networkedblogs

Bersahabat..

BUAL BICARA #UMNO71 BERSAMA TAN SRI ANNUAR MUSA

Monday, March 31, 2014

PENDIDIKAN PERCUMA...PAKATAN RAKYAT MUNGKIR JANJI..TANDA MANUSIA MUNAFIK!!!

KOLEJ MILIK PAS KOLEJ UNIVERSITI ISLAM ZULKIFLI MUHAMMAD (KUIZM)
Inilah dinamakan Pakatan bersama rakyat...apa mereka cakap itu mereka buat..mereka perjuangkan Pendidikan Percuma...akhirnya mereka berjaya merealisasikan hasrat ini...tahniah dan syabas pakatan?!!!

Perkara seperti ini harus ditakuti oleh Perdana Menteri Najib Razak....Najib mesti tengah terketar lutut...rakyat BN mesti mati akal....Pakatan berjaya laksanakan Pendidikan Percuma mendahului kerajaan BN....

Hasil daripada manifesto Pendidikan Percuma Pakatan.maka dengan ini aku nak kongsi bagaimana dikatakan Pendidikan Percuma...ikuti temubual Rektor KUIZM bersama wartawan HARAKAH (UNTUK AHLI PAS SAHAJA)


Rektor KUIZM, Dr. Shahbudin Ngah membicarakan gagasan dan hasrat kolej milik PAS itu kepada wartawan Harakah, Nyza Ayob di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut.

Pengambilan pertama pelajar KUIZM mulai Julai depan. Bila pembinaan dan pengubahsuaian Markas Tarbiyah PAS Pusat yang kini dijadikan bangunan KUIZM siap sepenuhnya?

DR. SHAHBUDIN NGAH: Mengikut perancangan awal, kami berharap ia dapat disiapkan pada Mei. Tetapi atas beberapa sebab teknikal, kami berharap selewat-selewatnya ia disiapkan sepenuhnya pada Jun ini supaya pelajar-pelajar dapat memulakan pengajian pada Julai nanti.

Yuran pengajian yang dikenakan setiap semester, macam mana?

Kuizm satu-satunya kolej yang mengenakan yuran pengajian yang agak murah iaitu RM1,500 untuk satu semester. Kami faham, tidak semua mampu untuk belajar apabila yuran dikenakan agak tinggi. Falsafah kami untuk memberi peluang kepda semua pihak untuk belajar dengan mengenakan yuran yang agak rendah. Kami tidak mahu apabila seseorang itu sudah tamat pengajian tetapi masih dibebani dengan hutang pengajian. Yuran asrama juga berpatutan. Kami juga sedang berusaha untuk mendapat pengiktirafan LAN. Apabila mendapat pengiktirafan LAN, pelajar-pelajar mungkin boleh memohon PTPTN. Kami juga berharap dapat menyediakan tabung pendidikan. Kalau boleh hasrat kita, semua yang belajar di KUIZM secara percuma. Kita berharap semua pihak akan membantu agar kita dapat menyediakan tabung ini. Jika adanya tabung ini kita mungkin dapat menyelamatkan pelajar-pelajar daripada berhutang.
RM 1,500.00 DIKATAKAN MURAH?MEH SINI AKU TUNJUK YURAN UITM..BAWAH NI


YURAN UITM HANYA RM 470- RM 743 SAHAJA..KALAU NAK BANDINGKAN DENGAN RM 1,500.00 MANA LAGI MURAH?

JAWAPAN PAS RM 1,500 LAGI MURAH DARI RM 743...KIKIKI

Kalau ada tabung boleh laksanakan Pendidikan Percuma...cakap memang senang...kerajaan BN pun hanya mampu bagi subsidi (tanggung kerajaan) jer..nak tunggu tabung cukup sampai bila?lebuh raya rakyat lagi nak tunggu tabung penuh...sampai bila owh pakatan oi!..Pakatan ni kalau berakap bulan dan bintang memang cantik...bila tak mampu ada saja nak CILOK nya...

HE : Sabda Rasulullah SAW: "Tanda orang munafik ada tiga: jika berbicara dia dusta, jika berjanji dia ingkar, dan jika dipercaya (diberi amanat) dia berkhianat."

No comments:

ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA