networkedblogs

Bersahabat..

MALAYSIA AMAN TANPA DAP!!!

Sunday, November 10, 2013

VIDEO Penjenayah Tembak Pegawai AmBank Direman..Syabas @PDRMsia




Sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh jua ketanah, syukur penjenayah yang paling dikehendaki oleh pihak PDRM kini telah tumpas dengan maklumat dan hasil kerja keras anggota PDRM. Lepas nie nak tengok jugak riaksi pembangkang yang selalu mencerca pihak berkuasa.

Pengawal keselamatan yang terlibat dalam kejadian pembunuhan pegawai AmBank ditangkap sepasukan anggota polis khas sebaik sahaja selesai meletakkan keretanya di Kampung Tanjung Belungkor, Kota Tinggi.

Beliau ditangkap sebaik sahaja selepas meletakkan keretanya di kampung terbabit kira-kira pukul 7 pagi tadi ketika hujan lebat. Sumber juga berkata, pengawal keselamatan itu ditangkap oleh sepasukan anggota D9 daripada Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor yang terlibat dalam Ops Khas Cantas.

Sebaik sahaja ditangkap pengawal keselamatan itu terus dibawa ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor di Shah Alam untuk siasatan lanjut.

Menurut sumber itu lagi, pegawal keselamatan itu dipercayai sedang berusaha untuk ke Pulau Batam, Indonesia yang terletak hanya 45 minit daripada Kampung Tanjung Belungkor.

Beliau dipercayai bercadang menggunakan bot nelayan di kampung terbabit untuk membawanya ke pulau tersebut.

MalaysiaGazette juga difahamkan terdapat pelbagai laluan tikus di Tanjung Belungkor yang digunakan oleh sindiket penyeludupan manusia untuk membawa masuk dan keluar pendatang asing tanpa izin terutamanya dari Indonesia.

Walaupun Jeti Tanjung Belungkor hanya terletak beberapa minit dari kampung berkenaan, tetapi menggunakan perkhidmatan feri untuk ke Pulau Batam melalui jalan rasmi melibatkan penggunaan pasport dan pemeriksaan keselamatan.

Jeti Tanjung Belungkor dikendalikan oleh Lembaga Pelabuhan Johor.

Sementara penduduk kampung yang ditemui berkata, mereka tidak pernah melihat kelibat pengawal keselamatan itu di kampung tersebut sebelum ini.

Pengawal keselamatan yang berasal dari Sulawesi yang menggunakan kad pengenalan palsu dengan nama Ardi Hamza itu terlibat dalam kejadian rompak bunuh di AmBank Subang Jaya bulan lepas.

Dalam kejadian kira-kira 6.20 petang itu, seorang pegawai bank, Norazita Abu Talib, 37, maut selepas ditembak di kepala dari jarak dekat. BACA SELANJUTNYA

No comments:

ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA