networkedblogs

Bersahabat..

BUAL BICARA #UMNO71 BERSAMA TAN SRI ANNUAR MUSA

Monday, September 9, 2013

Jawatan Ketua Wanita UMNO Makin Panas... #LuaskanKuasamu @Azalina


Belum apa-apa Ketua Penerangan Wanita UMNO, Datuk Hamidah Osman dah warning yang Datuk Seri Azalina Othman Said harus bertanding Naib Ketua Wanita pada pemilihan sayap parti kali ini.

Releks lah..kita nikan demokrasi..janganlah iri hati dan hasad dengki..kalau ye pun Hamidah proaksi Kak Jat..janganlah sampai nak seru orang lain tak payah bertanding...

Mulut Hamidah ni mengalahkan Perdana Menteri pula nak seru orang lain bertanding jawatan Ketua Wanita..lantak p lah sapa nak bertanding...PM pun tak kata apa-apa...

Takkan nak jadikan UMNO macam PAS dan DAP kot..semua dicatur..kita tengoklah sapa mahu sapa diperingkat akar umbi UMNO...

Agak2lah nak jilat tu..jangan samakan aras Kak Jat dan Perdana Menteri ok!

Kata-kata amaran daripada Ketua Penerangan Wanita UMNO, Datuk Hamidah Osman :

"Saya tidak fikir dia (Azalina) faham tentang Wanita dan gerak kerja Wanita.

Sebab itu saya cadangkan dia bertanding jawatan naib ketua.

"Supaya beliau berada dalam organisasi dan faham bagaimana organisasi (Wanita UMNO) ini bergerak. Ini soal berhubung faktor kemanusiaan... maknanya dalam menggerakkan kerja parti ada part (bahagian) you kena lembut, ada part you kena tegas.

"Saya setuju secara total yang kita perlukan orang muda, tetapi orang muda yang nak datang itu mestilah faham organisasi itu.

"Dia tak boleh tiba-tiba terus nak bertanding jawatan utama. Apa akan berlaku jika nakhoda yang mengemudi kapal itu tidak tahu enjin-enjinnya?"

Kata-kata mengampu :

"Saya merasakan beliau (Shahrizat) harus diberi lagi peluang supaya beliau dapat teruskan kesinambungan perubahan-perubahan dan kemajuan yang dibuat kepimpinan lalu. Beliau berjaya dalam soal perpaduan," katanya.

Hamidah berkata Wanita UMNO memain peranan penting dalam Pilihan Raya Umum ke-13 sehingga membawa pertambahan kerusi UMNO daripada 79 kepada 88 kerusi Parlimen.

HE : Kak Jat memang hebat...mampu tambah kerusi UMNO..dia jelah sorg yang berusaha...kehbatannya seantero Malaysia sehingga ke LEMBAH PANTAI...

"Harapan Baru Wanita UMNO"

1 comment:

Anonymous said...

Untuk Pengetahuan Semua Khairy Jamaludin, Menteri Belia dan Sukan telah melantik seorang CINA DAP Sebagai Setiausaha Akhbar beliau. Adakah orang MELAYU dan ISLAM tidak layak untuk jawatan itu? Sila suarakan pendapat anda

http://helenang.wordpress.com/2013/09/09/tinjauan-pendapat-khairy-sebagai-ketua-pemuda-sokong-atau-tidak/

ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA