networkedblogs

Bersahabat..

LAGU CERITA KEBENARAN SEMPENA HARI LAHIR PM, NAJIB RAZAK

Saturday, August 31, 2013

Gambar Terkini Ketibaan MB @khalednordin & Upacara Mengibarkan Jalur Gemilang

0 comments

Berikut ialah gambar ketibaan kontinjen Menteri Besar Johor DS Khaled Nordin ke Majlis Perbarisan Sambutan Kemerdekaan Peringkat Negeri Johor di Stadium Bandar Penawar Kota Tinggi...

Malaysiaku Berdaulat - Tanah Tumpahnya Darahku!!!!

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Terkini!!! Gambar Sambutan #Merdeka56 Negeri Johor @khalednordin @azalina

0 comments

Sambutan kemerdekaan peringkat negeri Johor pada tahun ini disambut di Kota Tinggi yang mana ketika ini sambutan dilangsungkan di Stadium Bandar Penawar..

Inilah sambutan rakyat Malaysia yang harus diraikan seluruh negara...lagi gambar terkini akan menyusul...

Merdeka!!!Merdeka!!!Merdeka!!!

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

#Merdeka56 - PAS Jangan Cabul Kata Perlembagaan Sekular Dan Salahkan Barisan Nasional..Kecil Hati DAP...

0 comments

Dalam pakatan rakyat aku memang tak nafikan yang parti paling bodoh dalam PR ialah PAS...Nik Aziz tak sudah-sudah kata Malaysia sekular kerana amal perlembagaan british..

Md Sabu mempertikaikan usaha perajurit melawan komunis bersama britiSh..kebodohan dan pas memang berpisah tidak..

Pernahkah mereka terfikir yang kalau British tak ada perlembagaan pun tiada makanya parti yang memijak mereka Cina DAP pun takkan bekerjasama dengan mereka...

Jika british tidak menjajah kita...masyarakat Cina takkan masuk negara Malaysia...sepatutnya PAS harus sujud syukur kerana dengan adanya perlembagaan maka mereka boleh bekerjasama dengan DAP...

Ibarat menepuk air di atas dulang terpercik ke muka sendiri..

Pernahkah kita terfikir yang British perkenalkan Jus Soli telah memberi kelebihan kepada PAS yang selama ini mengatakan perlembagaan itu sesat..

Jus soli adalah salah satu syarat yang terpaksa diterima oleh kerajaan dibawah Tunku Abdul Rahman dan orang Melayu ketika itu .

Jumlah peratus orang melayu pada tahun 1947 ialah 49.8 % berbanding dengan 50.2% orang dagang (Cina, India, dll)

Suruhanjaya Reid telah meletakkan prinsip jus soli sebagai dasar kerakyatan perlembagaan merdeka.
(1)Kerakyatan secara kuatkuasa undang-undang,
A) Sesiapa sahaja yang dilahirkan di Tanah melayu sebelum, pada dan selepas merdeka.
B) Orang-orang yang lahir dalam negeri sebelum hari kemerdekaan dan tinggal di Tanah Melayu sebelum hari merdeka.
C) Rakyat british yang lahir di luar Tanah melayu tetapi sanggup mengangkat sumpah taat setia kepada Tanah Melayu.

(2)Kerakyatan secara permohonan
A) Seseorang yang berumur 18 tahun , bersumpah taat setia tinggal selama-lamanya di Tanah Melayu dan tinggal 8 dari 12 tahun, tahu berbahasa melayu atau bahasa Inggeris secara lisan.
B) Isteri dan anak angkat seorang warganegara Tanah Melayu
Rakyat Naturalisasi
Seorang yang berumur 18 tahun , mengangkat sumpah taat setia dan mempunyai pengetahuan yang cukup dalam bahasa Melayu.

Dengan ini, ada dua prinsip yang merugikan orang Melayu sebagai peribumi negara ini.

Prinsip jus soli telah digunakan dengan seluas-luasnya meliputi sesiapa sahaja yang dilahirkan di Persekutuan Tanah Melayu sebelum dan selepas merdeka.

Suruhanjaya mencadangkan dua kerakyatan iaitu rakyat british atau dari negara komenwel yang lahir di negara lain dibenar mengekalkan kerakyatan negara asal. (menguntungkan rakyat Hong Kong jika mereka berhijrah)

Ternyata kedudukan istimewa melayu menjadi galang ganti kepada kerakyatan jus soli. Tetapi untuk merdeka orang melayu terpaksa akur dengan kehendak Suruhanjaya Reid.

Hari ini isu ketuanan Melayu sekali lagi dibangkitkan. Orang melayu sudah banyak beralah dan berlembut dalam soal ini.

Jika British tak jajah Malaysia..Cina takkan bertapak di Malaysia...jika British tak perkenalkan perlembagaan Jus soli pun takkan ada...makanya DAP comfem tak ada..yang ada hanya Melayu dan bumiputera sahaja...jadi sewajarnya puak haram jadah PAS berhenti mempertikaikan perlembagaan kerana mereka juga mengamalkan perlembagaan sedia ada...

HE : Negara dah merdeka 56 tahun...PAS tolonglah tunjuk pandai..jangan bangga sangat dengan kebodohan diri...

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Friday, August 30, 2013

Penyanyi Asal Lagu Tanggal 31 Ogos Bukan Sudirman..

2 comments
Sumber http://mymassa.blogspot.com/2013/08/trivia-merdeka56-video-lagu-asal.html

Ramai anak muda sekarang ini tahu lagu Tanggal 31. Kebanyakan mereka bila ditanya siapakah penyanyi asal lagu tu, jawapan mereka adalah Allahyarham Sudirman.


Sebenarnya penyanyi asal lagu tersebut adalah Ahmad CB.

Ahmad Chass Barra atau lebih dikenali sebagai Ahmad C.B. merupakan seorang penyanyi Melayu era 60-an / 70-an yang sering mendendangkanlagu-lagu di radio Malaysia

Ahmad Chass Barra berasal dari Indonesia, tetapi telah menetap di Malaysia sebagai pemastautin tetap semenjak 1979. 

Beliau terkenal dengan lagu Cincin Belah Rotan, Tanggal 31 (dirakam semula oleh arwah Sudirman sempena Hari Kebangsaan) dan padusuaranya denganSaloma iaitu Belo Belo. 

Lagu Belo Belo ini pernah dirakam semula oleh Ahmad CB dengan salah seorang penyanyi wanita di sekitar tahun 80an.

Sumber : Wikipedia 

Jom sama-sama kita dengar versi asal lagu Tanggal 31.

Wednesday, August 28, 2013

Jom Kenali Pereka Logo #Merdeka56..Siapa Noor Hishammudin?Jom Baca!!!

0 comments

Noor Hishammudin bin Omar merupakan pereka kepada logo Hari Kemerdekaan ke-56.

Beliau telah berjaya memenangi tempat pertama Pertandingan merekacipta logo Hari Kemerdekaan ke-56 yang diadakan semula secara terbuka oleh Kementerian Komunikasi & Multimedia Malaysia.

Noor Hishammudin bin Omar merupakan kakitangan RTM yang bertugas sebagai Pereka Kanan Grafik Cetakan, Unit Reka Bentuk RTM sejak tahun 2010.

Imej grafik bernombor 56 adalah simbolik sempena Hari Kemerdekaan Ke-56. Imej berwarna merah dan putih melambangkan Jalur Gemilang menyaluti simbol 56 menandakan kecintaan dan keharmonian tanahair yang merdeka. Manakala Bulan Sabit melambangkan kedaulatan.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Baru Belajar Ambil Lesen Dah Terbalikkan Kereta..Gila...

0 comments

Seorang pelajar sekolah memandu trauma selepas kereta yang dipandu semasa menjalani latihan memandu di laluan dari arah Banting ke Kanchong Darat terbalik berhampiran sebuah stesen minyak di Kanchong Darat, kelmarin.

Kejadian berlaku kira-kira jam 3 petang apabila sebuah kereta Proton Saga dari arah Kanchong Darat tiba-tiba membelok ke kanan, menyebabkan kereta dipandu pelajar terbabit gagal dikawal lalu terbalik.

Seorang guru sekolah memandu yang enggan dikenali berkata, pelajar wanita berumur lingkungan 20-an itu baru pertama kali menjalani latihan memandu.

Katanya, mangsa cuba mengelak sebuah kereta dari arah bertentangan yang tiba-tiba membelok ke kanan, namun gagal lalu merempuh kenderaan itu sebelum terbalik.

"Mujur dia hanya cedera ringan di bahagian kaki dan segera dihantar ke Hospital Banting, manakala saya tidak mengalami sebarang kecederaan.

"Bagaimanapun saya percaya, dia mungkin trauma kerana kenderaan dipandunya terbalik dan hampir meragut nyawanya," katanya yang berada di sebelah pelajarnya itu sepanjang latihan.

Seorang pengguna jalan raya, Nurhanis Rusli, 35, berkata, ketika kejadian, dia berada satu kilometer daripada kenderaan mangsa.

Katanya, dia sendiri tidak perasaan bila pemandu Proton Saga terbabit membelok ke kanan sebelum dirempuh kenderaan mangsa.

"Masa itu saya dalam perjalanan ambil anak di sekolah, tiba-tiba sahaja sebuah kenderaan terbalik di hadapan saya sebelum orang awam cuba membantu mangsa.

"Mujur kedua-dua pemandu selamat," katanya.

HE : Phuff..bahaya jugak pemandu ni...

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Tuesday, August 27, 2013

Amaran Untuk Calon MT!!!Yang Kalah Kerusi Tu Tepuk Dada Sendiri...

0 comments

Pemimpin Umno yang memegang jawatan menteri dalam kabinet disaran tidak bertanding pada pemilihan Majlis Tertinggi (MT) parti itu bagi mengelakkan kekeliruan dan percanggahan bidang kuasa.

Naib Ketua Umno Bahagian Pulai, Datuk Tengku Putra Aminurrashid Tengku Hamid Jumat berkata, sudah tiba masanya Umno memberi peluang kepada pemimpin baru dan individu yang berjaya mempertahankan parti itu di kerusi masing-masing.

Adun Kempas itu juga berpendapat menteri tidak perlu bertanding kerana dikhuatiri mereka musykil suara mereka sebagai ahli MT atau pemimpin Barisan Nasional (BN).

"Jadi, macam mana nak perjuangkan hak Melayu dan Islam, biarlah seseorang yang hanya duduk di MT sahaja.

"Inilah masanya untuk beri peluang kepada orang muda dan orang yang menang.  Saya sarankan agar yang kalah tepuk dada masing-masing," katanya kepada Sinar Harian.

Dalam pada itu, beliau turut menyokong pemilihan calon berdasarkan merit dan tidak memandang kepada aspek kenegerian agar pemimpin yang dipilih benar-benar berwibawa untuk mendokong dasar perjuangan parti.

"Saya tidak gemar dengan cara kenegerian kerana kalau berdasarkan negeri saya bimbang ada pemimpin yang sudah diketahui gagal jalankan tanggungjawab.

"Malulah Umno kalau masih pilih pemimpin begitu, kita kena tunjukkan kematangan dalam perkara ini," katanya.

Selain itu katanya, beliau  turut menyokong dasar pemilihan baru yang dibuka kepada 150,000 ahli berbanding 2,600  sebelum ini.

Menurutnya, keterbukaan Umno pada pemilihan  kali ini menunjukkan parti ini  lebih demokratik.

"Ahli kita juga sudah matang untuk memilih siapa  pemimpin yang patut mereka  pilih," katanya.

HE : Yang dah tak relevan tu bawak2lah berundur...takkan nak tunggu bau taik lembu baru nak berundur...dah terlambat...kurangkan liabiliti dalam UMNO!

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

TPPA - Adakah Menguntungkan Negara?

0 comments

Saya harap kerajaan Malaysia dapat mengkaji betul-betul sebelum menandatangani TPPA?

Apakah perundangan Malaysia telah mengkaji implikasi penuh TPPA? Jika di lihat perjanjian antarabangsa sebelum ini yang di sertai Malaysia, kita sentiasa di pihak yang rugi.

Penentangan banyak pihak terhadap perjanjian perdagangan bebas Perkongsian Trans-Pasifik TPP yang sedang dirunding oleh Malaysia dengan 11 negara lain turut mendapat perhatian bekas Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Beliau yang meneliti isu itu, mengambil penderian sama dengan kebanyakan badan bukan kerajaan. Kajian dengan teliti dan lebih mendalam dan telus atau tarik diri daripada rundingan.

Apakah sebenarnya yang membimbangkan seorang pemimpin yang pernah menerajui negara selama 22 tahun?

Hak sama, keupayaan berbeza.

AS terlalu besar, Mereka ada kuasa penekanan yang lebih termasuk dalam bindang perundingan dan apabila berlaku perbalahan, apabila dirujuk kepada mahkamah, kita akan hadapi banyak masalah untuk dapatkan kemenangan bagi pihak kita.

As punya ekspot dan barangan lebih banyak daripada kita. Sebaliknya kita di Malaysia ini, ekonomi kita dalam proses pertumbuhan dan juga kita telah cuba guna ekonomi untuk perbetulkan keadaan sosial dalam negara. Umpamanya, kita mempunyai Dasar Ekonomi Baru ( DEB )

Lagipun kita dapati segala dasar-dasar ekonomi dalam negara kita ini dikaji oleh AS dan mereka nak kita sesuaikan ekonomi Malaysia bukan dengan keadaan dalam negara kita tetapi dengan keadaan dagangan mereka.

Sebahagiannya kerana kita ada masalah dalaman yang memerlukan kerajaan untuk mendiskriminasikan agihan kontrak terutamanya kontrak perolehan kerajaan. Sebaliknya, AS pula memberi lindungan kepada keluaran pertanian mereka, mereka beri subsidi yang amat besar kepada keluaran pertanian mereka.

Mereka juga ada cara-cara untuk lindungi barangan mereka, bukan dengan cara cukai tapi dengan mengadakan standard tertentu dan sebagainya yang sukar kita nak penuhi.

Sebaliknya kita di sini kerap terima apa sahaja barangan dari luar tanpa mengambil kira standard dan kalau ada standard pun, kita dipaksa memberi pengecualian daripada standard. Jadi tidak ada persamaan antara hak mereka dengan hak kita.

Aku harap satu gerakan dan desakkan kepada kerajaan untuk menjauhi TPPA sebelum seperti menyerahkan Malaysia kepada kuasa luar. Akhirnya Malaysia muflis hak di negara sendiri.

Selanjutnya di http://malaysiatransformasi.blogspot.com/2013/08/kajian-keuntunggan-tppa-kepada-malaysia.html?m=1

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

@Azalina Bertanding #KetuaWanita Untuk Bantu UMNO...200,000 Bekas Puteri Akan Berjuang Untuk UMNO Pada #PRU14

0 comments

Langkah Ahli Parlimen Pengerang, Datuk Seri Azalina Othman Said menawar diri bertanding merebut jawatan Ketua Wanita UMNO dengan mencabar penyandang, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil bertujuan memastikan kira-kira 200,000 bekas ahli Puteri UMNO tidak disisihkan daripada arus politik perdana negara.

Azalina yang juga bekas Ketua Puteri UMNO berkata, berdasarkan maklum balas dalam kalangan bekas ahli Puteri yang secara automatik menjadi ahli Wanita UMNO sebaik sahaja mencapai usia 35 tahun, kewujudan mereka dalam parti keramat itu seolah-olah tidak dihiraukan malah banyak ditekan kepimpinan cawangan atau bahagian.


"Bagi saya, peranan bekas ahli Puteri UMNO dalam tampuk kepemimpinan parti tidak harus diketepikan, malah kesinambungan mereka dalam parti perlu diberi perhatian supaya tidak terlepas kepada pihak lain terutama pembangkang. Tanpa kesinambungan, saya bimbang mereka akan 'disambar'.

"Dalam hal ini, saya amat mengambil berat soal kesinambungan Puteri UMNO kepada Wanita UMNO dan kita perlu terima hakikat peranan mereka akan tamat bila mencecah usia 35 tahun. Mereka dilatih sebagai 'tentera' dalam pilihan raya umum, jadi ini boleh menguatkan parti dengan apa saja peranan," katanya.

Beliau yang juga Ketua UMNO Bahagian Pengerang ditemui pemberita dalam majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Parlimen Pengerang, di Bandar Penawar, di sini semalam.

Dalam majlis yang dihadiri kira-kira 5,000 tetamu itu, Azalina turut menyampaikan sumbangan duit raya kepada kanak-kanak selain penyerahan sebanyak 1,500 bendera kepada penduduk tempatan sebagai menghayati bulan kemerdekaan.

Dalam pada itu, Azalina menegaskan, keputusannya bertanding bukan untuk mewujudkan kacau-bilau sebaliknya satu evolusi membawa kebaikan.

Katanya, pertandingan itu tidak sepatutnya menidakkan muka baharu kerana sokongan ditentukan oleh ahli yang bijak membuat pilihan.

"Jika dulu sistem kuota menyebabkan mereka memilih orang yang salah tetapi kini sistem pemilihan lebih terbuka. Apa yang saya miliki terutama pengalaman sekurang-kurangnya dapat membantu menguruskan parti bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-14," katanya.

HE : Usahlah Kak Jat Melompat...Azalina harapan baru wanita UMNO..dengan berlatar belakangkan peguam dan memegang sebuah parlimen..insya'allah peluang terbuka luas untuk beliau... :) 







Surau Tg Sedili Mula Dirobohkan...

0 comments

Setelah notis merobohkan dikeluarkan 20 ogos..Suaru yang menjadi isu kini dalam proses dirobohkan... 

Takbir!!!jangan buat main dengan Islam...mungkin golongan yang beranggapan Allah untuk semua agama tak bersetuju dengan tindakan ini... 

Apa tidaknya..mereka fikir Allah untuk semua agama..rumah Allah pun untuk semua agamanya agaknya...gila... 

Monday, August 26, 2013

PANAS!!! @Azalina Bertanding #KetuaWanita Sahut Seruan @NajibRazak #TransformasiPolitik... Mantap!!!

1 comments

DS Azalina BEKAS KETUA PUTERI yang juga AHLI PARLIMEN Pengerang sekarang ini menyuarakan hasratnya mengapa beliau benar-benar ingin bertanding jawatan ketua Wanita UMNO..orang kata keputusan Beliau melawan Kak Jat ibarat menongkah arus diair yang deras tetapi jujurnya bagi aku Kak Jat tak adalah kebal mana....

Kalau lihat balik sejarah Iron Lady pun pernah ditumpaskan Kak Jat yang ketika itu amat gah dan ramai pengaruh..ini politik..tak kisahlah 10 orang ketua bahagian mengumumkan hasrat sokong kak Jat tetapi undi akar umbi tak ada siapa yang tahu....

Kita lihat contohnya di Kedah, walaupun Dato Maznah telah terpekik terlolong menyuarakan Wanita Kedah menyokong Kak Jat 100% tapi realitinya Dato Maznah sendiri tahu...tak semua orang dia Pro Kak Jat...tak percaya?wait n see....itu di Kedah?di negeri lain?nanti dulu....belum panas enjin lagi....

Dato Seri Azalina merasakan dia amat bertanggungjawab bagi mentransformasikan agenda nasional yang dibawa oleh DS Najib Razak yang mana mahukan transformasi politik..fokus perjuangannya adalah akar umbi yang mana mahukan semua ahli Wanita bangkit daripada mimpi gelap selama ini....

Pengundi muda amat penting bagi menjamin kebolehupayaan BN mengekalkan kemenangan dengan bergaya pada PRU 14...Cina tidak boleh buat apa...kita lihat saja PRU 13..mereka sudah all out..tapi masih tak mencukupi untuk mengalahkan BN..

Azalina yan juga berlatar belakangkan PEGUAM tidak ada masalah untuk memenangi jawatan Ketua Wanita....

Jika menang, DS Azalina yang pernah menggalas Ketua Puteri UMNO tidak akan meninggalkan Puteri bergerak sendiri...Beliau akan membawa bersama Wanita dan Puteri sebagai sebuah kesinambungan jentera yang lebih mantap...ini namanya orang yang bekerja!!!bukannya orang yang hanya meraih simpati ditawarkan perlbagai jawatan itu dan ini....

Orang ramai kata, DS Azalina ni tak kawin buat apa pilih dia?baik pilih Kak Jat...aku pun kelakar dengan pejuang-pejuang Kak Jat ni...Jawatan yang diinginkan adalah Ketua Wanita..bukannya Ketua Isteri UMNO...kalau jawatan Ketua Isteri UMNO dipertandingkan...aku sarankan Kak Jat tanding!!DIa lebih sesuai dengan jawatan ini kerana dia pandai jaga Suami..apa yang suami buat Isteri kena tahu..Isteri Mithalilah katakan....

HE : Kita selalu fikir.kenapa pembangkang ada peguam?UMNO tak ada ke?untuk pengetahuan yang tak tahu...DS Azalina adalah berlatarbelakangkan seorang Peguam....Berilah 100 orang ketua bahagian sekalipun yang katanya sokong Kak Jat..tapi kalau akar umbi tak sokong tak guna jugaks...hihi!


Kalau Azalina orang kenal kerana Bekas Ketua Puteri dan Peguam...
Kak Jat pulak orang akan ingat apa?hihi.....

Sunday, August 25, 2013

Bukan Lagi Rahsia!!!Cara Terbaik Melayu Islam Kukuhkan Ekonomi!!! #HariKoperasi13 @SKM_Malaysia @Tunfaisal

0 comments

Sudah tentu pembaca blog tertanya-tanya kenapa 2,3 hari ni Mc asyik mempromosi Hari Koperasi Negara. Sebabnya Mc percaya ramai diantara kita tak tahu pun apa itu 'Koperasi'. Sedangkan kita di pupuk mengenali koperasi ni sejak dari sekolah lagi.

Tidak kah anda mahu tahu apa fungsi koperasi sebenarnya, bagaimana ia ditubuhkan dan bagaimana gerakan koperasi di Malaysia, malah apa keuntungan yang kita dapat jika kita menyertai gerakan koperasi ni.

Gerakan koperasi telah mula diperkenalkan di negara ini pada tahun 1922 dan kini ia telah berkembang dengan pesatnya. Tujuan Hari Koperasi Negara diadakan ialah untuk menjelaskan aktiviti, peranan dan hala tuju gerakan koperasi serta menghebahkan kepada masyarakat umum bahawa koperasi memainkan peranan penting dalam pembangunan negara dari segi ekonomi dan sosial.

Banyak lagi rahsia di http://bit.ly/18cV23U

HE : Cina maju kerana mereka mempunyai networking yang amat baik dalam dunia perniagaan...sekarang masanya Melayu berubah!!!ayuh kukuhkan ekonomi kita!!!

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Masih Ramai Guru Yang Tak Bersyukur...

0 comments

Ahli Parlimen Sri Aman, YB Masir Kujat mendedahkan ada segelintir guru yang mengajar dan menetap di Bahagian Sri Aman secara terang-terangan berkempen untuk parti Pakatan Pembangkang dalam PRU-13 lepas.

Atas dasar prihatin, beliau hanya merujuk nama beberapa orang guru kepada Pejabat Pelajaran di kawasan Sri Aman sahaja dan tidak membawa kes tersebut kepada Kementerian Pelajaran bagi tindakan lanjut.

Jelas Masir lagi memang setiap rakyat bebas menyokong mana-mana parti yang mereka sokong. Tetapi, para guru yang berkhidmat dengan kerajaan BN seharusnya menyokong komponen BN.

"Mereka boleh dikenakan tindakan berat jika dirujuk kepada pihak kementerian.

Namun, atas dasar keprihatinan terhadap mereka yang terlibat (guru) Ahli Parlimen Sri Aman itu tidak akan berbuat demikian.

Selanjutnya : http://cetusankenyalang.blogspot.com/2013/08/masir-kujat-guru-yang-menyokong.html

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Video Ulasan Ust. Kazim Tentang Sistem Koperasi... #HariKoperasi13 @SKM_Malaysia

0 comments

Pada para peminat Al-Fadhil Ustaz Kazim, berikut adalah rakaman terbaru celoteh beliau yang sempat dirakam member aku di Hari Koperasi Kebangsaan 2013 di Jitra baru-baru ni...

Jom hayati ulasan Ustaz Kazim tentang sistem Koperasi mengikut kehendak Islam..jom Layan!!!

 

HOT!! VIDEO TMJ BERANG DENGAN KELALAIAN PENGADIL MENGENDALI PERLAWANAN !!! KENAPA EK?

5 comments

Aku dengar cerita ni dari kawan-kawan yang pergi stadium Larkin malam tadi...biasanya setiap hujung minggu jika ada game memang pot aku di Stadium Larkin ataupun Pasir Gudang..biasalah anak jati Johorlah katakan....

Cuma malam tadi aku tak pergi sebab tak berapa sihat...

Terus terang aku kata yang mutu pengadilan kita memang belum capai ke tahap membanggakan....dengar cerita malam tadi berlaku lagi...

Cerita dari kawan..aku ceritakan balik jer..kalau salah tolong betulkan....macam ni ceritanya...

apa tidaknya...player Johor dah 1 by 1 dengan keeper...kena bengkes oleh player lawan...lepas tu bola disambung oleh player JDT bila nak golkan..tiba-tiba jer pengadil tiup wisel katanya faul..sepatutnya bola tu tak patut ditiup wisel kerana memang jelas ianya patut advantage untuk team JDT...

Pengadil sepatutnya teruskan perlawanan kerana bola tu memang milik JDT...terjahan player FELDA tu memang patut dikenakan kad Merah dan bukan ondespot...sepatutnya tunggu bola keluar ataupun gol..barulah pengadil boleh hukum...malangnya cuma kad kuning jer...

sepatutnya memang GOLlah..aku yakin yang bola tu 99.99% akan gol...disebabkan pengadil perlawanan meniupkan wisel hasrat nak gol seperti disekat..

Bila dah sebersalah...mungkin agaknya pengadil tu perlu tunjukkan ketegasannya dengan melayangkan Kad Merah kepada pemain lawan kerana mengasari Safee Sali 


Jom saksikan Our Boss berang dengan mutu pengadilan..memang patutpun kena marah pengadil tu...apapun #LUASKANKUASAMU JOHOR!!!!



HE : Selaku Anak JOHOR!!!Ayuh Sokong Team Kita!!!Penuhkan Stadium!!!ingat..kita Bakar FLARE lepas perlawanan!!bukan ketika perlawanan berlangsung!!!kepada geng2 yang pergi stadium malam tadi..kalau nak kongsi cerita dialu-alukan kat ruangan komen..aku pun tak sure yang maklumat aku dapat tu tepat...

Jangan lupa nak tengok gambar-gambar menarik KLIK SINI!!!

Video Aksi Lasak Wanita Bertomoi..Semua Ini Di #HariKoperasi13 @SKM_Malaysia

0 comments

Pernah tengok aksi wanita bertomoi?sudah tentu ramai yang akan kata tak pernah...aksi ini sebenarnya merupakan salah satu aksi dalam pengisian Hari Koperasi Negara 2013 yang mana akan berakhir hari ini..

Macam-macam acara kta dapat saksikan...antaranya Pertandingan Tomoi Wanita seperti video dibawah ini..



Hari Koperasi ini meliputan kegiatan dan mencakupi semua peringkat umur..yang lasak boleh masuk tomoi...yang kanak-kanak tu masuk pertandingan mewarna...video di bawah ini


bestkan...banyak aktiviti menarik...cumanya satu sahaja aku nak persoalkan..berapa ramai yang sedar peranan Koperasi?disebabkan itulah Karnival hari Koperasi Negara diadakan...

Fulamak!!! Konsert XPDC Setaraf Metallica?!! Memukau 10 Ribu Rakyat.. #HariKoperasi13!!! @SKM_Malaysia @Tunfaisal

0 comments

Tatkala ramai Rakyat yang masih bercakap tentang konsert Metallica, kumpulan rock tempatan XPDC juga tak kurang hebatnya...

Dikhabarkan konsert XPDC yang berlangsung di Jitra telah berjaya menghiburkan peminat yang mengunjungi Hari Koperasi 2013...

Ternyata lebih 10 ribu pengunjung datang ke tapak pameran.

Selain XPDC, Konsert malam tadi juga telah menampilkan beberapa artis lain seperti Jamal Abdillah, Nabil dan Angah raja lawak.

Caerita Selanjutnya di http://kedahkekl.blogspot.com/2013/08/hot-xpdc-menghangatkan-lagi-hari.html

HE : Jangan lupa!!esok hari terakhir Karnival Koperasi Negara!!jangan lepaskan peluang berkunjung ke gerai-gerai yang disediakan!!!

Pssst...Artis tempatan pun apa kurangnyakan...ingat Metalicca je ke fofular? :)

Saturday, August 24, 2013

Gambar Metalicca Lebih Malaysia Dari Anak Muda Cina..

0 comments

Gambar ini telah menceritakan segala-galanya yang mana kumpulan muzik dari luar negara lebih berjiwa Malaysia daripada anak muda Cina..

HE : Malaysia tanah airku!!!banggalah jadi anak Malaysia..orang asing yang bukan warga Malaysia pun bangga dengan Jalur Gemilang...

Di kesempatan ini aku ingin mengucapkan Selamat Hari Kemerdekaan kepada negaraku yang tercinta ini...ayuh kita berdoa smuga Malaysia dilindungi Allah SWT...

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Gaya Seorang Munafiq Layan Metallica...

0 comments

Telah dinyatakan bahaya umat akhir zaman ramai yang munafik..cakap tak serupa bikin..janji mungkir...

Malas cerita banyak..jom layan Metallica..ambo pakoh PAH!!!kah3!!!

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Tembelang DAP 'Rasis' Pecah!! CEC Semula Bulan Disember..

0 comments

Akhirnya parti rasis Dap mengalah dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS) dan bersetuju untuk mengadakan pemilihan semula Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) bulan Disember depan.

Ini setelah berbulan-bulan Dap cuba bermain silap mata dengan ROS dengan mencuba bermacam-macam helah supaya benangnya yang basah boleh ditegakkan dengan apa cara jua pun. Malangnya ROS bukanlah sebodoh Pas yang telah berjaya dijadikan keldai di dalam Pakatan Rakyat.

Dap berfikir sebagaimana ia telah berjaya menundukkan Pas untuk menggugurkan asas perjuangan parti itu untuk menubuhkan Negara Islam, begitu juga ROS boleh dilembukan untuk mengikut katanya. Silap besar kerana ROS bukan sebuah parti politik tetapi agensi kerajaan yang berfungsi mengikut landasan undang-undang dan peraturan yang telah diguna pakai sekian lama.

Hanya ROS bukanlah sekejam seperti yang cuba ditonjolkan oleh parti perkauman itu. Sekiranya ROS mempunyai agenda politik atau bersikap tidak berperikemanusiaan Dap sudah pun diharamkan semasa kecoh semasa kempen Pilihan Raya Umum ke 13 lalu. Tetapi ROD bersikap professional dan melayan Dap sama seperti mana-mana pertubuhan atau persatuan lain tanpa pilih bulu.

Setelah Penasihat Parlimen Dap, Lim Kit Siang menangis teresak-esak di depam kamera dalam sidang media mengenangkan partinya berdepan dengan kemungkinan dibatalkan pendaftarannya, ROS pun berlembut dan memberi peluang kepadanya sekali lagi.

Mungkin Kit Siang akan berkata di kemudian hari bahawa air mata buayanya yang menyelamatkan Dap daripada diharamkan. Pun Dap tidak berterima kasih dan menghentam ROS seolah-olah agensi kerajaan itu mempunyai motif untuk menindas dan menganiaya. Sepatutnya ROS tidak beri muka kepada Dap sebagaimana ia bertindak untuk mengharamkan UMNO pada 1988 dahulu.

Dap adalah parti rasis yang terlalu ego dan fikir orang Melayu di negara ini perlu tunduk di bawah tapak kakinya. Hakikatnya Dap telah melakukan satu penipuan yang amat jelas dan ketara dengan tidak memaklumkan melalui surat kepada 753 perwakilan parti itu mengenai pemilihan parti itu.

Tujuannya ialah supaya kesemua perwakilan yang berbangsa India itu tidak dapat berpartisipasi dalam proses pemilihan untuk memilih pucuk pimpinan tertinggi Dap. Setiausaha Agung, Lim Guan Eng takut jika 753 orang perwakilan India itu turut sama, keadaan akan menjadi sukar untuk beliau menposisikan senarai kroninya dalam CEC.

Malah dalam buku kecil yang ditulis oleh seorang yang dikenali sebagai Father Augustus Chen, penulis mendakwa terdapat 547 pengundi hantu semasa pemilihan CEC Disember tahun lalu. Kit Siang melenting bagai nak gila apabila muncul buku tersebut kerana ia mendedahkan penyelewengan sebenar dalam pemilihan CEC tersebut.

Imej Dap sebagai sebuah parti yang berjuang atas prinsip demokrasi, keadilan dan ketelusan akhirnya terbongkar sebagai parti hipokrit besar yang sanggup menipu dan berkomplot untuk menafikan sebahagian besar perwakilan untuk mengundi dalam mesyuarat agung tahunan parti.

Apabila berlakunya krisis yang mencemarkan maruahnya, Dap terpaksa mengaku kesilapannya tetapi pada masa yang sama cuba sedaya upaya untuk menutup penyelewengan yang dilakukan dengan memberi alasan ia berpunca darpada masalah teknikal.













Friday, August 23, 2013

PANAS!!! Gambar Aksi Pergaduhan Tomoi Di Kedah Tersebar!!!Amacam Best Ke?Sakit Tak? #HariKoperasi13 @SKM_Malaysia

0 comments

Gambar ini aku dapat daripada sahabat Blogger dari Kedah SINI..satu pergaduhan tomoi telah berlaku yang mana ia merupakan salah satu pengisian dalam Hari Koperasi 2013...bertomoi..tomoi gak....jangan sampai tak ingat dunia...hihi....




HE : Sekarang ni sedang berlangsung pertandingan tomoi final..nantikan gambar Final Pertandingan Tomoi ini..

Hot!!!Azilah dan Sirul Dibebaskan Tuduhan Bunuh Altantuya..

0 comments

Gambar edit kantoi menipu kononnya Anwar Ibrahim bersama mendiang Altantuya..macam-macam boleh dilakukan...Anwar yang tak bersalah pun boleh dikaitkan..jahat betul dunia ni...

Putrajaya: Bekas Pegawai Unit Tindakan Khas (UTK) Cif Inspektor Azilah Hadri dan bekas Koperal Sirul Azhar Umar dibebaskan oleh Mahkamah Rayuan daripada sabitan hukuman mati atas tuduhan membunuh wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu, tujuh tahun lalu.

Panel tiga hakim diketuai Hakim Datuk Mohamed Apandi Ali bersama sama Datuk Linton Albert dan Datuk Tengku Maimun Tuan Mat sebulat suara membuat keputusan itu yang dibacakan oleh Tengku Maimon. 

Dalam rumusan penghakiman empat muka surat itu, mahkamah memutuskan bahawa hakim Mahkamah Tinggi Shah Alam telah tersalah arah dalam mensabitkan mereka. 

Tengku Tengku Maimun yang membacakan penghakiman itu berkata hakim perbicaraan telah tersalah arah dirinya dengan cara tanpa arah gagal mempertimbangkan diari stesen dan gagal membuat dapatan sama ada pihak pembelaan telah menimbulkan keraguan yang munasabah terhadap kes pendakwaan bahawa Azilah, yang merupakan tertuduh pertama dalam kes ini, berada di tempat kejadian jenayah.

Hakim Tengku Maimun berkata mengenai alibi pembelaan Azilah Hadri, mahkamah tidak menemui mana-mana dalam alasan penghakiman hakim perbicaraan yang beliau telah menimbangkan sama ada diari stesen menunjukkan atau cenderung menunjukkan tentang kehadiran Azilah pada masa berkenaan dan dia tidak akan boleh atau tidak mungkin berada di tempat kejadian jenayah.

Suasana di mahkamah senyap seketika semasa hakim menyampaikan penghakiman sementara Azilah, 34, dan Sirul Azhar, 39, kelihatan tenang selepas keputusan dibacakan.

"Melihat kepada keadaan keseluruhan kes ini, pertimbangan kami ialah kesan kumulatif bukan arahan oleh hakim perbicaraan yang bijaksana itu menjadikan sabitan perayu tidak selamat. 

"Kami sebulat suara membenarkan kedua-dua rayuan ini," kata Hakim Tengku Maimun.

Kedua-duanya disabitkan dan dijatuhkan hukuman mati oleh Mahkamah Tinggi pada 2009 kerana membunuh Altantuya, 28, di Mukim Bukit Raja, Shah Alam antara 10 malam, 19 Oktober dan 1 pagi, 20 Oktober 2006.

Bekas penganalisis politik Abdul Razak Baginda, 50, yang dituduh bersubahat dengan mereka, dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi pada 31 Okt 2008 selepas pihak pendakwaan gagal mewujudkan kes 'prima facie' terhadapnya.

Azilah Hadri dan Sirul Azhar masing masing akan dibawa pulang ke penjara Kajang dan Tapah untuk menjalani beberapa proses sebelum dilepas dan dibebaskan.

HE : Nantikanlah serangan pembangkang yang akan katakan Mahkamah Malaysia milik UMNO...jika Anwar bebas depa tak kata milik UMNO tapi milik rakyat..suka sangat buat spekulasikan pembangkang ni...kankankan!!!

HOT!!! KERANA ASYIK MENDENDA, FAM DISIASAT KES SELEWENG WANG.. @KhairyKJ

0 comments

Oleh sebab Laporan Auditan Negara yang dikemukakan baru-baru ini, menunjukkan bahawa perbelanjaan Persatuan Bolasepak Malaysia(FAM) telah jauh melebihi bajet selama 29 tahun (1984-2013), Jabatan Audit Negara meminta pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menjalankan siasatan secara menyeluruh bagi mengekang perbelanjaan terlebih bajet yang amaunnya begitu besar yg mungkin disebabkan oleh terlalu banyak berlakunya kes penyelewengan di dalam persatuan itu. 

Pesuruhjaya Sukan, Datuk Mohamad berkata, penyelewengan itu disiasat mengikut akta yang terkandung dalam Akta Pembangunan Sukan 1997 yang diguna pakai sehingga kini. ``Kita juga sedang meneliti laporan akhbar mengenai hal itu. Buat masa ini biarlah pihak polis menjalankan siasatan, tetapi jika mereka menemui bukti kukuh maka akta ini boleh digunakan,'' katanya. ``Kita akan meminta laporan terperinci daripada pihak FAM bagi memberikan penjelasan dalam hal penyelewengan yang dikatakan berlaku dalam persatuan itu. Menyentuh bidang kuasa Pesuruhjaya Sukan, beliau berkata, perkara itu juga boleh dirujuk kepada Jabatan Peguam Negara jika diperlukan. ``Kita menghadapi masalah kekurangan penguat kuasa untuk bertindak dan buat masa ini segala masalah berkaitan undang-undang kita rujuk kepada Jabatan Peguam Negara.

PADAN MUKA KAU FAM BANGSAT. .-sumber

Simbol #R4BIA Yang Perlu Dibetulkan...

3 comments

Mohon penyebaran atas gambar ini terutama sebar kan lah untuk adik-adik kita yang masih bawah umur yang masih tidak tahu apa-apa dan mudah terikut-ikut.

Saya perhatikan ramai pengguna facebook menggunakan gambar sebelah kiri bertulisan KALIMAH TAUHID,saya berasa bertanggung jawab untuk memberitahu :

Kalimah tauhid itu di sertakan dengan satu jari (seperti gambar kanan) bukan 4 jari.Ketika mengucap kalimah syahadah mahupun dalam solat duduk tahiyyat.

Mohon adik-adik DAN anak-anak jangan terikut2 lantas kalian pula terikut mengucapkan kalimah syahadah itu dengan 4 jari ya...

-Copy Paste-

SILAKAN COPY PASTE DAN SEBAR KAN

Thursday, August 22, 2013

PANAS!!! @Azalina Sedia Duduk Semeja Bersama Kak Jat Di BERNAMA Jika Dijemput!!! #BahangWanitaUMNO #AzalinaKetuaWanita #PemilihanUMNO

2 comments

Pergh!!!DS Azalina semakin garang untuk membaiki Wanita UMNO dengan harapan dia dipilih sebagai Ketua Wanita UMNO yang baharu...

Aku kebetulan tertekan chanel 502 tadi dan mendengar temubual bersama Dato Seri Azalina Othman di Bernama selama tempoh sejam dalam rancangan Hello Malaysia bertajuk Bahang Wanita UMNO..ternyata aura Puteri dan semangatnya sebagaimana beliau lakukan dalam Puteri masih panas..

Aku yakin jika DS Azalina jadi Ketua Wanita UMNO yang baharu, Wanita UMNO akan berubah dengan lebih gah!!!bak kata PM Najib Razak..Transformasi Politik...

Beliau telah jelaskan tujuannya melawan Kak Jat bukan mahu memporak perandakan Wanita UMNO tapi mahu mentransformasikan Wanita UMNO ke arah lebih bagus..

Itulah harapan orang muda dalam UMNO..mahukan UMNO lebih segar dengan suntikan semangat baharu!!!

HE : Kak Jat usahlah u spin kata Azalina lawan u untuk menghancurkan Wanita...Azalina hadir mahu membaiki dan transformasi bukannya merosakkan Wanita UMNO...

Ayuh Sokong Azalina Sebagai Ketua Wanita UMNO yang baharu!!!!

Sejauh Mana Masyarakat Faham Peranan Koperasi?!Sempena #HariKoperasi2013 Jom Baca!!! @MuhyiddinYassin @MukhrizMahathir @NajibRazak

0 comments

HKN atau Hari Koperasi Negara telah menjadi acara tahunan bagi gerakan koperasi di negara ini bermula tahun 2002. Sambutan HKN kebiasaannya diadakan pada bulan Julai setiap tahun sebagai mengambil penghormatan bermulanya gerakan koperasi di negara ini pada bulan Julai 1922.

Tetapi pada tahun ini, oleh kerana bulan Julai merupakan bulan puasa, sambutan HKN akan diadakan dari 23 hingga 25 Ogos 2013 iaitu selepas umat Islam menyambut Aidilfitri. Bertemakan "Koperasi Pemangkin Kesejahteraan Masyarakat", HKN 2013 akan diadakan di Dataran Darul Aman, Bandar Darul Aman, Jitra, Kedah dan dirasmikan oleh YAB Timbalan Perdana Menteri pada 11.00 pagi, 24 Ogos 2013.

Tujuan HKN diadakan adalah sebagai medan untuk menghebahkan dan menunjukkan kepada masyarakat umum tentang peranan serta aktiviti-aktiviti yang diceburi oleh koperasi yang masih kurang disedari ramai. Kebanyakan orang, apabila disebut sahaja koperasi, mungkin hanya mengaitkannya dengan aktiviti pinjam-meminjam sahaja. Walhal, koperasi kini telah jauh melangkah ke hadapan dengan menceburi pelbagai sektor ekonomi berskala seperti pertanian dan industri asas tani, pelancongan, pemborongan dan peruncitan serta perladangan. 

Institusi koperasi telah melalui evolusi institusi secara beransur-ansur daripada bersifat tradisional kepada moden dan kompleks samada melalui proses perundangan, prosedur, interaksi, tadbir urus dan cara bekerja. Dengan sokongan kerajaan, koperasi menerima dan menyesuaikan diri dengan perubahan dan perkembangan semasa untuk memberi manfaat kepada anggota dan negara umumnya. 

Dengan adanya Dasar Koperasi Negara, peranan koperasi menjadi lebih mencabar untuk sama-sama menjayakan program transformasi ekonomi negara. Justeru pada hari sambutan HKN, koperasi-koperasi cemerlang akan diberi penghargaan sebagai tanda penghormatan ke atas pencapaian yang dihasilkan. 

HKN juga diadakan bertujuan untuk meningkatkan kesedaran awam akan sumbangan gerakan koperasi kepada pembangunan negara terutama dalam menyediakan peluang pekerjaan, mengurangkan kemiskinan dan mewujudkan integrasi sosial. Di mana-mana sahaja di dunia ini, koperasi telah digunakan untuk meningkatkan kesejahteraan hidup terutama bagi golongan berpendapatan rendah di bandar dan luar bandar.

Sejarah gerakan koperasi di negara ini bermula dengan penubuhan The Federated Malay States Posts and Telegraphs Co-operative Thrift and Loan Society Limited yang merupakan koperasi pertama ditubuhkan pada 21 Julai 1922. Kini dikenali dengan nama Koperasi Kakitangan Telekom Malaysia (KOTAMAS), ianya merupakan koperasi kredit pertama yang ditubuhkan di kawasan bandar ini dan masih aktif sehingga kini. 

Hampir sedekad gerakan koperasi bertapak di negara ini dan setelah beberapa fasa perkembangan, institusi koperasi terus mantap sebagai institusi sosio-ekonomi yang boleh dibanggakan. Sehingga 31 Disember 2012 terdapat sejumlah 10,087 koperasi yang berdaftar dengan keanggotaan 7.03 juta orang, syer/yuran sebanyak RM11.71dan jumlah aset bernilai RM100.41 Bilion. Sepanjang tahun lalu, sektor koperasi negara yang menceburi pelbagai bidang perniagaan, berjaya mencatatkan perolehan sebanyak RM31.10 Billion.

Satu pameran galeri koperasi akan dibuka kepada orang ramai semasa sambutan HKN pada 23 hingga 25 Ogos 2013 yang akan membawa orang ramai menyusuri sejarah perkembangan gerakan koperasi dari dahulu hingga sekarang. 
Berbagai acara menarik diatur bagi memeriahkan HKN tahun ini yang akan menerima kunjungan lebih 30,000 pengunjung dari kalangan anggota dan bukan anggota koperasi. Sambutan tahun ini lebih istimewa kerana masih di dalam bulan Syawal dan kebetulan pula di dalam bulan kemerdekaan. Acara-acara yang disediakan berbentuk informatif dan menghiburkan untuk semua peringkat umur termasuk kanak-kanak sepanjang tiga hari sambutan HKN.

Selain daripada jualan dan ekspo produk koperasi dalam dan luar negara, akan diadakan persembahan kebudayaan daripada negeri-negeri, pertandingan tomoi Perlis dan pertandingan makan buah. Khidmat konsultasi serta klinik perniagaan berlandaskan koperasi untuk orang ramai yang berminat mengetahui dengan lebih mendalam tentang perjalanan koperasi juga disediakan. 

Pada hari pertama 23 Ogos 2013, program Forum Perdana akan berlangsung yang bertajuk "Koperasi Pemangkin Kesejahteraan Rakyat". Ahli-ahli Panel bagi Forum Perdana ini adalah Ustaz Kazim Elias dan Ustaz Zulkarnain Hamzah yang akan mengupas tajuk tersebut 
bersama-sama dengan Ustaz Fauzi Mustafa sebagai Moderator. Tidak ketinggalan juga persembahan nasyid daripada kumpulan Far East .

Selepas acara perasmian pada 24 Ogos, pengunjung akan disajikan dengan pelbagai juadah dari 14 booth mengikut negeri sempena Hari Raya. Ini diikuti dengan persembahan artis, Motor Show dan pertunjukan wayang kulit. Bagi acara kanak-kanak, turut diadakan aktiviti mewarna yang akan menceriakan lagi suasana. 

Sebagai penganjur, Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) mengalu-alukan korperator dan orang ramai khususnya penduduk Kedah supaya datang beramai-ramai memeriahkan sambutan HKN di Dataran Darul Aman, Jitra, Kedah. 

Sambil berhibur dengan acara-acara keceriaan yang disediakan, orang ramai boleh mengambil peluang untuk memperluaskan pengetahuan mengenai koperasi yang merupakan entiti ekonomi yang unik dari segi falsafah, matlamat dan tujuan, serta hubungannya dengan anggota dan masyarakat. 

HE : Banyak benar peranan koperasi kepada masyarakat...sama-samalah kita menyokong usaha dan bergiat lebih aktif dalam organisasi koperasi...sempena hari koperasi tahun ini..jom mai Kedah!!!











Shahrizat Liabiliti UMNO!!! Perlu Lepas Jawatan Jika Sayang UMNO!!! #PemilihanUmno #KetuaWanita

0 comments

Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil disaran melepaskan jawatannya pada pemilihan parti akan datang kerana dianggap sebagai liabiliti kepada Umno.

Timbalan Ketua Kluster Politik, Keselamatan dan Hal Ehwal Antarabangsa Majlis Profesor Negara (MPN), Prof Dr Jayum Jawan berkata, kontroversi melibatkan bekas Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat itu boleh menjadi penghalang kepada hasrat Umno untuk melaksanakan proses transformasi.

"Apatah lagi, dengan desakan pembangkang yang menuntut ketulusan dalam Umno. Namun, kontroversi Shahrizat telah mengheret parti ke kancah pertandingan peribadi dan menjadikan beliau sebagai liabiliti kepada parti.

"Jika benar Shahrizat sayangkan Umno, beliau akan melakukan sesuatu yang baik untuk parti (melepaskan jawatan). Kita tidak tahu sama ada pencabarnya boleh menjadi sebaik beliau, tetapi Shahrizat patut tahu bila hendak berundur," katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Baru-baru ini, Shahrizat mengulangi pendiriannya untuk mempertahankan jawatan Ketua Wanita Umno yang disandangnya sejak pemilihan 2009.

Pendirian itu, katanya, selaras dengan perlembagaan baru Umno yang membenarkan ahlinya bertanding bagi sebarang jawatan.

Dalam pada itu, Jayum berkata, setakat ini tiada calon yang dilihat layak mencabar Datuk Seri Najib Tun Razak bagi jawatan Presiden Umno.

"Dengan pelbagai agenda transformasi negara yang dilaksanakan Najib, beliau berada di landasan yang betul. Mereka yang ingin mencabar Najib perlu mengemukakan idea yang lebih baik daripada beliau.

HE : Kak Jat perlu sedar dia tiada rumah..tiada kawasan Parlimen...cukup-cukuplah karier dalam politik tu...tak malu ke dapat jawatan ehsan orang besar? 

Terkini Keputusan Penggunaan #KalimahAllah..Ditangguh Jam 3 Petang...

0 comments

Keputusan rayuan Ketua Biskop Roman Katolik Tan Sri Murphy Pakiam untuk mengetepikan rayuan Putrajaya berhubung penggunaan kalimah Allah dalam kitab Injil berbahasa Melayu akan didengar pada jam 3.00 petang ini.

Hakim Mahkamah Rayuan Datuk Abu Samah Nordin yang mengetuai panel tiga hakim bersama-sama Datuk Abdul Aziz Abdul Rahim dan Datuk Rohana Yusof untuk mendengar rayuan itu.

Mahkamah pada ketika ini sedang berhenti untuk rehat.

HE : Takbir!!!aku sedih dengan petualang sesat PAS..bila bab jubor Nuar dan minyak royalti berduyun-duyun datang solat hajat dan bacaan yassin...ini bab nama Allah...sekor berok pun tak de..bangsat!

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

DUN Johor Perlu Ubah Dasar Pemilikan Rumah Warga Asing.. @KhaledNordin

0 comments

Persidangan Dewan Undangan Negeri Johor hari ini diberitahu oleh Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan negeri Datuk Abd Latiff Bandi. bahawa dasar sedia ada menetapkan kepentingan asing hanya boleh memiliki hartanah bernilai RM500,000 ke atas dengan kuota tertentu iaitu 20 peratus bagi kediaman teres dua tingkat dan rumah jenis kluster dua tingkat, 30 peratus untuk rumah banglo sesebuah dan lot kosong bagi tujuan banglo, serta 50 peratus bagi kondominium, pangsapuri dan pangsapuri servis. 

Persoalannya mampukah dasar lapok itu menjaga kepentingan rakyat Johor dalm soal pemilikan rumah kediaman yang rata-rata sekarang ini mencecah ratusan ribu ringgit. 

Untuk mengetahui cerita selanjutnya boleh rujuk link : 

Macai Telanjang Lagi..Taktik Tipu Loan Kereta 7 Tahun & Downpayment 20% Didedahkan!!!

0 comments

Ada juga aku dengar cakap-cakap orang awam yang mengatakan bahawa Bank Negara mensyaratkan pembelian kereta bermula bulan September akan diperketatkan... 

Sesiapa yang hendak beli kereta perlulah ikat selamat tak lebih dari 7 tahun dan bayaran pendahuluan sebanyak 20% daripada harga kereta... 

Seperti umum sedia maklum masa ini pembeli kereta boleh mengikat loan paling lama 9 tahun dan downpayment 10%... 

Namun puak tidak bertanggungjawab telah cuba meraih sokongan dengan menyebarkan berita fitnah...pembongkaran penipuan puak haram jadah ini telah dikeluarkan di http://pemudaumno-putrajaya.blogspot.com/2013/08/tipu-isu-loan-kereta-selesai-bank.html?m=1

HE : Bukan cacailah kalau tak memfitnah... 

Wednesday, August 21, 2013

@PDRMsia Tak Gentar Ancaman Gangster!!! Syabas @Zahid_Hamidi !!!

0 comments

GEORGETOWN - Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Abdul Rahim Hanafi memberi amaran kepada individu dan ahli kumpulan kongsi gelap, Geng 04 supaya tidak mencabar kewibawaan pihak polis dan mengganggu ketenteraman serta keselamatan awam.

Beliau berkata, pihak polis akan mengambil tindakan tegas terhadap ahli kumpulan berkenaan yang cuba mencetuskan ketegangan sehingga mendatangkan kebimbangan kepada orang awam.

"Polis memandang serius tindakan beberapa lelaki dipercayai anggota kumpulan berkenaan yang mencetuskan kekecohan semasa upacara pengkebumian salah seorang daripada lima lelaki yang ditembak mati Isnin lalu.

"Polis mempunyai rakaman video dan sudah mengenal pasti kesemua ahli kumpulan yang terlibat.

"Kita menerima laporan kumpulan berkenaan mencetuskan kekecohan dengan membakar mercun semasa perarakan membawa mayat rakan mereka itu petang semalam," katanya kepada media ketika membuat tinjauan Ops Cantas yang diadakan di sekitar negeri ini, hari ini.

Tambah beliau, kumpulan terbabit turut dilihat membawa pelbagai kain rentang yang tertera gambar si mati, nombor dan logo kumpulan mereka.

Katanya lagi, selain mengenali individu terlibat, polis juga mengenal pasti semua kenderaan yang digunakan semasa perarakan itu.

Tambah Abdul Rahim, kertas siasatan sudah dibuka mengenai kejadian itu mengikut Seksyen 42 Akta Pertubuhan 1966.

"Saya memberi amaran kepada semua tidak kira dari kumpulan mana sekalipun, jangan tunjuk kekuatan geng masing-masing.

"Polis akan ambil tindakan susulan selepas ini," katanya.

Sinar Harian difahamkan, ketika upacara perarakan mayat salah seorang lelaki yang ditembak mati itu petang semalam, berlaku kekecohan apabila rakan serta pengikut ahli kumpulan terbabit dikatakan membakar mercun dan melontarnya ke arah sebuah balai polis.

Bukan itu sahaja, pelbagai kain rentang yang dibawa dan perarakan oleh penyokongnya menyebabkan berlaku kesesakan jalan raya.

HE : Memang terbaiklah Polis!!!dulu masa kejadian kes tembak kerap berlaku cai kata polis lesu..negara tak selamat!!!sekarang ni polis bertindak tegas depa spin lagi kata polis kejam..puih!!! Syabas PDRM!!! HE sokong u all!!!

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Rafizi Bersyukur, @Zahid_Hamidi Tarik Balik Saman...

0 comments

Pengarah Strategi Keadilan Rakyat, Rafizi Ramli hari ini menarik balik kenyataan berunsur fitnah terhadap Menteri Keselamatan Dalam Negeri (KDN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Inilah padahnya bila dah banyak kali fitnah...akhirnya kantoi juga...tupai pun kalau asik lompat comfem 1 hari akan jatuh..inikan Rafizi...

KUALA LUMPUR: Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini menarik balik saman fitnah yang difailkan terhadap Mohd Rafizi Ramli selepas pengarah strategik PKR itu bersetuju mengeluarkan kenyataan yang diakuinya tidak betul daripada blognya.

Dalam kenyataan yang dibacanya di Mahkamah Tinggi di sini, Mohd Rafizi berkata Ahmad Zahid tidak menyalahguna kuasanya (ketika menjadi Menteri Pertahanan) dalam apa jua cara dan tidak mempunyai peranan dalam penetapan keputusan berkaitan transaksi pembelian saham dan tanah pembangunan.

"Saya berpuas hati dengan penjelasan plaintif (Ahmad Zahid) bahawa plaintif tidak menyalahguna kuasanya dalam apa jua cara dan tidak mempunyai sebarang peranan dalam keputusan Boustead Holdings Berhad untuk menyertai transaksi bagi memperoleh saham dan tanah pembangunan milik Astacanggih Sdn Bhd daripada Awan Megah Sdn Bhd seperti yang disebut dalam artikel saya bertarikh 29 Disember 2012.

"Oleh itu, dengan ini, saya secara sepenuh hati dan tanpa sebarang syarat menarik balik kenyataan tidak benar yang saya buat dalam artikel saya itu berkaitan plaintif," katanya.

Peguam Datuk Saseedharan Menon, yang mewakili Ahmad Zahid, memberitahu mahkamah bahawa Ahmad Zahid menerima kenyataan itu dan menarik balik saman fitnah yang difailkan terhadap Mohd Rafizi.

Pesuruhjaya Kehakiman Lee Heng Cheong membenarkan permohonan itu dan membatalkan saman berkenaan, tanpa sebarang perintah berkaitan kos.

Ahmad Zahid memfailkan saman itu pada 25 Jun dengan mendakwa Mohd Rafizi menyiarkan dalam laman blognya, RafiziRamli.com, satu artikel yang mengandungi perkara tidak benar dan ditulis dengan niat jahat untuk memberi gambaran negatif tentang beliau (Ahmad Zahid).

Ahmad Zahid menuntut ganti rugi am, khas dan teladan serta penarikan balik artikel itu sepenuhnya serta permohonan maaf dalam empat akhbar harian tempatan. - BERNAMA

HE : Rafizi..Pembangkang dan Fitnah berpisah tidak...

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Anggota @PDRMsia Kena Tembak Nak Kata Apa Pulak?!!!!Bengong Punya Samseng Lanun!!!

1 comments
“Walaupun terkena tembakan, saya masih sempat melepaskan beberapa das tembakan ke arah kereta dinaiki penjenayah terbabit sebelum pengsan,” kata anggota polis Unit Peronda (MPV), Koperal R Subramaniam, 52, yang cedera di perut selepas ditembak empat lelaki dalam kejadian di Jalan Kuchai Lama, di sini, kelmarin.

SIMPATI...Hishammuddin ketika melawat Subramaniam di PPUM.
Beliau yang ditemui di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), di sini, semalam, berkata, sebaik dua daripada empat lelaki terbabit melepaskan tembakan ke arahnya dan rakan setugas, Koperal Nor Azlan Abu Bakar, 41, mereka membalas tembakan itu sehingga dia akhirnya rebah tidak sedarkan diri.

LAWAT...Ismail melawat Nor Azlan yang ditembak di Kuchai Lama, semalam.
“Kejadian berkenaan langsung tidak mematahkan semangatnya untuk terus menjalankan tugas menjaga keselamatan negara,” katanya ketika ditemui selepas menerima lawatan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar, semalam.

Beliau yang sudah 31 menjadi anggota polis, akan terus berbakti dengan pasukan dan negara.

Sementara itu, Ismail berkata, polis bangga dengan keberanian dua anggota terbabit yang sanggup mempertaruhkan nyawa dalam menjalankan tugas membanteras jenayah di negara ini. -SUMBER

HE : Ini berita lama..sengaja aku up balik supaya dapat ingatkan kembali bahawa tugas PDRM memang amat mencabar dan penuh risiko...mereka bertindak ikut prosedur...yang ditembah tu penjenayah gangster...kenapa nak bela?bangsat!!!

"Blogger Bersama PDRM!!!!"

Hot!!! Fakta Yang Cuba Disembunyikan Oleh Gengster Kematian Rakan..

1 comments

Penang: 5 penjenayah tumpas setelah berbalas tembak dengan polis.

Tahniah kepada PDRM kerana sanggup mengambil risiko walaupun dihujani peluru dari pistol penjenayah seblm penjenayah mati ditembak.

YANG PELIKNYA:
DAP cuba jadi wira kepada kelima2 penjenayah ini dgn cara:
1. Suruh kaum india dan ahli keluarga penjahat yg mati berhimpun dan tunjuk tak puashati pada polis.
2. Mengajar/draf laporan polis mandakwa polis bertindak kejam.
3. Menyeru orang2 india keluar beramai2 ikut mayat penjenayah tersebut dan jadi kan mereka sebagai WIRA.
4. Menggesa ngo lain termasuk bar council/suhakam/hindraf kutuk polis.

FAKTA:
1. Yang mati tu penjenayah...so adakah ini ahli pd persatuan penjenayah terbesar di Malaysia yg sibuk2 simpati.
2. Yb rayes di penang yg ajar keluarga penjenayah buat repot polis tak puas hati. Dia ni siapa?? Ketua gengster ke 04 jugak ke or 36 or 08 india.
3. Polis lambat ambil tindakan bising tapi bila polis menyabung nyawa berbalas tembak tetiba tim menteri ketua hindraf/wakil2 rakyat Dap dan Pakatan muncul dengan gaya seorang hero utk tunjuk simpati pada penjenayah dan kata polis pula brutal.


APA NI!!!! INI MALAYSIA LA ...kita tak terima kongsi gelap di sini dan ahli politik yg dapat undi dari penjenayah dan pembunuh. 

SAMA2 LA BERGANDING BAHU DGN PASUKAN KESELAMATAN JAGA NEGARA. Bukan nya bela anjing kamu untuk gigit polis dan orang malaysia tak berdosa. 
AHLI POLITIK MACAM NI LA BAPAK SEGALA KEJAHATAN SEBENARNYA. 

fikir2 kan lan wahai rakyat MALAYSIA yg cinta keamanan tak kira la MELAYU/CINA/INDIA dan lain. 

Bantu lah PDRM utk menjaga keamanan kita!!!! -Sumber Inbox FB Anti Bersih

Saya Inspektor Haliza!!!Saya Nak Tembak Kamu!!Boleh Tak?Kalau Boleh Saya Nak Tembak Ni!!!kahkahkah!!!

1 comments

Lepas ni kalau polis jumpa penjenayah bersenjata...kena cakap...penjenayah..saya inspektor haliza..saya datang ni nak tembak kamu kerana kamu penjenayah berbahaya...boleh ke tidak?kalau boleh saya nak tembak ni...kahkahkah!! 

nilah namanya politik bingai..hal2 mcm ni ada saja nk dispin... 

Itulah yang berlaku dalam kes lima orang penjenayah yang dipercayai ahli kongsi gelap yang maut dalam serbuan polis di sebuah rumah di Pulau Pinang. 

HE : Bila semua nak dipolitiikkan..tugas polis yang suci pun depa nak spin...puih!!!aku akan pertahankan PDRM!!!

ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA