networkedblogs

Bersahabat..

VIDEO VIRAL MERDEKA KE-60

Sunday, September 15, 2013

Masih Ada Tahfiz Amal Perlukan Bantuan...Kerajaan Negeri Jangan Leka!!!,


Apakah ini satu taktik baru yang dilakukan oleh pihak Pusat Tahfiz Amal untuk mencari dana tambahan bagi membangunkan prasarana sekolah mereka?

Bukan niat aku untuk memngeji usaha mereka mencari dana tambahan...cumanya khuatir peminta derma ini yang rata-rata pelajar sekolah telah diekploitasi...terkadang aku terfikir..mengapa bila adanya pelajar mintak derma modus operandi mereka ialah Tahfiz Amal...dan mesti di Kedah..dulu sindiket ini menggunakan kanak-kanak bawah umur perempuan..tapi kali ini mereka menggunakan pelajar lelaki...

Dalam 1 hari tu aku ada minum dikedai makan yang sama 2 kali..1 sebelah petang dan 1 lagi sebelah malam...

Pada petang tu aku bagilah sedikit wang kepadanya...pelajar tu pun terkial-kial mengeluarkan resit...aku pun balas...tak perlu resit..cuma pak cik nak ambil gambar kad ni jer....

Itu sebelah petang..sebelah malamnya pula dalam lingkungan jam 11 malam..pelajar yang sama menyapa aku....

Jadi aku bertanya...petang tadi engko mintak..malam pun engkau nak mintak juga dik?kenapa bersungguh-sungguh ni dik..meh duk..pak cik belanja makan...budak itu pun mengelak dengan mengatakan sudah kenyang...minum nak tak?pelajar tu pun jawab..terima kasih pak cik...saya sudah minum...

Lalu pelajar tu pun beredar....pergi dari satu meja ke meja untuk meminta derma...

Apalah sangat kalau nak disedekahkan RM 1.00 kan..itu adalah jawapan rutin kita...tapi pernahkah kita terfikir yang sumbangan itu sampai atau tidak...jika sampai benarkah wang itu disalurkan kejalan yang benar....

Beberapa persoalan yang menjadi tanda tanya kepada aku...apakah kerajaan negeri Kedah dibawah pimpinan Barisan Nasional tidak mengetahui perkara ini..jika tahu..apa usaha yang dilakukan kerajaan negeri untuk membangunkan sekolah aliran tahfiz?

Pada malam itu mungkin hendak dijadikan cerita aku terserempak dengan pelajar yang sama..kali ini di bank...aku perhatikan kelibat mereka...seorang pelajar diluar pintu dan seorang lagi di dalam ruang mesin  ATM untuk memasukkan hasil kutipan...

HE : Agak-agak kalau aku buat helaian seperti gambar di atas dan laminatekan boleh tak???upahlah budak-budak untuk jalankan kerja ni..belikan baju Melayu..pakaikan songkok...boleh kaut untung..mudah sangat zaman sekarang ni..guna agama untuk dapat duit...isk3!

No comments:

ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA