networkedblogs

Bersahabat..

MALAYSIA AMAN TANPA DAP!!!

Sunday, February 2, 2014

FAKTA INSIDEN PERLAWANAN PIALA FA ANTARA JDT DAN T TEAM..SEBARKAN!


Pihak PBNJ melahirkan rasa tidak puas hati dengan keputusan Pengadil Perlawanan pada malam ini di mana perlawanan tersebut di atas telah ditangguhkan dengan tiada keputusan yang saksama. 

1. Sebaik sahaja wisel penamat untuk separuh masa pertama dibunyikan, Stefano Impaguazzo , Jurulatih Kecergasan pasukan T-Team telah membuat provokasi dengan Cesar Fernando Giminez, Ketua Jurulatih pasukan Johor Darul Ta’zim.

2. Tiba-tiba pemain impot T-Team, Evaldo Rodrigues, memakai jersi nombor 16, telah meluru masuk menuju terus ke hadapan muka Cesar Fernando Giminez dengan memarahi Cesar dan ini terus berlarutan hingga ke terowong menuju ke bilik persalinan. 

3. Pihak keselamatan stadium yang diketuai oleh PDRM Johor telah berjaya meleraikan masalah tersebut.

4. Tiada apa-apa insiden yang buruk berlaku kepada pemain pasukan lawan dan juga penyokong pasukan lawan. 

5. Segala perjalanan dalam perlawanan di tengah padang juga amat cemerlang. 

6. Perlawanan terpaksa ditangguhkan kerana pasukan T-Team telah membuat keputusan mengejut dengan menarik diri serta pulang awal sebelum perlawanan pada masa kedua dimulakan. 

Pihak PBNJ tidak bersetuju dengan keputusan perlawanan ditangguhkan pada malam ini kerana apa yang berlaku tidak melibatkan pemain-pemain di tengah padang mahupun penyokong-penyokong ketika perlawanan sedang berlangsung.

Hidup Johor ! Demi Johor ! SUMBER RASMI PBNJ

13 comments:

Anonymous said...

Alhamdulillah..akhirnya kebenaran muncul juga..tq admin. Luaskan Kuasamu!

Anonymous said...

admin jdt ngn fakta dia..admin tteam ngn fakta dia..tggu report pengadillah..dok payah jd macailah..jdt bangang

Anonymous said...

Antara dua darjat. Perbezaan komen penyokong JDT dengan penyokong.... Komen yg pertama dibuat tanpa niat memburukkan pasukan lawan berbanding komen kedua yg bukan sahaja memburukkan pasukan lawan tetapi jugak mengaibkan diri sendiri

Shamsul Halmey said...

Ko tu lh bagang.....bodoh ckp org macai..lu lg trk dr macai...

Anonymous said...

dh ko pon same bangang jugak.. sebab membangang kn org.... ko pon macai jugak la... xtw lagi kebenaran terus nk bangang kn owg...

Anonymous said...

betul ke fakta awak tuuu! macam keleeentooooonnng aje!

Anonymous said...

T Team dah kalah, tu yang buat provokasi untuk menyalahkan JDT. Buat macam Pahang lawan JDT yang lepas untuk tukar stadium supaya tiada penyokong JDT.

Anonymous said...

T Team dah kena 2-1 tu yang takut kena tambah lagi. Nak tukar stadium atau nak advantage la tu. Saje je buat provokasi macam JDT dengan Pahang yang sudah.............

madd deng said...

Jdt dh kalah dgn pasukan kelab t team...pasukan star konon...tp maen hampeh.mula provoke bila rasa nk kllah lg tempat sndri lak tuuuuu

Anonymous said...

Takkan tteam saje-saje nak blah camtu je..mesti ade sesuatu yg berlaku.......

Anonymous said...

Abis sapa yang tumbuk tu? mak lampir ke? bongok.

nyanyi la lagu kalau aku gangster. ahaha

Anonymous said...

Belum tentu betul. Apa2 pun rahsia itu hanya Allah yang tau. Daripada menulis begini baik diam saja. Buat tambah dosa. Putus silatulrahim. Mmg syaitan bersorak la. Balasan Allah tetap ada. Doa org teraniaya ni amat mustajap. Buat solat hajat mohon ditunjukkan kebenaran.

Anonymous said...

betul tu ckp dlm ni pown xgune...jumpe depan kte bincg baik2 xtahan tgok muka ko aq pijak kn aje..

ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA