networkedblogs

Bersahabat..

BUAL BICARA #UMNO71 BERSAMA TAN SRI ANNUAR MUSA

Thursday, May 29, 2014

@AbbyAbadi112 Menjanda Lagi...

2 comments


Suami kepada Abby Abadi, Muhammad Noor Farhan Che Bakar dilaporkan telah melafazkan cerai sebanyak dua kali terhadap pelakon itu termasuk salah satunya tidak dimaklumkan kepada pihak mahkamah, menurut laporan awal mStar Online.

Abby Abadi juga mendedahkan kepada mahkamah hari ini yang suaminya pernah memberitahu seorang kenalan bahawa mereka sudah bercerai.

Hakim Syarie Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur iaitu Shaiful Azli Jamaludin terpaksa menangguhkan permohonan pengesahan lafaz cerai yang dibuat pelakon itu kepada 11 Jun depan bagi membolehkan lafaz cerai kali pertama difailkan.

Sedang dikemaskini … -RotiKaya

Demokrasi PKR Dah Macam FAM..Kritik Pemilihan PKR Kena Gantung!Chegubard Jadi Mangsa!!

1 comments


Nilah demokrasi parti anak beranak..barang siapa yang mengkritik dan mengutuk pemilihan parti maka akan digantung keahlian...mereka kutuk SPR macam2 tohmahan tak apa...jangan sesekali mempertikaikan kesucian yang ada dalam PKR...

Jika anda mempertikaikan kesucian PKR maka anda bersedia untuk di gantung...itulah nasib yang menimpa chegubard yang aku gelarkan dia samseng dalam PKR...asal ada gaduh je mesti dia ada...isk3!

Mana p demokrasi yang dilaungkan..kritik sikit pun kena gantung keahlian...dah macam FAMB...kahkahkah!!!

Kutuk FAM kena denda..kutuk PKR kena gantung...elok lah tu! Xo xo xo!

Ketua Cabang PKR Rembau, Badrul Hisham Shaharin atau dikenali sebagai Chegubard, digantung keahliannya serta-merta selepas didapati membuat dakwaan terbuka terhadap Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) melalui media. 

Pengerusi Lembaga Disiplin PKR, Datuk Dr Tan Kee Kwong, turut mengumumkan pemecatan Md Yusop Kamaruddin dari Cabang Pasir Salak, Perak selepas ingkar arahan surat penggantungan dengan membuat kritikan terbuka melalui laman sosial terhadap jawatankuasa sama. 

Katanya, Lembaga Disiplin telah meneliti dan mengadakan siasatan ke atas beberapa kes berkaitan tatatertib dan disiplin anggota yang dibentangkan pada mesyuarat biro politik parti yang dipengerusikan Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, 27 Mei lalu. 

Ingkar arahan 

Berikutan itu, kita membuat keputusan Md Yusop dipecat daripada parti kerana ingkar arahan surat penggantungan dan terus mencemar nama baik parti dengan membuat kritikan serta serangan terhadap JPP melalui laman sosial Facebook beliau. 

Badrul Hisham pula digantung kerana membuat kenyataan media pada 12 Mei lalu, mendakwa proses pemilihan parti adalah kotor dan tidak telus, selain dakwaannya, Petugas JPP menjadi ejen kepada Azmin Ali seperti yang disiarkan portal berita, katanya dalam kenyataan, semalam. 

Badrul Hisham yang juga bekas Ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR turut didakwa membuat kenyataan terbuka mengkritik JPP dalam akhbar ini melalui laporan berita bertajuk, Keputusan penuh penipuan: Chegubard, yang disiarkan 20 Mei lalu. 

Kee Kwong berkata, surat tunjuk sebab dan arahan penggantungan ke atas Badrul Hisham akan dikirimkan dalam tempoh terdekat. 

Mesyuarat yang turut dihadiri Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim turut bersetuju menggantung keahlian ahli Cabang Kota Raja, M Nageswaran Muniasamy selama enam bulan. 

Parti itu pada 15 Mei lalu, menggantung keahlian lapan ahlinya, termasuk bekas Ahli Parlimen Kapar, S Manikavasagam yang mencabar jawatan Ketua Cabang Kuala Selangor, atas pelbagai kesalahan berkaitan proses pemilihan PKR.

Wednesday, May 28, 2014

Pembangkang Tengah Fikir Macamana Nak Kaitkan Cadbury dan Felda

0 comments

Comfem pembangkang tengah dan akan spin bahawa coklat cadbury yang ada babi tu datang dari Felda...dengan tersebarnya pemegang Cadbury yang mana salah satu pemegangnya ialah Felda maka ini akan dijadikan buah pukul untuk pakatan mengatakan UMNO bagi rakyat makan babi..

Tak percaya tunggu je lah...Aku betul2 hairan...DNA dalam coklat mereka pembangkang cepat jer nak salahkan BN...DNA dalam jubur mereka tak percaya pula..siap tuduh UMNO lagi punca DNA boleh ada dalam jubur...

Jubur yang ada DNA...pelaku pula yang dia backup...DNA babi dalam Coklat awat tak nak backup babi yang menjadi punca DNA dalam coklat?haha...spin tetap spin..macam penipu selamanya....

Tuesday, May 27, 2014

4 Gambar Kesalahan JPJ Di Atas Jalan..Sapa Berani Saman?

4 comments

Ini undang mak bapak keturunan mereka yang punya...undang2 zimbabwe agaknya yang diguna pakai JPJ untuk potong di double line...kalau rakyat bawahan buat macam ni..pantang nampak je saman...


Agaknya pemandu JPJ ni cacat atau OKU lah..sebab itu paking di kawasan OKU...mungkin juga pemandu JPJ ni seorang yang buta..sebab itu paking 2 petak...


Ni abang JPJ helmet dan kepala sama level...kepala dia keras dalam ada batu...JPJ tak pakai helmet tak apa..halal...xde sapa yang marah...


Ni testing je...bagi rakyat yang salah paking kena lah kunci...abang JPJ ni saja buat kereta sendiri...tolong jangan fitnah salah paking ok..

JPJ ingat..jalan ni mak bapak datuk nenek moyang mereka punya agaknya...kesalahan orang lain cepat aje dia nampak..diri sendiri salah sapa nak saman?nantikan artikel pasal Tinted gelap sikit masa lagi...

Jangan lupa like page INI

Sebelum tu..aku nak bagi soalan teka teki...

Siapakah pemilik kereta dibawah ini yang menggunakan tinted gelab?


Jangan lupa like page INI

TERKINI : 4 Lagi Coklat Dikesan Mengandungi DNA BABI..

2 comments
Selepas kekecohan terdapat DNA Babi di coklat Catburry...arini tersebar lagi 4 jenis coklat yang mengandungi DNA Babi (Porcine) yang man coklat2 ini tiada logo halal dari JAKIM..

4 Coklat ini mudah di dapati di pasaran terutamanya di Langkawi...Senarai Coklat yang mengandungi DNA BABI ialah Coklat Jenama Frey, Whittaker’s, Hershey’s, Mars





HE : Nanti adalah macai cakap..kenapa baru sekarang didedahkan mengandungi babi?jawapa aku mudah je...baru sekarang jumpa..dulu xde...samalah macam korang...nak cek kereta kat PUSPAKOM tahu pulak nak kasi standard...lepas cek..pandai pula tukar balik jadi kereta haram...

Monday, May 26, 2014

Terkini...Panda Bertukar Tenuk! Dakwa Penyokong Peee Ar...

1 comments

Tak tahulah kenapa penyokong Pee Arr ni bebal tahap melampau..sedangkan benda mudah Panda dan Tenuk pun tak boleh beza..

Tak heranlah level mereka otak udang mudah dibodohkan oleh pemimpin low class mereka...

Pemimpin mereka kata PR menang undi popular dan boleh bentuk kerajaan...mereka kata yahooo...

Pemimpin mereka kantoi kongkek kata cctv besi..mereka kata yahoo...

Pemimpin mereka kata gst tu membebankan rakyat..mereka kata yahoo...

Pemimpin mereka kata syarikat MAS bangkrup..mereka kata yahoo...

Pemimpin mereka kata FELDA akan bangkrap..mereka katanyahoo...

Pemimpin mereka kata undi UMNO sesat..mereka kata yahoo...

Itu je mereka tahu...angguk dan Mempercayai Apa Kata Anwar Ibrahim..sebab tu mereka sinonim panggilan MACAI....

Malaysia Menang Piala Thomas Kiraan Mata Popular...Ujar Totok Pakartoon!

3 comments

Sudah lama aku tidak menulis....selepas melihat aksi bertenaga kedua2 negara dalam merebut Piala Thomas yang mana dimenangi oleh Jepun...aku terfikir...kita sebenarnya kalah bukan kerana kita tidak kuat..tetapi kita kalah sebab mita melakukan kesilapan2 kecil sehingga membolehkan Jepun mengambil kesempatan...

Jepun pendatang baru dalam arena Piala Thomas..mereka sudah bangkit...telah menumbangkan China dengan mudah....

Walaupun keputusan yang diperolehi secara rutinnya kita Malaysia tumpas 3-2...ia membuatkan aku terfikir...pakatan pernah berkata...semasa PRU13...mereka tidak kalah...mereka menang dek undi popular selepas dikira kesemua jumlah undi rakyat Malaysia..yang mana mencatatkan perbedaan sebanyak  269 ribu...mereka tidak ambil tahu langsung perkiraan kerusi parlimen...mereka hanya jaja undi popular..

Maka dengan lagak beruk mereka pun buat himpunan Blackout mengatakan SPR agend UMNO dan korupsi...kalau ikutkan perkiraan matematik pakatan ni...semalam Malaysia akan menang Piala Thomas...walaupun kita kalah dari sudut mata set...tetapi menang jumlah mata popular keseluruhan iaitu 242 berbalas 234 untuk Jepun...

HE : Wajarkah kita mengiktiraf kemenangan Malaysia dalam Piala Thomas yang tidak pernah dibuat?hanya puak pakatan al juburi sahaja yang buat...heh!

Saturday, May 17, 2014

@HafizHamidun Tarik Pengunjung Ke Rio To Malaysia...Riuh Kota Tinggi Sempena Piala Dunia!

0 comments

Suasana Rio To Malaysia yang sedang berlangsung di Kota Tinggi malam semalam telah diserikan dengan penampilan ikon anak muda Hafiz Hamidun...

Program santai ini memang bagus dan memberi kesan mendalam kepada pengunjung..bukan sahaja program bola sepak malah kita juga selitka dengan unsur2 kerohanian..jangan lupa teruskan kemeriahan Riuh Kota Tinggi sempena Rio To Malaysia




Thursday, May 15, 2014

BAHANG RIO PIALA DUNIA BRAZIL 2014 KIAN TERASA! BERTUAHNYA BUMI KOTA TINGGI, JOHOR JADI LOKASI RIO TO MALAYSIA! JADUAL WORLD CUP 2014 DI SINI!!!

0 comments

Piala Dunia yang akan bermula secara rasmi pada 13 Jun ini sangat dinanti-nantikan oleh peminat bola sepak seluruh dunia...kurang sebulan lagi Piala Dunia ini akan berlangsung bahangnya semakin terasa...Acara berprestij ini sedang mengadakan Tour di seluruh duni..

Di Malaysia, Kota Tinggi, Johor sangat bertuah apabila mendapat mandat untuk menganjurkan acara tour Rio De Kota Tinggi yang mana hanya sekali di Malaysia...acara ini akan berlangsung secara rasmi bermula pada hari ini 15 - 17 Mei di Kota Tinggi

Jom kita layan video promo Rio To Malaysia di Bawah!Mantap orang Johor! Luaskan Kuasamu Johor.


Sempena kejohanan Piala Dunia FIFA 2014, Radio Televisyen Malaysia (RTM) menganjurkan karnival 'Rio to Malaysia' De Kota Tinggi yang akan berlangsung di Kota Tinggi, Johor selama tiga hari bermula hari ini 15 Mei 2014 hingga 17 Mei 2014.



Karnival tersebut dianjurkan bersama Pejabat Daerah Kota Tinggi, Yayasan Mesra, Felda Global Ventures Holdings Berhad serta Yayasan Felda. Program ini menyasarkan 100,000 pengunjung. Pelbagai acara diatur sepanjang karnival di Padang Awam Bukit Kerajaan itu termasuk tiga aktiviti mencipta rekod baharu Malaysia Book of Records.


Tiga aktiviti itu ialah gelecek bola sejauh 100 kilometer, gubahan tuala terbanyak dan mencipta kad ucapan Hari Guru terbesar yang melibatkan 1,800 pelajar sekolah sekitar Kota Tinggi. Turut diadakan pelbagai aktiviti kemasyarakatan dan sukan yang menawarkan hadiah menarik kepada peserta.

Selain itu turut diadakan Konsert Rio to Malaysia yang menampilkan artis tanah air seperti Mas Idayu, Ali Empire, Hyperact, SleeQ, Farhan dan Azrul Raja Lawak.



Karnival ini adalah bertujuan untuk mempromosi dan menyemarakkan "Piala Dunia FIFA" yang akan berlangsung pada bulan Jun dan Julai 2014.  RTM merupakan penyiar rasmi Piala Dunia FIFA 2014 di Brazil yang akan bermula 12 Jun ini.

Untuk maklumat lanjut, boleh hubungi Pn. Alisa Ibrahim di talian, 012-602 4171. Orang ramai dijemput untuk memeriahkan lagi karnival ini! Jom kita ke sana!!!

Dapatkan jadual lengkap peringkat kumpulan Rio Piala Dunia 2014 di bawah!




Tuesday, May 13, 2014

Md Said Disaran Sumpah Al-Quran Bukti Tiada Sebarang Perjanji Dengan PM!

1 comments


Md Said seharusnya bersumpah dengan Al-Quran sebagaimana yang telah dia lakukan dalam squad bola sepak T-Team dalam insiden terowong tempoh hari,..

Sunday, May 4, 2014

TERKINI..Tandas Menyerupai Surau Di Johor Telah Diubahsuai!!! @KhaledNordin

1 comments




Hasil maklumat yang baru diterima...aku dimaklumkan bahawa tandas yang menyerupai surau telah diubahsuai oleh pihak resort...

Kubah yang menjadi pertikaian telah diturunkan....bagus!jangan sesuka hati memainkan sentimen agama!

artikel lalu tentang Tandas menyerupai Surau di SINI

Tandas Menyerupai Surau..Penghinaan Terhadap Agama Islam...

2 comments

Belum pun reda kes penggunaan masjid untuk ritual agama lain...lagi sekali Johor Tenggara menjadi bualan umum apabila sebuah Resort di Desaru membina sebuah tandas menyerupai surau...

Perkara ini amat serius dan perlu tindakan pantas oleh pihak JAIJ dan pihak berwajib untuk tindakan susulan...kalau dulu Surau digunakan untuk ritual agama lain dirobohkan...

Jangan pula dibiarkan tandas menyerupai surau ni dibiarkan....ini penghinaa buat agama Islam!

ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA