networkedblogs

Bersahabat..

VIDEO VIRAL MERDEKA KE-60

Sunday, March 30, 2014

Terkini : Beli Rumah 'DISKAUN' Sehingga RM30,000.. #MyHome #MerakyatkanKerajaan @NajibRazak @KhaledNordin


Menteri Besar Johor, Datuk Seri Khaled Nordin menyambut baik Skim MyHome yang mana akan membantu pembeli mengurangkan harga rumah sehingga RM 30,000...sungguh bertuah rakyat Malaysia...

Kerajaan bantu bayarkan sehingga RM 30,000...jika harga rumah RM 100,000 maka pembeli hanya perlu membayar RM 70,000 sahaja...

Aku mengharapkan projek seperti ini akan dibawa ke negeri Selatan ini agar matlamat Muafakat Johor bagi Merakyatkan Kerajaan akan tercapai.

Untuk maklumat lanjut boleh rujuk artikel di bawah...
Skim MyHome menawarkan insentif sehingga RM30,000 seunit kepada pembeli-pembeli rumah dan pemaju-pemaju swasta, untuk meningkatkan pemilikan dan pembangunan rumah mampu milik di negara ini. MyHome akan dilaksanakan mulai 1 April 2014.  
Ciri-ciri MyHome adalah seperti berikut: 
(i) MyHome1 menawarkan harga jualan rumah antara RM80,000 – RM120,000. Golongan sasaran adalah isi rumah yang berpendapatan RM3,000 – RM4,000;
(ii) MyHome 1 Sabah dan Sarawak menawarkan harga jualan rumah antara RM90,000 – RM120,000. Golongan sasaran adalah isi rumah yang berpendapatan RM3,000 – RM4,000; 
(iii) MyHome2 menawarkan harga jualan rumah antara RM120,001 – RM200,000. Golongan sasaran adalah isi rumah yang berpendapatan RM4,001 – RM6,000; dan
(iv) MyHome 2 Sabah dan Sarawak menawarkan harga jualan rumah antara RM120,001 – RM250,000. Golongan sasaran adalah isi rumah yang berpendapatan RM4,001 – RM6,000. 
Bagi Sabah dan Sarawak, harga rumah MyHome adalah sedikit berbeza memandangkan kos pembinaan yang lebih tinggi di kedua-dua negeri itu. Keluasan minimum rumah MyHome1 adalah 800 kaki persegi dan MyHome2 pula adalah 850 kaki persegi.  
Rumah-rumah yang dibina di bawah MyHome juga perlu dilengkapi dengan 3 bilik tidur dan 2 bilik air serta perlu disediakan dengan kemudahan-kemudahan asas seperti tempat letak kenderaan, dewan, surau dan taman permainan. Ini bagi memastikan pembeli rumah MyHome ini menduduki rumah yang selesa serta lengkap dengan kemudahan-kemudahan sosial. 
Pemilihan pemaju tersebut akan dilaksanakan melalui Jawatankuasa Pemilihan Projek MyHome di KPKT. Setiap permohonan pemaju akan dipertimbangkan, berdasarkan syarat-syarat kelayakan seperti berikut : 
(i) Syarikat pemaju mestilah syarikat yang sah ditubuhkan dan diperbadankan di bawah undang-undang Malaysia. 
(ii) Setiap pemaju dihadkan untuk menerima insentif tidak melebihi 1,000 unit dalam satu pemajuan projek. 
(iii) Projek diluluskan pada tahun 2014 atau sebelumnya layak memohon di bawah MyHome ini.
(iv) Keutamaan diberikan kepada pemaju perumahan swasta.
(v) Projek-projek MyHome hendaklah dilaksanakan di atas tanah milik swasta dan bukannya di atas tanah milik Kerajaan.
(vi) Pemaju perumahan yang ingin menyertai skim ini mestilah berlesen serta telah mendapat kelulusan Kebenaran Merancang dan Pelan Bangunan daripada Pihak Berkuasa Negeri (PBN) dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT). 
Seperti yang kita sedia maklum, tujuan skim ini dilancarkan adalah untuk menggalakkan pembinaan rumah mampu milik oleh pemaju-pemaju swasta. Justeru, bagi membantu pemaju perumahan swasta terutamanya aliran tunai mereka dalam pelaksanaan projek MyHome ini, pembayaran MyHome akan dilaksanakan kepada pemaju dengan cara berikut: 
(i) Bayaran insentif RM30,000 daripada harga rumah akan dibayar kepada pemaju secara upfront melalui MyHome ini dan baki harga rumah akan dibiayai sendiri oleh pembeli. 
(ii) Pembayaran RM30,000 ini adalah termasuk bayaran deposit sebanyak 10% kepada pembeli apabila Surat Perjanjian Jual Beli ditandatangani. Ini bertujuan untuk membantu pembeli dalam menyediakan deposit pembelian rumah.
(iii) Pemaju perlu memastikan pembeli mendapatkan pembiayaan pada baki harga rumah sahaja selepas ditolak dengan insentif RM30,000. 
MyHome ini merupakan manifestasi Kerajaan dan visi YAB Perdana Menteri Najib Razak dalam membantu pembeli untuk memiliki kediaman sendiri, melalui pembelian rumah mampu milik. Oleh itu, KPKT menetapkan beberapa syarat-syarat kepada bakal pembeli rumah MyHome, bagi memastikan hanya mereka yang benar-benar layak sahaja akan mendapat faedah daripada skim ini.  
Antara syarat-syarat-syarat yang ditetapkan oleh KPKT kepada pembeli adalah seperti berikut. SELANJUTNYA RUJUK SINI

No comments:

ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA