networkedblogs

Bersahabat..

LAGU CERITA KEBENARAN SEMPENA HARI LAHIR PM, NAJIB RAZAK

Wednesday, September 11, 2013

@Azalina Sah Tidak Bertanding #KetuaWanita ?


Ahli Parlimen Pengerang, Datuk Seri Azalina Othman Said (gambar) mengesahkan menarik diri daripada bertanding merebut jawatan Ketua Pergerakan Wanita UMNO bagi mengelakkan perpecahan dalam parti.

Beliau yang juga Ketua UMNO Bahagaian Pengerang berkata, walaupun berat untuk menarik diri, namun demi perpaduan dan keutuhan parti keramat Melayu itu, beliau sanggup membuat keputusan tersebut.

"Saya tak mahu bibit-bibit perpecahan berlaku khususnya dalam Wanita UMNO yang merupakan tunjung kepada UMNO. Berikutan itu, saya buat keputusan untuk tidak bertanding jawatan Ketua Wanita, tetapi akan mempertahankan jawatan sebagai ahli Majlis Tertinggi (MT) pada pemilihan parti bulan depan.

"Saya yakin walaupun tidak bertanding jawatan Ketua Wanita, masih ada ruang dan peluang untuk membantu memantapkan parti menerusi jawatan MT," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini.

Dengan penarikan diri bekas Ketua Puteri UMNO itu, kini jawatan Ketua Wanita UMNO dijangka dikekalkan oleh penyandangnya, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil tanpa pertandingan.

Azalina yang juga bekas Menteri Pelancongan mengakui pengalaman menjadi Ketua Puteri sebelum ini sedikit sebanyak boleh dimanfaatkan untuk memperkukuhkan kedudukan UMNO dan Barisan Nasional (BN) terutamanya mendepani Pilihan Raya Umum Ke-14 kelak.

Beliau yakin tindakan menarik diri daripada menentang Sharizat mungkin ada hikmah dan menganggap keputusan itu sebagai ketentuan ilahi yang harus diterima dengan baik.

Azalina menjadi Ketua Puteri UMNO dari tahun 2000 hingga 2004 dan ahli MT dari 2004 hingga 2009.-Utusan

HE : Tak dapat lawan Ketua Wanita....MT pun ok! :-)

No comments:

ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA