networkedblogs

Bersahabat..

BUAL BICARA #UMNO71 BERSAMA TAN SRI ANNUAR MUSA

Monday, December 9, 2013

13 Anggota Tentera Dikhuatiri Hilang Di Selat Melaka.. @HishammuddinH2O

MELAKA Tiga belas anggota tentera dikhuatiri hilang ketika menjalani latihan mendayung ke Pulau Nangka, dekat sini, kira-kira 9 pagi semalam.

Difahamkan, ketika kejadian bot dinaiki mereka bersama empat bot lain dalam perjalanan dari persisir pantai Sungai Udang ke pulau berkenaan.

Dipercayai, kumpulan itu dilanda ribut dan ombak manakala hanya tiga bot yang dinaiki seorang pegawai dan 35 anggota sampai ke Pulau Upeh, kira-kira jam 12.30 tengah malam tadi.

Dalam pada itu, menurut Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri, pihaknya menerima laporan berhubung kehilangan 13 anggota tentera di perairan Selat Melaka.

Menurut bomba, Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) dihantar ke lokasi dan sehingga ini, operasi mencari dan menyelamat (SAR) masih dijalankan.

HE : Sama2 kita doakan tiada kemalangan jiwa yang meragutnya berlaku..amin

No comments:

ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA