networkedblogs

Bersahabat..

VIDEO VIRAL MERDEKA KE-60

Sunday, September 29, 2013

Gempar!!!!Md Sabu Dilantik Pengkurus Baru MU?kahkahkah!!!!


Patutlah kalah...rupanya ketulah..bukan setakat PAS je yang malang..tak pasal2 Manchester United juga dirudung malang....kahkahkah!!!!!LUCU WEY!!!!! 

KALAU MD SABU BERGAMBAR DENGAN KERETA KEBAL PUN KERETA KEBAL ROSAK!!!!kahkahkah!!!!

Nasib malang Manchester United dalam saingan Liga Perdana Inggeris terus berpanjangan, apabila skuad bimbingan David Moyes itu dikejutkan dengan kekalahan 1-2 kepada West Brom dalam saingan di Old Trafford, semalam.

Malah, kejutan Liga Perdana tidak berakhir di situ, sebaliknya satu lagi gergasi Manchester, Manchester City turut ditimpa nasib serupa apabila tumpas 3-2 di Aston Villa.

Seminggu selepas diaibkan 4-1 oleh City, hasrat United untuk bangkit tidak kesampaian, malah mereka kini menghuni tangga ke-12 liga.

Pemain sayap, Morgan Amalfitano meletakkan West Brom di depan pada minit ke-54.

Wayne Rooney berjaya menyamakan kedudukan menerusi sepakan percuma, namun gol Saido Berahino memastikan kemenangan mengejut pasukan pelawat.

Sementara itu dalam perlawanan awal, tandukan ketua pasukan, John Terry menyelamatkan Chelsea daripada mengalami kekalahan di Tottenham apabila berjaya mengikat tuan rumah 1-1.

Spurs menunjukkan permainan yang lebih agresif dan mengatur serangan berbahaya ke kubu lawan di awal saingan. Hasilnya, mereka mendahului pada minit ke-19 menerusi pemain tengah Iceland, Gylfi Sigurdsson.

Begitupun, Chelsea mencipta beberapa percubaan baik di separuh masa kedua. Terry, berjaya membaca sepakan bebas yang diambil Juan Mata pada minit ke-65 untuk kedudukan terikat 1-1.

Fernando Torres memainkan peranan penting dalam membantu kebangkitan Chelsea di babak kedua, begitu pun bintang penyerang Sepanyol itu dibuang padang ketika permainan tinggal 10 minit untuk ditamatkan.

Torres dilayangkan kad kuning kedua kerana mengkasari pertahanan Tottenham, Jan Vertonghen ketika kedua-dua pemain melompat untuk merebut bola.

Bekas bintang Liverpool itu meninggalkan padang dalam keadaan tidak percaya bahawa dia telah dilayangkan kad merah, malah menundukkan kepala sepanjang berjalan ke bilik persalinan.

Biarpun memiliki kelebihan berdepan 10 pemain lawan pada 10 minit terakhir, namun keadaan itu gagal dimanfaatkan oleh tuan rumah yang tidak dapat menambah jaringan menuju ke hujung perlawanan.

"Pasukan kami tampil dengan sangat mantap sehinggalah pengadil melakukan kesilapan besar, iaitu melayangkan kad kepada Fernando. Kesilapannya memberi kesan kepada perlawanan," ujar pengendali Chelsea, Jose Mourinho. - AGENSI



© Utusan Melayu (M) Bhd

No comments:

ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA