networkedblogs

Bersahabat..

BUAL BICARA #UMNO71 BERSAMA TAN SRI ANNUAR MUSA

Friday, March 14, 2014

Terkini #MH370 : Penyiasat Amerika Dakwa Pesawat Ke Lokasi Rahsia..Terbang 4 Jam Selepas Terputus Hubungan....


WASHINGTON: Penyiasat Amerika Syarikat (AS) mengesyaki pesawat penumpang Malaysia yang hilang, berada di udara selama empat jam selepas hubungan terakhirnya dan mungkin diterbangkan ke lokasi yang tidak diketahui, Wall Street Journal melaporkan hari ini.

WSJ menyatakan teori penyiasat penerbangan AS dan pegawai keselamatan negara itu berasaskan kepada data yang dimuat turun secara otomatik ke darat oleh enjin Rolls-Royce Boeing 777 itu yang menunjukkan pesawat berkenaan terbang selama lima jam. 

Laporan itu boleh bermakna pesawat Malaysia Airlines (MAS) itu yang membawa 239 penumpang dan anak kapal, terbang beribu kilometer lagi selepas perhubungan terakhir dengan pengawal trafik udara pada kira-kira 1.30 pagi Sabtu lalu - kira-kira sejam selepas berlepas dari Kuala Lumpur menuju ke Beijing. 

Usaha pasukan mencari dan menyelamat sudah mencakupi kawasan yang luas, iaitu 90,000 kilometer persegi, dari Laut China Selatan hingga ke perairan pantai Barat Malaysia.

Penyiasat Malaysia menjelaskan mereka masih melihat rampasan sebagai satu daripada aspek siasatan dan CIA juga tidak menolak perkara itu.

WSJ melaporkan pegawai berkenaan diberitahu bahawa penyiasat sedang meneliti teori bahawa pesawat itu diterbangkan ke tempat lain "dengan niat untuk menggunakannya untuk tujuan lain".

Majalah New Scientist juga melaporkan bahawa Rolls-Royce menerima “sekurang-kurangnya dua letusan data teknikal" daripada pesawat MH370 di pusat pemantauan di Derby yang mengikuti secara langsung enjinnya yang digunakan pesawat awam di seluruh dunia. 
- AFP

No comments:

ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA