networkedblogs

Bersahabat..

Ku Mohon (Lebaran Aidilfitri)

Sunday, November 10, 2013

Terkini !! Johor Bakal Cuti Hujung Minggu Hari Jumaat.. @KhaledNordin


Info yang baru aku terima adalah, negeri Johor bakal cuti pada hari Jumaat..dan kemungkinan Ahad adalah hari kerja..berikut adalah info yang aku terima

Assalammualaikum,Info

Terkini:Berkemungkinan Negeri Johor Serta Seluruh Jajahan Takluknya akan kembali bercuti hujung minggu pada setiap Jumaat...

Kertas kerja telah disediakan oleh Jabatan Mufti Johor dan menunggu perkenan D.Y.A.M.Paduka Sultan Johor .....

Salah satu sebab bagi menggalakkan anak lelaki bersembahyang Jumaat.Gejala sosial banyak berlaku disebabkan ibu bapa yang lalai.

Penasihat Agama Negeri,Y.B.Dato' Noh Bin Gadut telah mengusulkan dan D.YA.M.Paduka Sultan bersetuju,In Shaa Allah.....'Muafakat Membawa Berkat'

50 comments:

anak jati segamat said...

inilah yang kita mahukan...membanteras gejala sosial di johor...

anak jati segamat said...

inilah yang kita mahukan...membanteras gejala sosial di johor...

anak jati segamat said...

inilah yang kita mahukan...membanteras gejala sosial di johor...

anak jati segamat said...

inilah yang kita mahukan...membanteras gejala sosial di johor...

Ahmad Yazid said...

Bagus

Anonymous said...

wise decision.. cikgu x larat dh nk suruh budak2 asrama pegi sembahyang jumaat.. nk dipukul anak orang kang kena saman.. jadi biar makpak dorang yg didik anak2 dorang.. jgn pas nie makin ramai jantan2 yg mengekor bini ke shopping complex hr jumaat sudah la..

Anonymous said...

Lg cuti lg dieorg tdo..at least kalo kerja diaorg bagun

Anonymous said...

Kalau jumaat cuti lagi banyak orang ponteng sembahyang jumaat sebab semua orang kat rumah.

Anonymous said...

jumaat cuti rasenye lg ramai org xpegi solat jumaat kot..kalau time keje pun ramai yg xpegi..time cuti lagi ramai xpegi..tp terpulang lah pada kerajaan negeri..kami ikut aje..he3

Anonymous said...

Tol tu...klu dah cuti hari jumaat confirm tdo sampai ke tgh hari lagi malas dieorg nak g solat jumaat.. just wait n see

syam said...

Insyallah Niat yg Ikhlas Allah akan bagi ganjaran

Anonymous said...

saya tidak bersetuju!..bagaiman dengan mereka yang berkawain jarak jauh.? suami di johor isteri di KL..cuti hujung minggu la nk berjumpa..da sekarang cuti tak sama...makin haru la jawabnye..silap2 kena kawin lain la ye..!!!

Anonymous said...

Johor kembali pada zaman sebelum Muhiydin Yassin tukar sistem bekerja. Alhamdulillah

Anonymous said...

masa zaman sekolah kecik2 dulu dlm tahun 80-an aku dapat merasa Johor Cuti Hari Jumaat bestnye... saat saat itu akan kembali...

Anonymous said...

Nmpkny raja kne fkir masak2 nih... kne fikir dr sume sudut. ....make sense gak makin byk yg xkn g sbb bg yg perangai xinsaf tu, cuti mse tu pluang keemasan bg dorg nk lepak or tdo...sme gak ngn yg suami isteri dok jauh tu..t susa laj nk jmpe...tp bg yg nk brbh/insaf ini pluang tbaek dorg solat dgn xyah nk fkir sal kja...hm..may ALLAH bless sultan johor -student jb

lin said...

Kalau niat untuk perbaiki terutamanya bab agama, lebih baik diteruskan. Kalau soal kecik dan melibatkan perangai orang, sebab itu pemimpin kena buat keputusan agar rakyat lebih berdisplin

Anonymous said...

Sy duk tganu, cuti jmaat n sbtu.. Hsbnd kije kl, cuti sbtu n ahad.. Stkt ni even dh de ank, alhamdulillah,xde mslh. Dia mntain blk tiap2 mgu. Xperlu psg sorg lg.. Yg pnting niat n ati kna kuat.. Igt tgjwb..

jay said...

Kalau pasal p sembahyang tanya pada hati manusia..kalau jumaat hari cuti pon lau niat x nak p sembahyang pon sama juga.huhu

Anonymous said...

klo isteri kja gov..husband swasta memg x dptla nk bersama hjug minggu..singapore pye weekend sunday..knala cri kja ln si suami

Muhammad Radhi said...

Jangan pikir cuti org nak lepak tdo.bpkirlah org yang bekerja dapat tunaikan ibadah. Dan di akhirat kelak sebagai raja dia dah lepas tanggungjawab seorang pemimpin yg telah bagi pelepasan kerja bg org mnunaikan ibadah solat jumaat.

Anonymous said...

kalau cuti jumaat...adalah masa nak rehat sebelum solat jumaat...dan TAK TIDOR MASA KHUTBAH...yang tak bgn sampai tghari tu, sah-sahlah ada penyakit kuat tido...

ini tidak, dah lah kerja hari jumaat, kepala fikir esok nak cuti...buat kerja pun tak produktif...khutbah pun masuk angin keluar asap...

BAIKLAH CUTI HARI JUMAAT..banyakkan sket aktiviti beragama...

nabiah firdaus said...

Bagus jgak cuti ari jummat...x la en suami setiap ari jumaat terkejar2 nk gi ambik ank skolah dgn pi solat jumaat..lex skit...x kelam kabut..

Anonymous said...

kalau byk masalah ,selaraskan sja cuti satu malaysia ni hari jumaat.kata negara islam...jumaat penghulu segala hari...dulu boleh pon,,ahad ni cuti ikut barat...

Anonymous said...

saya tdak bersetuju kalau ari jumaat & sabtu cuti...bagaimana dgn bakal-bakal pengantin yg dh booking awl-awl utk semua perkhidmatan yg akn dgunakan semasa majlis perkahwinan berlangsung...yg dh pilih tarikh utk tmpah buat kad jemputan mcm mn plk??kalau kad dh siap utk tarikh pd taon dpn mcm mn to?xkn nk buat kad jmpotan baru plk..kn dh mmbazir to..mgkin ke kalau negeri johor cti ari jumaat..semua kaum adam akn pegi menunaikan solat jumaat!!!!!!!!saya rasa x mgkin semua kaum adam akn pegi solat jumaat..sedangkn sekarang pon ada yg dpt wktu rehat utk menunaikn solat jumaat masih lg x pegi masjid...ini kn lg kalau ari jumaat cuti...kalau mcm to semua negeri pon kena tkr cuti jugak..
HARAP DI FIKIR KN SEMULA....
sbb sy akn melangsung kn perkahwinan pd bln 9 taon dpn ari ahd...

Anonymous said...

Dah confirm ke Cuti Hari Jumaat ni? Saya buat enquiry di pejabat Menteri Besar Johor & mereka mengesahkan tiada permohonan dari pejabat menteri besar.

Anonymous said...

ada gak yg kata tidor smpai petang klu cuti hari jumaat, nie bukan manusia tp tahap syaitan maksimum punya.. tau dah jumaat tu baik untuk ibadat... lg pun zohor 1.30 ptg.. hidup xda tujuan... nak cari dunia pon agak2 la.. memang kepala otak syaitan/ hati hitam.. kata apapun pasal agama dia akan tolak...

Anonymous said...

Adeh ~, sekarang ni ramai yang jadi weekend husband or weekend wife, memang tak aman la rumah tangga, a few month back kerje di kemaman cuti jumaat , husband keje Kl cuti Ahad, stress tau . dah la same2 org johor . kalau cuti same bile weekend kan nak balik johor. so di sebabkan nak cuti sekali saya balik ke johor semula tapi kalau johor cuti jumaat gak x tahu lah nak ckp ape.

Anonymous said...

Alhamdulilah kalau betul cuti ari Jumaat. Kitakan ngra islam cutilah pd penghulu ari. Barat cuti ari ahad sbb nak pergi gereja

Izzah Chumell said...

bile enquiry ke pejabat menteri besar dibuat?

Izzah Chumell said...

Bile enquiryke pejabat menteri besar dibuat?

Anonymous said...

bile enquiry ke pejabat menteri tu dibuat?

Anonymous said...

Hai..jgn la selfish sgt,disbbkn awk nk kawen,1 negeri johor xleh terima perubahan cuti ari jumaat..

Anonymous said...

aku g suka kerja hari jumaat stgh hari x tension sangat huhu

Anonymous said...

Bkn nk selfish tapi kesian la yg mana dh buat kad..atlist bagi la masa jarak sikit...nie dh akhir tahun..jgn la start tahun depan..bg yg nk kahwin bln januari pesiapan dh di buat awal lg...

Anonymous said...

Aku kerja company M&C di Johor dan banyak kapirun menyalak biler aku bagitau pasal ni. Kata susah lah nak deal dengan international firm, bla bla bla. Ada je lah yang tak kena. Aku sangat menyokong benda ni sebab kapirun2 ni lah yang menyusahkan aku nak keluar solat Jumaat selalu. Aku doa supaya benda ni berjaya dilaksanakan, amin.

naa de' pink said...

haishhh...x kan hari cuti tido jerr kot...waktu sembahyang kna bangun la saudara/saudari sekalian..kami kt kelantan xde masalah pn cuti hari jumaat...lgkn jumaat adalah hari penghulu segala hari...jd bagus dok bersama family....

Anonymous said...

takpa cuti hari apa pn.. kita yang kene pandai urus masa

Anonymous said...

Da cmfm ke ni?

Anonymous said...

baik atau tidak hari cuti yang ditukar pada hari jumaat, pokok pangkal diri sendiri...

Anonymous said...

Alhamdulillah. Kalau 1 Malaysia cuti Jumaat Sabtu lagi bagus. Jumaat penghulu segala hari.

Linda said...

Belum cuba belum tahu.
Kami rakyat Terengganu Kelantan dah lama cuti Jumaat Sabtu.. penuh je masjid2..

Anonymous said...

Alhamdulillah, kalau hari Jumaat dijadikan hari cuti. Boleh semua umat Islam mengerjakan amal ibadat dengan lebih selesa.Mereka yang kata lagi mereka ponteng dan lepak di rumah itu pendapat akal yang singkat! Apa bila hari Jumaat adalah hari bekerja adakah kamu yakin mereka berlumba lumba pergi solat Jumaat? Tentang perbezaan cuti dengan negeri negeri lain tidak jadi masalah. Hari Sabtu cuti setara semua negeri. Dulupun masa Johor cuti hari Jumaat sebelum diubah oleh 'SiBadut TPM'masalah itu boleh diselesaikan. Ingat Jumaat hari mulia dalam agama Islam. Banyak peristiwa penting Islam berlaku pada hari Jumaat!

Anonymous said...

apa la
nyusahkan orang la.......
ni klu bini yang jauh2 nk jumpa ye susah... dorang cuti sabtu ahad, kita plak cuti jumaat sabtu... payah la nk jumpa... jb dgn kl jauh tuuuuuuuuuu... 1 ari je jumpa wawawawawawawaaaaaaaaaaa

Anonymous said...

best juga kan....dapat masak dan sediakan suami dan anak2 tuk menunaikan solat jumaat.

Azali said...

Alhamdulillah, terlebih dahulu diucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada tampuk kerajaan Negeri Johor yang saya sayangi. Kerajaan telah memberi ruang dan peluang utk kita beribadat. Terpulanglah kepada kita memanfaatkannya. Kalau kita leka beribadat masa khutbahpun kita boleh tertidur. Semoga dengan ini tanggung jawab pemimpin kita terlepas dengan memberi kemudahan kepada rakyatnya untuk menunaikan solat fardu Jumaat.

Anonymous said...

Aku seorang johorian setuju sesangat.. sebagai penguasa letakkan kemudahan rakyat nk solat, die (rakyat) solat atau tidak sendiri lah nk jawab depan tuhan.. aku tahu bebenor byk kilang2 x dpt kelepasan bila waktu solat jumaat.. Kalo blh, biar digazetkan cuti umum mcm hari ahad tue, kalo nk working half-day biarlah hari Sabtu plak. Kita buat kerja kita, Pemerintah dah terlepaslah bila kita 'sendiri' yang tak pergi...

Anonymous said...

harap2 cuti tu derang wat juamaat sabtu n ahad skali... heaven..

Anonymous said...

harap2 cuti jumaat sabtu n ahad skali... barulah sempoi johor...
hahaha...
berebut2 orng nk keje kat johor...

Anonymous said...

saya rasa kalau nak atasi masalah sosial adalah lebih wajar kita mulakan dari awal lgi iaitu perbetulkan sistem pendidikan awal kita... wajibkan dan beri penekanan kpd pendidikan agama seawal mungkin terutamanya dr tadika sehinggalah sek rendah, menengaj dan akhirnya peringkat universiti...

Anonymous said...

Yang kata cuti hari jumaat makin jadi malas nak p solat jumaat 2 penyakit sendiri. bsyukur kalau tkr cti jumaat tp provided company swasta pun follow.. Kerja swasta ni sometimes kena skip lunch if tmpt nak solat jauh..

ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA