networkedblogs

Bersahabat..

LAGU CERITA KEBENARAN SEMPENA HARI LAHIR PM, NAJIB RAZAK

Saturday, November 30, 2013

Perlantikan Ustaz Kazim Ditentang Pembangkang!!!Nak Berdakwah Pun Dihalang!!!

1 comments

Ya'allah..mulianya hati Ustaz Kazim..sanggup bekorban untuk meluaskan ilmh Islam...dia sebenarnya bukan hendak bersara tapi kenyatannya telah dispin oleh pembangkang...

Ni dia masuk UMNO pjnyalah teruk UKE dihina..sabarlah ustaz...anggap inj cabaran...parti politik pembangkang memang macam tu...

Telah tertanam diminda mereka bahawa apa yang dilakukan UMNO itu semua haram dan sesat...tak kiralah apa saja yang dilakukan UMNO..berdakwah itu bukan milik UMNO menurut mereka...berdakwah itu hanya milik PAS dan DAP...NAUZUBILLAH

HE: Ya'allah kau jauhkanlah kami dari anasir dan sifat mazmumah yang menjauhkan kami dari mendekatkan diri kepadamu Ya'allah...

Friday, November 29, 2013

GEMPAR!!! Air 3 Gelas RM 45.00 !! Peniaga Bengang Gara-Gara Elektrik Warong Dipotong

1 comments

Batu Pahat – Seorang kakitangan Tenaga Nasional Berhad (TNB) mendakwa terpaksa membayar RM45 hanya untuk tiga gelas air minuman yang dinikmatinya bersama dua lagi rakannya, di sebuah warung di sini

Mohd Hamidi Mad Tap, 37, berkata, dia bersama dua rakannya ketika itu dalam tugasan untuk membuat pemotongan bekalan elektrik di warung berkenaan.

Sementara melaksanakan tugasan itu, dia memesan tiga jenis minuman iaitu teh ais, milo ais dan teh O di warung tempat proses pemotongan bekalan utiliti dibuat.

“Saya ke warung itu adalah untuk memotong bekalan elektrik yang tertunggak sejak tujuh bulan lalu. Sementara menunggu urusan selesai, saya dan rakan memesan tiga jenis air untuk diminum.

“Kami hanya minum sahaja dan tidak memesan sebarang makanan, atau apa sahaja yang ‘special’ di situ. Bagaimanapun kami terkejut dengan jumlah bayaran iaitu sebanyak RM15 untuk setiap jenis air.

“Lebih menyakitkan hati saya, apabila baki sebanyak RM5 setelah saya menghulurkan wang RM50 itu dipulangkan dengan wang syiling,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Mohd Hamidi tidak menolak kemungkinan peniaga terbabit bengang dengannya yang bertindak memotong bekalan elektrik di warung tersebut.

“Apa pun alasannya, perkara ini tidak patut terjadi kerana kami juga sebagai pelanggan di warung terbabit, dan saya meminta resit bagi setiap air yang telah kami pesan.

“Saya juga memerhatikan, warung berkenaan juga tidak mempunyai papan tanda harga yang sepatutnya menjadi garis panduan buat pelanggan seperti saya ini,” katanya.

Menurut Hamidi, dia meminta pihak berkuasa tempatan (PBT), Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) dan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) supaya menyiasat dan mengambil tindakan yang tegas.

Selain itu katanya, peniaga warung berkenaan juga hanya mengeluarkan resit biasa sahaja yang ditulis dengan tangan, selain tidak mempunyai nama atau alamat warung berkenaan.

Dakwanya lagi, jika ia benar-benar istimewa, ia perlu mempunyai resit yang dicetak menggunakan komputer, sebagaimana restoran makanan segera.

“Peniaga terbabit perlu dikenakan tindakan sewajarnya sebagai memberi pengajaran kepadanya serta peniaga lain dan tidak melakukan kesalahan dengan menindas pelanggan lain pula,” katanya.

Sinar Harian kemudiannya, melakukan tinjauan di warung berkenaan dan cuba untuk mendapatkan penjelasan daripada pemilik warung berkenaan, namun dia enggan mengulas lanjut insiden terbabit.

Johor Pertimbang Kenaikan Gaji EXCO dan ADUN Dengan Kadar MUNASABAH - @KhaledNordin

0 comments

Sebagaimana yang telah dilaksanakan di Kedah Selangor..Penang dan Johor bakal memepertimbangkan kenaikan gaji Exco dan ADUN mereka..

Bezanya Johor tidak rakus seperti Selangor..MB Khalid Nordin Umum akan naik dengan kadar munasabah...
Kerajaan negeri Johor sedang mempertimbangkan untuk menaikkan kadar gaji EXCO dan elaun Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) negeri ini. 
Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, berkata kadar berkenaan dijangka dinaikkan pada kadar munasabah dan tidak melampau seperti dibuat pihak lain. -BH
HE : Naik gaji tu boleh tapi agak-agaklah....kalau nak bandingkan MB Selangor dengan Johor jauh panggang dari Api...Johor tak perlu Penasihat RM 1...ada Penasihat Ekonomi..bila dah dapat keputusan gaji MB naik jam tulah Nuar nak komplain mahal...tak cekap langsung jadi penasihat Ekonomi...


Penasihat Ekonomi kata kenaikan gaji tinggi...penasihat apa macam ni...dah umum baru nak bersuara...sepatutnya masa peringkat cadangan dia dah cakap...nuar...nuar!

Penang Pun Akan Naikkan Gaji ADUN Juga..ADUN Bakal Bergaji RM 11,500

2 comments

Agaknya ni musim naik gaji para pemimpin kot...lepas semua setle..Pilihan Raya setle...gaji ahli politik pembangkang pun naik...cuba kalau naikkan sebelum PRU komfem depa kalah punya...dalam mereka dok sebuk pertikaikan pegawai PM dibayar gaji tup..tup..gaji mereka pula nak dinaikkan...gilo...kerjanya fitnah BN dapat gaji berbelas ribu...hebat! 
Kerajaan Pulau Pinang juga dijangka menaikkan gaji bulan 40 Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan cadangan pindaan statut berkaitan dijangka dibentangkan minggu depan. 
Perkara itu dijangka diumumkan oleh Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng ketika akhir sesi persidangan pada 17 Disember. 
Bagaimanapun, untuk melakukan itu, pindaan terhadap Enakmen Anggota Pentadbiran Dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Saraan) 1980. 
Difahamkan bahawa statut - digelar Kertas Statut 1 2013 Pulau Pinang - untuk pindaan itu antara dokumen yang diserahkan kepada kesemua ADUN pada permulaan prosiding hari ini. 
ADUN negeri itu kini mendapat gaji pokok RM4,112.79 dengan elaun tetap RM2,000.
Elaun tetap termasuk RM500 (elaun khas), RM500 (hiburan), RM400 (pengangkutan) dan RM600 (pemandu). 
Jika kenaikan diluluskan, ADUN akan menerima gaji baru RM6,000 dan elaun RM5,500, menjadikannya RM11,500 untuk setiap seorang.
#TakpaSelangorKaya
Bukan aku tak bagi pemimpin tak boleh naik gaji..tapi agak-agaklah....Kedah pun naik juga..tapi hanya RM 1,300.00 jer...tak adalahlah sampai RM 5 ribu - RM 15 ribu...itu teruk sangat...

@AnwarIbrahim Hanya Perlukan 6 Minit Jer Untuk Menipu...Biar Gambar Dan Video Bicara Sendiri!!!

0 comments

Anwar hanya memerlukan 5 minit jer untuk pusing balik apa yang dia cakap..kejap kata bangla boleh didaftarkan kat SPR...lepas tu bila dipertikaikan dia bermati-matian tak mengaku...macam itu punya pemimpin pun kita nak jilat ke?

Aku malas nak tulis panjang..biar gambar dan video dibawah ini berbicara....



Khalid Samad Diperintah Bayar RM 300,000.00 Kepada Hasan Ali? Padah Fitnah...

0 comments

Khalid samad serti dilaporkan Utusan perlu membayar ganti rugi am RM 200,000.00 dan ganti rugi tauladan RM 100,000.00...ni sebab apa ek?kena saman ke?ek?ke sedekah?hihihi...

Harakah lapor tak berita ni?hehe

Thursday, November 28, 2013

Siti Aishah Jadi Hamba di London Hanya Lakonan?

0 comments

Nasib bangsa Melayu yang terjerat dengan fahaman komunis yang akhirnya membawa  kepada  penderitaan yang  tidak berpenghujung  perlu dijadikan sempadan. Siti Aishah Abdul Wahab kononnya dijadikan  hamba 30 tahun di Lamberth, London  merupakan individu yang dikehendaki polis pada  tahun 1970-an kerana aktiviti komunis menurut  Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar. Polis telah  gagal menjejaki beliau  selepas dipercayai melarikan diri ke London, England.

Walaubagaimanapun  kisah perhambaan Siti Aishah  seolah-olah drama  yang di olah bagi membolehkan beliau pulang kepangkuan keluarga.  Sabtu lalu, akhbar melaporkan wanita 69 tahun itu antara tiga wanita yang dibebaskan 25 Oktober lalu di London, selepas seorang daripada mereka menghubungi pertubuhan kebajikan. Dua wanita lain ialah warga Ireland dan Britain.

Siti Aishah  mula terjerat   dengan pergerakan Maoist iaitu politik melampau sehingga mengabaikan pengajiannya di London. Beliau  berasal dari Jelebu, Negeri Sembilan dikatakan meninggalkan negara pada 1968 untuk melanjutkan pelajaran di London School of Economics (LSE) di United Kingdom.
 
Sebelum ini beberapa blog ada melaporkan bahawa Mat Sabu menyanjung komunis dan merendahkan maruah anggota keselamatan. Perkara ini telah mengundang kemarahan ramai pihak yang telah menjadi mangsa kekejaman komunis.  Secara kasarnya  beliau telah dianggao terpengaruh dengan ideologi komunis.


Sebenarnya tindakan Mat Sabu ini juga dilihat sebagai sokongan terhadap pendirian  pembangkang yang secara langsung dan tidak langsung menganggap komunis sebagai pejuang kemerdekaan. Kekejaman dan keganasan komunis telah mereka abaikan semata-mata mengangkat perjuangan Chin Peng yang merupakan ketua komunis Malaya sebagai wira. Dengan kata lain kononnya bangsa Cina merupakan wira. Namun kita faham sangat bahawa mereka sebenarnya wira kekejaman dan kesengsaraan.

Berbalik pada kisah Siti Aishah, setelah  berlaku  pendedahan itu maka  kakak Siti Aishah, Kamar Mahtum diterbangkan ke London  bagi membuat pengecaman dengan membawa barang milik adiknya. Kononnya sewaktu  dalam kurungan, Siti Aishah dan dua wanita itu dilaporkan hanya dibenarkan keluar seketika untuk menjemur pakaian atau menemani suspek membeli barang.

Namun perkara sebenar terbongkar apabila Media Britain, The Daily Telegraph telah  menayangkan sebuah video yang dirakam pada tahun 1997 yang memaparkan salah seorang wanita yang didakwa menjadi mangsa perhambaan di London sebagai seorang warganegara Malaysia, Siti Aisyah Abdul Wahab.

Video tersebut menunjukkan tiga wanita sedang ‘memarahi’ seorang lelaki yang mahu bertemu dengan aktivis Maoist terkenal sekitar 1970an, Aravindan Balakrishnan. Krew tersebut sedang merakam sebuah dokumentari bersempena kematian seorang wanita, Sian Davies, yang meninggal dunia akibat terjatuh dari tingkap kamar mandi kediaman yang disewa oleh Aravindan yang turut dikenali sebagai Komrad Bala dan isterinya, Chanda.

Seorang wanita turut dipaparkan dalam video tersebut. Beliau dipercayai kelahiran Ireland, Josephine, 57, yang muncul di depan pintu rumah tersebut dan menuduh krew yang mahu bercakap dengan Komrad Bala itu sebagai ejen sebuah negara fasis. “Kamu semua adalah sebahagian dari negara fasis. Kami tidak mahu bercakap dengan kamu,” katanya kepada mereka.

Selepas itu seorang wanita berkaca mata dipercayai Siti Aishah muncul dan memberitahu kepada lelaki tersebut bahawa mereka tidak mahu bercakap dan bertemu dengan mereka sebelum menutup pintu rumah tersebut pada akhir video klip tersebut.

Oleh itu rakyat Malaysia harus jadikan ini sebagai iktibar. Jangan kita dengan mudah diperalatkan dan disesatkan dengan fahaman jahat. Sebelum kita melakukan perkara-perkara yang menyesatkan dan boleh membuatkan kita menyesal seumur hidup, fikir-fikirkanlah keluarga tersayang yang terpaksa  merana di atas perbuatan anda. Saksikan Video di SINI

Wednesday, November 27, 2013

Pro Mahasiswa UM Rakus Simbah Cat Rumah Sendiri?!! Lepas Tu Tuduh @PenggerakUM ? #PRKampus @RazaliIbrahim @TunFaisal

0 comments

Sabotaj konon...padahal nak create mileage supaya mahasiswa simpati..lepas tu buatlah sentimen kononnya Penggerak UM yang buat..macam tu?Kalau dah namanya Pro Mahasiswa..mainan mereka memang menipu helah...

Tengok jelah gameplan sifu mereka Pakatan Rakyat masa PRU 13..macam-macam fitnah mereka buat..kononnya peti undi tak jagalah...pengundi bangla lah...last..last mengaku sendiri...

Tak tahulah berapa banyak dosa yang mereka dah lakukan sepanjang PRKampus ni..setiap kali PRK mesti Pro Mahasiswa lakukan bende bodoh..ni semua nak dapat mileage cara mudah..supaya orang simpati...

Siang tadi aku ada post artikel yang Pro Mahasiswa amal budaya rasuah yang mana telah melanggar peraturan Pilihan Raya..boleh rujuk SINI ..aku syorkan Penggerak UM buat lapuran dan laporkan kesalahan ini kepada JK Tatatertib supaya undang-undang dapat ditegakkan...

Untuk makluman semua Pro Mahasiswa memang suka merekayasa cerita..tak percaya?tengok gambar di bawah...


Setiap kali PRK mesti diorang buat bende bodoh....tak macam Penggerak UM..mereka pun berkempen juga...tapi lebih matang..tengok kempen mahasiswa Penggerak UM di bawah...matangkan?


HE : Dah kenal calon Penggerak UM?besok jangan lupa pilih calon-calon ini tau...aku bukan rasuah..tapi tolong kempen..maaflah..tak ada cokelat untuk dirasuah...kalau nak cokelat rasuah p mintak kat Pro Mahasewel..

TERKINI : Calon Pro M UM Dikesan Beri Rasuah!!!Biar Gambar Bicara Sendiri @RazaliIbrahim @TunFaisal #PRKAMPUS

2 comments

Maruah mahasiswa Universiti Malaya hari ini dijatuhkan serendah-rendahnya apabila Pro M meletakkan harga diri mahasiswa UM dengan hanya sebatang coklat...

Belum pun berkuasa..belum pun menang sudah pandai beri sogokan..masa nak PRK nilah kempen beri coklat..semuanya sebab wajib mengundi calon mereka...

Dari info yang diterima...mahasiswa Universiti Malaya amat membenci Pro M kerana menganggap maruah undi mereka semurah sebatang coklat....

Jika menang agaknya...budaya rasuah ni akan jadi budaya baru di UM...semuanya kerana pemimpin Pro M kaki rasuah...baru jadi calon pimpinan universiti dah pandai rasuah...Kalau dah namanya macai Pakatan Rakyat..tak sah kalau tak rasuah...





Tindakan Serius harus diambil kerana PRO M ternyata melanggar peraturan PRK
HE : Gambar plastik PAS atas tadi tu kot yang ditiru Pro Mahasewel ni....kalau dah bapak kaki rasuah....anak beranak rasuah...mula2 bagi coklat...lepas ni bagi beras pulak...rasuah..rasuah..

TERKINI!!! DAP Senai Kantoi Berselindung Dibalik Pendaftaran Pengundi!!! #PRU14.. @KhaledNordin Alert!!! SPR Pun Ada Agen DAP Ke?!!!

0 comments

Peergh!!punyalah bijak DAP Kafir ni bergerak untuk persediaan PRU 14...nampak sangat mereka ini betul-betul mahu tawan Johor!!

Pakatan tahu yang orang Melayu dan India setia bersama BN..maka mereka menggunkan sepenuhnya pengundi Cina DAP dan sikit Melayu PKR dan PAS untuk tawan Johor..

Sebab itulah Md Sabu kata..jika Melayu menyokong PAS,Johor jatuh ke tangan pakatan...Cina sudah semestinya menyokong DAP..

Jadi Melayu dan India sedarlah..tengok balik mengapa 11 orang PKR keluar parti kerana mereka sedar yang mereka telah ditipu...aku tak nak lebih ramai yang ditipu...

HE : Haramjadah betul..guna pendaftaran pengundi untuk dapat undi...SPR pun ada agen DAP ke?

Monday, November 25, 2013

Seorang Mahasiswa PRO M UM Nyaris Ditembak? #PRKampus !!

0 comments

Pilihan raya kampus di Universiti Malaya setiap sesi pasti akan diperlihatkan dengan adegan2 mengejutkan satu Malaysia...perkara ini seringkali dilakukan oleh Pro Mahasiswa atau Pakatan Rakyat Kecik di universiti...

Bagi mahasiswa yang tidak mengetahui apa itu seni blackops..meh sini aku kongsikan..blackops ni ialah teknik yang Pro M lakukan sendiri semata-mata mahu meraih simpati...
Mereka akan serang diri mereka sendiri supaya mayarakat luar dan bakal pengundi yang terdiri dalam kalangan mahasiswa UM akan bersimpati..bila blackops dilakukan..pastinya mereka akan meraih simpati dan yang buruknya Pro Aspirasi kononnya mereka kejam menyerang calon Pro M...

Sejarah Blackops Pro M UM :
1) 2009/2010 :
-Kepala Babi di surau API
Pada jam 5 pagi, 16 Januari 2009, UM dikejutkan dengan penemuan 2 kepala Babi dalam surau Akademi Pengajian Islam, dalam kawasan UM. Blog Pro M mula menyiarkan foto-foto ini bagi menimbulkan keraguan bila anggota polis telah berkawal ditempat kejadian selepas laporan mengenainya dibuat.

2) 2010/2011 :
-Bantahan Sistem E-Undi
29 Januari 2010 - Pengenalan sistem E-Undi pada PRK kali ini mendapat bantahan dari kumpulan Pro M. Mereka mengadakan demonstrasi dengan aksi-aksi memalukan yang tidak sepatutnya dilakukan oleh seseorang bergelar mahasiswa

3) 2011-2012 :
-Matura Hilang
Seorang calon Pro M, Mastura Abu Bakar dilaporkan hilang pada 19 Februari 2011 semasa keluar berkempen.

Selepas 'ditemui' dua hari selepas itu Mastura gagal menjelaskan sebab kehilangan dan siapa yang menculiknya pun tak tahu

4) 2012- 2013 :
-Edikop dipukul hingga koma?
Pukul 4 pagi, 24 September 2012, Ketua Jentera Pro M UM, Edikoup Lakip Sediyanto telah membuat laporan polis mendakwa dirinya dipukul oleh sekumpulan lelaki tidak dikenali beberapa jam sebelum pengundian PRK UM bermula..

Edikoup ditemui pada petangnya dengan cuma calar kecil dikepala, tidak seperti dirinya parah dipukul oleh sekumpulan lelaki seperti didakwa...

5) 2013-2014
-Seorang anggota Pro M diugut dengan pistol?
Nantikan..pastinya Pro M akan lakukan apa cara sekalipun asalkan pengundi bersimpati..ini hanya ramalan...


HE : Mahasiswa bijak tidak perlu percaya taktik raih simpati Pro M..sesungguhnya amalan menipu sudah jadi tabiat mereka!!sama macam Pakatan Rakyat dalam isu Bangla 40 ribu....

DAP Johor Cuba Pertikai Keputusan Cuti Minggu Jumaat Sabtu !!! Jangan Biadap!!!

3 comments

Seperti diramal, akan ada suara bangkangan dari pihak pembangkang Johor terhadap pertukaran cuti negeri Johor Jumaat Sabtu...

Aku dari awal dah agak akan ada suara tidak senang macam ni...Pakatan Rakyat Johor tidak menggunakan PAS kerana pertukaran cuti ini memudahkan urusan ibadat...

Jadi mereka menggunakan proaksi DAP untuk menunjukkan tidak senang terhadap keputusan pertukaran cuti ini...alasan si Boo ni menjurus kepada kesan terhadap ekonomi Johor...punyalah berlapik alasannya..kata Wilayah Pembangunan Iskandar akan menghadapi masalahlah...cakap terus terangkan senang...Bangkang!!!

Taukey2 cina pasti tak senang sebabnya jika cuti sabtu dan ahad..kedua2 cuti ni orang akan soping maaa....jadi jika cuti jumaat sabtu..nak harapkan ari sabtu jer...ari Jumaat orang Islam beribadat dan rehat...

Kalau nak katakan ekonomi merudum sebab cuti Jumaat dan Sabtu adalah satu pembohongan besar!!!negeri Kelantan bawah PAS cuti jumaat sabtu MAJU jer!!!aktiviti perdangangan sungai golok berjalan lancar jer....hehehe

Pesst...Wilayah Pembangunan Iskandar DAP buat ke?tak payah nak terpekik terlolong lah kononnya DAP berusaha keras sampai tercetusnya usaha Wilayah Pembangunan Iskandar...baik duduk diam2!!!

Nak ambil kira pandangan laa apalah...tu semua alasan jer...nak suh tanya pandangan DAP ke?haha!

Berikut ialah petikan dari berita Sinar...
Pengerusi DAP Johor, Dr Boo Cheng Hau yang mahu pandangan rakyat dari sektor swasta sepatutnya diambil kira terlebih dahulu kerana pelaksanaan dasar berkenaan akan memberi kesan kepada pelbagai aspek. 

Menurutnya, penukaran cuti hujung minggu kepada Jumaat dan Sabtu dilihat akan memberi kesan kepada aspek ekonomi negeri ini khususnya pembangunan Wilayah Iskandar yang sedang pesat membangun pada masa kini. 

“Pendirian DAP Johor, kami akan tunggu dan lihat kesan ke atas pertukaran hari cuti minggu atas ekonomi Johor kerana negeri kita sedang bersaing dengan Pulau Pinang, Selangor, Kuala Lumpur dan Singapura dari segi pelaburan. 

“Pertukaran ini memerlukan jangka masa panjang untuk diketahui mereka dan disesuaikan kerana pasti pelbagai pertukaran urusan juga perlu dilaksanakan. Selain itu, pandangan sektor swasta perlu diambil kira serta turut memberi kesan kepada sektor pelancongan. 

“Ini disebabkan pelbagai urusan eksport dan import yang dijalankan memerlukan kerjasama daripada kedua-dua pihak baik sektor kerajaan mahupun swasta seperti jabatan kastam dan eksais dan Jabatan Imigresen,” katanya.
HE : Nak dengar titah Sultan ke dengar cakap DAP?...jadi tak payah layan suara sumbang ni!!!anggap je suara sumbang!!!! Wilayah Pembangunan Iskandar bukan cetusan DAP pun...depa nak hasil jer!!!!puih..,

Saturday, November 23, 2013

SAH Jumaat Cuti Minggu Di Johor

5 comments

MULAI 1 Januari cuti hujung minggu Johor ditukar ke Jumaat dan Sabtu.Sultan Johor tadi titah tadi ni bagi mudahkan rakyat beribadat dgn tenang-Agendanews

Friday, November 22, 2013

#PRKampus - Pro Pembangkang UPSI Langgar Peraturan Pilihan Raya Kampus... cc @DrJunaidy

0 comments

Gambar pelajar perempuan memegang sepanduk di atas merupakan satu daripada beberapa puluh gambar diperolehi daripada laman Facebook menyokong Mahasiswa Pendidik, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) yang menunjukkan pelajar-pelajar di sana telah memulakan kempen provokasi Pilihanraya Kampus di sini.

Secara jelas mereka telah memulakan kempen awal sebelum tarikh yang ditetapkan oleh Suruhanjaya Pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar (SPMPP) iaitu pada 25 Nov sehingga 27 Nov 2013.


Kalau nak difikirkan tindakan mereka ini memang sudah salah sebab berkempen terlebih awal daripada sepatutnya. Mungkin sebab dah tak sabar kot nak mengundi, itu pasal mereka sibuk-sibuk berdiri terlolong menarik perhatian orang yang lalu lalang di sana.

Salah tetap salah tapi adakah mereka yang mewakili Mahasiswa Pendidik ini bakal berdepan dengan tindakan dari SPMPP atau pihak yang berwajib sekadar melihat dan membiarkan saja?

Tunggu dan lihat.

Jom follow Twitter @WeLoveUPSI


HE : Ini perkara serius...pelanggaran peraturan dan undang2 harus diambil perhatian berat!!!

Salam Sembah Takzim Sempena Hari Keputeraan DYMM Sultan Johor Dari @HarapanEsok ... #LuaskanKuasamuJohor

1 comments

Thursday, November 21, 2013

TERKINI : DS @Azalina Pertahankan Lawatan Datin Seri Rosmah Ke Qatar...

0 comments

KUALA LUMPUR 20 Nov - Ahli Parlimen Pangerang, Datuk Azalina Othman Said hari ini menegaskan bahawa kehadiran Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor ke satu jemputan di Qatar bukan sebagai wakil kerajaan seperti yang didakwa oleh pembangkang.

Azalina berkata, isteri Perdana Menteri itu dijemput secara peribadi oleh Persatuan Perniagaan Wanita Qatar untuk menjadi tetamu pada program di Qatar tersebut dan ianya tidak ada kena mengena dengan dasar kerajaan.

"Tiada langsung dinyatakan bahawa beliau hadir atas dasar kerajaan dan beliau dijemput secara peribadi.

"Beliau dijemput sebagai tetamu dan merasmikan Forum Antarabangsa Usahawan Wanita Qatar dan beliau telah menerima anugerah semasa majlis tersebut," katanya ketika perbahasan di Dewan Rakyat di sini.

Semalam, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim menjelaskan, lawatan tersebut adalah jemputan rasmi dan isteri Perdana Menteri telah menjalankan tanggungjawabnya sepanjang lawatan tersebut.

"Kita patut berbangga kerana sebuah kerajaan menjemput isteri perdana menteri, rakyat Malaysia patut berbangga.

"Lawatan tersebut bukan seronok-seronok, tapi isteri perdana menteri telah menjalankan tanggungjawabnya," katanya.

Tambahnya lagi,  hasil lawatan tersebut akan didedahkan kepada umum kerana hasil lawatan itu merupakan satu perkara yang menguntungkan serta sangat positif. -RakyatNews

HE : Aku akan share laporan hasil lawatan Datin Sri Rosmah ke Qatar sedikit masa lagi..tunggu!!!

Wednesday, November 20, 2013

Anwar U-Turn Kata Tak Wujud 40,000 Bangla Undi BN #PRU13...kahkahkah!!!

0 comments

Anwar Ibrahim dalam parlimen hari ini nafi Pakatan Pembangkang yang menuduh BN membawa 40 ribu pengundi Bangla pada PRU13 lepas. Menurut Anwar Ibrahim angka 40 Ribu Pengundi Bangla itu adalah hasil SPIN Blogger Pro UMNO yang mana Anwar Ibrahim menafikan pakatan Pembangkang terlibat.

KAH KAH KAH... Ehhh apa punya Sial lah si Al Juburi ni? Waktu PRU13 puak puak pembangkang lah paling bising kata BN bawa 40 ribu pengundi dari Bangla. Portal Pembangkang Malaysiakini dan Blogger Macai PR bukan main spin kata 40 ribu pengundi Bangla.Sekarang dia pusing pulak salahkan Blogger Pro UMNO. Eh SIAL LAH...hahaha'

Tapi Anwar Ibrahim semua pun tahu memang pakar PEMBOHONG dan Putar Belit. Nasib baik lah Pakatan tak menang PRU 13 lepas kalau tidak ntah apa lah Rakyat Malaysia sekarang ni dok kena jual dengan Anwar Ibrahim Al Juburi. Hahaha

16 September cukup lah dik non...hahaha

Johor Terima Pelaburan Lebih Tinggi Dari 2 Negeri Pakatan Selangor & Penang! Tahniah @KhaledNordin

0 comments

Buat pertama kalinya nilai pelaburan Johor sehingga Ogos 2013 mencatatkan penerimaan pelaburan industri tertinggi negara iaitu RM8.8 bilion. 

Jumlah ini sebenarnya jauh meninggalkan jumlah pelaburan negeri seperti Sarawak, Selangor dan Pulau Pinang yang masing-masing mencatatkan sejumlah RM5.6 bilion, RM3.49 bilion dan RM1 bilion. 

Penunjuk ekonomi yang telah dikeluarkan oleh MIDA ini, jelas memaparkan bahawasanya pelaburan domestik dan luar mempunyai keyakinan tinggi terhadap keutuhan ekonomi negeri, malah mereka menaruh harapan yang besar untuk melihat penjanaan kekuatan ekonomi yang berterusan dan dipertingkatkan lagi.

Saya percaya semua ini terhasil kerana Johor bukan sahaja menawarkan pakej-pakej rangsangan pelaburan yang menarik malah lebih dari itu Johor telah mengenal pasti sumber kekuatannya baik dari segi kedudukan yang strategik di laluan perdagangan, kepelbagaian sumber ekonomi, tenaga manusia terlatih, prasarana lengkap dan keseimbangan pembangunan wilayah-wilayah Iskandar. 

Kerajaan Negeri akan lebih selektif di dalam pemilihan pelaburan di Negeri Johor demi memastikan ianya bukan sahaja dapat menjamin malah turut meningkatkan kualiti peluang pekerjaan dan tahap pendapatan yang lebih baik kepada rakyat Negeri Johor.

4 perkara yang menjadi kriteria Kerajaan Negeri di dalam pemilihan aspek pelaburan ;

1. Pelaburan tersebut harus berupaya memberikan nilai tambah terhadap kepelbagaian ekonomi Johor. Kepelbagaian sumber ekonomi Negeri Johor adalah perlu bagi mengelakkan kebergantungan terhadap bidang tertentu bagi memastikan ekonomi negeri berdaya tahan apabila dilanda krisis di dalam sesuatu sektor.

2. Ia mesti menyumbang kepada peningkatan peluang pekerjaan yang bermutu dan dapat mempertingkatkan kemahiran pekerja tempatan.

3. Ia haruslah mesra alam sekitar dan mendukung konsep pembangunan lestari.

4. Penekanan akan diberikan kepada pelaburan berteraskan teknologi terkini, yang akhirnya diharap akan membantu syarikat-syarikat tempatan mendapat manfaat melalui pemindahan teknologi. Pelaburan-pelaburan tersebut mestilah mampu mempertingkat amalan terbaik dalam pasaran buruh seperti kadar upah dan hak pekerja yang sesuai dengan piawaian antarabangsa.

HE : Nampak gayanya penasihat ekonomi Selangor si Nuar terpaksan terima hakikat bahawa Johor lagi mantap dari Selangor...peningkatan ini membuktikan pelabur luar yakin dengan Johor biarpun difitnah negeri tidak selamat..aku bukan nak kata apa lah...setakat Penang...memang tak boleh lawanlah...alangkan Sarawak pun depa tak boleh lawan beb...

Aku ucapkan tahniah kepada kepimpinan Khaled Nordin atas keyakinan pelabur..harapan aku..peningkatan ini akan memberi manfaat kepada rakyat Johor!!!

"Hidup Mati Johor"

Tuesday, November 19, 2013

Budak Hilang #VillaNabila Rupanya Sembunyi Rumah Kawan?!!

0 comments

Rasa macam nak maki pun ada kat budak ni...menyusahkan mak bapak..menyusahkan orang lain!!!

Rupanya dia lepak rumah kawan dia...aku syorkan budak ni jalani ujian air kencing..kot-kot lalok amek dadah ke..budak normal tak main sembunyi-sembunyi ni...

HE : Bukan susah pun nak popularkan..main sembunyi-sembunyi terus 1 Malaysia kecoh...

Monday, November 18, 2013

TERKINI!! #VillaNabila Sudah Jadi Pesta!!!Apa Sudah Jadi?

3 comments















Gambar-gambar ini dikirimkan oleh pembaca melalui email harapanesok@gmail.com .. 

Agak menghairankan bila villa yang kononnya menjadi tempat menyeramkan kononnya seorang remaja hilang di sini telah menjadi tumpuan ramai... 

Mudah sangat percaya...polis terpaksa datang untuk menyuruh pelawat keluar dari kawasan ini...
JOHOR BAHRU: Di sebalik cerita pelik dan menakutkan, Villa Nabila di Jalan Skudai berhampiran Teluk Danga di sini, terus menerima kunjungan orang ramai sejak awal malam dan kehadiran tetamu tidak diundang yang silih berganti itu tidak berkurangan hingga tengah malam tadi.
Menjelang tengah malam ini, dianggarkan 400 orang kebanyakannya remaja bertumpu ke kawasan banglo yang disenaraikan sebagai lokasi berhantu oleh sebuah portal pelancongan berpangkalan di Amerika Syarikat, Expedia. 
Tanpa takut atau bimbang dengan khabar angin tentang kehilangan 23 daripada 30 remaja di Villa Nabila itu, orang ramai melanggar garisan kuning yang dipasang pihak berkuasa untuk meninjau persekitaran dan dalaman banglo usang itu. 
Malah, ada remaja yang menjerit dan membuat bising di dalam banglo berkenaan untuk tujuan bersuka-suka dan membuat kecoh. 
Kira-kira 11.15 malam tadi, sepasukan peronda dihantar ke tempat kejadian untuk menyuraikan orang ramai yang menceroboh ke kawasan larangan itu. 
Bagaimanapun, kehadiran anggota polis itu tidak menghalang lebih ramai orang berkunjung ke kawasan persekitaran Villa Nabila. 
Kenderaan pengunjung yang diletakkan di bahu jalan itu juga mengakibatkan kesesakan hingga dua kilometer di Jalan Skudai menghala Tampoi berikutan pengguna jalan raya turut memperlahankan kenderaan untuk melihat orang ramai yang berkumpul di situ. 
Polis Johor menafikan dakwaan di laman Facebook (FB) bahawa seramai 23 daripada 30 remaja yang dikatakan memasuki Villa Nabila hilang sejak pagi Sabtu lalu. 
Sebaliknya, Timbalan Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan (JBS) Superintendan Abdul Samad Salleh berkata, siasatan polis mendapati hanya seorang remaja dilaporkan hilang dan siasatan masih diteruskan bagi memastikan remaja lelaki itu berada di banglo berkenaan atau tidak.

Katanya, laporan diterima daripada Norhayati Mohamad, 38, yang mendakwa anak lelakinya Mohammad Izzat Izuddin Husin, 16, tidak pulang ke rumah sejak petang kelmarin. [SUMBER]
HE: Orang cina pun ramai sey...dah macam pesta...apa nak jadilah...

Legoland, Puteri Harbour & Johor Premium Outlet Tarikan Pelancong Menarik Johor...cc @KhaledNordin

0 comments

Fokus Merancak Industri Pelancongan


Kerajaan Negeri berhasrat menjadikan sektor pelancongan sebagai sumber pertumbuhan ekonomi yang penting kerana Johor mempunyai produk pelancongan yang unik, bermutu dan mempunyai kelainan. Taman Negara Endau Rompin dan Taman Negara Gunung Ledang adalah khazanah alam yang luarbiasa keindahannya. Begitu juga Taman Laut Sultan Iskandar, yang menyajikan keindahan alam laut yang sukar tergambar pesonanya.

Menjadikan Johor sebagai destinasi pelancongan yang menarik memerlukan pelaburan bagi meningkatkan kemudahan prasarana dan kemudahan asas. Melalui inisiatif Wilayah Pembangunan Ekonomi Pantai Timur (ECERDC), kemudahan-kemudahan sokongan seperti menaiktaraf laluan pejalan kaki, jambatan, sistem pengurusan sisa pepejal dan jeti di 4 kepulauan pelancongan di Mersing akan dilakukan secara berfasa bermula tahun hadapan, dengan peruntukan sebanyak RM20 juta sehingga tahun 2016.

Johor juga mempunyai beberapa kawasan paya bakau yang diiktiraf sebagai tapak Convention on Wetlands of International Importance atau RAMSAR yang boleh dikomersialkan dan dijadikan tarikan pelancong bertaraf antarabangsa. Oleh itu, pihak Taman Negara dengan kerjasama IRDA akan menaiktaraf Pusat Penyelidikan RAMSAR dan kemudahan infra di Pulau Kukup bagi keselesaan pengguna dan pelancong. Kewujudan Legoland Malaysia, Taman Tema Puteri Harbour, Johor Premium Outlet serta pelbagai lagi produk pelancongan pasti mampu menjadikan Johor destinasi pilihan bagi pelancong dalam dan luar negara

HE : Hub pelancongan di Johor memang sedang berkembang pesat...ini semua hasil kebijaksanaan Barisan Nasional mentadbir Johor...daripada pembangunan jni Cina banyak dapat manfaat...tapi merela tidak pernah puas...selagi mereka tidak dapat kuasa selagi itu mereka akan berusaha...

Budak Hilang Di #VILLANABILA - Benar Atau Spin?

1 comments
Adik Nabila Ketika Masih hidup
Versi 1


REMAJA HILANG DI VILLA NABILA

18/11/2013 11:34am

JOHOR BAHRU - Seorang remaja lelaki berusia 16 tahun dilaporkan hilang selepas masuk ke dalam sebuah villa terbiar yang dikenali sebagai Villa Nabila di Jalan Skudai, di sini.

Timbalan Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Supritendan Abdul Samad Salleh berkata, remaja yang berasal dari Majidee, di sini itu dilaporkan keluar dari rumah sejak kelmarin namun tidak pulang ke rumah sehingga kini.

Abdul Samad bagaimanapun menafikan laporan yang tersebar di laman sosial Facebook yang mendakwa terdapat kira-kira 30 remaja yang hilang di villa terbabit menyebabkan villa tersebut dikerumuni orang ramai sejak awal pagi tadi.

"Ibu remaja berkenaan ada menghubungi rakan anaknya itu sebelum dimaklumkan anaknya itu telah masuk ke dalam Villa Nabila ini.

"Usaha mencari remaja tersebut masih dijalankan di villa berkenaan sama ada benar dakwaan remaja tersebut masuk dan hilang di dalamnya," katanya.

Beliau turut mengesahkan ibu remaja terbabit turut membuat laporan polis di Balai Danga Bay di sini pukul 1 pagi tadi.

Versi 2

Sekarang tengah heboh dan kecoh di Twitter seramai 23 budak-budak hilang selepas memasuki Villa Nabila.

Antara info ringkas :
  1. Masuk 30 orang, yang keluar 7 orang
  2. Ada suara, tapi orangnya takde.
  3. Rata-rata bawah 20 tahun
  4. Sebenarnya hanya seorang je hilang...





Namun berita 23 orang hilang disahkan palsu oleh wartawan program 999 @Hazrey (Twitter) yang berada di lokasi. Banyak khabar angin dan tokok tambah dari cerita versi asal. Yang hilang hanya seorang budak lelaki sahaja. Ibu mangsa mengatakan kali terakhir dia melihat anaknya masuk ke perkarangan Villa Nabila yang telah terbiar lama ini tetapi tidak diketahui dengan siapa.

Versi 3

Penulis baru sahaja mendapat berita ini dari seorang sahabat. Khabarnya pada tanggal 18 Nov 2013, lebih kurang 2 jam sesudahmidnight, 30 orang remaja berumur dalam lingkungan di bawah 20 tahun telah masuk ke dalam Villa Nabila tanpa diketahui niat mereka. Seramai 7 orang remaja berjaya keluar dari tempat itu manakala 23 orang lagi seolah-olah "terperangkap" dan hanya suara mereka sahaja yang kedengaran. Lokasi tersebut dipenuhi orang ramai dan terdapat beberapa kenderaan pihak berkuasa turut kelihatan di situ.


Menurut "Urban Legend" penduduk Johor Darul Ta'zim, jika sesiapa masuk ke dalam banglo tersebut dengan angka genap, ia akan menjadi ganjil. Contohnya jika seramai 10 orang yang masuk mereka akan mengalami kejadian aneh dimana akan terlebih seorang (makhluk halus?) atau terkurang seorang (disorok?).


Di bawah penulis ada menghidangkan beberapa gambar yang terdapat di laman twitter, yang kemungkinan dirakam di lokasi berkenaan. Setakat ini penulis berasa "Skeptical" terhadap kejadian tersebut selagi tidak mendapat kesahihan yang benar-benar sahih. Jika sesiapa yang mempunya info lengkap serta update terbaru, sila hubungi kami.






HE : Macam2 hal budak2 zaman sekarang..ni gara2 terpengaruh filem Higland Tower agaknya....ada 3 versi..terpulang kt korang nak percaya yang mana

ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA