networkedblogs

Bersahabat..

MALAYSIA AMAN TANPA DAP!!!

Saturday, October 12, 2013

MalaysiaKini Promote @JamawiJaafar ..Rezeki Jamawi Dapat Publisiti Percuma.. #JJ4NKP

Walaupun proses mengiraan undi sedang berjalan, namun seorang calon 'favourite' bagi jawatan naib ketua Pemuda Umno, Jamawi Jaafar berkata beliau telah mendapat perkhabaran yang menggembirakan mengenai kedudukannya.

Menulis dalam facebooknya sekitar jam 2 petang ini, Jamawi berkata beliau mendapat perkhabaran tersebut dari rakan-rakannya di seluruh negara.

Beliau yang juga pegawai khas kepada Datuk Seri Shafie Apdal. Proses pemilihan kepimpinan sayap Pemuda di peringkat bahagian dan pusat berlangsung hari ini.

Jamawi menulis: "Sedang mendapat perkhabaran yang mengembirakan daripada rakan-rakan Pemuda Umno seluruh Negara... Syukur Alhamdulillah".

Jamawi antara calon yang bertanding dalam persaingan empat penjuru bagi merebut jawatan nombor dua dalam pergerakan itu berlangsung hari ini.

Tiga lagi calon merebut jawatannya adalah pencabar terdekatnya yang juga ketua Pemuda Umno Perak Khairul Azwan Harun dan Exco Pemuda Malaysia Lokman Noor Adam.

Seorang lagi calon adalah ketua Pemuda Umno Lenggong Mohamad Iruan Zulkefli.

Keputusan awal bagi pemilihan Pemuda dijangka diketahui jam 7 malam ini. -MK http://bit.ly/19sb38c

No comments:

ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA