networkedblogs

Bersahabat..

Ku Mohon (Lebaran Aidilfitri)

Thursday, October 24, 2013

Gambar Suspek Kejam Tembak Pegawai AmBank Telah Ditahan Di LCCT?


SUSPEK dirakam kamera litar tertutup selepas dipercayai menembak Norazita Abu Talib di AmBank di Jalan USJ Sentral 2, Subang Jaya, Selangor, semalam.

SUBANG JAYA 23 Okt. - Seorang pegawai operasi AmBank maut akibat ditembak dari jarak dekat di bahagian kepalanya oleh pengawal keselamatan bank sendiri dalam rompakan di premis tersebut di Jalan USJ Sentral 2 di sini petang ini.

Kejadian berlaku pukul 6.18 petang ketika mangsa, Norazita Abu Talib, 37, bersama suspek serta empat lagi kakitangan sedang membuka sebuah peti besi berisi wang sebelum suspek tiba-tiba melepaskan tembakan sejurus pintunya dibuka.

Tembakan menggunakan senjata api jenis pump gun itu tepat mengenai muka Norazita mengakibatkan mangsa maut di tempat kejadian.

Timbalan Ketua Polis Selangor, Datuk Abdul Rahim Jaafar berkata, suspek dikenali sebagai Ardi Hamza dan berasal dari Sabah itu kemudian mengambil sejumlah wang dan memasukkannya ke dalam sebuah beg berwarna hitam yang dibawanya.

"Dia kemudian keluar menerusi pintu hadapan sebelum melarikan diri dengan sebuah motosikal," katanya ketika ditemui di lokasi kejadian di sini.

Abdul Rahim seterusnya memberitahu, polis kini memburu suspek yang dianggap kejam dan berbahaya itu kerana turut melarikan senjata api berkenaan.

"Kita telah mengenal pasti identiti suspek tetapi apabila diperiksa kad pengenalannya, dia tidak mempunyai rekod jenayah lampau," katanya.

Abdul Rahim memberitahu, pihaknya menyiasat sekiranya suspek berkemungkinan warga asing yang menggunakan kad pengenalan palsu.

"Sebenarnya suspek berkhidmat di Bank Muamalat yang terletak bersebelahan AmBank dan merupakan pengawal gantian di bank itu hari ini.

"Kami telah mendapatkan maklumat dari syarikat keselamatan dan mereka memberitahu, suspek telah bekerja sebagai pengawal selama setahun dan telah bertugas di pelbagai bank," katanya.

Sementara itu, mangsa difahamkan telah 16 tahun bekerja di bank berkenaan dan mempunyai sepasang cahaya mata.

Dalam berita yang lain suspek dikatakan telah ditahan di LCCT

Wajah pegawai Bank ditembak (ditanda bulat ) bersama rakan sekerja.

Berita berkenaan sudah disiarkan di sini


Menurut info dari rakan yang bekerja dengan MAB (yang belum dapat dipasti kesahihannya) suspek sudah berjaya ditahan ketika membeli tiket di LCCT.

Jika benar maka jutaan tahniah kepada pihak POLIS yang berjaya menyelesaikan kes tersebut dengan penangkapan lelaki berasal dari Sabah tersebut.

Diharapkan keluarga mangsa akan bersabar dan tabah menerima ujian Allah ini.

Sumber sahabat Panglima Perang Siber

23 comments:

Anonymous said...

It's goіng to be endi&X6e;g оf mine d&X61;y, &X62;ut before end I am reading &X74;hіs great a&X72;tic&X6C;e to increase mу know-how.


&X4D;y website Unlock My Iphone 4S

Anonymous said...

proses mengambil pengawal keselamatan terlalu mudah, warga asing (bangla, Nepal, indon, dll)pun boleh jadi pengawal keselamatan,,, semua pihak bersikap ambil mudah dan pentingkan keuntungan semata-mata. Pihak KDN perlu ubah dasar dan lakukan penguatkuasaan segera supaya hanya warganegara Malaysia yg tiada rekod jenayah shj boleh menjadi pengawal keselamatan... sebab INI ADALAH ASPEK KESELAMATAN!!!

Anonymous said...

Guard yang menembak mungkin ingat macam mana Mahathir dapat hidup dengan jenayah, manakala kerjanya yg susah tak dapat menampung kehidupan.

Anonymous said...

Mahathir bagi kerakyatan kpd bangsa2 ini.

Top Niaga said...

kalau betul dah kena tangkap , diharapkan beri balasan yang setimpal dengan perbuatannya!!

ustat Thaqif said...

Harapkan pagar, pagar x boleh harap

Anonymous said...

Ko ni bodoh sangat la...apa kena mengena rompakan no ngan mahathir...bodoh olang..

Anonymous said...

Salam takziah buat keluarga allahyarham.semoga tabah menerima qada' dan qadar.

Anonymous said...

Lesen senjata api terlalu mudah di keluarkan tanpa mengikut prosedur yang di tetapkan,Ada di kalangan orang awam yang tidak pernah mengendalikan senjata di berikan lesen dan di lantik sebagai Pengawal peribadi..dan pengawal keselamatan tanpa mengetahui kaedah yang betul cara mengendalikan senjata api serta tidak memahami akta senjata api.Di harap Pihak KDN harus bersikap tegas di dalam isu ini.dan ada pula syarikat keselamatan yang franchais kan lesen kepada individu yang latar belakang nya kumpulan samseng.

Anonymous said...

Salam anonymous.minta akan kejadian jngbd kaitkan dgn mahatir dan bangsa...ia terlalu umum...klu nak komen go tru pada penjenayah...ini hal jenayah individu tiada kaitan dgn pemerentahan atau pun bangsa...jng nak menyalahkan kpda org yg x bersalah...jng nak buat kenyataan ikut sedap mulut aje....bodoh sngt anonymous...

Hashim Adnan said...

Jadi pengawal pakai wisel bola dah cukup...bagi pistol dia jadi perompak...pengawal yg bekas polis tentera yg rekod baik baru bagi pestol...

Hashim Adnan said...

Pengawal asing jangan bagi senjata api...takut jadi perompak pulak...pastu balik negeri

Hashim Adnan said...

Jadi pengawal pakai wisel bola dah cukup...bagi pistol dia jadi perompak...pengawal yg bekas polis tentera yg rekod baik baru bagi pestol...

Anonymous said...

Msia still aman kn.???kn???

Anonymous said...

Terlalu banyak syarikat kawalan keselamatan kat Malaysia ni, terlalu mudah dapat lesen...asal bekas tentera polis nak buka bisnes security guard ni bkn main mudahnya lg...dah mcm cendawan tumbuh smpai kualiti pun tak ada, ambik pekerja pengawal mana dan saja, yg warga asing pun bolehlah, gaji pun tak cukup makan mana taknya pengawal pun merompak...yg jadi jaga kat sekolah asrama pulak dok kerja mengintip pelajar pompuan...Yg kenyang kaya raya malaun pemilik syarikat dpt kontrak kerajaan, walhal sekolah bkn tggi, otak letak celah kangkang...Yg elok kerja jaga keselamatan ni serah pd polis & Rela, jaga bank, sekolah, shopping mall ke...polis & Rela lbh integriti lbh genuine drpd syarikat pengawal keselamatan yg mcm cendawan busuk.

Anonymous said...

Bikin malu org Sabah saja si Ardi bin Hamza ni. Entah2 bkn org Sabah ori ni, IC pun palsu, kan. Di Sabah ni pun company security guard ni entah apa2, telampau banyak sudah, gaji RM 300 sebln, tggal berasak dlm 'asrama' yg sebenarnya jg ofis syarikat. Yg buncit kenyang tauke syarikat, security guard jadi taruhan. Last2 security guard jadi pembunuh, tauke bos bertapuk (bersembunyi) buat ala2 tak tau je le. Maunya si bos2 security guard ni yg ditangkap sekali. Ngamlah digantung lesennya, klu blh gantung ketuanya sekali.

Anonymous said...

Malaysia kan aman,,,,,,,, hahahaha aman apa macam ni....nak kerja bank pun orang dah takut

Anonymous said...

Bodoh punye pengawal......hidung dah la macam babi

Anonymous said...

Pada siapa yang relate kan isu ni ngan politik n merasakan pak guard ni membunuh sebab kesempitan hidup, korang yg sepatutnya mati..bodoh!orang2 mcm korang ni la yg berhati binatang mcm pak guard tu..

Anonymous said...

emm YEAH MAJU LAGI UMNO

Anonymous said...

Haha...bg lg ic..lesen senjata..siap ada kwsp..teruk gila pemerintah. Boleh bg mcm tu sahaja tnpa selidik..tk pun duit belakang..

Anonymous said...

Syarikat yang mengambil pengawal ini dan mempertaruhkan nyawa orang lain mesti di ambil tindakan.

Anonymous said...

ini kes rompakan..apa kene mngena dgn mahathir or orang lain.

apa pun tahniah pada PDRM tugas dilaksanakn dgn brkesan.

kepada yg mngkritik kaw2 pnye.
bg kritikan membina beserta jln penyelesaian. baru nampak pmikiran yang matang.

kpd keluarga mangsa harap byk kn bersabar atas apa yang menimpa.

ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA