salah BN juga kan…..selamat berfikir….. 

Kalau nak post kat wall harap jangan keluarkan nama saya. Semoga BN terus kekal berkuasa.. Salam Satu Malaysia....

HE: Semua BN buat tak kena..depa jer yang betul!!!Sekiranya anda mahu kongsikan tulisan anda boleh inbox di page ANTI BERSIH ..sekiranya tulisan Pro BN dan tidak fitnah macam cai pakatan..aku akan kongsikan...tq

1 comment:

Anonymous said...

Tepat mengena.

ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA