networkedblogs

Bersahabat..

LAGU CERITA KEBENARAN SEMPENA HARI LAHIR PM, NAJIB RAZAK

Wednesday, October 2, 2013

@KhairyKJ Jawab Kos Artis K-Kpop #HBN2012 RM 1.6J...


Saya memandang serius pendedahan dalam Laporan Ketua Audit Negara. Jika kita serius melakukan transformasi kearah kerajaan yang lebih telus dan amanah, laporan tersebut tidak boleh diketepikan. Rakyat tidak mahu melihat pemimpin-pemimpin kerajaan membisu tentang laporan ini. 

Saya juga tidak boleh menggunakan alasan bahawa laporan ini adalah tentang perbelanjaan di KBS sebelum saya dilantik sebagai menteri. Prinsip kebertanggungjawaban bersama atau collective responsibility bermakna saya mesti menjawab dan bertindak keatas apa yang berlaku dalam kementerian saya. Kita tidak boleh lari dari tanggungjawab dan amanah.

Oleh itu saya telah jelaskan bahawa dalam kes claim kerja yang dibayar oleh Majlis Belia Malaysia dimana pembayaran untuk kerja yang sama dibuat beberapa kali, pihak SPRM telahpun menjalankan siasatan dan saya diberitahu siasatan tersebut sudah sampai peringkat terakhir. 

Mengenai konsert K-pop di sambutan Hari Belia 2012 yang mendapat perhatian orang ramai - memang betul konsert ini dibiayai oleh KBS. Kenyataan awal bahawa konsert itu ditaja oleh pihak swasta dibuat kerana pada ketika itu ada tawaran dari pihak swasta untuk menaja aktiviti tersebut. Namun, tajaan itu akhirnya tidak diberi dan KBS terpaksa tanggung pembayaran untuk konsert K-pop di Hari Belia 2012. Untuk makluman, acara konsert K-pop dibatalkan untuk Hari Belia 2013 dan seterusnya.

Mengenai perkara-perkara lain yang dibangkitkan dalam laporan audit, saya telah minta maklumbalas yang terperinci dari pegawai-pegawai tinggi KBS sebelum tindakan selanjutnya diambil pada pihak berkenaan yang bertanggungjawab keatas kes-kes tersebut.

Yang pasti, kami di KBS akan mengambil tindakan yang sewajarnya untuk memastikan ketirisan dan kepincangan dapat diatasi. Dana karajaan adalah wang rakyat. Kita mesti accountable pada setiap sen yang dibelanjakan.
Harap maklum dan kalau ada apa-apa lagi perkembangan saya akan muat naik disini.

HE : Dalam hal ni..sepatutnya menteri lama kenalah jelaskan kenapa..bukan diam jer...bila dah keluar laporan audit baru terkial2 nak jawab...yang terima nasibnya menteri baru..adoiyai!!!apapun aku puji sikap KJ..pantas menjawab!!!beza dengan pembangkan...mintam maaf nanti buat lagi...BN tam macam tu..,bila dah mintak maaf takkan ada konset KPop tahun 2013 pn xde....ni barulah namanya menepati janji...kita tak munafik...mcm cai!

1 comment:

Anonymous said...

Taik!

Mcm tu punya verbal contract pun ada? Senang betul KJ cuci tangan! Mana contract document? Pegilah saman penaja tu kalu nak betul2 telus!

ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA