networkedblogs

Bersahabat..

BUAL BICARA #UMNO71 BERSAMA TAN SRI ANNUAR MUSA

Thursday, May 15, 2014

BAHANG RIO PIALA DUNIA BRAZIL 2014 KIAN TERASA! BERTUAHNYA BUMI KOTA TINGGI, JOHOR JADI LOKASI RIO TO MALAYSIA! JADUAL WORLD CUP 2014 DI SINI!!!


Piala Dunia yang akan bermula secara rasmi pada 13 Jun ini sangat dinanti-nantikan oleh peminat bola sepak seluruh dunia...kurang sebulan lagi Piala Dunia ini akan berlangsung bahangnya semakin terasa...Acara berprestij ini sedang mengadakan Tour di seluruh duni..

Di Malaysia, Kota Tinggi, Johor sangat bertuah apabila mendapat mandat untuk menganjurkan acara tour Rio De Kota Tinggi yang mana hanya sekali di Malaysia...acara ini akan berlangsung secara rasmi bermula pada hari ini 15 - 17 Mei di Kota Tinggi

Jom kita layan video promo Rio To Malaysia di Bawah!Mantap orang Johor! Luaskan Kuasamu Johor.


Sempena kejohanan Piala Dunia FIFA 2014, Radio Televisyen Malaysia (RTM) menganjurkan karnival 'Rio to Malaysia' De Kota Tinggi yang akan berlangsung di Kota Tinggi, Johor selama tiga hari bermula hari ini 15 Mei 2014 hingga 17 Mei 2014.



Karnival tersebut dianjurkan bersama Pejabat Daerah Kota Tinggi, Yayasan Mesra, Felda Global Ventures Holdings Berhad serta Yayasan Felda. Program ini menyasarkan 100,000 pengunjung. Pelbagai acara diatur sepanjang karnival di Padang Awam Bukit Kerajaan itu termasuk tiga aktiviti mencipta rekod baharu Malaysia Book of Records.


Tiga aktiviti itu ialah gelecek bola sejauh 100 kilometer, gubahan tuala terbanyak dan mencipta kad ucapan Hari Guru terbesar yang melibatkan 1,800 pelajar sekolah sekitar Kota Tinggi. Turut diadakan pelbagai aktiviti kemasyarakatan dan sukan yang menawarkan hadiah menarik kepada peserta.

Selain itu turut diadakan Konsert Rio to Malaysia yang menampilkan artis tanah air seperti Mas Idayu, Ali Empire, Hyperact, SleeQ, Farhan dan Azrul Raja Lawak.



Karnival ini adalah bertujuan untuk mempromosi dan menyemarakkan "Piala Dunia FIFA" yang akan berlangsung pada bulan Jun dan Julai 2014.  RTM merupakan penyiar rasmi Piala Dunia FIFA 2014 di Brazil yang akan bermula 12 Jun ini.

Untuk maklumat lanjut, boleh hubungi Pn. Alisa Ibrahim di talian, 012-602 4171. Orang ramai dijemput untuk memeriahkan lagi karnival ini! Jom kita ke sana!!!

Dapatkan jadual lengkap peringkat kumpulan Rio Piala Dunia 2014 di bawah!




No comments:

ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA