networkedblogs

Bersahabat..

VIDEO VIRAL MERDEKA KE-60

Thursday, October 31, 2013

ASPIRASI Tawan UIA!!! Pro M Sudah Tombang!!!

0 comments

Syukur Alhamulillah ASPIRASI berjaya juga menang di UIAM..lebih manis ia merupakan kubu kuat Pembangkang di Universiti...

Dah menang tu buat kerja!!!jangan buat malu ASPIRASI...jangan jadi bodoh macam PRO M...

Nanti puak depa komfem kata mereka patut menang...katalah UIA telah dibeli UMNO..dah tau dah trik bodoh tu...haha

Tak ley terima hakikat ke dah kalah!haha

Mazlan Aliman Berkempen Untuk BN #PRKSgLimau ...Muka Sudah Macam Penyamun Cerita P. Ramlee..Kahakahkahkah!!!!

0 comments

Leman...leman...leman....apadah kau buat kat Sg Limau...datang kempen PRK Sg Limau orang suruh promote PAS bukannya BN...bila dah sengal tu apa pun tak boleh...konon nak banting tulang empat kerat tapi apakan daya...BN juga kau pilih...

Kisahnya dia ni mai Sg Limau untuk berkempen untuk calon PAS kepada golongan pesawah...usaha dah ada...tup..tup...benih Padi dari Barisan Nasional juga kau promote..kahkahkah!!!

nak berkempen tu gunala modal dari PAS..bukan BN...lagak lu sudah serupa penyamun cerita P. Ramlee da...

Macam penyamun tak?haha!


WAJAH WARIS RASULULLAH SAW...SUBHANALLAH INDAHNYA CIPTAAN-NYA..

0 comments

Adakah anda ingat lagi apakah gelaran Rasulullah s.a.w untuk zaujahnya (isterinya), iaitu Saidatina Aisyah R.A Rasulullah s.a.w pernah menggelar Saidatina Aisyah R.A dengan gelaran Al-Humaira yang bermaksud putih kemerah-merahan.


Rasanya ramai yang akan tertanya-tanya siapakah gerangan pemilik pipi yang putih kemerah-merahan ini. Sebenarnya beliau adalah cicit Rasulullah, iaitu anak ulamak besar Madinah Al-Munawwarah, Sayyid Yusuf Halim anak Syeikh Jameel Halim Al-Husaini. Keturunan Rasulullah s.a.w melalui Sayyidina Husain.

Tuesday, October 29, 2013

PANAS!!!Majlis Agama Penang Keluar Pekeliling Doa Lim Guan Eng Dalam Khutbah Jumaat?!!!Gila!!!!

2 comments

Hak aloh...tekejut babi aku dengar Majlis Agama Islam Pilau Pinang telah mengeluarkan pekeliling supaya mendoakan kalipah Lim Guan Eng dalam khutbah Jumaat orang Islam bagi mengantikan YDPA....Mengikut sumber yang boleh dipercayai...Khatib boleh dibanned jika langgar pekeliling tu..fulamak!!!!satu lagi pencapaian PAS memimpin DAP...barulah dikatakan Kalimah Allah untum sekua kaumkan...itu yang korang nak kan!!!

Ingat tak lagi isu Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang, Salleh Man menyifatkan isu khutbah yang menggunakan nama Lim Guan Eng menggantikan YDP Agong dan TYT sebagai 'sengaja dibesarkan oleh UMNO'.

Padahal 6 buah masjid yang telah dinamakan di lapor menggantikan YDP Agong dan TYT dengan nama Lim Guan Eng.

Ketika itu semua pemimpin utama Pakatan Rakyat Pulau Pinang menafikan perkara tersebut. Malah alasan yang diberlikan ialah jemaah terkeliru dan tidak memahami Bahasa Arab. Sedangkan para saksi pula menyatakan khatib itu membaca doa dalam bahasa melayu.

Hari ini, dilaporkan bahawa surat pekeliling dari Majlis Agama Islam Pulau Pinang telah mengeluarkan surat pekeliling. Dimana menetapkan nama Lim Guan Eng menggantikan YDP Agong dan TYT hendaklah dilakukan dalam pada setiap doa khutbah Jumaat. BACA SELANJUTNYA

HE : Dari doakan kafir macam guan eng..kenapa tak doakan Md Sabu, Mustafa Ali o Badrulamin?depakan Isle...buat apo mung doakan ore kapir!!!bengom natang ni....nk jugak aku kongsikan pekeliling tu...tunggu Mael Pengerang Up dululah..hehe

Monday, October 28, 2013

Wajib Baca!!! Pendedahan 3 kali PAS Kantoi Menipu Kempen #PRKSGLIMAU

1 comments

Sekeping foto manipulasi yang didedahkan oleh Sinar Harian hari ini menjadi sinambungan kepada episod penipuan PAS di PRK Sungai Limau.

Umum mengetahui mantan MB Kedah yang juga ADUN Sungai Limau, Allahyarham Ustaz Azizan dihormati oleh kawan dan lawan (BN). Kesempatan itu telah digunakan oleh calon PAS untuk mempergunakan imej Allahyarham bagi kepentingan politik mereka, bagi meraih undi di DUN N20.

Setelah gagal membuktikan perkaitan dengan Ustaz Azizan semasa hayat beliau, calon PAS - Azam Samad dengan bantuan kroninya Mahfuz Omar & Phahrolrazi semakin terdesak untuk mengekalkan legasi 25 tahun PAS di Sungai Limau dengan pelbagai jalan alternatif termasuk penipuan.

Foto penipuan yang digunakan oleh Azam Samad yang disebar secara online & offline didedahkan oleh wartawan Sinar Harian sendiri yang marah bila fotonya semasa menemuramah Ustaz Azizan dimanipulasi menggunakan perisian photoshop dengan mengantikan dengan imej Azam Samad.

Menyalahkan pereka grafik terhadap penyebaran foto ini adalah alasan paling dangkal kerana mustahil Azam Samad atau jentera PAS tidak meneliti langsung setiap foto yang akan disebarkan.

Ini penipuan ketiga yang dilakukan oleh PAS selepas gagal membuktikan dakwaan awal dia mempunyai pertalian keluarga dengan Ustaz Azizan, sebaliknya dibuktikan oleh blogger2 proBN Azam Samad mempunyai pertalian yang lebih dekat (dua pupu) dengan 'musuh' Ustaz Azizan dalam pentadbiran PAS Kedah, Datuk Phahrolrazi.

Pembuktian itu menguatkan dakwaan calon PAS Azam Samad merupakan proksi kepada Phahrolrazi yang sedari dulu tidak berpuas hati dengan kepimpinan Ustaz Azizan.

Penipuan kedua dengan membuat polemik sokongan bapa kepada Ahli Parlimen BN Jerai, Datuk Seri Jamil Khir Baharom telah diselesaikan bila bapa DS Jamil Khir sendiri memperjelaskan kenyataannya telah dispekulasikan oleh media pembangkang/PAS.

Foto penipuan yang didedahkan di muka hadapan akhbar Sinar Harian hari ini menjadi bukti jelas Mahfuz Omar dan Phahrolrazi semakin terdesak untuk mengangkat imej calon pilihan mereka bagi meraih undi, bila menyedari calon BN Prof Dr Ahmad Sohaimi Lazim berada di aras kredibiliti yang jauh lebih tinggi.

Tolak Calon Penipu.... Tiba masanya untuk pengundi Sungai Limau BERANI HIJRAH demi masa depan mereka!! -1peluru.com

Sunday, October 27, 2013

50,000 Orang Bangla Sudah Sedia Undi Untuk BN Di #PRKSgLimau?Sumbangan PAS Itu Bukan Rasuah...kahkahkah!!!

1 comments
PAS Beri Sumbangan Kpd Pengundi Bangla PRK Sg Limau?
Nampak gayanya PAS sudah sailang BN dengan memberi berpuluh ribu bungkusan rasuah kepada pengundi bangla yang telah berjanji untuk undi BN..

Dikatakan bungkusan ini sedang meriah diagihkan kepada 50 ribu bangla untuk meraih undi...wahwahwah....bukan main yer PAS meraih undi bangla...

Ce kalau plastik tu ada logo UMNO..bukan main lagi puak haramjadah ni kutuk kata kita rasuah mereka...

Bila kena depa semuanya halal...ada saja ayat... 

Jikalah PAS kalah comfem depa kata BN Rasuah, BN pakai 50,000 orang Bangla...SPR manipulasi undi.. 

Yang pastinya jika PAS menang comfem depa kata ini takdir Allah... 

Thursday, October 24, 2013

Penjenayah Tembak Pegawai AmBank Ditangkap.. @PDRMsia Nafi?!!

1 comments

Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah mengesahkan khabar angin yang mengatakan suspek kes bunuh dalam rompakan di sebuah bank di Subang Jaya petang semalam telah berjaya ditahan di Terminal Penerbangan Tambang Murah (LCCT) ketika cuba melarikan diri ke Sabah adalah palsu.

Suspek bernama Ardi Hamza, 37, dan berasal dari Tawau Sabah, manakala mangsa bernama Norazita Abu Talib, 37, ialah seorang isteri dan ibu kepada sepasang anak.

Mereka yang mempunyai maklumat mengenai suspek diminta melaporkannya di balai polis terdekat atau menghubungi talian hotline 03-20529999.

Dari sibuk2 share gambar Arwah Puan Norazita bt Abu Talib tu, baik kita semua share gambar ni banyak2. PDRM ingatkan kepada kita agar berhati2 kerana beliau bersenjata. Ardi tu kemungkinan nama samaran sahaja. So kita panggil dia Beruk sahaja.

HE : Dengar Cerita N Surenran nak backup penjenayah ni..info yang aku terima seperti dibawah..betul atau tak aku tak tahu



N.Surendran Pertahan Pengawal Keselamatan Menembak Mati Pekerja Ambank.

Mengikut sumber N. Surendran akan membela pengawal keselamatan yang menembak mati seorang pekerja Ambank semalam.

Laporan memetik N.Surendran yakin pengawal keselamatan terrsebut mengalami tekanan dan menjadi tugas untuk beliau mempertahankan pengawal Keselamatan tersebut dan mengelakkan hukuman Gantung sampai mati jika pengawal keselamatan tersebut disabitkan dengan kesalahan membunuh.

Keluarga pengawal keselamatan yang membunuh pekerja Ambank juga dilaporkan telah berjumpa dengan N. Surendran bagi membantu dalam kes pembunuhan ini. -papagomo

MOHON SAHKAN MAKLUAT YANG SURENDRAN NAK BAKCUP PENJENAYAH KEJAM DENGAN TINGGALKAN KOMEN DI ARTIKEL INI....

Gambar Suspek Kejam Tembak Pegawai AmBank Telah Ditahan Di LCCT?

23 comments

SUSPEK dirakam kamera litar tertutup selepas dipercayai menembak Norazita Abu Talib di AmBank di Jalan USJ Sentral 2, Subang Jaya, Selangor, semalam.

SUBANG JAYA 23 Okt. - Seorang pegawai operasi AmBank maut akibat ditembak dari jarak dekat di bahagian kepalanya oleh pengawal keselamatan bank sendiri dalam rompakan di premis tersebut di Jalan USJ Sentral 2 di sini petang ini.

Kejadian berlaku pukul 6.18 petang ketika mangsa, Norazita Abu Talib, 37, bersama suspek serta empat lagi kakitangan sedang membuka sebuah peti besi berisi wang sebelum suspek tiba-tiba melepaskan tembakan sejurus pintunya dibuka.

Tembakan menggunakan senjata api jenis pump gun itu tepat mengenai muka Norazita mengakibatkan mangsa maut di tempat kejadian.

Timbalan Ketua Polis Selangor, Datuk Abdul Rahim Jaafar berkata, suspek dikenali sebagai Ardi Hamza dan berasal dari Sabah itu kemudian mengambil sejumlah wang dan memasukkannya ke dalam sebuah beg berwarna hitam yang dibawanya.

"Dia kemudian keluar menerusi pintu hadapan sebelum melarikan diri dengan sebuah motosikal," katanya ketika ditemui di lokasi kejadian di sini.

Abdul Rahim seterusnya memberitahu, polis kini memburu suspek yang dianggap kejam dan berbahaya itu kerana turut melarikan senjata api berkenaan.

"Kita telah mengenal pasti identiti suspek tetapi apabila diperiksa kad pengenalannya, dia tidak mempunyai rekod jenayah lampau," katanya.

Abdul Rahim memberitahu, pihaknya menyiasat sekiranya suspek berkemungkinan warga asing yang menggunakan kad pengenalan palsu.

"Sebenarnya suspek berkhidmat di Bank Muamalat yang terletak bersebelahan AmBank dan merupakan pengawal gantian di bank itu hari ini.

"Kami telah mendapatkan maklumat dari syarikat keselamatan dan mereka memberitahu, suspek telah bekerja sebagai pengawal selama setahun dan telah bertugas di pelbagai bank," katanya.

Sementara itu, mangsa difahamkan telah 16 tahun bekerja di bank berkenaan dan mempunyai sepasang cahaya mata.

Dalam berita yang lain suspek dikatakan telah ditahan di LCCT

Wajah pegawai Bank ditembak (ditanda bulat ) bersama rakan sekerja.

Berita berkenaan sudah disiarkan di sini


Menurut info dari rakan yang bekerja dengan MAB (yang belum dapat dipasti kesahihannya) suspek sudah berjaya ditahan ketika membeli tiket di LCCT.

Jika benar maka jutaan tahniah kepada pihak POLIS yang berjaya menyelesaikan kes tersebut dengan penangkapan lelaki berasal dari Sabah tersebut.

Diharapkan keluarga mangsa akan bersabar dan tabah menerima ujian Allah ini.

Sumber sahabat Panglima Perang Siber

Wednesday, October 23, 2013

@JamawiJaafar Akur Dengan Takdir..Kalah Bermaruah Naib Ketua Pemuda!!!

0 comments

Jamawi Jaafar berpuas biarpun tumpas kepada Calon NKP Azwan Bro..aku rasa sebak dihati melihat perkembangan ini..

Bagi aku dia tidak kalah...cuma dipaksa untuk kalah dengan bermacam agenda jahiliah...

Sekian...sebagai rakan kepada Jamawi..aku selooot sama kamu Jamawi!!!kamu telah bertahan tanpa guna kuasa Wang!!!tanpa wang kamu telah berjaya gugat lawan!!!tak hairanlah BN di Sabah bagus kerana pemimpin2 macam Jamawi!!!

Jadilah pemimpin yang bukan tabur uwang!!!biar rakyat hormat...bukan kumpul rakyat penjilat yang akhirnya meludah!!!caw!

Hudud Di Brunei...PAS Akan Guna Untuk Kempen Sg Limau?

2 comments

HUDUD dengan PAS ibarat bahan mainan mereka untuk meraih sokongan undi..hakikatnya yang ingin aku tegaskan disini ialah..mereka takkan mampu laksanakan hudud jika Pakatan Rakyat memerintah...kerana takut akan sokongan dan pengaruh DAP hilang...mereka akan akur...

Aku jangkakan pelaksanaan hudud di Brunei akan jadi bahan kempen PAS di Sg Limau...tak percaya sama2 kita nantikan..PAS yang munafik tetap akan kata mereka lebih islam berbanding UMNO..seboleh2 menuduh UMNO ni parti kafir lahanat dan sebahgainya...macamlah mereka tu suci sangat...

Masih lupakah PAS yang mereka telah dikutuk Azmin...belum laksanakan hudud pun mereka dah pertahankan penjenayah...apatah lagi jika hudud dilaksanakan...biarpun syarat semuanya telah diakui comfemlah aku katakan depa akan kata hukuman hudud Islam ni kejam...sembelih Lembu korban pun mereka kata kejam terhadap binatang walhal itu adalah satu cara Islam...PAS janganlah mendabik dada diri tu zuhud...munafik je semua tu...,

Hukuman Hudud di Brunei boleh dilaksanakan kerana tiada parti rasis macam DAP dan munafik mcm PAS....usahlah PAS bicara soal hudud jika pasti sendiri pun kuat menipu...rembat duit rakyat....

Apa pn aku ucapkan tahniah kepada Brunei kerana telah kelaksanakan Hudud...Hudud di Brunei sudah direalisasikan..sama2 kita berdoa...Malaysia akan turut ikut jejak langkah yang sama.....


Sunday, October 20, 2013

Azwang Bro Kalah Timbalan Ketua Bahagian...Apa Petandanya?

1 comments

Ketua Pemuda UMNO Negeri Perak, Khairul Azwan tewas kepada pencabarnya, Datuk Ibrahim Katop dalam persaingan merebut jawatan Timbalan Ketua Bahagian UMNO Pasir Salak pada semalam.

Ibrahim Katop yang juga Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian itu memperoleh undi sebanyak 422 berbanding Azwan.

Gandingan Azwan iaitu Datuk Zainol Padzi, yang juga Exco Kerajaan Negeri tewas kepada Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Tajuddin Abdul Rahman dalam persaingan merebut jawatan Ketua Bahagian UMNO Pasir Salak. Tajuddin memperoleh 435 undi untuk terus mengekalkan jawatan itu.

Usaha Azwan dan Zainol yang bergandingan untuk merampas kepimpinan UMNO Pasir Salak ternyata gagal. Tajuddin dilihat masih relevan dan mendapat sokongan padu daripada perwakilan walaupun ada pihak tidak bertanggungjawab cuba menabur fitnah dalam kempen sebelum pemilihan termasuk di dalam ruangan media siber. -Selanjutnya Panas


HE : Ini ajaib nih..kahkahkah!!!macam mana Calon Naib Ketua Pemuda pusat Azwang bro boleh kalah kat tempat sendiri..mesti ada yang tidak kena ni!!!kena bantah nih!!!ini tidak adil....JK kena pastikan Azwang Bro nenang....alah buat jelah macam taktik biasa..klaimlah kawasan itu dia meanang..cawangan itu dia menang...sebelum tu kena pastikan kertas undi dah buang...nanti adalah undi semula....kahkahkah!!!!macam mana hero Malaya Azwang Bro boleh kalah ni...jawapannya Azwang kena cek diri dia semula...kahkahkah!!!cukup2lah jawatan Ketua Pemuda Perak tu..jangan nanti orang gelar gila jawatan sudahlah....

RAMALAN AKU UNTUK JAWATAN NAIB KETUA PEMUDA PUSAT...AZWANG BRO AKAN MENANG..SEBABNYA TEORI AKU MENGATAKAN JIKALAU SHAFIE APDAL MENANG MAKANYA JAMAWI JAAFAR DARI SABAH AKAN DIKORBANKAN...TUNGGU DAN LIHAT....JIKA SHAFIE KALAH MAKA PELUANG JAMAWI AKAN TERBUKA ATAS KAPASITI SABAH....

Orang ganu biasanya sebut Azwan tu Azwang....

Maybank2U Benar Ke Kena Hack? Jom Baca!!!

0 comments
Jika anda membuka Facebook dan membaca Whatsapp di telefon anda, pasti terlihat mesej berbunyi:

“Salam..pastikan tiada yang buat transaction ataupun online banking sehingga isnin pagi ye…terima kasih.pastikan anda tahu baki akaun anda semua. Ada attack besar besaran mlm ni terutama maybank. Dari kawan TM Cite yg dbritakan olh kengkwan utk dkongsi Last week google kne hack oleh siapa xdktahui Jd pkhidmatan online spt traksaksi akaun o etc dnchatkan utk dkurangkan klu bly elak,elakkan dlu smentara.. Hacker dari pakistan yg hack google last week Ini maklumat yg diterima… copy paste dr whatapps IPK”

Hari ini dalam kenyataannya, Malayan Banking Bhd atau Maybank menafikan laman web perbankan, Maybank2u,com.my menjadi sasaran penggodam seperti yang disebarkan dalam laman sosial semalam.

Menurut kenyataan Maybank, ia memaklumkan laman Maybank2u masih selamat untuk dilayari dan digunakan pelanggan.

Meskipun begitu, pengguna perlu berhati-hati dengan setiap urusan perbankan dalam talian memandangkan penggodam mempunyai seribu satu cara untuk menceroboh sistem tersebut.

Antara langkah lain yang boleh diambil bagi memastikan perbankan dalam talian yang selamat termasuk:
  1. Tidak mendedahkan kata laluan.
  2. Kerap menukar kata laluan.
  3. Elakkan daripada menyimpan log daftar masuk dan kata laluan dalam komputer.
  4. Anda perlu pastikan laman web yang dilayari adalah laman web yang sah.
  5. Ketika melayari sesebuah laman web, semak URL dan pastikan URL bermula dengan https dan pastikan imej kunci tertutup terdapat dekat bar status pelayan web.
  6. Pastikan anda kerap menyemak butir-butir atau rekod transaksi dan penyata yang dihantar oleh bank.
  7. Tolong jangan tinggalkan komputer kalau kita masih mengakses perbankan internet.
  8. Sentiasa log keluar sebaik saja selesai dengan urusan transaksi dan padamkan peti memori serta rekod transaksi selepas log keluar dari laman web.
  9. Lindungi komputer dengan sistem keselamatan anti virus dengan memasang `firewall’ yang dikemaskini.
  10. Jangan membiarkan pelayar lain terbuka ketika membuat transaksi online.
  11. Pastikan anda tidak mengatifkan ciri-ciri `perkongsian’ dalam sistem pengendalian kita.

HE : Maybank2U aku sampai sekarang tak boleh guna...bila aku kall kastemer servis..depa suruh datang maybank...berurusan dengan pihak bank..mana2 yang bermasalah terus hubungi pihak Maybank berdekatan...

Terkini Senarai MT UMNO Setakat 1.08 Petang..Masih Ada Yang Sama Undi Bahagian....Dibedakan Jumlah Undi Popular PERWAKILAN

0 comments

Berikut ialah senarai MT yang diperoleh setakat ini...masih ada calon yang mendapat keputusan seri bahagian dan dibedakan dengan undi popular jumlah perwakilan....

Jikalau calon dapat undi popular PERWAKILAN tinggi seperti Ismail Sabri pun tak guna jikalau jumlah untuk undi Bahagian rendah....jadi keutamaannya di sini ialah Undi 191 Bahagian..lepas tu baru ukur Jumlah undi popular PERWAKILAN

HE : Undi popular pemilihan UMNO dengan maksud undi popular Anwar sama nama tapi beza makna..tahniah semua calon!!!sikit saja lagi tu.....

Senarai 25 MT Baru...Undi Popular Digunakan...Tak Ada Masalah Pun...

0 comments

Alhamdulillah..berikut adalah senarai calon yang terkini telah berjaya mendapat 25 slot MT...aku ingin mengucap tahniah kepada semua calon yang berjaya dan yang tidak berjaya bukan bererti anda kalah cuma Allah SWT menangguhkan kemenangan anda...

Apa yang aku ingin kupaskan di sini ialah, dalam menilai kedudukan MT ini, undi popular tetap digunakan..bagi aku ianya tak de masalah pun..kalau tengok kedudukan 2 dan 3 yang mana disandang oleh Ismail sabri dan idris jusoh...kedua dua calon ini mendapat sama bahagian iaitu 72 undi...yang membezakan kedudukannya ialah undi popular diperingkat perwakilan cawangan...

Tiada masalahkan..malah banyak lagi calon yang dapat undi sama diperingkat bahagian...ianya tidak menjadi masalah kerana kedudukan 25 yang disandang oleh Raja Nong Chik dan kedudukan ke 26 yang disandang Halimah Sadique tidak sama..cuba kalau kedua dua calon inj dapat sama keputuaan bahagian...agak2 akan jadi isu tak sebagaimana yang terjadk kepada 2 calon Naib Ketua Pemuda Jamawi dan Azwan Broo...

Berkenaan kedua dua calon NKP ini aku bukan tak nak kupas..cuma telah dinasihatkan supaya tidak menulis...so aku pun malas nak kupas panjang..kalau ikutka hati banyak kekhilafan yang boleh dipertikaikan..mana yang tahu tu aku yakin korang pun akui...

Nasib baik tak ada calon yang claim itu kawasan dia ini kawasan dia...bila dipertikaikan cek balik kertas undi..dah lesap...jadi undi semula dibuat..jikalau undi semula dilakukan..makanya korang pun faham apa yang boleh dilakukan oleh calon kan...mana yang punyai kuasa segenap aspek boleh kontrok kemenangan..nantikan kptsn lengkap 191bhgn...caw

Saturday, October 19, 2013

Muktamad Dato @Azalina Menang Ketua Bahagian Pengerang!!!Dahului Senarai MT....

0 comments

Pengiraan untuk Ketua Bahagian Pengerang telah pun selesai yang mana Dato Azalina Othman Said mendapat 173, mad long 46, Dato harun 55, cikgu jalil 14...

Dikhabarkan Dato Aza juga mendahului senarai top 10 barisan MT...sama-sama kita doakan kemenangan itu berhasil...insha'allah


Untuk jawatan Naib Presiden, 3 seteru Zahid, H2O dan Shafie sedang mendahului...



Keputusan Terkini Tidak Rasmi Naib Presiden #PemilihanUMNO Setakat Jam 3.30 Petang

0 comments

RESULT CALON NAIB PRESIDEN UTK BAHAGIAN MARAN
NO 01 - 495
NO 02 - 339
NO 03 - 374
NO 04 - 154
NO 05 - 301
NO 06 - 53
Undi Rosak - 69
Terimakaseh.

Bahagian Tanjung Pulau Pinang
Dato AHMAD ZAHID=242
Hishamudin =144
Shafie afdal =58
Isa samad =07
Mukriz mahazir=228
Ali rustam=86

Jum kertas undi = 259
Undi rosak = 04

Keputusan Naib Presiden dr bhgn Sungai Besar
01 DS Zahid 604 undian
02 DS Hishammudin 238
03 DS Shafiee 542
04 DS Isa Samad 205
05 DS Mukhriz 266
06 DS Ali Rustam 29

RESULT CALON NAIB PRESIDEN BHG LEDANG.
NO 01-641
NO 02-508
NO 03-376
NO 04- 52
NO 05-283
NO 06- 247
TQ.

RESULT CALON NAIB PRESIDEN BHG BENTONG.

NO 01-320
NO 02-202
NO 03-362
NO 04- 15
NO 05-186
NO 06- 20
TQ.

RESULT CALON NAIB PRESIDEN BHG PARIT.

NO 01-462
NO 02-228
NO 03-331
NO 04- 82
NO 05-227
NO 06- 92
UNDI ROSAK-24
TQ.

RESULT CALON NAIB PRESIDEN UTK BAHAGIAN NIBONG TEBAL
NO 01 - DATO AHMAD ZAHID HAMIDI 268
NO 02 - DATO HISHAMUDIN 150
NO 03 - DATO SHAFIE APDAL 283
NO 04 - TAN SERI ISA SAMAD 52
NO 05 - DATO MUKHRIZ 170
NO 06 - DATO ALI RUSTAM 5

RESULT CALON NAIB PRESIDEN UTK BAHAGIAN JEMPOL
NO 01 - 264
NO 02 -290
NO 03 -414
NO 04 -286
NO 05 -182
NO 06 -17
Undi Rosak -18

RESULT CALON NAIB PRESIDEN UTK BAHAGIAN BUKIT MERTAJAM
NO 01 - 219
NO 02 - 82
NO 03 - 125
NO 04 - 47
NO 05 - 119
NO 06 - 92
Undi Rosak - 13
Terima kasIh.

RESULT CALON NAIB PRESIDEN UTK BAHAGIAN PADANG RENGAS
NO 01 - 338
NO 02 - 65
NO 03 - 256
NO 04 - 70
NO 05 - 301
NO 06 - 15
Undi Rosak -

RESULT CALON NAIB PRESIDEN UTK BAHAGIAN CHERAS
NO 01 - 225
NO 02 - 134
NO 03 - 79
NO 04 - 3
NO 05 -192
NO 06 -120

RESULT CALON NAIB PRESIDEN UTK BAHAGIAN PAGOH
NO 01 - 570
NO 02 - 396
NO 03 - 518
NO 04 - 021
NO 05 - 261
NO 06 - 031

RESULT CALON NAIB PRESIDEN UTK BAHAGIAN Sembrong
NO 01 - 431
NO 02 - 443
NO 03 - 424
NO 04 - 11
NO 05 - 36
NO 06 - 2

Dt.zahid 381. Dt hisham 293. Dt shafie 347. Ts isa 12 dt mukriz 159 dan dt ali rustam 11. Kertas undi rosak 10  set atau 30. Umno bhg raub .

UMNO BHG AYER HITAM

NO1  462
NO2  471
NO3  426
NO4  14
NO5   99
NO6  25

Bapa @Abby_Abadi112 Tetap Setia Bersama UMNO!!!Alhamdulillah

1 comments


Bapa Abby Abadi setia bersama UMNO

Oleh SOFIAN BAHAROM

KUALA LUMPUR 19 Okt. - Bapa kepada selebriti yang menyertai Pas, Abby Abadi adalah antara perwakilan terawal mengundi pada Pemilihan UMNO 2013 Bahagian Gombak di Dewan Centrum Mara Setiawangsa di sini hari ini.

Abdul Manan Tadin, 78, berkata, meskipun anaknya menyertai Pas tetapi kesetiaannya kepada UMNO tidak akan sesekali pudar.

Katanya, perkara itu kerana hanya UMNO adalah satu-satunya parti yang dapat membela nasib dan kelangsungan orang Melayu.

"Biarkan dia (Abby) dengan pendirian politiknya, saya tidak akan terpengaruh dan tidak mudah menerima parti lain dalam diri ini kerana saya sudah lama bersama UMNO dan akan memperjuangkannya sehingga ke akhir hayat saya.

"Walaupun terpaksa bertongkat, saya tetap datang bagi menunaikan tanggungjawab saya memilih pemimpin yang benar-benar layak memimpin UMNO," katanya kepada pemberita.

Bahagian Gombak menyaksikan pertarungan sengit antara penyandang, Abdul Rahim Kamarudin dan Datuk Said Anuar Said Ahmad untuk jawatan Ketua Bahagian.

Sementara itu, jawatan Timbalan Ketua melibatkan pertembungan lima penjuru antara Datuk Dr. Rahman Ismail, Datuk Abu Samah Bachik, Datuk Amiruddin Mohd. Radzi, Rajiani Ab. Ahimid @ Abdul Hamid dan Datuk Megat Zulkarnain Tan Sri Omardin dan manakala jawatan Naib Ketua melibatkan pertembungan tiga penjuru antara Mohd. Yusop Saidin, Dr. Othman Ab. Rahman dan Abd. Aziz Jenthan. - UTUSAN ONLINE


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/UMNO_2013/20131019/um_30/Bapa-Abby-Abadi-setia-bersama-UMNO#ixzz2i8tiOtbI
© Utusan Melayu (M) Bhd

HE : Rupa-rupanya selama ini dia kutuk UMNO bererti dia kutuk bapanya juga..anak derhaka!!!perjuangan Abby gagql menghasut bapanya...syukur pada Allah SWT...

Terkini!!!Persidangan Dan Pemilihan UMNO Bahagian Pengerang. @Azalina

0 comments
Hari ini akan tercatit sejarah politik tanahair sekali lagi di mana berlangsungnya Persidangan dan Pemilihan UMNO 2013 berlangsung di seluruh bahagian UMNO di tanahair secara serentak. Pemilihan bagi ketua-ketua bahagian dan pemilihan agungnya pula ialah untuk jawatan Naib-Naib Presiden dan juga Ahli-Ahli Majlis Tertinggi... Maka bergemalah lagu rasmi UMNO.

Pengerang juga mendapat perhatian ahli-ahli UMNO khasnya dan rakyat Malaysia umumnya kerana Dato Azalina akan bertanding mengekalkan jawatannya sebagai Ketua Bahagian Pengerang dan calon Ahli Majlis Tertinggi.

Walaubagaimanapun, blog ini akan kemaskini dari masa ke semasa perjalanan pemilihan ini nanti.

Kita mulakan dengan pesanan Dato Azalina;



8.00am


Suasana di Lotus Desaru Beach Resort:

Di luar dewan mesyuarat




Sebelum memulakan mesyuarat - Sarapan dulu...



Sayang sungguh perwakilan wanita kepada Dato Aza


Ke Dewan Mesyuarat 


10.15
Pemilihan bermula...




11.34 am

Hanya 295 daripada 301 perwakilan yang hadir. Proses pengundian berjalan lancar...




Seramai 20 sukarelawan dari Politeknik Sultan Ibrahim turut membantu dan di antaranya;


12.17pm
Perwakilan telah mengosongkan dewan untuk mengundi dan lebih kurang 40 orang lagi menunggu giliran untuk mengundi.

Friday, October 18, 2013

Pekerja PETRONAS Maut Kemalangan..Waris Dicari...Sebarkan

7 comments
*GAMBAR TELAH DIPADAM ATAS PERMINTAAN KELUARGA ARWAH...

Mohon sebaran waris mangsa gagal dihubungi buat setakat ini

Mohon bantuan sesiap mengenali lelaki ini (Gambar) Yang terlibat dalam kemalangan sebentar tadi dan masih berada di tempat kejadian.

Mangsa yang hanya dikenali sebagai Fadzli merujuk kad kerja Petronas dipercayai terlibat dalam kemalangan semasa dalam perjalanan ke tempat kerja di sekitar Putrajaya.

Butiran maklumat

Nama : FADZLI

MOTOSIKAL : YAMAHA R1

PLAT NO. : WWQ 6669

TEMPAT KERJA : PETRONAS

HE : Mohon sebarkan...Telefon Bimbit Milik Arwah Tidak Dapat Di ON....

Gambar Ustaz @AnwarIbrahim Bagi Khutbah Di Masjid Abu Bakar, Adelaide tersebar....

2 comments

Wah bukan main lagi Anwar bg Khutbah...aku xde masalah dengan gambar ini...lantak p lah dia nak bagi khutbah kat siapa...cumanya aku teringat ucapan Ummi Hafilda yang mana berkata..tuan2 anwar ibrahim kalau pergi masjid dia akan cari mimbar dulu tuan..tuan..kalau korang pernah dengar ucapan Ummi sila sambung apa yang diucapkan selepas tu ____________________.....

Pandai betul Anwar ni bermuka...muka....depan orang Islam bagi khutbah...depan orang cina...lain pula dicakap..depan cina doll????haha!



Thursday, October 17, 2013

@JamawiJaafar Optimis Menang Undi Popular #JJ4NKPUM

0 comments

KOTA KINABALU: Tenom Umno Youth Division chief Jamawi Jaafar is keeping his fingers crossed on his chances in the tight race for the number two post of the national youth wing.

Being tied on 73-73 vote with closest rival Khairul Azwan Harun, he is however confident that he has the edge.

“We are expected to know our fate after Hari Raya Aidiladha and it would be based on the popular votes amongst Umno Youth members nationwide. It was a decision by the UMNO Election Committee (UEC), and I accept it without any protest.

“I am confident and believe that the popular votes are at my advantage, but anything can happen, so I will continue to keep my fingers crossed for now,” he said when contacted, yesterday.

Unlike Jamawi, his opponent’s proposer Mohamad Annuar Ariffin sent a letter on Monday to protest the results announced by the UEC the day before, stressing that the tie vote was irrelevant as Khairul had received more votes before the announcement was made.


The letter stated that based on the war room report, Khairul had received more than 73 votes, and that they have proof as the candidate representatives for the divisions could vouch for it.

About 230,000 delegates of Malaysia’s largest political party went to the polls on Saturday, electing the leaders in their respective wings at divisional and national levels.

Urging the EUC to examine the letter, Mohammad Annuar said they disagreed with the decision to base the result on popular vote as it was not fair to Khairul as he already had the majority.

Meanwhile, describing himself as a newbie in politics and Umno, Jamawi said the tie result actually came as a surprise.

“Umno Youth has just been in Sabah for 23 years, and as a kampung (village) boy, I believe I faced great contenders for the post. I did not expect to get so many votes and support from the Umno Youth members in West Malaysia, but I am honoured with their trust in me.

“I also know that not everyone voted for me, in fact, a few divisions in Sabah did not vote for me, but it is not a manifestation that they do not support me. I believe, if given the chance, I would meet up with them and invite them to join me in my struggle to further strengthen BN in Sabah and Malaysia.

“If I win, I will not waste the votes of confidence given to me. I will work hard not just for the party, but also ensure that young voters return to Barisan Nasional in the 14th general election,” vowed Jamawi, adding that for a start, he would assist the BN candidate in the Sungai Limau by-election in Kedah.

Apart from this, Jamawi, a Murut from Tenom, also wants to create a bridge between youths and the government, so their needs and grouses are heard.

“It was a four-cornered fight which I believe was a battle between brothers as they were times when we were all at the same place campaigning at the same time. What I really want to do is to build that bridge between the youths and the government, so together, we all can progress and that their voices and needs are heard.

“I want to further strengthen our hold in the state, and I believe, if we can gain the youths’ trust back, we will have no problem retaining victory for BN in the next general election,” he said.

Having said that, Jamawi said with or without the Umno Youth vice chief post, he would still continue to serve the party.

“I joined the party for the struggle. Winning a post would be a bonus, but I want people to know that my intentions and dedications are pure and sincere. Our struggle is to strengthen the ruling government’s hold in the country, and I believe we all can do it with or without a post in the party,” he said.

EUC chairman Tan Sri Tajol Rosli Ghazali on Sunday said a decision on the tie between Jamawi and Khairul would be made based on the number of popular votes garnered by the duo from only 190 out of 191 divisions.

Votes casted at the Pensiangan division, however, will not be included in the count for popular votes due to technical difficulties that happened during balloting in that particular division.


HE : Ada pulak memandai2 lebih daripada orang yang uruskan undi...dah ditetapkan seri 73 sama...boleh pulak kata 76 nak menangkan Khairul Harun....

Wednesday, October 16, 2013

Bahana Jawatan Naib Ketua Pemuda UMNO....Pembangkang Mula Ambil Kesempatan!!!Nak Balas Dendam Cec Ler Tu!!

0 comments

Puak pembangkang mula ambil kesempatan terhadap krisis pemilihan jawatan Naib Ketua Pemuda UMNO antara Jamawi dan Khairul Harun...puak pakatan haram ni memang pantang..suka ambil kesempatan...

Sibuk sangat nak amek pot hal rumah tangga dalam UMNO...walaupun aku tak berapa suka kat Khairul Harun ni tapi tak sampai hati pulak nak buruk-burukkan dia...

Aku tahu yang dulu Khairul Harun orang susah...masa bini beranak dulu....sekarang sudah senang aku pun tumpang gembira...macam mana boleh kaya tu..biarlah urusan dia dengan Allah...

Inilah akibatnya jika kita bertelagah macam cai2 Khairul Harun pertikaikan keputusan pemilihan...blogger pakatan rakyat yang menunggu bola tanggung tak lepaskan peluang emas ini.depa memang suka ambil kesempatan....

Ni link blogger sesat pakatan rakyat yang balun Khairul Harun tanpa belas kasihan...isk3...UMNO sama UMNO berebut kuasa...Pakatan yang untung...apadaaaaa!

Blogger bodoh Pakatan Rakyat dedah Khairul Harun...kesian Khairul harun..jadi mangsa pakatan rakyat... SINI

HE : Teruk sangat ke Khairul Harun ni...aku asik dengar yang negatif jer pasal dia ni...kata Khairul harun tabur duit untuk sokong dia jawatan NKPUMlah...dengar cerita dia sailang Lokman Adamlah...aku yakin Khairul Harun tak macam tu...harap itu GOSIP jer...tak payahlah gosip..repot je kt SPRM...tak pun kat Polis...kalau tak polis pun repot kt Pak Guard...hehe....terbaru ada orang cakap KJ nak dia jadi NKPUM...harap itu fitnah...aku yakin dengan KJ..dia takkan masuk campur....inikan pertandingan ADIK BERADIK...takkanlah dia nak jadj PENCATUR pulak....KANKANKAN....

Tuesday, October 15, 2013

Panas!!!! Pemimpin Pembangkang Kata Kristian Ahli Kitab?!!!

1 comments

Syukur kepada Allah telah menakdirkan kalimah itu khas utk umat Islam...ternyata kaum kafir betul2 sesat..ju meng mempermainkan kandungan Al-Quran...kristian bukan ahli kitab...PAS yang kononnya memperjuangkan Islam telah jauh dari perjuangan Islam...mohon gugurkan kalimah islam dalam PAS...kalau tidak mampu membawa Kafir kearah Islam...keluarlah dari Pakatan Rakyat!

Mereka pun menolak kitab Allah Injil...lagi mahu bicara dan terjemah ayat Al-quran...umat kristian kini bukan lagi ahli kitab...mereka menggunakan New Testesment yang mana telah mengubah kandungan asal Injil..jikalau umat kristian masih menggunakan Injil tak ada masalah untuk mereka menggunakan nama Allah SWT kerana mereka juga ahli kitab...nak kawin dengan mereka pun tiada halangan....

Tenyata PAS gagal menerangkan Islam kepada rakan tahaluf siasi mereka...gelaran khalifah bukan main senang lagi diberi...benda simple mcm ni pun gagal...

HE : Berapa ramai kafir yang tahu 99 nama Allah Asmaul Husna?jikalau mereka mahu gunakan juga maka mengucaplah  2 kalimah syahadah...masuk Islam terus!!!lg banyak pahala....

Monday, October 14, 2013

Hayati Sirah Aidiladha Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail

0 comments

HARI Raya Aidiladha mempunyai makna yang cukup besar kepada seluruh umat Islam di dunia. Ia juga dikenali sebagai hari raya haji, sempena umat Islam yang sedang menunaikan ibadah haji di tanah suci Mekah.

Salah satu keistimewaan Aidiladha ialah ibadat korban. Ibadat korban ini hanya boleh dilakukan dalam empat hari bermula selepas khatib menyampaikan khutbah Aidiladha sehingga sebelum tenggelam matahari pada hari ke 13 Zulhijjah.

Dari segi bahasa, korban bermaksud dekat, manakala dari segi istilah ia bermaksud menjalankan perintah agama atau taat kepada perintah Allah kerana ingin mendekatkan diri kepada-Nya.

Menjelang hari mulia ini juga kita sering teringat kepada sejarah Nabi Ibrahim menyembelih anaknya Nabi Ismail selepas menerima wahyu daripada Allah supaya berbuat demikian. Pada suatu hari Nabi Ibrahim bermimpi, dalam mimpinya itu Allah menyuruh Nabi Ibrahim menyembelih anaknya yang bernama Ismail.

Selepas mendapat mimpi itu, Nabi Ibrahim pun memberitahu isterinya yang bernama Siti Hajar. Maka berbincanglah Nabi Ibrahim, Siti Hajar dan Ismail. Siti Hajar berkata:"Mungkin mimpimu itu hanya mainan tidur saja tetapi kalau mimpi itu merupakan wahyu, wajiblah dituruti."

Apabila mendengar kata-kata ibunya, Ismail berkata kepada bapanya: “Ayahku, sekiranya ini merupakan wahyu dari Allah SWT, aku sedia merelakan diriku untuk disembelih". Setelah persetujuan dicapai, keesokan harinya Nabi Ibrahim pun membawa puteranya Ismail untuk disembelih.

Perkara Nabi Ibrahim hendak menyembelih anaknya telah sampai kepada pengetahuan orang ramai. Hal ini membuat orang ramai takut sehingga ada yang mengatakan: “Nampaknya Nabi Ibrahim mungkin sudah gila hinggakan mahu menyembelih anaknya sendiri. Kalau kita biarkan perkara ini, nanti kitapun akan dibunuhnya".

Walau apa pun tuduhan orang terhadapnya, namun Nabi Ibrahim tetap menjalankan tugas yang diperintahkan oleh Allah SWT terhadapnya. Setelah Nabi Ibrahim dan anaknya Ismail sampai pada tempat yang dituju, berkatalah anaknya: “Wahai ayahku, aku fikir cara yang baik untuk menyembelih adalah dengan cara aku disembelih dalam keadaan menelungkup tapi mata ayah hendaklah ditutup. Kemudian ayah hendaklah tahu arah pedang yang tajam dan ayah kenakan tepat kepada leherku."

Kemudian Nabi Ibrahim pun melaksanakan perintah yang Allah SWT perintahkan dalam mimpinya. Baginda pun mengucapkan kalimah atas nama Allah lalu memancungkan pedangnya pada leher anaknya itu. Maka terperciklah darah mengenai badan Nabi Ibrahim. Sebagai seorang manusia biasa, Nabi Ibrahim pun menggeletar dan membuka penutup matanya.

Tetapi alangkah terperanjatnya apabila melihat yang disembelihnya itu bukanlah anaknya melainkan seekor kibas. Dengan memuji kebesaran Allah SWT kedua-duanya pun berpeluk-peluk sambil bersyukur kepada Tuhan kerana memberi kekuatan sehingga dapat melaksanakan amanat daripada Allah SWT.

Seharusnya peristiwa pengorbanan yang dilakukan oleh Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail a.s ini diceritakan berulangkali agar ia tidak dilupakan, terutamanya oleh generasi muda. Berapa ramai agaknya anak muda di zaman ini yang sanggup berkorban merelakan diri disembelih oleh ayah sendiri?

Peristiwa pengorbanan Nabi Ibrahim menyembelih anak kandungnya Nabi Ismail, mempamerkan sifat ketakwaan dan ketaatan seorang hamba Allah demi menegakkan agama Islam walaupun terpaksa mengorbankan anak kesayangan sendiri. Setiap orang Islam sepatutnya memahami dan menghayati makna di sebalik peristiwa tersebut.

Peristiwa tersebut memberi makna yang cukup besar terutamanya dalam kehidupan hari ini di mana kebanyakan manusia semakin sibuk mengejar kemewahan dan kesenangan hidup. Pengorbanan bukanlah suatu perkara yang senang dilakukan, sebaliknya ia adalah sesuatu yang amat sukar.

Ibadat haji itu sendiri merupakan suatu pengorbanan apabila seseorang sanggup berkorban masa, tenaga dan wang ringgit untuk menunaikannya. Pengorbanan di antara sesama manusia contohnya, apabila seorang suami berpenat lelah mencari rezeki dan mendidik keluarganya serta pengorbanan seorang isteri terhadap suami dan anak-anak.

Seorang ibu yang sanggup tidak tidur semalaman kerana menjaga anaknya yang sakit juga telah berkorban. Tidak terkecuali pengorbanan ibu yang terpaksa bangun di tengah malam membancuh susu untuk anaknya. Walaupun nampak kecil, ia sebenarnya bukan sesuatu yang mudah untuk dilakukan jika tidak sanggup berkorban serta mengharapkan keredaan Allah semata-mata.

Dalam aspek kemasyarakatan, individu yang sanggup berkorban bakal mewujudkan suasana yang bahagia, aman dan tenang di dalam sesebuah masyarakat. Sikap tolong menolong, saling bantu membantu akan mengeratkan lagi hubungan silaturrahim di antara satu sama lain.

Sikap bekerjasama dan mengambil berat ini akan dapat mengikis perasaan mementingkan diri sendiri. Seterusnya ia bakal menjadikan umat Islam kuat serta mampu menangkis sebarang anasir yang tidak sihat dari mempengaruhi masyarakat. Namun pengorbanan haruslah ikhlas kerana Allah yakni, bagi mendapat keredaan Allah semata-mata, bukan dengan tujuan bermegah-megah atau menunjuk-nunjuk.

Harus diingat bahawa setiap dari kita berpotensi untuk melakukan pengorbanan. Memetik kata-kata seorang cendekiawan: “Isteri jadilah Siti Hajar walau suami bukan Nabi Ibrahim dan jadikan anak-anak kita Nabi Ismail".

PENULIS ialah Pegawai Penyelidik,

Pusat Kajian Syariah, Undang-Undang dan Politik, Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM)



© Utusan Melayu (M) Bhd

Undi Popular - @JamawiJaafar Punyai Kelebihan... #JJ4NKPUM @JamawiOfficial

4 comments

JAMAWI Jaafar yakin beliau mampu memenangi jawatan Naib Ketua Pemuda UMNO jika undi popular digunakan bagi menentukan kemenangan, setelah terikat 73 undi dengan seorang lagi calon Khairul Azwan Harun.

Jawawi berkata, berdasarkan undian perwakilan yang banyak diakar umbi, khususnya di Sabah beliau yakin undi popular beliau mengatasi Khairul Azwan.

"Ada yang telah mengucapkan tahniah kepada saya, tetapi kena tunggu hingga 17 Oktober ini dan saya telah dijemput oleh Jawatankuasa Pemilihan untuk melihat sendiri proses pengiraan undi popular dibuat," katanya ketika dihubungi.

Walaupun rasa berdebar-debar untuk menunggu keputusan muktamad, Jawawi berkata, beliau menerima sebarang keputusan dengan hati yang terbuka dan akan meneruskan agenda perjuangan serta merapatkan saf parti.

Beliau juga menyifatkan sistem pengundian baharu diperkenalkan benar-benar teruji apabila undi untuk jawatan tersebut terikat.

Kata beliau, terbukti bahawa sistem berkenaan adalah paling sesuai kerana keputusan dapat dibuat apabila undi terikat tanpa memerlukan pemilihan semula, sebaliknya hanya menggunakan undi popular.

Kaedah itu, kata Jamawi, akan memberi kepuasan kepada semua pihak dan mengingatkan semua pihak supaya tidak mempertikaikannya.

"Peringkat awal saya memang tidak yakin mendapat undi yang banyak daripada perwakilan dari 190 bahagian.

"Apa juga keputusan sama ada berpihak kepada saya atau tidak, saya akan terus bekerja bagi menguatkan parti khususnya Pemuda UMNO yang berperanan sebagai hulu balang parti," katanya. - MalaysiaGazette

HE : Sistem baru ni memang ramai yang tak faham..kebetulan sistem ini telah memberi kelebihan untuk JJ...sebenarnya salah satu punca kelewatan keputusan keluar ialah penyokong-penyokong Khairul Harun yang banyak sangat mintak pengiraan semula...apapun JJ tatap hebat bah!!!!

Sunday, October 13, 2013

Perwakilan UMNO Digelar Anjing?Budak Ni Yang Babi Sebenar...

1 comments

Budak gila ni tak sudah2 dengan bende bodoh dia buat kt twitter...kurang kasih sayang agaknya.....memalukan Nik Aziz jer....macam ni ke murid Nik Ajis?mcm ni ke penyokong Nik Ajiz...

TERKINI : @JamawiJaafar Terus Mendahului Kiraan Naib Ketua Pemuda!!!!

1 comments

Setakat ini aku dimaklumkan Jamawi Jaafar terus mendahului kiraan undi yang mana pesaing terdekat ialah Khairul Harun...

Setakat jam 8.30 pagi...Jamawi mendahului dengan 9764 undi perwakilan berbanding Khairul Harun dengan 8168...

Jumlah Undi dari 191 Bahagian pula menunjukkan Jamawi mendahului sebanyak 6 bahagian yang mana Jamawi mendapat 39 manakala 33 untuk Khairul Harun...sehingga jam 8.30 pagi tadi sebanyak 101 bahagian telah siap diundi...90 bahagian lagi bakal menentukan siapakah calon NKPUM yang baharu....

HE : Lambat jugak nak kira kan???orang yang declare dah menang sampai dah penat bersorak keputusan rasmi rak juga keluar...hihi

Kerusi Naib Ketua Pemuda Panas!! @JamawiJaafar Mendahului!!!

0 comments

Sehingga setakat ini kerusi Naib Ketua Pemuda menyaksikan Jamawi Jaafar mendahului kiraan undi mengatasi calun pilihan utama Lokman Adam...

Biarpun sudah kedengaran sorakan bergema dari penyokong Azwan Harun tetapi itu belum membuktikan kemenangan mutlak miliknya..

Selagi keputusan belum muktamad dan kiraan belum selesai janganlah bersorak...jangan jadi macam pembangkang masa PRU 13..keputusan masih dalam proses pengiraan pembangkang dah declare dia menang...

UMNO bukan macam pembangkang...aku pun tak berani nak kata sapa menang..cuma setakat ni..Jamawi mendahului!!!

Saturday, October 12, 2013

MalaysiaKini Promote @JamawiJaafar ..Rezeki Jamawi Dapat Publisiti Percuma.. #JJ4NKP

0 comments

Walaupun proses mengiraan undi sedang berjalan, namun seorang calon 'favourite' bagi jawatan naib ketua Pemuda Umno, Jamawi Jaafar berkata beliau telah mendapat perkhabaran yang menggembirakan mengenai kedudukannya.

Menulis dalam facebooknya sekitar jam 2 petang ini, Jamawi berkata beliau mendapat perkhabaran tersebut dari rakan-rakannya di seluruh negara.

Beliau yang juga pegawai khas kepada Datuk Seri Shafie Apdal. Proses pemilihan kepimpinan sayap Pemuda di peringkat bahagian dan pusat berlangsung hari ini.

Jamawi menulis: "Sedang mendapat perkhabaran yang mengembirakan daripada rakan-rakan Pemuda Umno seluruh Negara... Syukur Alhamdulillah".

Jamawi antara calon yang bertanding dalam persaingan empat penjuru bagi merebut jawatan nombor dua dalam pergerakan itu berlangsung hari ini.

Tiga lagi calon merebut jawatannya adalah pencabar terdekatnya yang juga ketua Pemuda Umno Perak Khairul Azwan Harun dan Exco Pemuda Malaysia Lokman Noor Adam.

Seorang lagi calon adalah ketua Pemuda Umno Lenggong Mohamad Iruan Zulkefli.

Keputusan awal bagi pemilihan Pemuda dijangka diketahui jam 7 malam ini. -MK http://bit.ly/19sb38c

ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA