networkedblogs

Bersahabat..

MALAYSIA AMAN TANPA DAP!!!

Wednesday, December 4, 2013

Minimum 28,000 Unit Rumah Kos Rendah Dan Mampu Milik Dalam Tempoh 5 Tahun Di Johor..TQ @KhaledNordin


Menyedari masalah kos sara hidup yang semakin tinggi, Kerajaan Negeri mengambil langkah proaktif bagi memastikan isu penyediaan rumah yang selesa dan mampu dimiliki oleh rakyat adalah keutamaan. Tanggungjawab Kerajaan Negeri ialah memastikan keluarga yang mempunyai pendapatan isi rumah di bawah kategori rendah dan kumpulan pertengahan mampu memiliki rumah yang berkualiti. Kerajaan Negeri menerusi Jawatankuasa Khas Sektor Perumahan akan meneruskan usaha meningkatkan jumlah pembinaan rumah di bawah kategori Rumah Kos Rendah dan Rumah Mampu Milik Johor berdasarkan data permintaan yang dikemaskini oleh Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Johor (Bahagian Perumahan).

Kerajaan Negeri mensasarkan untuk membina sekurang-kurangnya 28 ribu unit Rumah Kos Rendah dan Rumah Mampu Milik Johor dalam tempoh 5 tahun bermula dari tahun 2013 hingga 2018. Usaha ini akan diterajui oleh pemaju-pemaju yang mempunyai kepentingan Kerajaan Negeri seperti Johor Corporation Bhd, Kumpulan Prasarana Rakyat Johor, Yayasan Pelajaran Johor dan Perbadanan Islam Johor yang mensasarkan untuk membina sebanyak 11 ribu buah Rumah Kos Rendah dan Rumah Mampu Milik selain libatsama jabatan serta agensi Kerajaan Persekutuan dan pemaju-pemaju swasta. Pada tahun 2014 terdapat 1,550 unit rumah di bawah skim Projek Perumahan Rakyat (PPR) yang dibina oleh Kerajaan Persekutuan akan ditawarkan untuk disewa kepada pemohon yang berkelayakan di kawasan Sungai Melana daerah Johor Bahru.

Kerajaan Negeri juga akan meluaskan pelaksanaan Dasar Perumahan Rakyat Johor di luar kawasan Iskandar Malaysia. Bermula 1 Januari 2014 segmen Perumahan Komuniti Johor A berharga RM42,000, Perumahan Komuniti Johor B berharga RM80,000 dan Rumah Mampu Milik Johor pada harga RM140,000 hingga RM150,000 akan diperkenalkan. Mekanisme kawalan bagi memastikan pemaju tidak mengabaikan pembinaan rumah di bawah kategori Rumah Kos Rendah dan Rumah Mampu Milik juga akan dikuatkuasakan. SELANJUTNYA

2 comments:

Anonymous said...

28,000 rumah, l/k 58,000 pengundi. Harap jangan majoriti jadi minoriti nanti.

ina nadia said...

Sy nak...

ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA