networkedblogs

Bersahabat..

BUAL BICARA #UMNO71 BERSAMA TAN SRI ANNUAR MUSA

Friday, February 14, 2014

Dong Zong NGO Rasis Perkauman Anti BN?!!!


Jika kita berada di negara lain,NGO seperti Dong Zong sudah pastinya telah dikuburkan atau tidak akan lahir sama sekali.Namun,atas dasar keterbukaan,Dong Zong wujud di negara ini dan hidup segar dan aktif pula.Hari ini,kewujudan Dong Zong untuk memperjuangkan pendidikan Cina telah melampaui objektifnya.Apa yang dapat kita lihat kini,Dong Zong bukan sebuah platform perjuangan pendidikan Cina seperti yang dilaungkan mereka,tetapi sebuah platform membina semangat perkauman Cina yang kuat.Pendidikan Cina yang diperjuangkan Dong Zong bukan sekadar berpaksikan bahasa ibunda mereka,bukan juga mempelajari budaya dan sastera secara mendalam tetapi menggunakan acuan yang berbeza dari pendidikan nasional dan hampir keseluruhannya berkiblatkan pendidikan Taiwan. 

Sekali gus,pendidikan Cina Dong Zong menolak sejarah negara serta meremehkan bahasa kebangsaan.Apa yang lebih dikesalkan ialah perjuangan Dong Zong yang bertentangan dengan aspirasi negara ini turut mendapat bantuan kerajaan dari berbagai segi.Maka tidak hairanlah apabila perjuangan Dong Zong semakin hari semakin keras dan melampau sehinggakan pertubuhan itu kini dirujuk sebagai kumpulan ekstremis Cina.Amatlah malang apabila para ekstremis ini menjadi peneraju kepada sekolah Cina, sekali gus merupakan pengaruh paling besar bagi generasi muda Cina.Hasil perjuangan Dong Zong dapat dilihat pada hari ini di mana,semakin ekstrem sifat Dong Zong,semakin biadaplah sikap anak-anak Cina terhadap negara.Dong Zong berjuang dengan mengambil pendekatan ‘samseng’.Ugut mengugut merupakan strategi utama untuk mendapatkan apa yang mereka mahu. Buktinya, setiap kali pilihanraya tidak kira PRK atau PRU,Dong Zong akan muncul melaungkan tuntutan demi tuntutan yang bukan-bukan. 

Bagi Dong Zong,pilihanraya adalah sebuah perniagaan di mana mereka perlu menjadi pihak yang untung sentiasa.Justeru,sebaik PRK Kajang diumumkan,Dong Zong pun menyalak lagi menuntut kerajaan mengiktiraf Sijil Peperiksaan Bersepadu atau Unified Examination Certificate (UEC).Sebenarnya sudah tiga dekad Dong Zong mendesak supaya kerajaan mengiktiraf UEC sebagai kelayakan untuk memasuki institusi pengajian tinggi awam (IPTA).Pengiktirafan UEC bermakna pemisahan sepenuhnya pendidikan Cina dari dasar pendidikan kebangsaan dan anak-anak Cina tidak perlu lagi menduduki SPM.Sebagai ‘samseng’,Dong Zong tidak boleh dibawa berbincang.Dong Zong tidak mampu memahami soal ‘aspirasi negara’ atau ‘arus pendidikan nasional’ atau apa-apa jua fakta.Dong Zong hanya tahu menuntut dan mengugut, pentingkan diri, rasis dan enggan mendengar sebarang penjelasan.Dong Zong tidak peduli jika anak-anak Cina tidak fasih berbahasa kebangsaan, tidak patriotik serta menolak sejarah negara sendiri,kerana sememangnya itulah yang mereka mahukan.Secara ringkasnya,Dong Zong tidak mahu ada kena mengena dengan semangat kebangsaan dan hala tuju negara tetapi hanya berfikir mengenai soal untung dan menang bagi masyarakat Cina semata- mata.Berdasarkan hakikat ini,inilah disarankan agar kerajaan turut berhujah dengan Dong Zong atas dasar untung rugi juga. 

Bayangkan kos yang perlu ditanggung kerajaan akibat terpaksa menubuhkan sekolah Cina atau India sedangkan di kawasan itu hanya terdapat 4 orang murid.Sudah sampai masanya kerajaan meletakkan syarat di mana sekiranya jumlah murid Cina atau India di kawasan itu masing-masing tidak sampai 100 orang,maka sekolah jenis kebangsaan tidak boleh dibina.Kita melihat tidak ada untungnya kerajaan terus melayan Dong Zong mahupun meneruskan sekolah vernakular di negara ini.Seharusnya kerajaan menghadkan kalau pun tidak menghapuskan terus sekolah jenis kebangsaan.Bayangkan betapa banyak penjimatan yang boleh dibuat oleh kerajaan dari segi kos bangunan, penyelenggaraan, gaji guru dan kakitangan, utility dan berbagai-bagai lagi jika langkah ini diambil.Lagipun,bukankah orang-orang Cina juga yang sering merungut mengenai perbelanjaan yang tidak perlu oleh kerajaan ??? Bukankah sekolah vernakular itu tidak perlu ??? 

Jika sekadar ingin belajar Mandarin,anak-anak Cina boleh sahaja mengambil kelas tambahan sepertimana anak-anak Melayu mengambil kelas tambahan agama lepas waktu persekolahan.Jika alasan ingin belajar budaya atau sastera Cina, maka ia tidak pernah menjadi sebahagian dari syllabus sekolah vernakular pun.Satu-satunya objektif utama Dong Zong untuk memperjuangkan sekolah vernakular adalah untuk memisahkan anak-anak Cina dari kaum lain dan dari arus pendidikan nasional.Objektif seperti ini amatlah ‘gelap’ iaitu jahat,rasis,kiasu,sombong,angkuh dan biadap.Tidak ada negara di dunia yang membenarkan sekolah vernakular selain Malaysia.Sudah lebih 50 tahun kita Merdeka, sekolah vernakular sudah tidak relevan lagi kerana ia tidak lagi menepati objektif asal penubuhannya.Justeru,kerajaan wajar menghapuskan sekolah vernakular kerana ia merugikan negara dari segi ekonomi dan juga sosial.Dalam pada itu,kerajaan juga wajar mengharamkan Dong Zong kerana bersifat ektremis dan bertentangan dengan slogan ‘kesederhanaan’ (moderate) yang dilaungkan Perdana Menteri..

No comments:

ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA