networkedblogs

Bersahabat..

VIDEO VIRAL MERDEKA KE-60

Wednesday, February 12, 2014

Anwar Kempen #PRKKAJANG Terlalu Awal Melanggar Akta Perhimpunan Aman


Barangkali Anwar lupa yang sebenarnya dia telah berkempen awal walaupun musim kempen belum bermula..budak kecik pun tahu...jika perhimpunan aman rakyat kena maklumkan pihak polis dulu...

Bila polis ambil tindakan...pandai pulak tu nak salahkan PDRM..lepas tu merabanlah ckp salah UMNO....aduilah Anwar....

Polis akan memanggil penganjur kempen membabitkan calon PRK Dun Kajang, Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi membantu siasatan kerana gagal mengemukakan makluman awal kepada polis sebelum berkempen.

Ketua Polis Selangor, Datuk Mohd Shukri Dahlan berkata, tindakan itu diambil susulan tiga kertas siasatan yang dibuka polis kerana melanggar Akta Perhimpunan Aman 2012 iaitu gagal memberikan notis 10 hari sebelum berkempen.

“Kita akan panggil penganjur termasuk calon terbabit untuk beri keterangan dalam waktu terdekat,”katanya kepada Sinar Harian, hari ini.

Jelasnya setakat ini pihaknya tidak menerima sebarang notis pemberitahuan berhubung beberapa kempen yang diadakan di kawasan Dun berkenaan baru-baru ini.

Menurutnya polis akan melakukan siasatan secara menyeluruh di bawah Seksyen 9 (5) akta berkenaan.

Sinar Harian hari ini melaporkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menasihatkan bakal calon PRK Dun Kajang tidak berkempen awal sebelum penamaan calon bermula 11 Mac ini.
Pengerusinya, Tan Sri Abdul Aziz Yusof berkata, mereka yang memulakan kempen lebih awal boleh dikenakan tindakan dan didakwa di bawah Akta Perhimpunan Aman 2012.

Beliau berkata, kempen sebelum penamaan calon tidak termasuk dalam kesalahan pilihan raya di bawah Akta Kesalahan Pilihan raya 1954

No comments:

ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA