networkedblogs

Bersahabat..

SOKONGAN ONLINE PRU13:
"Setujukah anda BN Menang Besar PRU-13?" Jika setuju sila klik vote "Like" di bawah.

COUNTDOWN KEMENANGAN BESAR BN

Created by DAPATKAN DI SINI

Anwar Perlu 5 Minit Jer Untuk Menipu...

Saturday, December 14, 2013

Facebook @NajibRazak Cecah 2 Juta!!!Ini Semua Fake Account Fitnah Pencacai!!!


Laman sosial Facebook milik Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak kini mencecah dua juta pengikut atau ‘likes’ sejak diwujudkan pada 2009.

Najib dalam status terbaharunya hari ini mengucapkan terima kasih kepada semua galakan, sokongan malah kritikan yang diterima melalui laman itu sejak empat tahun lalu.

Lebih menarik, sebuah laman mikro yang mengandungi Jalur Gemilang turut dicipta menggunakan gambar profil kesemua dua juta peminat serta pengikut Najib di laman sosial berkenaan dan boleh dilihat di www.1malaysia.com.my.

“Saya amat teruja apabila mengetahui dua juta orang telah mengikuti saya di Facebook sejak 2009. Setiap anda adalah pembina negara, seperti yang dipaparkan pada foto muka depan khas di laman saya.

“Sebagai menghargai sokongan anda terhadap usaha kita membina negara, saya tujukan laman mikro khas untuk semua. Lihat sama ada anda ada di situ,” katanya di dalam akaun Facebook beliau.

Secara tepat, laman Facebook Najib sehingga kini mendapat 2,025,660 ‘likes’ atau peminat.

Najib sering menggunakan laman sosial terutama Facebook dan Twitter selain blog www.1malaysia.com bagi berinteraksi serta berkongsi pelbagai aktiviti beliau sebagai pemimpin negara. SELANJUTNYA

3 comments:

Anonymous said...

Di katakan juga Ah Jib Gor kita ni salah satu top 5 peminpin dunia di ikuti twitter dia tapi tak masuk logic kerana 51% rakyat malaysia tak suka dia. Mungkin angka2 ini di manipulate oleh consultant dia untuk buat Ah Jib Gor syok sendiri dan bayar fee mereka berterusan.

Alfie

megat panjialam said...

Anonymous said...
Di katakan juga Ah Jib Gor kita ni salah satu top 5 peminpin dunia di ikuti twitter dia tapi tak masuk logic kerana 51% rakyat malaysia tak suka dia. Mungkin angka2 ini di manipulate oleh consultant dia untuk buat Ah Jib Gor syok sendiri dan bayar fee mereka berterusan. 51% RAKYAT MALAYSIA? BIAR BETUL. 51% UNDI POPULAR SAJA.ITU PUN UNDI2 MAJORITI YG DIPEROLEHI MP'S DAP DI KAWASAN2 PARLIMEN DINEGERI2 SPT WP, SELANGOR, PENANG DAN NEGERI SEMBILAN. ITU TIDAK MENUNJUKKAN KESELURUHAN RAKYAT MALAYSIABERJUMLAH 27 JUTA.

Anonymous said...

bangang punya blog... 2 juta like tu sebab nak kutuk dia... ko je jilat telor dia demi sesuap nasi... pastu ko hulur pulak kat anak bini... apa la... itu pun bangang tak bleh pk...

ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA