networkedblogs

Bersahabat..

MALAYSIA AMAN TANPA DAP!!!

Saturday, February 8, 2014

Pendedahan Sulit Teresa Kok Kantoi Menipu!



Ketua Penerangan UMNO Kelantan, Datuk Md. Alwi Che Ahmad mengakui ada menghubungi Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok menerusi telefon bimbit untuk menasihatinya supaya tidak terlalu celupar menghina orang Melayu dan pemimpin Islam.Bagaimanapun, katanya, panggilan itu hanya dijawab oleh pembantu Teresa iaitu seorang perempuan Cina yang memaklumkan majikannya itu sibuk dan boleh tinggalkan pesanan kepadanya untuk disampaikan nanti.

"Dalam perbualan itu, saya perkenalkan nama dan jawatan saya sebagai ADUN Kok Lanas dan bertanya kepada pembantu itu, benarkah YB Teresa menghina orang Melayu dengan kata ‘Melayu Sii..’ (bermaksud Melayu Mati). 

Pembantu itu jawab, YB Teresa sudah menjawabnya dalam Facebook."Saya kata, jika Teresa kata begitu (Melayu Sii), saya nak kata begini kepadanya dan tolong sampaikan, dia (Teresa) tu babi… dia kata Melayu mati. Saya kata awak Cina babi dan makan babi, ada masalah?,” katanya.

Beliau yang akan pulang ke Kelantan tengah hari ini akan membuat laporan di Balai Polis Pengkalan Chepa, Kota Bharu sebaik sampai di negeri itu petang ini berikutan dalam laporan Teresa semalam, menamakannya sebagai orang yang menggugutnya

.ADUN Kok Lanas itu berkata, perempuan pembantu itu kemudian menjawab, kononnya majikannya Teresa tidak pernah berkata demikian.Serentak itu, katanya, beliau meminta pembantu berkenaan memaklumkan kepada Teresa agar menghubunginya semula kerana Ahli Parlimen Seputeh itu mengenali beliau dan mereka sama-sama ahli Parlimen penggal lalu.

"Itu sahaja yang berlaku antara saya dengan pembantu Teresa, tetapi tiba-tiba dalam laporan polis yang dibuatnya, beliau mendakwa saya menggugutnya."Ini satu lagi pembohongan Teresa sebab dalam laporannya dia mendakwa saya ada menghantar whatsapp dan SMS.

 Padahal saya tak pernah kirim mesej, saya hubungi dia terus untuk bercakap sendiri dengannya."Tetapi dia tidak jawab panggilan saya, dia hanya berikan kepada pembantu perempuannya supaya menjawab sebarang pertanyaan. 

Saya kata pada pembantu itu, kalau Teresa kata Melayu sial, saya kata, Teresa babi. Itu sahaja," katanya.Menurut Md. Alwi, jika Teresa seorang yang berani sebagaimana beliau berani menghina Melayu, Ahli Parlimen Seputeh itu sepatutnya menjawab sendiri panggilan yang dibuatnya, bukan mewakilkan kepada pembantu.

Beliau turut kesal kerana perbualannya itu telah diputarbelitkan sehingga dituduh sebagai orang yang menggugut wakil rakyat."Jika tanya sedemikian pun sudah dianggap ugut, maknanya Teresa seorang yang sangat penakut dan pengecut. Sepatutnya, berani buat, beranilah tanggung," katanya. -6/2/2014

3 comments:

CEO Siber said...

'Please Note'

- Pelaburan jutaan ringgit 'skuad sayang selangor' sepanjang 5 tahun untuk merampas kembali selangor di tangan PKR tidak berhasil. Malah memberi 8 lagi kerusi Dun kepada PR.

- Walaupun beribu kali lakonan @ provokasi yang dimainkan oleh media UMNO BN ia tidak lagi relevan untuk Rakyat Selangor. Begitu juga Kelantan dan Pulau Pinang. Ia tetap akan menjadi milik kekal PR.

- Terengganu juga bakal mengikut jejak selangor... Lihat saja pru 13 hanya 2 kerusi sahaja berbeza dan kemerosotan ketara BN...

- UMNO BN akan membubarkan 'Skuad Sayang Selangor' dan mengantikan 'Skuad Sayang Terengganu' pula. UMNO BN yakin bila perlaburan jutaan ringgit diberikan kepada rakyat Terengganu terutama anak muda akan mengekalkan Terengganu ditangan mereka.

- UMNO BN akan kekal memerintah Terengganu jika pelaburan mereka berjaya dalam 'Skuad Sayang Terengganu'... Lihat saja bukti jelas apabila pelaburan RM15,000 untuk satu keluarga FELDA dapat mengekalkan undi mereka kpd UMNO BN walaupun sedikit merosot... Jadi apa sangat bezanya level pemikiran anak muda FELDA dan Anak muda Terengganu?

- UMNO BN tetap akan membubarkan 'Skuad Sayang Selangor' apabila Anwar berjaya menjadi MB selangor. Aura Anwar yang kian kuat kpd anak muda Selangor hanya menjadikan usaha mereka sia2. Lebih baik mereka tumpukan Negeri lain yang juga akan jatuh ke tangan PR...



Akhir Sekali, adakah UMNO BN akan menyumbat kembali Anwar ke penjara untuk tempoh 10 tahun lagi untuk menghalang daripada menjadi MB Selangor??..... Tetapi yang pasti, UMNO BN akan 'ketandusan strategi' untuk merampas kembali Selangor dan menemui 'jalan mati' untuk menarik sokongan pengundi muda dan pengundi baru yang sudah terdidik sejak 5 tahun dulu..

Anonymous said...

Apa guna menang dan memerintah jika bkn kuasa dtangan.. Lihat saje PKR dSelangor, DAP gunakn PKR utk nyahkn melayu.. Dimana pengundi melayu akn dtg bila kuasa bkn dtgn melayu.. Fikir2kn.. UMNO tidak pe rnah menuduh anwar aljuburi tp gelaran itu diberi olh PAS dan DAP.. Sekali lg bkn UMNO yg beri!

Anonymous said...

Tak habis Melayu sanggup jadi barua bangsa asing, mereka senang-senang aje, Melayu yang bergaduh sesama sendiri,UMNO.PAS dan PKR semuanya serupa aje, jilat menjilat bangsa asing.........nasib dapat pemimpin macam ni.

ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA