networkedblogs

Bersahabat..

VIDEO VIRAL MERDEKA KE-60

Saturday, September 7, 2013

Musa Hassan Jelas Bukan Ahli MyWatch

Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan menafikan desas-desus yang mengatakan beliau meninggalkan badan pemantau jenayah, MyWatch, seperti yang dilaporkan media semalam.

Musa yang dihubungi Antarapos berkata, beliau masih lagi penaung kepada badan bukan kerajaan (NGO) berkenaan dan akan memberikan nasihat serta pandangan sekiranya diperlukan.

"Saya tak tinggalkan MyWatch.. Saya dalam MyWatch hanya sebagai penaung saja. Saya bukan ahli MyWatch pun.

"Tak tahulah kalau mereka panggil untuk nasihat, saya berilah sebab penaung ni beri nasihat saja," katanya.

Semalam media melaporkan Musa meninggalkan MyWatch untuk mengetuai NGO baru, Malaysia Community Crime Care Association.

Desas-desas itu disahkan oleh Penasihat MyWatch, S. Gobi Krishnan dan Bekas Setiausa Agung MyWatch V. Ravindran.

Pelbagai spekulasi timbul ekoran berita tersebut, antaranya mengatakan ia berkait rapat dengan kes tembakan pengerusi badan pemantau jenayah itu, R Sri Sanjeevan, dua bulan lalu.

Ketika ditanya sama ada beliau kini 'menganggotai' dua badan pemantau jenayah, Musa bagaimanapun enggan mengulas lanjut sebaliknya menjelaskan segala-galanya akan diumumkan tidak lama lagi.
Beliau dalam pada itu memberi gambaran peranan NGO baru berkenaan berbeza sedikit dengan MyWatch kerana melibatkan golongan profesional.

"Saya hanya penaung (MyWatch) saja.. Yang baru ini, Insya-Allah.. Saya belum boleh bercakap lagi kerana kita masih dalam tindakan untuk mendapatkan jawatankuasa.. Jadi lepas itu nanti kita akan buat kenyataan media selepas dah wujud semua," jelas Musa. – Antarapos

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

No comments:

ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA