networkedblogs

Bersahabat..

MALAYSIA AMAN TANPA DAP!!!

Tuesday, March 25, 2014

#MH370 :BENAR-BENAR KAU MENDARAT DI SISI TUHAN


Mungkin kau tidak kami sifatkan sebuah keranda gergasi yang menerbangkan mereka ke sisi Tuhan...
Pada malam kami menonton Ketua Negara membuat pernyataan

Dengan sebak dan pilu yang ditahanaq
Maka pasrahlah kami bahawa telahpun bertemu jawapan
Pencarian telah tiba di penghujung jalan.

Berakhirlah sebuah penantian
Walau masih banyak persoalan
Mengapa burung gergasi itu mendaratnya di kedalaman
Jauh dari sebarang lapang pendaratan
Di tempat paling pencil dan sunyi lautan
Ternyata doa kita telah dijawab oleh Tuhan.

Maha suci Pencipta
Telah membuktikan tiada alat ciptaan mampu mendapatkan
Walau secanggih mana rekaan ilmuan
Jika bukan Dia memberi perkenan.

Maka insaflah kami
Kau Maha Mengetahui
Walau yang dicari cuma sebutir pasir dalam laut paling dalam
Atau sehelai daun dalam hutan paling tebal.

Tuhan... kami selesai sudah menunggu
Perkhabaran dari-Mu
Biarlah airmata yang telah kering
Mengalir semula
Untuk kami menginsafi

Detik-detik akhir mereka dia dalam sana
Menyaksikan debaran kuat saat-saat cemas melalui Koridor Selatan
Dan menjunam, dan tenggelam, dan kelemasan

Menyaksikan satu persatu teman senahas
Dijemput Tuhan
Dan ternyata segah manapun kenderaan buatan manusia
Secanggih manapun teknologi pengesan

Hanya bukan apa-apa
Jika dibanding ciptaan-Mu
Maka benarlah, kami bukan pencipta, Tuhan...

Kami tertunduk malu
Dalam kesedihan
Mengakui kami bukan siapa-siapa
Tanpa perkenan-Mu
Jika ini isyarat-Mu, Tuhan

Benar, kami telahpun menerimanya
Dan MH370... benar-benar telah mendarat di sisi Tuhan.

Oleh : Moh Azam Rezali.

No comments:

ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA