networkedblogs

Bersahabat..

BUAL BICARA #UMNO71 BERSAMA TAN SRI ANNUAR MUSA

Friday, November 22, 2013

#PRKampus - Pro Pembangkang UPSI Langgar Peraturan Pilihan Raya Kampus... cc @DrJunaidy


Gambar pelajar perempuan memegang sepanduk di atas merupakan satu daripada beberapa puluh gambar diperolehi daripada laman Facebook menyokong Mahasiswa Pendidik, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) yang menunjukkan pelajar-pelajar di sana telah memulakan kempen provokasi Pilihanraya Kampus di sini.

Secara jelas mereka telah memulakan kempen awal sebelum tarikh yang ditetapkan oleh Suruhanjaya Pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar (SPMPP) iaitu pada 25 Nov sehingga 27 Nov 2013.


Kalau nak difikirkan tindakan mereka ini memang sudah salah sebab berkempen terlebih awal daripada sepatutnya. Mungkin sebab dah tak sabar kot nak mengundi, itu pasal mereka sibuk-sibuk berdiri terlolong menarik perhatian orang yang lalu lalang di sana.

Salah tetap salah tapi adakah mereka yang mewakili Mahasiswa Pendidik ini bakal berdepan dengan tindakan dari SPMPP atau pihak yang berwajib sekadar melihat dan membiarkan saja?

Tunggu dan lihat.

Jom follow Twitter @WeLoveUPSI


HE : Ini perkara serius...pelanggaran peraturan dan undang2 harus diambil perhatian berat!!!

No comments:

ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA