networkedblogs

Bersahabat..

VIDEO VIRAL MERDEKA KE-60

Thursday, September 19, 2013

Raihan Sulaiman Mangsa Fitnah Terbaru...Dituduh Agen @AnwarIbrahim...#TolakShahrizat #KetuaWanita



Raihan Sulaiman Palestine For Ketua Wanita
Assalamualaikum.

Saya menerima dugaan yang agak menjadikan saya rasa sungguh terkilan. Saya ditanya oleh beberapa sahabat tentang isu Anwar ibrahim sepupu saya. Saya agak terdiam. Jarum jarum halus mula dicucuk kepada saya.

Begini, Saya menasihati anda agar jangan merujuk Wikipedia dalam menyebarkan sesuatu perkara. Siasat dahulu betul betul. Saya menyatakan Demi Nya bahawasanya Anwar bukan sepupu saya. Saya tidak pernah terfikir bagaimana isu ini boleh terjadi.

Menjawab persoalan Saya adalah agen Anwar dalam UMNO. Saya meminta sahabat sahabat saya semua membaca semula buku "50 Dalil Tolak Anwar ibrahim" tulisan Khalid jeffrey. Arwah bapa saya telah memberi amanat lima hari sebelum pemergiannya agar tidak mempercayai manusia bernama Anwar ibrahim dan meminggirkannya dari parti keramat ini.

Bagaimana anda boleh membuat teori bahawa saya akan membawa Anwar ke dalam UMNO? Adakah anda beranggapan saya akan mengkhianati amanat y saya sendiri dengar dan menjadi saksi? Ya Allah, sama sama doakan saya kuat untuk menolak insan ini daripada meracuni bangsa dan agamaku.

Seingat saya pengalaman terakhir berjumpa dengan DS Anwar adalah ketika saya menjadi wartawan dan ditugaskan membuat liputan di salah satu program PKR. Anda perlu melihat kewujudan tag nama dipakai saya.

Ramai pemimpin pemimpin UMNO pasti tahu betapa arwah menolak Anwar ibrahim. Usahlah bimbang semua, setelah saya berceramah di kampung kampung dan bersama belia belia tentang bahayanya pendekatan dan politik DS Anwar, tidak mungkin saya boleh membawanya masuk ke UMNO.

Harap penjelasan ini menjelaskan segala yang berlaku. Berwasatiyyah dalam menyebarkan maklumat. Saya syukur Allah memberikan peluang kepada saya menjelaskan perkara ini. Kepada yang menyebarkan, saya tidak pernah marah atau berdendam. CumA diminta agar membaiki fakta anda yer. Dibimbangi menjadi fitnah.

Tetapi halus juga permainan politik. Apabila saya dikaitkan dengan Anwar, pasti saya ditolak oleh perwakilan. Sebab kalau saya perwakilan sekalipun, Saya akan tolak calon favourite Anwar Ibrahim bukan? Hebat juga.

Saya meminta maaf andai terkasar bahasa atau menyakiti hati sesiapa. Marilah membesarkan Allah dan KekasihNya. Dia ada bersama kita semua.

Penjelasan ikhlas daripada :
RAIHAN SULEIMAN PALESTIN

HE : Sesiapa sahaja yang akan menentang Shahrizat untuk jawatan Ketua Wanita akan aku sokong...

No comments:

ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA