networkedblogs

Bersahabat..

VIDEO VIRAL MERDEKA KE-60

Tuesday, September 17, 2013

Gangster FB Taik Minyak Tailong Man Diburu @PDRMsia..Gatal Sangat Nak Cari Poliskan!!!



Polis negeri mahu pemilik akaun Facebook yang menggunakan nama 'Tailong Man' supaya tampil bagi membantu siasatan berhubung kes ugutan terhadap pasukan itu di dalam sosial berkenaan pada Jumaat lalu.

Status ugutan di laman sosial tersebut dipercayai dikemas kini pemiliknya untuk membalas dendam setelah polis menembak mati dua ahli kongsi gelap Geng 36 di Cheng, sehari sebelum itu.

Ketua Polis negeri, Datuk Chuah Ghee Lye berkata, siasatan lanjut bagi mengesan pemilik akaun laman sosial itu sedang dijalankan pihaknya.

Menurutnya, siasatan menyeluruh turut dilakukan sama ada pemilik laman sosial itu mempunyai kaitan dengan kumpulan kongsi gelap berkenaan.

"Polis mahu 'Tailong Man' tampil membantu siasatan selain meminta orang ramai yang ada maklumat mengenainya agar menyalurkannya kepada polis," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Dalam kejadian itu, pemilik akaun berkenaan mengemas kini statusnya dengan kenyataan 'KETUA POLIS MELAKA-360/// MAU HANTAM SAMA LU PUNYA ANJING-ANJING. LU JAGA SAMA LU PUNYA ANJING-ANJING KASI MAKAN CUKUP-CUKUP. WA PANCUNG SEEKOR-SEEKOR LU PUNYA ANJING! LU SUDAH KASI SIVA SAMA RAJA TIDUR, LU INGAT LU SUDAH BAGUS? JAGA LU ORG!'

- UTUSAN ONLINE

HE : Dasar ganster taik minyak..tak perlu kau cari polis...Polis dah cari kau!!!!kahkahkah!!!sebelum ni aku ada juga menulis tentang ganster taik minyak ni disini..tahniah Polis!!!!

No comments:

ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA