networkedblogs

Bersahabat..

MALAYSIA AMAN TANPA DAP!!!

Thursday, April 10, 2014

HUDUD BOLEH DILAKSANAKAN DI MALAYSIA JIKA DISOKONG UMNO, PAS , ANWAR, N IZZAH DAN AZMIN..TAK PERCAYA?


Bab bicara pasal hudud ni di Malaysia sudah jadi makanan ahli politik terutamanya dari PAS yang mana mereka dengan zalim memfitnah bahawa UMNO kafir kerana tidak mahu melaksanakan hudud...

Sebenarnya PAS sudah lama berdosa kepada umat Islam dan Allah SWT kerana telah lari dari perjuangan Hudud...mereka memfitnah UMNO walhal dalam Pakatan sendiri pun ianya tidak mendapat keputusan penuh dari ahli pakatan pembangkang.

MCA dalam BN pun ambil langkah yang sama seperti DAP dan PKR yang mana menentang undang2 Allah untuk melarang hudud dilaksanakan...

Sekarang ni kita abaikan soal serangan politik..abaikan mulut2 busuk dalam PAS yang berani mengutuk UMNO tapi dalam Pakatan PAS hanya suara kerdil untuk melaksanakan hudud...

Masakan PAS mampu melaksanakan hudud jika kerusi diparlimen hanya ada 21...21 daripada 222 memang tidak kuat...dan UMNO pula tidak mampu laksanakan jika hanya memiliki 88 daripada 222 kerusi parlimen...

Kalkulator mudahnya..PAS yang memiliki 21 kerusi perlu bergabung dengan UMNO 88 kerusi dengan mendapat sokongan tambahan dari Anwar, Nurul Izzah dan Azmin...jikalau kalkulator ini terjadi nescaya Hudud dapat dilaksanakan..kerana sokongan UMNO dan PAS akan menjadi 109 sokongan dan memerlukan 3 lagi untuk majoriti mudah menyokong Hudud dilaksanakan di Parlimen..

Cara ini sahaja mampu membuatkan Hudud akan dilaksanakan dengan kadar sokongan 112 daripada 222 kerusi...usahlah PAS membodohkan rakyat dengan menggunakan Hudud sebagai bullet untuk menyerang UMNO...rakyat perlu realistik...dengan angka dan jurang ini....sama2 kita berdoa perkara ini terlaksana...amin...

HE : PERSOALANNYA BOLEH KE ANWAR, IZZAH DAN AZMIN SETUJU PERLAKSANAAN HUDUD?

PKR DAN DAP TENTANG HUDUD

KUALA LUMPUR 9 April - Pas berterusan ditentang rakan sekutunya sendiri dalam pakatan pembangkang berhubung hasrat parti itu untuk mengemukakan usul rang undang-undang persendirian mengenai hudud di Dewan Rakyat.

Ketika Kerajaan Pusat dan UMNO menyatakan sokongan kepada hasrat Pas itu, DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) pula memberi peringatan keras bahawa hudud tidak pernah menjadi kesepakatan dalam pembangkang.

Malah Ketua Publisiti DAP, Tony Pua, secara terang-terangan berkata, DAP selaku parti kedua terbesar dalam pakatan dengan 38 ahli Parlimen tidak akan menyokong rang undang-undang yang mahu dikemukakan Pas.

“Hudud bukan sebahagian daripada persetujuan pakatan," katanya sebagaimana dipetik dari The Malay Mail Online hari ini.

Tony Pua adalah pemimpin kanan kedua DAP yang tampil menentang hasrat Pas selepas bekas Pengerusi, Karpal Singh lantang mengingatkan Parlimen minggu lalu agar jangan membenarkan usul berkenaan diluluskan.

Sebelum ini, Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob memberitahu, rang undang-undang persendirian akan dibentang di Parlimen bagi mendapat kebenaran untuk membolehkan hudud dilaksanakan di negeri itu.

Dalam perkembangan sama, Naib Presiden PKR, N. Surendran, juga senada dengan DAP apabila mengingatkan Pas bahawa pakatan pembangkang telah membuat keputusan yang jelas tentang hudud pada tahun 2011.

“Ketiga-tiga pihak secara terbuka mengumumkan bahawa tidak akan melaksanakan hudud kecuali mendapat persetujuan semua pihak dalam pakatan. Tidak ada kata sepakat tentang hal itu," katanya.



Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Politik/20140410/po_01/Hudud-PKR-DAP-bantah-keras#ixzz2yUJN5UZM 
© Utusan Melayu (M) Bhd

MCA BANTAH HUDUD

SHAH ALAM – Parti MCA tetap bertegas dalam membantah cadangan perlaksanaan hukum hudud yang dikatakan tidak sesuai dengan kehidupan masyarakat majmuk di Malaysia.  

Menurut Ketua Publisiti MCA, Datuk Chai Kim Sen, undang-undang hudud yang dicadangkan oleh Pas Kelantan itu tidak relevan dengan akta undang-undang yang digariskan oleh Perlembagaan Persekutuan.

“Perlaksanaan hukum hudud Pas tidak selari dengan hukum undang-undang Perlembagaan Persekutuan, ianya tidak sesuai kepada masyarakat yang berbilang kaum dan agama di Malaysia, jika hukum hudud dilaksanakan,ianya akan memberi kesan yang teruk kepada rakyat.

“Semua pihak telah tahu bahawa MCA menentang sekeras-kerasnya perlaksanaan hukum hudud, kami akan terus-menerus membantah perlaksanaan undang-undang teokratik,” katanya.

Beliau dalam pada itu turut menyelar Ahli Parlimen Bukit Gelugor,  Karpal Singh yang mendakwa  MCA sebuah parti lemah kerana tidak membantah perlaksanaan hukum hudud.

“Sudah jelas bahawa dia cuba buat alasan untuk mengaburi ketidakcekapan DAP dalam menjaga hak-hak orang bukan Islam, mereka tidak berupaya menentang perlaksanaan hukum hudud Pas.

“Karpal Singh telah memilih sasaran yang salah untuk menyerang, DAP mempunyai 38 orang Ahli Parlimen namun mereka masih belum melakukan apa-apa untuk membantah undang-undang agama Pas namun kami akan terus melakukan bantahan terhadap perlaksanaan hukum hudud ini,” katanya lagi.

14 comments:

Anonymous said...

Apa yang engko ni bodoh sangat.Hudud hukum Allah.Pas boleh laksanakan sendiri tanpa UMNGOK!dasar macai darah daging penjilat umno!

Anonymous said...

Tunggu Pakatan menang.hudud kita laksanakan.bn gagal laksanakan hudud.

UMNO Putrajaya said...

Subhanallah..ayuh kita bersatu demi Islam.hentikanlah memaki hamun sesama Islam. Kita bersaudara. Di padang mahsyar tiada Pas tiada Umno. Yang ada hanya amal ibadat kita akan dihisab.

Anonymous said...

Adoi... pas sendri nk buat buat pun kner dapat undian majoriti dari parlimen gak...maksud portal nie dy kata semua ahli parlimen beragama islam perlu sepakat...baru dapat undian majoriti...x faham jgn tuduh bro

Anonymous said...

Tunggu jelah pakatan menang dan dapat memerintah malaysia..tengok nanti samada dap bagi ke tak hukum hudud dilaksanakan..pas nak laksanakan sendiri macamana..klau tak mendapat undi majoriti dalam kelulusan di parliment...kalau katmn2 negeri pun sama..kena aad pindaan persekutuan..nak ego pun fikirlah pas mampu ke tak tanpa bantuan parti lain..dap jauh sekali nak sokong......

Anonymous said...

Penyokong/ahli PAS ni semuanya bodoh lagi tongong. Artikel yang begini mudah pun tak faham. Melayu PKR satu ekor pun tak ada yang menyatakan sokongan kepada Hudud. Macam mana PR nak laksanakan Hudud kalau PAS menang semua kerusi pun kalau tiada sokongan dari PKR. Sudah la bodoh, bahlul pula.

Anonymous said...

Syeikh jangan tersinggung pada mamat PR 2 orang kat atas tu..itu lah dia jawapan terbaik hasil tarbiah PAS kepada sekutu utamanya DAP..macam HADI AWANG DAN NIK AZIZ kata DAP telah dan boleh kini Menerima Undang-undang Islam..tak gitu tarbiahnya ANON 17:00 dan 19:00..kalau tak terjawab pegi check dengan TOK HADI dan TOK NIK dah beri kesan ke TARBIAH mereka pada geng KAFIR tu.

PKIK100 said...

Saya sbgai ahli PAS menyokong saudara UMNO Putrajaya..perpecahan sesama kita telah melemahkan Umat Islam...Sebarkan Mahabbah dan kasih sayang sesama kita...

Anonymous said...

PAS ramai syiah.Yg menentang hudud geng syiah.

Syiah kepala dia lain sikit bagi dia Al Quran yg ada bukan ori.

NICE GUY said...

Ko kata PAS mampu jlnkn Hudud...ko gi tanya Nik Aziz n Haji Hadi...nape x jlnkn Hudud...dh lama dh bro...

Anonymous said...

Hudud tiada dalam MOU Pakatan Rakyat .... so jgn kata kalau PR menang maka Hudud akan dilaksana. Dewan DUN Terengganu 2 tahun lepas meluluskan 30 org pakar syariah ke Mesir utk mendalami ttg Hukum Hudud. YB Exco Agama Ust Khazan ketika itu membentangkan dalam Dewan. Dan kini Menteri telah membenarkan Kelantan melaksanakan Hudud semoga menjadi role model kpd negeri2 lain. Hari ini kita tgk siapa yg paling awal melenting membangkang? Tidak lain tidak bukan adalah dari PR itu sendiri!!!

Anonymous said...

ALLAHUAKBAR!!!! SAPE SOKONG HUDUD TAK KIRA PARTI MANA PUN SILA TAIP "Hudud" sebagai tanda sokongan --- o.f

Anonymous said...

ALANG2 DAH CINA X SOKONG KERAJAAN BAIKLAH KIRANYA UMNO SEPAKAT DGN PAS DLM PELAKSANAAN HUKUM HUDUD DI KELANTAN TUE BILA DI BENTANG DI PARLIMEN NANTI

Anonymous said...

Kalau anda orang islam, x kira dari parti mana pun, kena berusaha utk merealisasikn hukum hudud itu. Skrg ni bkn masa utk berckp2 lgi, masa utk berusaha melaksanakn. Kalau umat islam dimalaysia..x kira apa latar blkg parti, bersatu utk laksanakn....insyaAllah berjaya. Tpi kalau masih ada sifat berprasangka lagi, masih nk bergaduh lgi.....smpi bila pn hukum ni tertangguh....jdi sekadar bahan politik...bkn utk dilaksanakn. Letakkn perintah agama islam diatas dari kepentingan2 politik.

ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA