networkedblogs

Bersahabat..

BUAL BICARA #UMNO71 BERSAMA TAN SRI ANNUAR MUSA

Thursday, September 19, 2013

Harapan Baru Bola Sepak Malaysia..Jurulatih Standard Dunia! -@KhairyKJ


Ini barulah betul..nak bola sepak negara maju cari jurulatih standard dunia...tak nak ulas panjang...setuju pendapat ini..

'Nak majukan bola sepak negara kena buat pelaburan..kita tetapkan kpi...' KJ...

JAWATAN ketua jurulatih Harimau Malaya kembali hangat diperkatakan apabila bekas jurulatih Jepun, Philippe Troussier dilapor semakin hampir mengambil alih tempat Datuk K. Rajagobal. 
Difahamkan, Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) telah memujuk Troussier, 58, untuk mengemudi skuad Harimau Malaya dengan menawarkan gaji bulanan sebanyak AS$18,000 (RM59,000). 
Begitupun, Troussier dikatakan hanya akan menerima jawatan itu jika ditawarkan pendapatan tahunan sebanyak AS$1.52 juta (RM5 juta) yang menyaksikan dia bakal meraih gaji bulanan berjumlah AS$126,805 (RM416,000). 
Begitupun, Setiausaha Agung FAM, Datuk Hamidin Mohd. Amin enggan mengulas lanjut mengenai spekulasi itu sambil memberitahu: "Saya tidak tahu mengenai perkara ini dan enggan memberikan komen lanjut. 
"Senarai (permohonan jurulatih) terus bertambah (dan) sehingga kini, kami telah menerima 37 permohonan yang mana semakin ramai berminat membuatkan kita rasa gembira. 
"Namun ingin saya tegaskan, itu adalah hak jurulatih yang berminat untuk menghantar permohonan," kata Hamidin pada sidang akhbar selepas Kursus Persediaan Fizikal Jurulatih Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) di Hotel Hilton, Petaling Jaya semalam. 
Masa depan Rajagobal terus menjadi tanda tanya apabila FAM dilapor telah menerima 30 permohonan daripada pengendali tempatan mahupun luar negara yang berminat untuk mengambil alih skuad Harimau Malaya. 
Antara nama-nama yang disebut sebagai pengganti Rajagobal ialah bekas jurulatih Singapura, Radojko Avramovic; jurulatih Sarawak, Robert Alberts; pengendali Harimau Muda, Ong Kim Swee dan juga bekas jurulatih Harimau Malaya, B. Sathianathan.
Rajagobal kini masih mempunyai tugasan bersama Harimau Malaya dalam kempen kelayakan Piala Asia 2015. 
Beliau yang masih memiliki kontrak sehingga 31 Disember depan diletakkan Indeks Petunjuk Prestasi (KPI) dengan membantu Harimau Malaya layak secara automatik ke pusingan akhir Piala Asia 2015. 
Hamidin menegaskan, buat masa ini FAM belum memberi kata putus mengenai masa depan Rajagobal yang berkemungkinan akan dilanjutkan kontraknya jika beliau berjaya mencapai KPI yang ditetapkan. 
"Sebenarnya, FAM tidak pernah membuka jawatan ini (ketua jurulatih Harimau Malaya) dan mungkin ramai (jurulatih) telah mengetahui bahawa kontrak Rajagobal akan tamat pada 31 Disember depan. 
"Oleh sebab itu, mereka yang terdiri dari jurulatih tempatan mahupun luar negara telah menghantar surat permohonan tersebut tetapi FAM akan menilai terlebih dahulu dan belum membuat sebarang keputusan. 
"Ini kerana perlawanan terakhir menentang Yemen bakal menjadi penentu nasib Harimau Malaya dalam pentas Piala Asia, selepas itu baru FAM akan tampil membuat satu kenyataan sama ada mahu melanjutkan kontrak Rajagobal atau sebaliknya. 
"Semua ini adalah hak FAM sebagai majikan dan kami akan menentukan apabila tiba masanya. Buat masa ini, KPI Rajagobal adalah layak ke Piala Asia," katanya. -Kosmo

No comments:

ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA