networkedblogs

Bersahabat..

LAGU CERITA KEBENARAN SEMPENA HARI LAHIR PM, NAJIB RAZAK

Wednesday, July 31, 2013

Gambar Suspek Penembak Pengasas AMBANK!!!Sebarkan

0 comments


Suspek ini di dengan nama Sei Ngan Chai. Jika ternampak atau terserempak dengan lelaki ini boleh hubungi Balai Polis Berdekatan...

Sila sebarkan..

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Kempen @Azalina Othman Di Facebook Capai 1500 Likes Dalam Seminggu!! #Azalina4WanitaUMNO ..Harapan Baru Wanita UMNO

0 comments

DATUK Seri Azalina Othman Said fired the first  salvo in the battle for the Wanita Umno chief's post by setting  up  a Facebook page.

Azalina posted on Monday:  "I'm running   (for) Wanita Umno chief because I believe it is time for a new generation of women leaders to be in Wanita."

The former Puteri Umno  chief, when contacted, said as soon as the  "Azalina Othman Said for Wanita Umno" page was set up last Friday,  many young professionals took part in discussions on the   election.

She said her team had   taken the campaign into cyberspace to gauge the response  of the younger generation.

"Frankly, I thought Umno was no longer popular among the young but through the setting up of the page, I found out otherwise.


"I am told that there is an average of 300  'likes' for my page daily.

"I don't think  most of them are Umno members but they are  interested  in what is taking place in Umno," said Azalina, who is also  Pengerang member of parliament.
 
The page contains videos and pictures of her at  Parliament, answering questions in news conferences and hosting  Wanita Umno  members  at a breaking of fast event.
 
Azalina  announced last month that she was  challenging  Wanita Umno  chief Datuk Shahrizat Abdul Jalil.

Former Johor Wanita Umno  chief Datuk Halimah Sadique, who is also Tenggara MP, may join the race.

Wanita Umno's Facebook page, coincidentally, posted a video of Shahrizat welcoming challengers to her post.

The video was recorded  during the Kuala Besut by-election campaign.

"It is okay if Azalina and the others, including proxy candidates, want to have a go in the contest.

"This will make the election more interesting," she said in the video. -NST

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

PANAS!!! Wanita UMNO Perlukan Perubahan!! #Azalina4WanitaUMNO @Azalina #UdahlahKakJat

1 comments

Puan Sri Bibi Sharliza Mohd Khalid bekas Setiausaha Puteri UMNO Malaysia yakin ramai bekas pimpinan serta ahli ahli Puteri yang kini sudah berada dalam kelompok Wanita UMNO akan memberikan sokongan padu kepada bekas Ketua Puteri sewaktu mula mula ditubuhkan pada 20 Jun 2001, Datuk Seri Azalina Othman Said untuk menang pertandingan jawatan Ketua Wanita UMNO Malaysia pada pemilihan tahun ini.

Bibi yang juga merupakan bekas ADUN Paroi memaklumkan bahawa rakan rakan bekas Exco Puteri sudah pasti akan menyokong Azalina, bekas Boss mereka untuk menewaskan Datuk Seri Shahrizat Jalil.

Diantara mereka adalah seperti Noraini Ahmad, Mastina Abdul Hamid, Rosnah Rashid Shirlin, Azlina Mehtab, Nora Azmin Radzuan, Norasmah Nawawi dan ramai lagi yang kini sudah pun secara otomatik menjadi ahli Wanita UMNO.

"Kami yakin dengan kepimpinan Azalina. Lihatlah betapa kuatnya Puteri UMNO suatu ketika dahulu..." jelas Puan Sri Bibi yang ditemui dalam majlis Iftar FELDA di Dewan Perdana Kuala Lumpur semalam.

Apabila diajukan soalan apakah ada peluang untuk Azalina menang, maka ini jawapnya,

"Biasalah adat pertandingan, dah pasti ada yang menang dan ada yang kalah. Azalina got nothing to lose kalau dia tewas tapi kalau dia menang.., its bonus for her, we never know"

"Ramai juga dikalangan Ketua Wanita Bahagian pun dah bagi signal pada Azalina untuk bertanding dan mereka akan sokong untuk perubahan kepimpinan..." tambah Bibi lagi dengan penuh yakin.

Selanjutnya : SINI

HE : Nampak gayanya proaksi Shahrizat memang panas punggung bila DS Azalina umum hendak melawan Shahrizat Jalil bagi jawatan Ketua Wanita UMNO...Berdasarkan prestasi terkini pada PRU yang lalu, ternyata DS Azalina mempunya potensi yang besar apabila berjaya mengekalkan Parlimen Pengerang!!!

Banyaklah sehingga tidak terkira sumbangan DS Azalina dalam membangunkan wanita dalam UMNO...Siapa yang pengasas Puteri UMNO?soalan cepumas ini perlu diketahui oleh semua wanita dalam UMNO yang pernah sezaman dengan DS Azalina dalam Puteri...Seharusnya Sayap Pergerakan Puteri UMNO mengetahui sejarah yang mana DS Azalina merupakan pencetus gerakan sehingga tertubuhnya Sayap Puteri UMNO...

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.








Maklumkan Kepada @PDRMsia Sebelum Pulang Beraya...

0 comments

Bagi memastikan keselamatan tempat tinggal anda ketika pulang berhari raya..PDRM telah mengeluarkan panduan bagaimana dan apa yang perlu anda lakukan sebagai persediaan untuk cuti raya...

Musim cuti macam nilah ramai penyamun beroperasi...Jadi apa yang anda perlu lakukan adalah mengisi borang makluman di balai polis berhampiran...

Jangan lupa!!!

"Polis Awas Kita Peka..."

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Guru Rotan Pelajar Tak Siap Kerja Rumah...Bapak Report Polis.... #AnakEmas

3 comments

Seorang bapa mendakwa anaknya kini mengalami tekanan emosi setelah seorang guru wanita merotan dan mengusirnya dari sekolah kerana gagal menyiapkan kerja sekolah.

Syahrul Asmawi Rashid, 35, berkata akibat kejadian Jumaat lepas itu, anaknya Nur Emilia, 12, murid Tahun Enam sebuah sekolah rendah di sini, kini trauma dan tidak lagi mahu ke sekolah.

Bercakap kepada pemberita di sini hari ini, katanya anaknya memaklumkan guru itu turut mengarahkannya mengambil borang tukar sekolah dan berpindah sekolah.

Syahrul yang berkerja sendiri berkata dia mengetahui kejadian itu pada kira-kira 9.30 pagi Jumaat apabila dihubungi guru terbabit yang memaklumkan anaknya telah pulang ke rumah kerana gagal menyiapkan kerja sekolah.

“Saya terkejut dan terus keluar mencari Emilia kerana dia tidak pulang ke rumah sedangkan rumah kami terletak tidak sampai 100 meter sahaja dari sekolah tetap kemudiannya berjaya menemui anak sulungnya itu sedang menangis di kawasan kampung,” katanya.

Syahrul berkata anaknya tidak menceritakan insiden yang menimpa dirinya itu sehingga rakannya datang pada sebelah petang dan memaklumkan kejadian sebenar.

“Bila kawan dia cerita, baru Emilia berani muka mulut dan menceritakan perkara sebenar dan kami kesal dengan sikap guru yang tidak hiraukan keselamatan muridnya apabila menghalau pelajar balik ke rumah,” katanya.

Katanya dia membuat laporan polis semalam.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri Pulau Pinang Tarmizi Kamaruddin ketika dihubungi berkata guru besar sekolah itu diarah menyiasat dakwaan itu.

“Mungkin cikgu itu mengambil tindakan mengikut emosinya kerana mengikut prinsip pendidikan guru tidak boleh menghalau anak murid kerana pelajar mempunyai hak untuk berada dalam kelas bagi menuntut ilmu,” katanya. – Bernama

HE : Gilalah mak bapak sekarang...anak buat salah tetap dipertahankan sampai bila-bila....huhu...guru ajar jer..ikut silibus...pelajar tak nak buat kerja..tengok dan senyum jer...kahkahkah!!!!

Pelakon Video "Anjing Aidilfitri" Kata Bela Anjing Tak Haram...Betul!!! Kenapa @AnwarIbrahim Tak Bela?

3 comments

“Saya tiada niat hina Islam”. Itulah kata-kata yang diungkapkan oleh pembikin video yang kini menjadi viral di laman sosial Facebook, Chetz Yusof, yang merupakan seorang penganut Islam.

Menurut wanita berusia 38 tahun ini, tujuannya memuat naik video itu adalah untuk memberikan pendidikan kepada masyarakat di luar sana mengenai penjagaan anjing seperti mana yang dilakukannya.

“Saya takde niat pun hina Islam sebaliknya video itu adalah pada mulanya saya memang buat suka-suka tapi alang-alang baik saya ‘educate’ orang di luar mengenai penjagaan anjing dan kebersihan,” katanya eksklusif ketika dihubungi Mynewshub sebentar tadi.

Selain itu, Chetz yang merupakan seorang jurutera, turut berasa pelik apabila video yang sudah lama dimuat naik sejak 2010 itu, hanya kini hendak diperkatakan.

“Benda ni dah lama kenapa dia (video) timbul sekarang? Orang Melayu terlebih sensitif,” katanya yang memiliki lapan ekor anjing yang semuanya merupakan anjing jalanan.

Chetz turut menyatakan tujuan video itu direkod adalah untuk menunjukkan kebersihan dalam menjaga haiwan peliharaan selain menyatakan anjing itu tidak haram untuk dibela.

Anjing-anjing yang dibela itu kesemuanya merupakan anjing terbiar dan dibuang di jalanan malah ada di antaranya yang buta serta pernah dilanggar orang.

“(Bela) Anjing ini tak haram, kalau basah, kita samak,” katanya lagi.
Ketika ditanya tidakkah dia takut sekiranya pihak berkuasa bakal mengambil tindakan terhadapnya, Chetz mengatakan, “saya risau ambil masa saya, buat report polis, kena buat ‘statement’ kepada polis, itu yang saya risau sebab ia mengambil masa saya”.



Chetz yang masih bujang ini tinggal bersama dua lagi rakan serumahnya yang beragama Islam malah mereka turut sama menjaga anjing-anjingnya yang merupakan baka Mix Breed atau Mongrel itu.

Menurutnya lagi, keluarganya turut menyokong tindakannya menyelamatkan anjing jalanan dan terbiar walaupun ada di antara ahli keluarganya tidak bersetuju pada mulanya.

“Ada ahli keluarga pada mulanya tak bersetuju, tapi bila saya terangkan, mereka boleh terima benda ini,” katanya yang mengharapkan semua pihak tidak cepat melatah dengan perkara ini.

Menerusi video berdurasi satu minit 14 saat itu, Chetz meraikan Aidilfitri bersama tiga ekor anjingnya dengan berlatar belakangkan audio Takbir Raya sekali gus menimbulkan kemarahan segelintir pihak kerana dikatakan menghina umat Islam di Malaysia.-Mynewshub

HE : Ini bukan soal sensitif atau tidak...tetapi berkaitan dengan sikap biadap dan kurang hajar..terfikir juga kenapa pelakon ni tak bela babi sekali?kalau nak tunjukkan cara penjagaan kesihatan anjing perlu ke nak letak suara latar takbir?usahlah nak spin lagi...u tetap bersalah CHETZ!!!

CM Lim Guan Eng Di Sekolah @TunFaisal Tentang Konteks Diplomatik & Komunis...

0 comments

Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng tidak faham konteks hubungan diplomatik yang diadakan oleh Barisan Nasional (BN) dengan Parti Komunis China, kata Exco Pemuda Umno Tun Faisal Ismail Aziz.

Menurutnya, penubuhan sekretariat di antara Pemuda Barisan Nasional dan Liga Belia Komunis China (CYL) adalah berteraskan hubungan dan kerjasama negara, bukan kerjasama dengan pergerakan komunis Malaya. 

Katanya, Ketua Menteri Pulau Pinang itu jelas tidak maklum tentang faedah yang diperolehi negara hasil hubungan yang diadakan pada 12 Oktober 2009 dalam pelbagai bidang.

"Pemimpin DAP macam Lim Guan Eng ada masalah untuk faham konteks. Konteks hubungan dengan parti teras sebuah kerajaan yang penting berbeza dengan konteks penolakan dan menyelar kezaliman Parti Komunis Malaya (PKM).

"PKM bunuh rakyat (negara ini) dan lakukan sabotaj sedangkan Parti Komunis Cina tidak bunuh rakyat Malaysia dan merupakan rakan penting Malaysia dalam banyak bidang," katanya kepada Antaraposmenerusi sistem pesanan ringkas (SMS) hari ini.

Justeru kata Tun Faisal, Lim melakukan provokasi dengan bertindak mempertikaikan hubungan berkenaan.

Setiausaha Agung DAP itu dalam kenyataan medianya semalam, mendesak Umno untuk tampil menjelaskan hubungan parti itu dengan Parti Komunis Cina.

Beliau merujuk kenyataan anggota exco Pemuda Umno Lokman Noor Adam yang mempersoalkan bagaimana filem 'The New Village' yang didakwanya mengagungkan fahaman komunisme begitu mudah diluluskan berbanding filem ‘Tanda Putera’ yang berlatar belakangkan rusuhan kaum 13 Mei 1969.

Katanya lagi, Ketua Pemuda Umno pada 12 Oktober 2009 turut mengumumkan sekretariat tetap bagi mengukuhkan hubungan di antara Pemuda BN dengan CYL.

Lim juga membidas Umno yang tidak menentang tindakan kerajaan yang mengadakan hubungan diplomatik dengan negara-negara komunis seperti China, Cuba dan Vietnam.

Mengulas lanjut, Tun Faisal menegaskan kerajaan BN menolak sekeras-kerasnya Parti Komunis Malaya yang melakukan kekejaman kepada rakyat berbeza dengan Parti Komunis China. 

Malahan jelasnya, pada era tahun 1970-an Perdana Menteri ketika itu, Tun Abdul Razak Hussin telah mengadakan hubungan diplomatik dengan China untuk menyebarkan penolakan rakyat kepada PKM.

Ini kerana PKM jelas mengancam keselamatan rakyat ketika itu kerana melakukan kezaliman. 

"Sebab apa PKM ditolak kerana keganasan, kezaliman dan ideologi dan pendekatan yang tidak sesuai dengan rakyat Malaysia dan tanah Melayu ketika itu. 

"Tun Razak buat hubungan diplomatik dengan China pada tahun 70-an, untuk jelaskan pendekatan PKM yang ditolak rakyat Malaysia dan supaya China menyisihkan PKM dan tidak lagi beri dana kepada PKM," tambah beliau. 

Polemik timbul apabila Pemuda Umno mahu filem 'The New Village’, yang mengisahkan penempatan semula komuniti Cina sewaktu pencerobohan komunis diharamkan.

Filem itu didakwa secara halus mengangkat PKM sebagai hero dan meletakkan Rejimen Askar Melayu dan polis yang ketika itu berkhidmat dengan British sebagai musuh dan 'orang jahat' yang perlu dihapuskan. -antarapos

Tuesday, July 30, 2013

Iklan Baru Raya Petronas Yang Menyentuh Perasaan...

0 comments

Monday, July 29, 2013

The New Village Mengangkat Martabat Komunis!!

0 comments

Gua tidak pasti apa yang bermain difikiran para pembikin filem kontroversi The New Village yang bakal ditayangkan di seluruh negara 23 Ogos ini tapi tak jadi dengan arahan terbaru dari KDN.
Yang gua pasti, sama ada cuba mengelak atau tidak, mereka kena akui yang mereka telah mengangkat martabat komunis amnya dan Parti Komunis Malaya (PKM) khususnya ke tahap yang cukup tinggi.

Lebih menyakitkan hati, mereka cuba 'melembutkan' segala kejahatan dan kemungkaran yang dibuat PKM sebaliknya 'mencantik dan menghalalkan' pergerakan kumpulan bersenjata itu dalam bentuk yang cukup kreatif iaitu melalui medium perfileman.

Mereka ternyata lupa subjek yang mereka ingin 'agungkan' itu sebenarnya merupakan sekumpulan manusia yang mempunyai sifat cukup kejam dan mempunyai perangai yang cukup jelik khususnya di mata mereka yang telah berjuang mati-matian untuk negara Malaysia yang tercinta ini.

Sepatutnya, SEBELUM pembikin filem The New Village ini menggunakan kebebasan hak dan idea mereka untuk mengangkat subjek ini di layar perak, mereka perlu tahu apa yang dah PKM lakukan tanah air kita khususnya dari tahun 1948 hingga 1989.

Kalau tak tahu, mari gua nak bagi tahu ;

1. 3 orang peladang Inggeris telah dibunuh di Perak pada 16 Jun 1948. Peristiwa ini telah menyebabkan penjajah British mengisytiharkan darurat.

2. Seramai 18 anggota polis telah terkorban dalam satu serangan mengejut komunis terhadap Balai Polis Bukit Kepong pada waktu subuh 23 Februari 1950.

3. Sepanjang tahun 1950, seramai 120 anggota polis terbunuh, manakala 222 orang Polis Khas (SC) terkorban akibat kekejaman komunis.

4. Pada 1 Oktober 1951, Pesuruhjaya Tinggi British di Tanah Melayu, Sir Henry Gurney dibunuh dalam satu serang hendap di Bukit Fraser.

5. Pada 17 Jun 1968, segerombolan gerila komunis telah menyerang hendap konvoi pasukan keselamatan Malaysia di Pekan Kroh (Pengkalan Hulu) dan membunuh 17 anggota polis.

6. Seorang ahli UMNO telah dibunuh oleh ejen komunis di Pulau Pinang pada April 1969.

7. Pada 24 Julai 1969, seorang wanita Cina telah dibunuh di Sintok, Kedah kerana didakwa belot kepada perjuangan komunis.

8. Pada 10 Disember 1969, komunis telah meletupkan jambatan keretapi di Kok Mak berdekatan dengan sempadan Padang Besar, Perlis.

9. Komunis telah menyusup masuk ke Padang Besar dan melepaskan 3 das tembakan ke arah balai polis di situ pada 14 Disember 1969.

10. Dalam satu peristiwa pada tahun 1970-an, komunis telah memusnahkan jentera dan peralatan membina jalan yang digunakan untuk membina Lebuhraya Timur-Barat.

Kekejaman komunis terhadap anggota polis Cawangan Khas (SB):

11. Timbalan Penguasa Polis, Wong Lin Hoon telah mati ditembak di Kuala Lumpur pada tahun 1973.

12. Komunis terus mengganas dengan membunuh Ketua Inspektor Chin Chin Kou pada 12 Julai 1973 di Serdang, Kedah. Diikuti 3 bulan kemudian, Detektif Sarjan Chong Kek Oh yang mati ditembak di Sungai, Siput, Perak.

13. Pada 3 Januari 1974, Detektif Konstabel Lee See Kaw telah mati ditembak di Malim Nawar, Perak, diikuti pembunuhan terhadap Detektif Sarjan Lee Yoon Chin pada 20 April 1974 di Melaka. 4 hari kemudian, Detektif Konstabel Ong Soon Chua yg mati ditembak di Chemor, Perak.

14. Pada 6 Jun 1974, komunis bertindak lebih kejam apabila menembak mati Ketua Polis Negara, Tan Sri Abd. Rahman Hashim semasa beliau berada di dalam keretanya di Jalan Raja Chulan, Kuala Lumpur.

15. Komunis telah mengebom Tugu Negara pada 26 Ogos 1975 hingga mengakibatkan kerosakan besar.

16. 2 minggu kemudian, komunis telah melemparkan bom tangan ke arah kem Pasukan Polis Hutan (PPH) yg terletak di Jalan Pekeliling, Kuala Lumpur, membunuh 2 orang anggota dan mencederakan 41 anggota yang lain.

17. Pada 13 November 1975, Ketua Polis Perak, Tan Sri Khoo Chong Kong telah dibunuh di Ipoh semasa berada di dalam kereta. Kejadian tersebut turut meragut nyawa pemandunya Sarjan Yeung Peng Cheong.

18. Antara tahun 1969 hingga 1978, seramai 395 anggota pasukan keselamatan telah terbunuh, manakala 919 yang lain cedera.

19. Seramai 70 orang awam telah terkorban, manakala 75 yang lain tercedera dalam tempoh 1968 hingga 1982.

Pembikin filem The New Village jangan lupa, kita tidak menerima komunis sebagai pejuang kemerdekaan negara kerana asas perjuangan mereka bukan untuk kemerdekaan atau mempertahankan anak watan Tanah Melayu daripada British atau mana-mana penjajah.

PKM ditubuhkan untuk menyebarkan ideologi komunis, membentuk negara komunis di Tanah Melayu dan menjaga kepentingan kaum Cina.

Sebab itu, majoriti orang Melayu di Kepulauan Melayu (Semenanjung Tanah Melayu, Singapura dan Indonesia) menolak Komunis.

Malahan yang menubuhkan Parti Komunis Malaya (PKM) pun bukan anak watan tanah air.

Justeru siapa yang mengatakan PKM pejuang kemerdekaan, sementara Polis Melayu dan pemimpin Melayu seperti Dato Onn dan Tunku Abdul Rahman alat British, jelas menunjukkan mereka tidak mengenali sejarah negara dengan jelas.

PKM juga sebenarnya alat British semasa penjajahan Jepun.

PKM menubuhkan Malayan People's Anti-Japanese Army (MPAJA) kerana permusuhan antara kerajaan Komunis China dan Jepun serta bertujuan melindungi kaum Cina di Tanah Melayu yang paling teruk menjadi mangsa kezaliman Jepun.

Selepas British kembali menduduki Tanah Melayu, PKM masih bekerjasama dengan British.

Namun British tidak mahu mengiktiraf ideologi komunis dan ini menimbulkan penentangan PKM terhadap British.

Sebaliknya, British memilih untuk berunding dengan Sultan-sultan Melayu dan nasionalis Melayu bagi proses memberi kemerdekaan kepada Tanah Melayu.

Baca Selanjutnya http://kulaanniring.blogspot.com/2013/07/amaran-pembikin-filem-new-village.html

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Warkah Guru Besar SK Seri Pristana ! Pembangkang Gagal Bakar Perpaduan Masyarakat India Sepertimana Mereka Berjaya Bakar Api Perkauman Cina!!! Pakatan Is Dead!!!

0 comments

WARKAH DARIPADA GURU BESAR SK SERI PRISTANA : En Mohamad Nasir b. Mohd Noor

Assalamualaikum dan selamat sejahtera buat rakan-rakan fb semua..

Terlebih dahulu saya rakamkan setinggi penghargaan terima kasih kepada kalian yang menyokong serta menyuntik semangat dan azimat dalam isu terhangat kini kononnya saya telah memaksa murid-murid bukan islam makan di dalam tandas semasa bulan Ramadhan yang mulia ini.

Tiada siapa pun dapat menghalang lidah-lidah manusia menghamburkan kata-kata di laman-laman fb dan twitter bagi menghentam dan mengutuk saya semahunya berhubung isu dan kemelut tersebut.

Setelah beberapa ketika saya menyepikan diri bagi mengubati hati yang terhiris luka angkara fitnah dan tomahan yang melanda akhirnya saya terpaksa keluar dari kepompong dan persembunyian bagi menghargai perjuangan murni rakan-rakan fb yang telah menghidupkan semangat saya setelah mati seketika.

Tetiba saya dikejutkan oleh kelahiran Laman Kami Menyokong Encik Mohamad Nasir b. Mohd Noor : Headmaster of SK Seri Pristana di dunia maya oleh kumpulan yang amat prihatin terhadap kemelut dan dilema dihadapi."Rohku bagaikan kembali kepada jasadnya". (TERIMA KASIH KEPADA PENGENDALI LAMAN INI)

Kepada pelayar-pelayar fb yang menghentam dan mengutuk habis-habisan, anda semua tetap dimaafkan kerana anda semua tidak pernah pun berada di lokasi ini(SK Seri Pristana) untuk melihat dgn mata kepala anda sendiri apalagi untuk membuktikan situasi dan kronologi yg berlaku sehingga kini.

Anda mungkin mendapat info yang tidak tepat, mengelirukan dan salah sama sekali.Barangkali info yang diberi oleh orang yang menyebarkannya adalah dari sumber yang salah atau orang yang berkepentingan diri.Sandainya lidah-lidah yg menghentam dan memfitnah tidak mahu berhenti sampai bila-bila sekalipun(hembusan nafas yang terakhir) fikirlah sehabis baik...................

(i)Pastikah anda mempunyai kesempatan untuk memohon maaf kepada 1350 orang murid-murid beragama islam di SK Seri Pristana?

(ii)Pastikah anda boleh berjumpa dan memohon maaf kepada 80 orang warga pendidik di SK Seri Pristana sebelum anda menghembus nafas terakhir?

(iii)Bolehkan anda memohon maaf ibu-bapa dan penjaga murid-murid SK Seri Pristana atas keterlanjuran dan mengaibkan maruah ibu-bapa dan penjaga yang menghantar anak di sekolah ini?

(iv)Anda semua tidak perlu menemui saya untuk memohon maaf.Saya sudah maafkan anda semua.

Kepada isteri dan anak-anakku. Ku Najiha Ku Jaafar, Syahril Da Rocha(Melbourne), Mohd Syukrinazren(Cyberjaya), Farah Asyikin(London), Suhaimi Nasir(Egypt), Faziera Diana(Jordan) dan Farina Alisya. Bersabarlah menghadapi dugaan dan sesamalah kita berdoa ke hadrat ALLAH SWT agar ditunjukkan kebenaran.

Saya memohon maaf jika kandungan warkah dan peringatan saya di atas menyebabkan perasaan anda terhiris serta terguris. Semoga ALLAH SWT memberi keampunan dan berkat sempena bulan Ramadhan yg mulia ini.Mudah-mudahan kita jugak akan mendapat syafaat junjungan Nabi Muhammad SAW.Sekian wabilahitaufik wal hidayah wa'assalamualaikum w.b.t......................

HE : lihatlah betapa mulianya seorang pemimpin ini..memaafkan segala dosa orang lain..dirinya teraniaya gara-gara ketaksuban parti pembangkang dan individu tidak bertanggungjawab yang cuba membakar apa perpaduan...pembangkang fikir mereka berjaya membakar api perkauman sepertimana mereka telah membakar api perkauman masyarakat cina...mereka silap..masyarakat india masih menjaga tatasusila dan perpaduan 1 Malaysia...

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Sunday, July 28, 2013

Apa Akan Jadi Jika @PDRMsia Tak Berkhidmat Sehari?

0 comments

Sebagai rakyat prihatin yang cintakan keamanan, apa kata kita ramai-ramai hasut semua polis biar mereka jalankan mogok sehari ataupun 24 jam. Jangan pergi kerja. Sama seperti mogok pemandu teksi, mogok pekerja kilang, mogok pekerja airport, mogok pekerja bank, kita tengok apa akan jadi pada negara ini?

Cubalah sekali, kalau tak cuba mana nak tahu. Kita tetapkan satu hari, semua polis yang ada lebih kurang 100,000 personel, seorang pun jangan keluar rumah. Seorang pun jangan keluar kerja ke balai, IPD, IPK ataupun mana-mana juga formasi penempatan mereka bertugas. Cuba sekali, tengok apa akan terjadi? Tidak dapat dibayangkan dengan akal yang waras ini.

Kejadian rogol dalam kelas sekolah rendah; perompak angkut duit bank gunakan bulldozer; penyamun shopping di Pavillion gunakan lori sampah; mayat mangsa rogol bunuh berselerak dalam sekolah; dalam masjid, dalam ibu pejabat perti2 politik; di kolej2 & universiti, pelatih jururawat Masterskills jadi hamba seks; pekerja urut kerat kemaluan pelanggan dan bermacam-macam lagi contoh kejadian yang tidak masuk akal akan berlaku. Na'uzubillah...

Admin paling sedih dengar polis kena hina, dicaci malah dituduh membunuh. Sedangkan dengar ceritanya, sebelum kena tangkap polis pun penjenayah itu dah ditangkap beramai-ramai oleh orang kampung, kena belasah beramai-ramai bergotong-royong dengan orang kampung.

Bila sampai ke tangan polis, penjenayah dah lembik, polis sergah sikit, jentik telinga pun jatuh terkulai terus mati. Akibatnya polis pulak dituduh membunuh.

Memang tidak adil sama sekali. Polis nak pastikan kejadian jenayah terbendung, namun pencacai pembangkang sudah pusing ke lain. Tugas menjaga keamanan jadi bukan keutamaan sepertimana pentingnya mempertahankan penjenayah. Apa nak jadi ini?

Sebab polis itu taat setianya kepada negara tidak berbelah bahagi, semangatnya tinggi, makanya mereka tidak sesekali akan berdemonstrasi mempertahankan hak mereka sendiri. Mereka berjiwa kental, patriotik dan tidak takut mati. Polis sanggup makan peluru untuk selamatkan orang ramai. Mereka sudah dilatih begitu.

Rakyat perlu bangkit pertahankan institusi kepolisan. Mereka perlukan sokongan anda sekarang kerana dijadikan mangsa kerakusan politik jahat pembangkang. Utamakan hak polis, bukannya pertahankan penjenayah. Jangan termakan hasutan.

Polis dimangsakan. Hargailah perit lelah mereka menjaga keamanan.

KAMI SOKONG POLIS! TERUSKAN TUGAS ANDA DEMI NEGARA TERCINTA. - sabahkini

HE : Janganlah nak menghina tugas suci Polis!!!mana2 yang hina polis anjing kerajaan tu semua barua pembangkang!

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

PANAS!! Anak Mazidul Akmal Sidik Dilempang Guru / Ustaz Kesayangan Tanpa Usul Periksa..Ustaz Pun Perangai Macam Iblis?

8 comments

Apa hendak jadi dengan sikap guru-guru sekarang...sudahlah bergelar seorang ustaz tetapi perangai ibarat syaitan...

Sepatutnya seorang ustaz yang mempunyai ilmu agama lebih sedikit dari orang lain seharusnya menyiasat sesuatu perkara sebelum menjatuhkan hukuman...

Menurut kenyataan yang dikeluarkan seorang aktivis rakyat Mazidul Akmal Sidik, anaknya dilempang seorang ustaz setelah anaknya ditolak rakannya ketika hendak membetulkan kerusi ustaz tersebut...

Apakah ini sikap seorang ustaz yang mempunyai ilmu agama yang lebih sikit daripada orang lain? Perkara ini seharusnya disiasat agar pelajar lain yang tidak berdosa mendapat hukuman..

Kalau hendak dilihat daripada kata-kata Mazidul ini,mungkin dia juga agak berang dengan tindakan tidak matang oleh ustaz disekolah anaknya..kalau tidak masakan Mazidul membandingkan tapak tangannya dengan pipi ustaz tersebut...

Seorang ustaz bila pelajarnya mintak maaf apakah hukuman tampar patut dibalas?apakah harus ditertawakan pelajar yang meminta maaf?sedangkan islam sendiri mengalakkan umatnya bersabar dan memaafkan kesalahan orang...inikan pula seorang ustaz...pelajar mintak maaf tangan dibalasnya..nauzubillah...

Dahulu pun pernah terjadi yang seorang ustaz telah memukul pelajarnya sehingga mati...jangan pula jika kita diamkan perkara ini makanya ia dihalalkan dan ustaz tersebut boleh melakukan sewenang-wenangnya...

Bayangkan betapa kejamnya seorang ustaz terhadp kanak-kanak yang bakal menduduki peperiksaan UPSR?

HE : Ustaz jenis apa ni...pelajar mintak maaf dilempang...lepas tu ketawa...nauzubillah!

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Saturday, July 27, 2013

VIDEO "Selamat Hari Raya" Dari @BoysOfStraits ..cc @KhaledNordin

0 comments



HE : Amacam?layan tak?teringin nak g stadium..tak ada sesapa ke nak ajak aku g Stadium Larkin..nak juga rasa feel ni... dapat p sekali pun jadilah... :-)

Mengkafirkan Umat ISLAM Menyokong UMNO Amalan PAS...Subhanallah!!!

2 comments

Macam ini ke dinamakan tok guru?tok guru gapo dio ni menghina bantuan dan usaha orang lain..PAS yang tak tahu membangunkan negara baik diam dari bercakap...

Makan Di Bilik Persalinan Mula Cetus Bibit-Bibit Perkauman Yang Mudarat!! Mana Pemimpin UMNO Rayu Guru Besar

0 comments

"Mana perginya pemimpin UMNO, tidak ada seorang yang tampil membela saya," luah Guru Besar Sekolah Kebangsaan (SK) Sri Pristana, Mohamad Nasir Mohd Noor.

Sedangkan menurut Mohamad Nasir beliau telah bekerja bertungkus-lumus untuk UMNO semasa pilihan raya lalu sehingga beliau tidak dapat memberi perhatian kepada allahyarham isterinya yang ketika itu sakit kanser.

Katanya, setelah berkhidmat sepenuh jiwa untuk UMNO, wakil rakyat di kawasan pun tidak datang mempertahankan beliau yang telah dianiaya dengan tuduhan tidak berasas.

Mohamad Nasir diarahkan bercuti seminggu setelah terkait dengan kontroversi apabila seorang bapa murid bukan Islam di sekolah berkenaan mendakwa mereka ditempatkan di dalam tandas ketika waktu rehat.

Sebuah blog sebelum ini melaporkan murid-murid bukan beragama Islam di sekolah berkenaan telah ditempatkan di dalam tandas sewaktu rehat pada bulan Ramadan.

Menurut Mohamad Nasir, semua laporan polis dibuat adalah terhadap beliau yang dituduh mengambil tindakan yang tidak bertamadun.

Tambah Mohamad Nasir, beliau pada masa ini diarahkan supaya bercuti rehat seminggu dan sebarang tindakan akan diambil selepas itu.

Beliau juga telah membuat laporan polis di Balai Polis Saujana Utama di Sungai Buloh, setelah merasakan dirinya telah difitnah. Mohamad Nasir Mohd Noor membuat laporan polis di Balai Polis Saujana Utama pada pukul 11 pagi ini.

Laporan polis itu katanya, dibuat kerana kecewa dengan sikap ibu bapa pelajar dan beberapa pihak lain yang menfitnahnya sebagai bertindak secara tidak bertamadun.

"Saya juga menerima panggilan telefon yang mencerca dan termasuk mengugut berikutan fitnah tersebut," katanya.

Mengulas mengenai dakwaan bapa murid berkenaan, Mohamad Nasir berkata, murid-murid ditempatkan di bilik persalinan berkenaan sejak tiga bulan lalu, tanpa mengira kaum atau agama.

Tambah beliau, ini adalah kerana kantin sekolah berkenaan kecil dan tidak mampu memuatkan jumlah murid yang ramai.

Pada sebelah pagi pula ujar beliau, matahari memancar terus ke kawasan kantin dan murid-murid tidak mahu makan di kawasan berkenaan kerana panas dan mereka makan di tepi longkang.

"Saya lihat tempat berkenaan tidak bersih, jadi saya tempatkan mereka di bilik persalinan yang kebetulan tidak digunakan sepenuhnya," katanya.

Bilik persalinan berkenaan, katanya, memang jarang digunakan kerana murid-murid dibenarkan memakai pakaian sukan jika terdapat mata pelajaran jasmani atau aktiviti kokurikulum.

Pada masa yang sama beliau telah meletakkan notis melarang murid-murid membuang air di bilik berkenaan dan paip air di bilik berkenaan telah dikunci.

Bilik berkenaan juga, katanya, mempunyai sinki untuk digunakan bagi mencuci tangan sebelum makan.
- Sumber

Guru Besar Sekolah Kebangsaan Seri Pristana, Saujana Utama, Sungai Buloh, hari ini(semalam) , membuat laporan polis selepas menerima ugutan bunuh berikutan isu penggunaan bilik persalinan sebagai tempat makan di sekolah itu untuk pelajar bukan Islam, dua hari lalu.

Mohd Nasir Mohd Noor, 57, berkata laporan polis itu dibuat bagi melindungi dirinya yang menerima ugutan bunuh dan cacian daripada beberapa pihak termasuk melalui akaun Facebooknya.

"Dua hari lepas, setelah gambar itu tersebar, saya menerima panggilan talefon kira-kira 10 pagi dari seorang lelaki yang mendakwa dia dari Badan Bukan Kerajaan (NGO).

"Selain memaki hamun saya dan menghamburkan kata-kata kesat, dia juga mengeluarkan perkataan 'If I meet you, i will kill you' (Jika saya jumpa awak, saya akan bunuh awak)," katanya kepada pemberita selepas membuat laporan itu dengan ditemani enam anggota Badan Kebajikan Guru sekolah itu di pondok Polis Saujana Utama dekat sini.

Sebelum ini, akhbar melaporkan bilik persalinan di sekolah itu digunakan sebagai kantin sementara bagi 28 pelajar bukan Islam sepanjang Ramadan ini.

Timbalan Menteri Pendidikan, P. Kamalanathan yang mengadakan lawatan ke sekolah itu semalam berkata isu lokasi kantin sementara yang didakwa kurang sesuai di sekolah itu, tiada kena mengena dengan isu agama dan bangsa.

Mengulas isu itu, Mohd Nasir berkata beliau kesal dengan usaha yang mahu menjatuhkan nama baiknya dan sekolah itu, yang baru dibuka tiga tahun lepas itu.

"Sebelum ini, memang tidak ada aduan daripada ibu bapa mengenai isu bilik persalinan ini kerana mereka faham masalah kantin di sekolah ini yang dalam proses ubah suai bagi menampung kira-kira 600 pelajar sedangkan sekolah ini mempunyai 1,300 pelajar," katanya.

Ekoran isu itu, beliau kini bercuti selepas diarahkan berehat untuk sementara waktu bagi meredakan keadaan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintendan Junaidi Bujang mengesahkan menerima laporan daripada Mohd Nasir berhubung tohmahan terhadap dirinya berhubung isu itu.

HE : Percayalah Pakatan Pembangkang Terlibat Menghuru harakan isu ini....

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Ramai Nyatakan Sokongan Terhadap Pemberian Bantuan Khas Kewangan 2013...Syabas @NajibRazak !!!

1 comments

Selepas mendapat maklum balas berkaitan isu ada kakitangan yang tidak layak menerima Bantuan Khas Kewangan 2013 yang diumumkan PM beberapa hari lalu, saya berpendapat bahawa memang ada relevannya pekeliling BBK yang dikeluarkan yang mana mengehadkan kelompok yang layak dan tidak layak...

Apa-apapun daripada maklum balas yang diterima kesemua memberi respon yang positif yang mana pemberian inisiatif ini sebagai usaha murni kerajaan pusat Barisan Nasional untuk membela rakyat...

Sengaja saya tulis isu ini, tujuannya adalah untuk melihat apakah rakyat menerima pemberian ini dengan nada bersyukur atau sebaliknya...dibawah ini adalah respon balas terhadap artikel saya sebelum ini....

15 comments:

Sue Bee said...
syukur la sbb ada jugak duit lebih tuk bulan ni
Anonymous said...
orang keje kilang kalo tak confirm pun tak dpt bonus
Anonymous said...
senarai yang tidak layak adalah betul dan saya sokong. mereka yg tidak berkerja cuti tanpa gaji, takkan boleh dpt 500 berbanding mereka yg bekerja. mereka yg dikenakan tindakan tatatertib takkan nak beri 500 sedangkan itu adalah hukuman. yg baru kerja tak sampai 1 bulan, takkan dpt 500 sedangkan org lain kerja lebih lama..

rakyat perlu didahulukan tapi tidak melampaui batas...
Anonymous said...
"HE : Inilah masanya PM kita diuji untuk mengotakan slogan Rakyat Didahulukan...walaupun jumlah RM 500 bukanlah besar sangat tapi sekurang-kurangnya dapat meringgankan beban rakyat..."

1. Bukan semua rakyat 'kakitangan awam' ye. Ada ramai juga rakyat pembayar cukai yang tidak bekerja di sektor awam. Jangan jadikan isu ini isu rakyat. Ini isu kakitangan awam. Profesional sikit kalau menulis.

2. Logik la kalau kakitangan awam yang baru bekerja tak dapat bonus. Gila apa performance tak kena measure lagi dah dapat bonus.

3. Adil ke kalau kakitangan yang bercuti tanpa gaji, atau baru bekerja dan masih lagi kurang produktivitinya berbanding yang telah lama bekerja menerima bonus yang sama ? Ini sudah jadi sistem sosialis. Kesamarataan bukan merit.

Lu pikirlah sendiri. Tak perlu raise issue yang sebenarnya non-issue, melainkan anda juga tergolong dalam golongan orang yang tidak layak menerima bonus tersebut. Atau ada orang2 yang terdekat dengan anda yang bernasib sedemikian.
Anonymous said...
Ini pun nak jadi isu ..
ahmad zikron said...
patut dh tu..tak kan yang baru masuk keje 1 hari dh boleh dapat bonus..tu nasib syarat 30 hari dh dapat bonus..kalau swasta selagi tak comfirm mana boleh bonus..tu pn kena keje genap setahun..
Shawn Nizam said...
apa yg PM buat tu mmg adil dan saksama
Anonymous said...
Syarat tersebut memang patut dan padan demi keadilan.
Anonymous said...
setuju, lebih rasional mengikut keperluan, adil tidak bermaksud semua dapat :)
Anonymous said...
Cukup-cukuplah apa yang dah dapat tu. Kerja lah dulu. The clause is correct. The last people to complaint shd be government servants.
Anonymous said...
Dari dulu-dulu mmg dh ada syarat ni...
Anonymous said...
klausa dalam pekeliling tu dh bertahun digunapakai...xperlu dipertikai..
Woofer Storm said...
rasanya memang molek sngat tu bro.. sebabnya kategori yang diberi syarat seperti itu mmng tak patut dapat apa yang sepatutnya yang lain dapat..

Pm sbenarnya dah membuat perkara terbaik untuk rakyat..syabas
PERTEMAN said...
yang tak layak tu semua yg didapati tidak buat kerja, ponteng dsbnya. takder pun tulis penjawat awam yang baru...apadahhhh
Anonymous said...
La... betullah tu syarat tu.. bkn zaman najib ja.. dari dulu lagi kan... takde yg panasnya isu nih... org yg baru kerja ja yg akan anggap isu ni panas... rasanya sebelum kita nak post apa apa... pikir dulu betul ker tak isu nih..

Nmpk sgt kita ni tak pernah ambil tahu pekeliling yg dah dikeluarkan...

Hmmmmmm...
adada

Thursday, July 25, 2013

PANAS!!! ADA KAKITANGAN AWAM TIDAK LAYAK TERIMA BANTUAN KHAS KEWANGAN 2013!!! @NajibRazak

17 comments

Mungkin semalam ramai kakitangan awam dan pesara gembira kerana mendengar perkhabaran bahawa mereka akan menerima sedikit saguhati daripada kerajaan sebagai persiapan menjelang hari raya bernilai RM 500 bagi kakitangan awam dan RM 250 bagi pesara...namun disebalik berita gembira pemberian Bantuan Khas Kewangan 2013 yang ibarat seperti Bonus, rupanya ianya tak semua kakitangan kerajaan dapat...

Ada beberapa syarat telah ditetapkan bagi kakitangan yang layak dan tidak layak..jika semalam kita mengetahui bahawa Gred 1 hingga gred 54 layak menerima imbuhan ini tetapi selepas semakan pekeliling di SINI saya dapati ada ramai kakitangan awam yang tidak layak...untuk mengetahui syarat yang tidak layak boleh klik sini atau rujuk gambar bawah...



Persoalannya, apakah ini dinamakan membela rakyat dan wajib diiktiraf sebagai kerajaan prihatin yang membela kakitangan awam?jika ada kasta khususnya kepada kakitangan kerajaan yang baru masuk bertugas ini adalah tidak adil..mohon PM Najib Razak mengkaji semula prasyarat agar nikmat bantuan khas diambang musim perayaan ini dapat dirasai segenap dan seluruh kakitangan awam...

HE : Inilah masanya PM kita diuji untuk mengotakan slogan Rakyat Didahulukan...walaupun jumlah RM 500 bukanlah besar sangat tapi sekurang-kurangnya dapat meringgankan beban rakyat....

ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA