networkedblogs

Bersahabat..

MALAYSIA AMAN TANPA DAP!!!

Monday, November 18, 2013

Legoland, Puteri Harbour & Johor Premium Outlet Tarikan Pelancong Menarik Johor...cc @KhaledNordin


Fokus Merancak Industri Pelancongan


Kerajaan Negeri berhasrat menjadikan sektor pelancongan sebagai sumber pertumbuhan ekonomi yang penting kerana Johor mempunyai produk pelancongan yang unik, bermutu dan mempunyai kelainan. Taman Negara Endau Rompin dan Taman Negara Gunung Ledang adalah khazanah alam yang luarbiasa keindahannya. Begitu juga Taman Laut Sultan Iskandar, yang menyajikan keindahan alam laut yang sukar tergambar pesonanya.

Menjadikan Johor sebagai destinasi pelancongan yang menarik memerlukan pelaburan bagi meningkatkan kemudahan prasarana dan kemudahan asas. Melalui inisiatif Wilayah Pembangunan Ekonomi Pantai Timur (ECERDC), kemudahan-kemudahan sokongan seperti menaiktaraf laluan pejalan kaki, jambatan, sistem pengurusan sisa pepejal dan jeti di 4 kepulauan pelancongan di Mersing akan dilakukan secara berfasa bermula tahun hadapan, dengan peruntukan sebanyak RM20 juta sehingga tahun 2016.

Johor juga mempunyai beberapa kawasan paya bakau yang diiktiraf sebagai tapak Convention on Wetlands of International Importance atau RAMSAR yang boleh dikomersialkan dan dijadikan tarikan pelancong bertaraf antarabangsa. Oleh itu, pihak Taman Negara dengan kerjasama IRDA akan menaiktaraf Pusat Penyelidikan RAMSAR dan kemudahan infra di Pulau Kukup bagi keselesaan pengguna dan pelancong. Kewujudan Legoland Malaysia, Taman Tema Puteri Harbour, Johor Premium Outlet serta pelbagai lagi produk pelancongan pasti mampu menjadikan Johor destinasi pilihan bagi pelancong dalam dan luar negara

HE : Hub pelancongan di Johor memang sedang berkembang pesat...ini semua hasil kebijaksanaan Barisan Nasional mentadbir Johor...daripada pembangunan jni Cina banyak dapat manfaat...tapi merela tidak pernah puas...selagi mereka tidak dapat kuasa selagi itu mereka akan berusaha...

No comments:

ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA