networkedblogs

Bersahabat..

MALAYSIA AMAN TANPA DAP!!!

Sunday, February 2, 2014

#PIALAFA : FAM Gagal Kendali Kes Pemain Boikot Perlawanan Dengan Bijak! #JDT #TTEAM @KhairyKJ


Punyalah teruknya FAM mengendalikan kes pemain yang tidak mahu bermain...hanya di Malaysia sahaja berlaku!pemain yang tak nak main atau tarik diri diberi peluang untuk perlawanan sambungan...

Kalau diluar negara...mana..mana pemain yang memboikot akan dikira kalah...ini terjadi di Sepanyol dalam piala suku akhir Copa Del Rey...tak sampai 24 jam kejadian yang sama (pemain boikot) berlaku di Malaysia...namun tindakan FAM sangat lemah dan belum capai standard antarabangsa...rujuk berita pemain boikot perlawanan dikira kalah...
SANTANDER — Racing Santander memboikot perlawanan suku akhir Copa del Rey menentang Real Sociedad semalam kerana masalah pembayaran gaji. Mereka enggan beraksi selagi presiden kelab belum meletak jawatan. 
Sociedad berkunjung ke Stadium El Sardinero dengan memegang kelebihan 3-1 daripada saingan suku akhir pertama. 
Namun pemain-pemain kelab divisyen tiga Sepanyol itu tidak meneruskan permainan hanya seminit selepas ia bermula. 
Kedua-dua pasukan masuk ke dalam padang tetapi pemain Santander berbaris di garisan tengah selepas sepak mula dan enggan meneruskan permainan, memaksa pengadil menggantung perlawanan. 
Pemain Sociedad menyepak bola di sekeliling padang sebelum menendang ke arah penonton yang menunjukkan sokongan mereka terhadap pemain sambil bersorak 'jangan main'. 
"Apa yang kami lakukan hari ini adalah tanda hormat kepada bola sepak, sukan yang kami sayangi. Hari ini adalah perlawanan sangat penting buat kami tetapi maruah kami lebih bermakna," kata jurulatih, Paco Fernandez. 
Kesatuan pemain antarabangsa, FIFPRO dan Kesatuan AFE Sepanyol menyokong tindakan tersebut, selepas pemain tidak dibayar gaji selama empat bulan. - AGENSI 
© Utusan Melayu (M) Bhd

HE : Dari pengurusan sampai ke pengadil..mutu FAM masih ditakuk yang sama...bezanya FAM dengan liga luar hanya kerana saman...sikit..sikit saman...itu yang FAM tahu!

4 comments:

Anonymous said...

FAMB selamanya!!

REFF said...

kahkahkah! penyokong JDT TTEAM gaduh..FAMB untung dpat saman..kahkahkah!

Anonymous said...

Jgn nak slahkan FAM aje... pemain T Team merasakan keselamatan mereka terancam (nyawa beb....)

Anonymous said...

Player import kurang ajar

ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA