networkedblogs

Bersahabat..

BUAL BICARA #UMNO71 BERSAMA TAN SRI ANNUAR MUSA

Tuesday, March 18, 2014

TERKINI ! Populariti Chew Mei Fun vs Kak Wan...Siapa Dominasi?Baca Pandangan @CQ_Rain


Jentera Siber Barisan Nasional (BN) berjanji akan menggandakan promosi calon BN, Chew Mei Fun dalam memastikan calon tersebut dilihat lebih menonjol kepada pengundi Kajang, kata Pengerusi Biro Media Sosial (BMS) Pemuda UMNO Selangor, Jefrizal Mohd Jaafar (gambar), di Kajang, petang tadi.

Menurut Jefrizal, publisiti sangat penting untuk memastikan seseorang pemimpin lebih dikenali kalangan rakyat, tanpa mengira publisiti tersebut bersifat positif ataupun negatif.

Hal ini berdasarkan pemerhatian beberapa pihak yang mendakwa populariti Chew dilihat agak tenggelam semasa kempen Pilihanraya Kecil (PRK) DUN Kajang berbanding calon PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Malah Pengerusi BMS Pemuda UMNO Selangor itu menegaskan bahawa publisiti yang difokuskan kepada Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, sebelum ini, turut melonjakkan nama Wan Azizah kerana hubungan suami dan isteri, selain masing-masing mempunyai posisi politik utama dalam Pakatan Rakyat.

“Wan Azizah sememangnya telah popular sebelum PRK ini lagi memandangkan dia merupakan Presiden PKR.

“Jadi bukan mudah untuk kita melonjakkan nama Mei Fun memandangkan beliau bukan individu yang suka mencari publisiti, lebih-lebih lagi murahan. Namun kita percaya, Chew lebih disenangi kalangan rakyat melalui tinjauan kita dalam media sosial,” kata Jefrizal apabila disoal pemberita.

Namun Jefrizal tidak menolak kemungkinan populariti Chew mampu menandingi calon PKR itu seandainya promosi dijalankan dengan lebih berkesan, selain pendekatan BN yang dilihat lebih positif kepada rakyat.

“Ketika ini, jentera siber berjanji akan mengadakan usaha untuk mempromosikan Mei Fun berbanding mencari kelemahan pembangkang. Kita (BN) perlu tunjukkan kelebihan agar rakyat boleh menilai.

“Rakyat sudah muak disuap dengan fitnah dan tuduhan melulu. Tambahan pula rakyat sendiri sudah bijak menentukan pemimpin yang mampu membawa suara mereka. BACA SELANJUTNYA

HE : Kak Wan Popular Pun sebab bini Anwar Ibrahim...Tak Heran....

No comments:

ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA