networkedblogs

Bersahabat..

VIDEO VIRAL MERDEKA KE-60

Saturday, January 4, 2014

Johor Negeri Pertama Haramkan Lesen Hiburan Keluarga Berunsur Judi!1 langkah Bijak!!!


Kerajaan Johor mengarahkan 16 pihak berkuasa tempatan (PBT) di negeri ini supaya melancarkan operasi bagi memastikan semua pusat hiburan keluarga yang berunsurkan perjudian di negeri ini ditutup sepenuhnya. Langkah itu dilaksanakan berikutan keputusan kerajaan negeri tahun lalu untuk tidak lagi mengeluarkan lesen pusat hiburan terbabit, berkuat kuasa 1 Januari lalu.operasi itu akan dilakukan secara berperingkat bagi memastikan premis hiburan itu dapat ditutup sepenuhnya. Kerajaan negeri sudah mengarahkan semua PBT di negeri ini mengambil tindakan terhadap pusat hiburan keluarga berunsurkan perjudian yang masih ingkar terhadap undang-undang baru ini. 

Tak perbaharui lesen.

“Operasi secara besar-besaran juga akan dilakukan dari semasa ke semasa. Malah, kerajaan negeri sudah mengambil tindakan untuk tidak menyambung lesen lebih 100 permohonan pusat hiburan yang berunsurkan perjudian pada tahun lalu bertujuan membendung penularan dan peningkatan masalah sosial, terutama membabitkan generasi muda. 

Menerusi langkah itu, Johor menjadi negeri pertama di negara ini yang menguatkuasakan larangan terbabit dan inisiatif itu dilihat akan membolehkan pelbagai kegiatan haram yang bertopengkan pusat hiburan terbabit dapat dikawal dan dibanteras. 

Kuat kuasa 1 Januari 

Dijangka lebih 500 premis pusat hiburan keluarga berunsurkan perjudian yang masih beroperasi di negeri ini akan dikenakan tindakan penamatan lesen serta-merta, berkuat kuasa 1 Januari lalu.

HE - ini baru langkah awal...okkah...harap lepas ni haramkan tempat2 Judi no ekor...pusat2 maksiat...disko....lepas tu laksanakan Hudud di Johor...masa tu baru lah PAS mengelupur salahkan UMNO kerana Laksanakan Hudud di kala rakyat tak sedia...

2 comments:

Anonymous said...

hah!? johor?
aku ingatkn klntan ngeri ptama?
aisey, apala gunanya pas yg mmrinth klntn skian lama?
*klu jd alat kafir turun demo guling2 dan rempuh awek2 dkt dtran mrdeka, pasti pas slalu yg pertama kan?

Anonymous said...

EDARAN KPD MEDIA SOSIAL - SEHINGGA TEMPAT JUDI TERSEBUT DITUTUP
***************************************************************
!!! Adakah PEGAWAI DAERAH, YDP MPM & POLIS MUAR MELINDONGI JUDI HARAM ????? !!!!!

ADUAN MASUK HARI KE-14 (26/2 - 11/3/14) - TIADA TINDAKAN !!!!!!! ??????

KITA TUNGGU & LIHAT - MARI KITA SAMA2 MENGHITONG HARI ,,,,,,,,,????

MESIN JUDI DI BANDAR MUAR

Cara terbaik adalah kita bersatu mengunakan ALAM SIBER (Media sosial) 1) Pegawai Daerah - Yg Keluarkan lesen Pusat Hiburan 2) YDP MPM Yg Keluarkan Lesen Premis 3) Polis Muar Yg Menguatkuasa Undang 2 - Apa komen kwn2

1) Kita Mulai Dgn Kenyataan MB Johor - Baca Kenyataan nya
**************************************
https://www.facebook.com/MohamedKhaledNordin/posts/10151882975598173

DATUK SERI HJ. MOHAMED KHALED NORDIN
Kerajaan Negeri juga sudah mengarahkan semua PBT melancarkan operasi menutup lebih 500 pusat hiburan keluarga yang berunsur perjudian yang ingkar dengan penamatan lesen bermula 1 Januari 2014 utk mengekang masalah sosial di kalangan masyarakat.
- Ada Kah Pegawai Daerah & YDP MPM engkar Araham MB ?
Adakah mereka ini ada kepentingan dlm kegiatan tersebut ? -APA KOMEN ANDA ?

2) Polis Muar
***************************
!!! Adakah POLIS MUAR MELINDONGI JUDI HARAM ????? !!!!!

ADUAN MASUK HARI KE-12 (26/2 - 9/3/14) - TIADA TINDAKAN !!!!!!! ??????

KITA TUNGGU & LIHAT - MARI KITA SAMA2 MENGHITONG HARI ,,,,,,,,,????

- Polis Johor Dah Respond ( Dah 16 Serbuan – Tiada Kesalahan DiLakukan – Apa KOMEN anda ?
- OCPD Muar buat der BUAT TAK KISAH - Apa Komen Anda ?

Tolong Share & hebahkan Demi Anak Bangsa Kita

Sdr2 Anak Muar - Bantu Saya Membasmi Kegiatan Judi Haram
(Mesin/Majong) di Muar, terutama dlm bandar Muar demi anak2 bangsa
kita yang telah banyak dirosakan.

Sila salorkan maklumat kpd saya (pn/inbox) agar dapat mengumpul nya dan memberinya kpd pihak Polis Muar dan Polis Negeri Johor , Polis Bkt Aman Dan KDN- Kita sama2 tengok apa tindakan mereka - kita sama2 pantau mereka - ADA KAH ????? OCPD Muar dan anggota Polis nya melindongi kegiatan mereka ?????

Utk pemulaan saya telah membuat aduan/memberi maklumat kpd Polis Muar sejak dari 26/2/14 hingga 9/3/14 tiada tindakan dari mereka - kita
tunggu dan lihat permainan mereka ????? !!!!!!!

Lokasi yang saya lapurkan:
1) One ST - Bgn OneStop Store Jln Ali
2) Wera - Sebelah OneStop Store - Depan Pasar Awam
(Banyak lagi lokasi akan menyusul)

KITA SAMA2 TUNGGU & LIHAT APA TINDAKAN MEREKA !

Tolong Share & hebahkan Demi Anak Bangsa Kita

Rayuan dari Saya demi anak bangsa kita
JMY Muar (Usia:58 thn)
Ahli PERKASA LEDANG
Pengundi PRU Kaw Parlimen Muar
Bekas Pengerak Biro Tata Negara (BTN)

KWN2 tlg cek tempat2 mesin judi yang masih aktif - Bandar Muar - Bkt Pasir - Pekan Bakri - Serom Dan Tangkak
Tlg beri alamat/lokasi klu boleh snap gbar upload atau atau PM/inbox sy

** Ayo Pejuang dari UMNO/PAS/KEADILAN/PERKASA/BELIA/NGO ISLAM BUNTU SAYA YA DEMI ANAK BANGSA KITA & UMAT ISLAM ***

ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA