networkedblogs

Bersahabat..

BUAL BICARA #UMNO71 BERSAMA TAN SRI ANNUAR MUSA

Friday, January 3, 2014

Kereta Mercedes : Guan Eng Ludah Muka Sendiri...


Bukan main gah lagi Guan Eng perkenalkan kereta mewah Kerajaan takluknya menggunakan Mercedes Benz....macam2lah macai backup tindakan Guan Eng...

Ada yang kata lari cukai..ada yang kata xkena cukai...ada yang kata untuk kegunaan jangka panjang...

Guan Eng plak menunjukkan reaksi bersahaja..katanya untuk guna janhka masa panjang..agaknya dia terlupa yang dia pernah kritik tindakan kerajaan Terengganu membeli Model Kereta rasmi Mercedes..jom baca berita tahun 2008...


Khamis Julai 24, 2008
Lim: Tidak wajar Terengganu beli kereta mewah

PULAU PINANG: Tindakan kerajaan Terengganu membeli 14 buah kereta Mercedes Benz dilihat sebagai tidak wajar terutamanya dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu ketika ini.

Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng berkata, jika Terengganu ingin membeli kereta yang lebih berkualiti daripada Proton Perdana, ia boleh mencari kereta yang lebih murah daripada Mercedes Benz, seperti Toyota.

Dalam keadaan rakyat yang hidup susah, amat tidak wajar bagi pemimpin Umno memakai kereta mewah," katanya kepada hari ini sebagai mengulas tindakan kerajaan Terengganu membeli 14 kereta Mercedes Benz E200 Kompressor bernilai RM3.43 juta bagi kegunaan rasmi anggota Exco dan pegawai kanannya.

Lim, yang juga Setiausaha Agong DAP berkata, kerajaan Pulau Pinang sendiri telah membatalkan pembelian kereta Proton Perdana yang ditempah oleh kerajaan negeri yang lalu kerana hendak menjimatkan perbelanjaannya.

Katanya, memang pada asasnya kereta Mercedez itu lebih tahan dan berkualiti daripada Proton Perdana, tetapi tiada sebab bagi kerajaan negeri untuk membelinya ketika ini. BERNAMA

No comments:

ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA