networkedblogs

Bersahabat..

BUAL BICARA #UMNO71 BERSAMA TAN SRI ANNUAR MUSA

Monday, October 14, 2013

Undi Popular - @JamawiJaafar Punyai Kelebihan... #JJ4NKPUM @JamawiOfficial


JAMAWI Jaafar yakin beliau mampu memenangi jawatan Naib Ketua Pemuda UMNO jika undi popular digunakan bagi menentukan kemenangan, setelah terikat 73 undi dengan seorang lagi calon Khairul Azwan Harun.

Jawawi berkata, berdasarkan undian perwakilan yang banyak diakar umbi, khususnya di Sabah beliau yakin undi popular beliau mengatasi Khairul Azwan.

"Ada yang telah mengucapkan tahniah kepada saya, tetapi kena tunggu hingga 17 Oktober ini dan saya telah dijemput oleh Jawatankuasa Pemilihan untuk melihat sendiri proses pengiraan undi popular dibuat," katanya ketika dihubungi.

Walaupun rasa berdebar-debar untuk menunggu keputusan muktamad, Jawawi berkata, beliau menerima sebarang keputusan dengan hati yang terbuka dan akan meneruskan agenda perjuangan serta merapatkan saf parti.

Beliau juga menyifatkan sistem pengundian baharu diperkenalkan benar-benar teruji apabila undi untuk jawatan tersebut terikat.

Kata beliau, terbukti bahawa sistem berkenaan adalah paling sesuai kerana keputusan dapat dibuat apabila undi terikat tanpa memerlukan pemilihan semula, sebaliknya hanya menggunakan undi popular.

Kaedah itu, kata Jamawi, akan memberi kepuasan kepada semua pihak dan mengingatkan semua pihak supaya tidak mempertikaikannya.

"Peringkat awal saya memang tidak yakin mendapat undi yang banyak daripada perwakilan dari 190 bahagian.

"Apa juga keputusan sama ada berpihak kepada saya atau tidak, saya akan terus bekerja bagi menguatkan parti khususnya Pemuda UMNO yang berperanan sebagai hulu balang parti," katanya. - MalaysiaGazette

HE : Sistem baru ni memang ramai yang tak faham..kebetulan sistem ini telah memberi kelebihan untuk JJ...sebenarnya salah satu punca kelewatan keputusan keluar ialah penyokong-penyokong Khairul Harun yang banyak sangat mintak pengiraan semula...apapun JJ tatap hebat bah!!!!

4 comments:

Anonymous said...

Bodoh!Azwan Bro sepatutnya layak menang.KJ dan Azwan Bro ada bau-bau bacangFor ur information KJ mau azwan Bro.

Anonymous said...

Ramai pemuda dh tau KJ nk Azwanbro tp kita mesti igt UMNO ni bkn mak bapak dorg punya...

Melayu Perak said...

Betui ka wey KJ akan pastikan Azwan bro menang?

Anonymous said...

Undi popular pemilihan UMNO dilaksanakan selepas keputusan seri.Anwar Al juburi cakap undi popular selepas kalah.tu pun tak boleh pikiak!

ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA