networkedblogs

Bersahabat..

MALAYSIA AMAN TANPA DAP!!!

Saturday, February 15, 2014

Insiden Terowong : Pemain T Team Seeloknya Minta Nasihat PBSNT Sebelum Rujuk AFC atau FIFA



Kuala Lumpur: Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) atau Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) boleh campur tangan kes ‘Terowong Larkin’. 

Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin ketika mengesahkannya berkata, tidak ada peraturan yang mewajibkan pemain import Evaldo Rodrigues dan jurulatih kecergasan T-Team, Stefano Impagliazzo itu perlu merujuk pihaknya. 

Bagaimanapun, dia berkata, seelok-eloknya kedua-dua individu terbabit merujuk dulu kepada majikan mereka iaitu Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) dan T-Team sebelum mengambil tindakan berkenaan.

Hak mereka 

“FAM tidak menghalang jika kedua-duanya mahu membawa perkara ini kepada FIFA atau AFC kerana itu hak mereka. Nak kata wajib perlu melalui FAM itu tidak, tetapi seeloknya-eloknya rujuk dulu kepada majikan mereka. Selepas itu, majikan mereka boleh rujuk kepada FAM. 

“Daripada situ nanti, FAM boleh bagi pandangan atau nasihat. Jika mereka terus membuat aduan kepada FIFA atau AFC sekalipun, kedua-dua badan induk itu tetap akan meminta penjelasan daripada persatuan untuk mengetahui gambaran sebenar,” katanya kepada BH semalam. 

Kelmarin, akhbar ini melaporkan Presiden PBSNT, Datuk Wan Ahmad Nizam Wan Abdul Hamid mengesahkan pihaknya tiada halangan jika Rodrigues dan Impagliazzo hendak membuat aduan kepada FIFA atau AFC berhubung kes Terowong Larkin yang membabitkan mereka itu. Malah langkah itu juga disokong Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said. 
Kes Terowong Larkin berlaku pada 1 Februari lalu ketika aksi pusingan kedua Piala FA membabitkan Johor Darul Ta’zim (JDT) dan T-Team di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin. Perlawanan itu terpaksa ditangguhkan selepas pasukan pelawat terbabit menarik diri pada babak kedua. 

Tindakan itu sebagai langkah keselamatan selepas Rodrigues mendakwa ditumbuk, manakala Impagliazzo turut dikatakan dikasari di dalam terowong stadium itu ketika mereka sedang menuju ke bilik persalinan. 

Mengulas lanjut Hamidin berkata, setakat ini FAM belum mendapat pengesahan daripada PBSNT atau T-Team sama ada Rodrigues dan Impagliazzo sudah mengemukakan aduan kepada FIFA atau AFC. 

“Belum ada apa-apa pengesahan mengenai perkara ini. Oleh sebab itu, saya tidak boleh komen panjang. Bila sudah ada pengesahan nanti, barulah kita boleh maklumkan,” katanya.

HE : Main tak hebat mana pun..kecoh lebih...tah ye tah tidak kena tumbuk...

No comments:

ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA