networkedblogs

Bersahabat..

VIDEO VIRAL MERDEKA KE-60

Thursday, September 26, 2013

@TunFaisal Dinafikan Hak Bertanding MT?!Transformasi Duka Lara! #TFOurHope !


Dulu dicanang UMNO menyegarkan Transformasi..
UMNO lebih terbuka...
Namun itu semua retorik dan majas...
Yang dicanang ibarat air lucah yang berjurai dari mulut2 UMNO...
UMNO kini sempit...
Pemikiran dan undang2 ibarat sebuah rimba...
Tiada lagi kejujuran...
Tiada lagi kelaksanaan...
Yang ada hanya pembunuhan...
Sebuah impian...
Satu jasad telah dikuburkan...
Demokrasi UMNO kini tenat...
Kuharapkan Transformasi...
Namun...
Yang jadi tidak lebih dari sebujur besi buruk...
Yang kini langsung tiada nilai...

Kembalikan keupayaan transformasi dijanji...
Tun Faisal Our HOPE....

Juga bqca tulisan dari sahabat blogger....

Pergi jahanam dengan transformasi...

Boleh jalan sama itu keterbukaan dan demokrasi...

Ramai lahirkan kekesalan apabila Tun Faisal digugurkan sebagai calon Ahli Majlis Tertinggi UMNO atas alasan tidak menepati syarat asas. Syarat kelayakan ialah sekurang-kurangnya ahli Umno tiga tahun dan pernah memegang jawatan Ahli Jawatankuasa (AJK) Umno Bahagian sekurang-kurangnya satu penggal.

Baiklah...!

Aku terima syarat ini dengan hati terbuka...

Sebelum aku tanya soalan kepada Timbalan Presiden iaitu Muhyiddin Yassin selaku Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan - aku nak ucapkan tahniah kerana berjaya mengekalkan jawatan Timbalan Presiden walaupun Tan Sri tidak perform mana sepanjang menerajui MOE.

Baiklah...!

Soalan aku mudah sahaja Tan Sri - Jika Tun Faisal digugurkan dari bertanding Ahli Majlis Tertinggi UMNO kerana tidak mematuhi syarat kelayakan iaitu tidak pernah memegang AJK UMNO Bahagian sekurang-kurangnya sepenggal kenapa Akramsyah dibenarkan bertanding Ketua Pemuda UMNO Malaysia sedangkan dia tidak pernah memegang jawatan AJK mana-mana Bahagian?

Kepada bongok pemuja Akramsyah, jawatan Ketua Pemuda UMNO Malaysia adalah setaraf Naib Presiden. Di mana syarat asas untuk seseorang itu bertanding merebut jawatan Ketua Pemuda UMNO Malaysia ialah sekurang-kurangnya ahli Umno tiga tahun dan pernah memegang jawatan Ahli Jawatankuasa (AJK) Umno Bahagian sekurang-kurangnya satu penggal.

Kenapa Akramsyah boleh bertanding Tun Faisal tak boleh walhal dia merupakan Exco Pergerakan Pemuda yang mendapat 'endorsement' Pergerakan Pemuda UMNO?

baca SELANJUTNYA SINI

1 comment:

Anonymous said...

bro kalau berartikel tuh biarlah professional sikit. dalam kemelut ini, kenapa pula penyokong yang dibawa kegelanggang. contohkan diantara calon sahaja bukan kah lebih baik. ungkapan saperti :

"Kepada bongok pemuja Akramsyah,....."

persoalanya, ada kah penyokong juga turut terlibat didalam membuat keputusan bagi menentukan calon yang bertanding? amat jelas kamu berblog hanya untuk menyerlahkan emosi dan bukanya perjuangan yang sebenar untuk memupukkan perpaduan sesama bangsa.

ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA