networkedblogs

Bersahabat..

Ku Mohon (Lebaran Aidilfitri)

Tuesday, April 15, 2014

Punca Lelaki Report Polis Laungan Azan Dan Tarhim...



Assalamualaikum

Mungkin sebahagian dari saudara2ku telah mengetahui isu report polis yang dibuat oleh En Md Said ( yg tersebar di FB dan Wassup ) tentang Tarhim dan Azan yang terlalu kuat oleh Masjid Perjiranan 9. Taman Air Biru. Pasir Gudang sehari dua inikan?

Saya rasa terpanggil untuk menerangkan isu sebenarnya apa sebab perkara ini terjadi :

Beliau adalah seorang jemaah yang amat istiqamah solat berjemaah di Masjid itu. Sebelum ini beliau dan sebahagian dari jemaah masjid telah memaklumkan dengan AJK Masjid tentang bacaan Tarhim sebelum solat dan siri2 ceramah fardu ain yang pancarkan keluar masjid melalui 15 biji corong speker terlalu kuatsehingga terganggu anak-anak kecil yang hendak tidur, orang-orang tua yang sakit hendak berehat, anak-anak sekolah yang hendak ulangkaji pelajaran dan kaum-kaum ibu yang hendak solat.

Beliau bukan anti azan sebab sekuat manapun bacaan azan hanyalah sekitar 5minit sahaja, tetapi jika Tarhim dan siri2 ceramah sudah tentulah mengambil masa yang agak panjang terutamanya ceramah Haji yang adakalanya mencecah pukul 11malam.

Cuba kita bayangkan dengan jarak rumah kariah ada yang 10meter sahaja dari corong speker akan melalui perkara ini hari-hari......nak mengadu takut dikatakan Anti majlis ilmu....Anti Masjid....maka terpaksalah tanggung selamanya perkara ini biarpun Solat kaum ibu terganggu, anak2 kecil tak lena tidur, orang2 tua yang nak berehat, anak2 sekolah yang nak study dan lain2 lagi.

Perkara ini telah ditegur oleh Pengarah Jakim Dr Ismail Ibrahim dari tahun 2002 lagi tetapi masih ada lagi Masjid yang tak ambil kisah. Jika dulu kita dikampung-kampung jarak rumah yang agak jauh, pak bilal baca Tarhim kita seronok sebab didengari sayup-sayup aje, tapi tidak sama dengan suasana diTaman2.

Rasulullah pun pernah menegur sahabatnya yang membaca Al Quran didalam masjid dengan suara yang kuat, apatah lagi jika siap guna 15 biji speker ? sudah pasti menganggu jemaah yang lain. Fikir-fikirkanlah

Jom Mengajiiii tak ngaji ceroiiiilah.

Mohon ampun dan maaf jika pencerahan yang
saya berikan ini ada menyentuh mana-mana pihak.

Wassalam

4 comments:

Anonymous said...

Sampai repot polis tu dah melampau, jumpa AJK dan imam bincang baik baik, elok jugak bawak YDP dan AJK PAS kawasan, kalau repot tu ada kebenarannya tentu diaorg akan bantu.

BILLION TECH COM SERVICES said...

entahlah dunia hari ini. hal yg sama juga berlaku ditempat saya di Petaling jaya selatan,kawasan berjiranan iaitu Tmn Dato Harun dan Tmn Medan. dua tmn perumahan ini, yg berkeluasan tidak sampai 1km persegi mempunyai tiga buah masjid serta 12 buah surau. pada dasarnya saya berbangga kerana masih ramai yg beriman kepada allah, tetapi bayangkanlah tarhim, kuliah serta ceramah berlaku serentak. maka riuh rendahlah 2 tmn perumahan ini. nak bersuara takut nak diamkan rasa malu pula dengan jiran yg berlainan agama. seharusnya ajk ajk surau serta masjid kena bersederhana dalam setiap amalan, kerana org lain juga mempunyai hak dalam kehidupan didunia ini.

Anonymous said...

Kalau betul apa yang dikatakan boleh diterima.

Selesaikan dengan berhemah.

kampong lad said...

membaca ayat2 quran & yang mendengarnya sama2 mendapat kebaikan, tapi bila perbuatan itu (membaca) sampai menganggu hak orang lain (ketenteraman & kesejahteraan), lain jadinya. malaikat pun tak jadi nak catat & terus terbang naik kelangit balik. berikut ialah kata2 allah swt (kalimah allah) melalui mulut pesuruhnya saw.

“And remember your Lord within yourself, humbly and with fear and without loudness in words in the mornings and in the afternoons, and be not of those who are neglectful” (al-A’raf 7:205)

tidakkah perbuatan ini terang2 melanggar perintah? & mengapa tidak dijadikan sebahagian undeng2 syariah?

kalau azan kat johor & boleh didengar hingga ke perlis, tak jadi jugak kerana belum waktu.

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA