networkedblogs

Bersahabat..

BUAL BICARA #UMNO71 BERSAMA TAN SRI ANNUAR MUSA

Tuesday, November 12, 2013

TERKINI :Johor Cuti Minggu Hari Jumaat -Jangan Terpedaya..Tunggu Pengumuman SUK Johor -Fb Kesultanan Johor


Selepas beberapa hari tersebarnya makluman bahawa Johor akan bercuti minggu pada hari Jumaat..hari ini Facebook Kesultanan Johor telah mengeluarkan kenyataan seperti berikut :


Kepada rakyat Johor sekalian, jangan terpedaya dengan sebaran berkenaan pengumuman pindaan cuti bagi negeri Johor di media sosial atau sistem pesanan ringkas. Ini semua adalah palsu.
Mohon sebaran.
Jangan membuat sebarang spekulasi berkenaan pindaan cuti bagi negeri Johor. Pengumuman di media sosial tidak boleh digunapakai. Tunggu pengumuman dari SUK Johor. 
Dokumen yang tersebar itu adalah kertas cadangan yang masih dalam proses dan belum diperkenankan oleh DYMM Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar. 
Admin-admin di media sosial diharapkan lebih bertanggungjawab dalam setiap posting. Jangan terlebih bijak dalam menyampaikan infomasi.
HE : Akhirnya kenyataan ini dapat memberi sedikit info yang sekarang ini menjadi tanda tanya di media sosial...sila share info ini...

*Atas rasa tanggungjawab artikel berkaitan cuti hari Jumaat yang dipost sebelum ini telah ditarik balik....info yang aku terima sebelum ini pun dari sms dan wasap....sama2 kita tunggu info yang sahih....

1 comment:

Anonymous said...

salam hormat.... itu idea yg sgt baik sb org lelaki lbh senang menunaikan solat jumaat... tapi kasihankan lah kami yg suaminya bekerja sektor swasta... isteri n suami bercuti hari berlainan. boleh jadi masalah besar nnti..

ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA