networkedblogs

Bersahabat..

MALAYSIA AMAN TANPA DAP!!!

Saturday, February 1, 2014

@KhairyKJ Tidak Setuju LCW Lawan @AnwarIbrahim ...Takut Nuar Kena Smash Ke?kehkehkeh!


KUALA LUMPUR: Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin hari ini berkata beliau tidak membenarkan jaguh badminton negara Datuk Lee Chong Wei 'disentuh' oleh mana-mana pihak yang ingin meletakkannya sebagai calon pilihan raya kecil Kajang.

"Jangan sentuh Lee Chong Wei. Beliau merupakan aset negara. Sebagai Menteri Sukan saya tak benarkan,“ kata Khairy dalam laman Twitternya tengah hari tadi apabila ditanya samada boleh atau tidak Chong Wei menjadi calon PRK Kajang.

MCA semalam telah memaklumkan akan meneliti semua cadangan termasuk meletakkan Chong Wei sebagai calon Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya kecil kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) N-25 Kajang.

Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai tidak menolak kemungkinan tersebut kerana katanya populariti Chong Wei mungkin boleh membantu memberikan kemenangan kepada BN di kerusi tersebut.

Sebelum ini, akhbar melaporkan Ketua Umno Bahagian Padang Besar Datuk Zahidi Zainul berpendapat MCA perlu meletakkan calon popular untuk mengatasi Anwar dan mencadangkan Chong Wei sebagai calonnya.

Menurut Zahidi yang juga Anggota Parlimen Padang Besar berkata, pemilihan Chong Wei sebagai calon juga dapat mengalihkan pelbagai isu yang melanda negara sekarang.

Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada 28 Jan telah menamakanKetua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahimsebagai calon Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kajang.

Pengumuman itu dibuat oleh Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim dalam satu sidang media di ibu pejabat PKR pada hari tersebut.

Pengumuman itu adalah berikutan kekosongan kerusi DUN Kajang ekoran perletakan jawatan penyandangnya yang juga dari PKR dan mesyuarat pimpinan Pakatan Rakyat (PR) memutuskan untuk meletakkan Anwar sebagai calon yang akan mewakili PR.

Turut hadir Anwar, Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub dan penasihat DAP Lim Kit Siang.

Sehari sebelum itu, ADUN Kajang Lee Chin Cheh, telahmeletakkan jawatannyayang disebut-sebut bagi memberi laluan kepada Anwar untuk menjadi Menteri Besar Selangor.

Anwar bagaimanapun menafikan beliau akan mengambil alih tempat Khalid sebagai Menteri Besar Selangor apabila ditanya wartawan sambil mengatakan dakwaan itu hanyalah spekulasi dan sudah diperkatakan sejak 2008 lagi.a


HE : Tak ada pun undang2 melarang atlet sokan terlibat politik....Contohnya Anwar...Dia pun Atlet Sukan juga...hebat...tahan lama...stamina padu...kuat...hehe....

No comments:

ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA