networkedblogs

Bersahabat..

VIDEO VIRAL MERDEKA KE-60

Wednesday, November 6, 2013

Cai Beruk Mati Akal..Akhirnya Iktiraf Bajet BN yang Lepas...lucu!!!

Hasil kajian Cai Beruk
Patutlah cai beruk tak keluarkan bajet depa..rupanya duk buat research bajet BN 2014 dan banding dgn bajet 2013...ingatkan nak bandingkan dengan bajet PR yang lepas...tup2 pakai bajet Bn juga..aku dah kata BN bagus..cai nak buat perbandigan pn pakai bajet BN...nampak sangat bajet PR tak boleh pakai....

Lucunya cai beruk ni kaji untuk cari kelemahan jer...depa tak keluar pun hasil bajet 2014 yang bagus untuk rakyat...pigirah...dulu bukan main kutuk bajet BN yang lepas..ni guna pulak untum cari kekurangan...haha...

HE : Dah mati akal lah tu...pakai jugak Bajet BN...haha!meh baca bawah ni!!!

Kuala Lumpur, 6 Nov  - Kerajaan dan pemimpin pakatan pembangkang harus menilai sendiri kejayaan dan pelaksanaan janji-janji yang dibuat mereka pada Pilihan Raya Umum Ke-12 (PRU12) , 5 tahun yang lalu sebelum kumpulan ini mempertikai dan memperlecehkan Bajet2014 yang dibentangkan Perdana Menteri dan kerajaan BN baru-baru ini.

Ketua Pemuda UMNO Bahagian Penggerang, Mohd Amin Hamidon membidas dakwaan pemimpin-pemimpin pembangkang yang mendakwa Bajet2014 ini sebagai bajet yang menghukum rakyat.

“Apakah makna dakwaan mereka? Hari ini saya mencabar Kerajaan negeri Selangor yang diterajui Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor supaya mengemukakan satu kenyataan rasmi termasuk menyenaraikan status pencapaian terhadap setiap janji kepada rakyat yang dibuat menerusi manifesto pakatan pembangkang pada Pilihan Raya Umum Ke-12 (PRU12).

Saya tak yakin mereka dapat buktikan kejayaan dan pelaksaan janji yang dibuat mereka pada PRU13, kerana sebahagian besar janji mereka dalam manifesto PRU12 masih belum ditunaikan sehingga ke hari ini,” ujarnya.

Tambahnya, dakwaan Bajet2014 hukum rakyat hanya sekadar tindakan politik populis, hanya bertujuan untuk membina persepsi buruk kerajaan BN, sedangkan pakatan mereka sendiri telah lama menghukum dan menidakkan hak rakyat.

“Jangan lupa dengan slogan ‘Manifesto Bukan Janji’ yang dilafazkan sendiri oleh Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim.

Kerajaan pakatan pembangkang perlu bertanggungjawab atas janji dan manifesto yang mereka buat dalam PRU12 terlebih dahulu sebelum mereka laksanakan janji PRU13. Kita minta satu keadilan dan ketelusan seperti yang dilaung-laungkan oleh kerajaan pakatan untuk ‘negeri berkebajikan’ kononnya, tolong prihatin dan peka terhadap permintaan rakyat khususnya di negeri-negeri yang mereka uruskan,” tambahnya.  

Beliau turut menyelar pakatan pembangkang membuat janji baru untuk meraih sokongan pengundi pada pilihan raya umum lalu seperti menurunkan harga minyak, menurunkan harga kereta dan sebagainya.

"Rakyat perlu membuat penilaian bahawa janji baru pakatan pembangkang ini sebenarnya hanyalah untuk menarik sokongan pengundi. Jika pakatan mereka ikhlas mahu membantu rakyat, mereka sepatutnya telah selesaikan janji mereka pada PRU12 lalu khususnya di Selangor.


"Namun, pakatan pembangkang sehingga hari ini tidak laksanakan janji tersebut, kemudian buat janji baru. Lebih teruk, bila janji-janji-janji mereka sendiri tidak tertunai, mereka nak salahkan BN dan burukkan Bajet2014 yang kononnya Bajet Menghukum Rakyat,” tambahnya.

No comments:

ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA