networkedblogs

Bersahabat..

BUAL BICARA #UMNO71 BERSAMA TAN SRI ANNUAR MUSA

Tuesday, October 8, 2013

Terkini Dari #JDT !!! Pemain Baru JDT Tahun 2014...#HarimauSelatan #LuaskanKuasaMu


Johor Bahru: Johor Darul Takzim (DT) dikhabarkan akan membuat rombakan besar-besaran dalam usaha memburu kejuaraan Liga Malaysia (Liga M) sama ada menjulang Piala Liga Super, Piala FA atau Piala Malaysia pada musim depan selaras dengan impian Tunku Ismail Sultan Ibrahim merevolusikan bola sepak Johor.

Justeru perubahan drastik itu menjanjikan skuad Harimau Selatan berwajah baru dan difahamkan sembilan pemain skuad itu akan dikekalkan manakala beberapa pemain lagi akan diserapkan dalam skuad Johor yang beraksi di Liga Perdana yang turut akan dirombak untuk memburu kejuaraan liga berkenaan.

Difahamkan pemain yang akan dikekalkan adalah penjaga gol, Muhammad Al-Hafiz Hamzah, Nurul Azwan Roya, Norshahrul Idlan Talaha, Jasazrin Jamaluddin, Mohd Akram Mahinan, Mohd Hadin Azman, Mohd Nazri Ahmad, kapten Aidil Zafuan Abd Radzak dan Safiq Rahim manakala Ahmad Tharmimi Saiban, Tuah Iskandar, Irfan Abd Ghani dan beberapa pemain lain kemungkinan menyertai Johor di Liga Perdana.

Pemain pertahanan Muslim Ahmad yang sering memanaskan bangku simpanan tampak diketepikan berikutan prestasi tidak memberangsangkan sepanjang kempen Piala Malaysia dan saingan Liga Super.

Turut tersenarai untuk dinaikkan pangkat menyertai skuad Harimau Selatan adalah Mohd Izuan Jarudin manakala khidmat See Kok Luen masih kekal bersama Johor musim depan yang turut mendapat khidmat pemain pertahanan Singapura, Baihakki Khaizan.

Apa pun kedudukan Safee Sali masih samar sama ada akan beraksi bersama Johor di Liga Perdana atau kembali menyertai kelab asalnya, Arema FC pada saingan Liga Super Indonesia selepas Johor DT yang mendapatkan khidmat penyerang kebangsaan itu secara pinjaman bakal berakhir, November ini.

Namun skuad Harimau Selatan yang akan dibimbing ketua jurulatih Cesar Ferrando Giminez akan diperkuatkan dengan kehadiran empat tonggak Selangor, Mohd Amri Yahyah, Mahali Jasuli, Mohd Asaruddin Putra Omar dan penjaga gol kelahiran Johor, Norazlan Razali.

Skuad Harimau Selatan sudah melengkapkan kuota tiga pemain import selepas mengikat bekas pemain Argentina, Pablo Aimar, bekas pemain bawah 21 tahun Sepanyol, Braulio Rodriguez dan pemain tengan LionsXII, Hariss Harun.

HE : Memang terbaiklah usaha TMJ mentransfromasikan Bola Sepak negeri..keputusan TMJ mahu meletak jawatan jika JDT xmerangkul sebarang kejuaran tahun depan aku xsetuju..jika diberi pilihan piala atau TMJ...kami fans Johor pilih TMJ..piala hanya bonus...tp TMJ lebih tinggi dari itu....

4 comments:

bpk wijaya said...

JIKA ANDA BUTUH ANGKA RITUAL 2D 3D 4D DI JAMIN 100% JEBOL 7X PUTARAN BERTURUT TURUT BILA BERMINAT HUB KI JAYA DI NMR (_085-342-064-735) JIKA INGIN MENGUBAH NASIB THA,SK ROO,MX SOBAT ATAU [⌣»̶•̵̭̌✽̤̈•̵̭̌☀̤̈>>KLIK*DISINI<<☀̤̣̈̇•̵̭̌✽̤̈•̵̭̌«̶⌣]

Anonymous said...

JDT ni..pemain sume nk bagus tp ble game xbagus mana pon...asyik kalah...ini semua poyo...

Anonymous said...

Salam Bro,kemenangan sesuatu pasukan bukannya bergantung kepada pemain tetapi dari segi teknik dan tektik permainan.Kalau JDT masih lagi kekal dengan corak permainan sedia ada ` Tendang dan kejar`aku rasa tak ada piala yang boleh dapat.Kita cuma tunggu dan lihat.Jangan gah pada nama-nama besar aje tapi tak boleh menang!

Anonymous said...

bro atas sekali tu mne pernah g sekola.. cakap x guna akal fikiran yg telah d berikan oleh pencipta.. ksian...

ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA